Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #4

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #4


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #3  saya telah menulis
prinsip ke-3 yang diperlukan untuk wanita mencari cinta sejati.Dalam artikel ini saya akan
menerangkan kepada anda (sekiranya anda wanita) prinsip-prinsip lain yang perlu anda patuhi.

Prinsip #4

Lelaki Sengaja Tidak Menghubungi Anda Untuk Menguji Anda

Adalah fakta bahawa lelaki sengaja tidak menghubungi anda untuk menguji sejauh mana kedudukan
mereka dalam hidup anda.Apabila wanita bersedih,ianya senang dibaca oleh lelaki.Kemudian lelaki
dengan mudahnya dapat mempengaruhi anda untuk melakukan apa yang dimintanya.Lupakan semua teori yang anda baca sebab-sebab lelaki tidak menghubungi anda.

Lelaki tidak menghubungi anda kerana ingin menenangkan diri mereka dan menguji diri anda..Tiada lelaki yang akan bertanya tempat mereka dalam hidup anda sekiranya lelaki itu tulus mencintai anda.Sebaliknya lelaki bertindak dengan menjauhkan diri daripada anda untuk melihat apa yang anda lakukan sekiranya mereka tidak menghubungi anda.

Apabila anda bertindak secara emosional,anda memberikannya kuasa untuk mengawal anda.Sekiranya anda kerapkali bertindak secara emosional,lelaki akan melihat anda dengan nilai yang rendah.Sekiranya lelaki tidak dapat menjangka reaksi anda,anda akan memberikan cabaran mental kepada mereka.lelaki memang sukakan cabaran mental.

Sekiranya lelaki tidak menghubungi anda lebih lama dari kebiasaan,tunjukkan kepada mereka anda
tidak "kisah" mengenai mereka.Sedikit sebanyak ini akan memberikan mereka meneka sama ada
anda merindui mereka (memerlukan mereka) atau tidak.Ianya memberikan sebab kepada lelaki untuk
menhubungi anda kembali.

Elakkan untuk bertanya kepada lelaki soalan-soalan seperti berikut atau soalan yang menjurus kepada pertanyaan tentang mereka semasa mereka "menghilangkan diri":

  • Kenapa awak tidak menghubungi saya?
  • Kenapa awak senyap dalam masa seminggu ini?

Sekiranya anda bertanya,ini menunjukkan anda memerlukan mereka dalam hidup anda.Sekiranya anda berpura-pura tidak menyedari mereka "menghilangkan" diri kerana tempoh masa,mereka akan mencari anda.Anda mungkin bertanya mengapa ini berlaku?

Ini kerana lelaki berfikir mereka masih tidak dapat menguasai perasaan anda.

Anda mungkin pernah mendengar atau membaca nasihat daripada "pakar cinta" yang menyarankan
anda meletak surat cinta/puisi cinta/kad cinta/kata-kata cinta atau lain-lain pada tempat
yang tidak dijangka oleh lelaki.Antara tempat yang tidak dijangka ialah di dalam bag,buku,viper kereta,dan lain-lain yang relevan.Apa mesej yang anda hantar kepada lelaki melalui cara ini?

Anda jatuh hati dan sanggup berkorban kerana mereka.Ini akan merosakkan hubungan cinta anda
untuk jangka masa yang panjang kerana mereka "cepat bosan" apabila bersama dengan anda.Tiada
cabaran mental yang anda berikan kepada mereka.Ini juga menjadi sebab kenapa ada pasangan suami isteri yang kekal sehingga 30 tahun dan ada yang berpisah sebelum usia perkahwinan mereka belum mencapai 3 tahun.Anda boleh memilih sama ada anda ingin hubungan cinta anda berkekalan atau tidak.


Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #4 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.