Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #3

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #3


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #1 dan #2  saya telah menulis 2 prinsip yang diperlukan untuk wanita mencari cinta sejati.Dalam artikel ini saya akan menerangkan kepada anda (sekiranya anda wanita) prinsip-prinsip lain yang perlu anda patuhi.

Prinsip #3

Wanita Perlu Memberikan Cabaran Mental Kepada Lelaki Untuk Membuktikan Lelaki Tidak Menguasai 100% Kehidupan Mereka

Masa anda berada bersama-sama dengan lelaki ialah bercerita.Wanita yang "terlalu baik" duduk di atas kerusi pada waktu lapang dan berfikir apa yang dilakukan oleh lelaki yang disayanginya pada waktu itu.Barangkali lelaki kesayangannya sedang menonton rancangan sukan,membersihkan pakaian/kenderaan,bermain gitar, atau lain-lain.Ini kerana wanita yang "terlalu baik" ingin lelaki yang disayanginya berasa selesa apabila berbual dengan mereka dan ingin mengetahui segala-galanya tentang lelaki yang dicintainya.

Tidak salah sekiranya anda berbuat demikian.Anda boleh memberikan cabaran mental kepada lelaki melalui tindakan anda.Andaikan lelaki itu memberitahu dia menyukai perempuan yang berambut perang dan anda berambut hitam.Apabila anda keluar bersama lelaki itu lagi,rambut anda telah berubah warna.

Apakah maknanya?

Ia menunjukkan lelaki itu telah menguasai diri anda 100% tanpa anda sedar.Contoh rambut di atas hanyalah perumpamaan.Mesejnya satu iaitu anda tidak perlu untuk mengikut apa sahaja yang disukai oleh lelaki.

Anda juga mungkin pernah mendengan bahawa "cinta hadir melalui makanan".Ianya betul tetapi tiada orang yang mengatakan bahawa anda perlu menghabiskan masa selama berjam-jam di dapur semata-mata untuk menyiapkan makanan kepada lelaki yang anda cintai.Peraturan Memasak untuk lelaki cukup mudah iaitu "lelaki akan makan sekiranya ia masih panas.Selain daripada itu,ianya membuang masa dan tenaga anda".

Sebagai permulaan,anda perlu memberikan perhatian semasa makan bersama dengan lelaki yang anda cintai sama ada lelaki itu ikhlas mencintai anda atau tidak:

Sekiranya lelaki itu tidak mengangkat tangan daripada meja semasa anda berbual,ini bermakna lelaki itu tidak berhasrat menawarkan anda apa-apa untuk masa depan.Ini menunjukkan beliau tidak menghargai anda dan tidak gembira apabila bersama dengan anda.

Wanita yang "terlalu baik" selalunya sanggup berkorban untuk lelaki yang dicintai.Wanita ini sering berfikir bahawa apa yang dilakukannya tidak cukup atau penampilan mereka tidak sesuai untuk mengambil hati lelaki itu.

Untuk mendapatkan cinta sejati,anda perlu menjadi diri anda sendiri.Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda berdepan dengan situasi ini ialah menyampaikan mesej kepada lelaki itu bahawa:

"Anda menjadi diri anda sendiri.Lelaki itu boleh menerima anda seadanya atau meninggalkan anda".

Berikut merupakan kesilapan yang sering dilakukan oleh wanita yang "terlalu baik":

  • Seringkali menhubungi lelaki dan menyampaikan mesej "Tolong telefon saya kembali".Anda hanya perlu mehubungi lelaki itu sekiranya perlu sahaja.

  • Sentiasa membalas panggilan/sms daripada lelaki walaupun sedang sibuk.Anda hanya perlu menghubungi lelaki itu apabila sesuai dengan keadaan anda.

  • Menzahirkan bahawa perkahwinan merupakan matlamat akhir mengenai perhubungan mereka.Anda tidak perlu membuat kenyataan yang aneh apabila berbual dengan lelaki yang anda cintai.Lebih-labih lagi sekiranya anda baru sahaja berkenalan.

  • Apabila lelaki itu menghubungi wanita ini,wanita ini risau sekiranya tidak segera membalas sms/menjawab panggilan lelaki ini tidak menghubungi beliau lagi.Anda tidak perlu risau apabila lelaki yang anda cintai menghubungi anda kerana lelaki ini hanya ingin tahu di mana anda berada.

  • Sering keluar berseorangan untuk keluar "dating".Anda tidak perlu keseorangan untuk ke tempat "dating".Apa yang anda perlukan ialah membuatkan lelaki itu menjemput anda dari rumah anda.

  • Bertanya arah tuju hubungan percintaan.Anda tidak perlu bertanya dan biarkan lelaki yang membuat andaian sendiri atau bertanya kepada anda.

  • Bercakap tentang bayi atau anak.Sekali lagi,anda tidak perlu bercakap mengenai perkara yang pelik di depan lelaki.

  • Bertanya mengenai bekas kekasih lelaki.Tiada sebab untuk anda mengetahui sejarah percintaan lelaki yang anda sayang.Secara tidak lansung,ianya akan membuatkan lelaki itu teringatkan tentang bekas kekasihnya.

Anda sudah boleh menjangka hubungan percintaan anda sejak dari awal anda berkenalan.Adakah lelaki itu tulus mencintai anda atau sekadar berpura-pura.Anda tidak perlu menjadi sempurna untuk orang lain.Elakkan untuk terlalu mudah percaya dengan lelaki lebih-lebih lagi dengan lelaki yang baru anda kenali.


Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #3  untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.