Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #1 dan #2

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #1 dan #2


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita: Wanita Terlalu Baik saya telah menulis mengenai apa yang saya maksudkan mengenai wanita yang "terlalu baik".Dalam artikel ini saya akan menerangkan kepada anda (sekiranya anda wanita) prinsip-prinsip yang perlu anda patuhi untuk mendapatkan cinta yang tulus daripada lelaki yang anda cintai.

Prinsip #1

Jangan Nampak  Terburu-buru kerana Lelaki Akan Lari

Anda mungkin hairan kenapa lelaki akan lari sekiranya anda bertindak dengan terburu-buru.Ini kerana lelaki memiliki ego untuk memiliki sesuatu yang bernilai.Sekiranya anda tergesa-gesa,lelaki akan memandang anda dengan nilai yang rendah.Dalam menjalin hubungan cinta,setiap hari merupakan hari yang baru.Lelaki sukakan cabaran mental.Tiada sebab anda perlu merendahkan harga diri anda didepan lelaki.Maksud terburu-buru ialah anda ingin menjalinkan hubungan cinta atau mula berbicara mengenai perkahwinan.

Apa yang saya maksudkan dengan merendahkan harga diri anda ialah anda sanggup berkorban segala-galanya sama ada dari segi masa,wang,tenaga, dan lain-lain demi lelaki yang anda cintai.Lelaki ini akan membuat andaian bahawa anda dalam keadaan amat memerlukan mereka atau lebih teruk lagi anda akan sanggup untuk tidur sekali dengan mereka tanpa sebarang ikatan perkahwinan.Lebih malang lagi sekiranya lelaki itu tidak akan menghargai apa jua pengorbanan anda sekiranya anda bersikap terburu-buru.Lebih teruk apabila lelaki sudah tidak menghargai anda,mereka akan curang dengan anda.

Apabila seorang lelaki mula tidak menghormati anda kerana anda sendiri yang menjatuhkan harga diri anda.Oleh kerana ego,lelaki itu akan hilang minat untuk meneruskan perhubungan cinta dengan anda.Orang lelaki akan curang atau memutuskan hubungan dengan orang yang sudah tidak hormat.

Sekiranya anda ingin mencari jodoh dan mendapatkan cinta sejati,anda perlu bertindak mengikut prinsip ini.Anda tidak berbuat apa-apa untuk membuatkan lelaki yang anda idamkan memberi perhatian kepada anda.Ini juga menjadi sebab perempuan yang dicintai lelaki tidak perlu bersusah payah untuk menjaga perhubungan yang terjalin.Mereka tahu lelaki yang mencintai mereka merupakan pilihan yang tepat untuk mereka.

Apabila anda tidak terburu-buru,lelaki tersebut secara automatik akan memberikan perhatian kepada anda.Apa yang membezakannya ialah jumlah masa dan tenaga yang perlu lelaki "melabur" untuk mendapatkan perhatian anda.Selain itu,lelaki itu juga akan lebih menghargai anda dan mencintai anda.


Prinsip #2

Lelaki yang bersusah payah untuk Mendapatkan Perhatian Anda Juga Tidak Terkecuali.Seringkali Lelaki Seperti Ini yang akan mengecewakan Wanita Dalam
 Perhubungan Cinta.

Ini bukanlah bertujuan untuk anda memanipulasi mana-mana lelaki.Ianya merupakan petunjuk kepada lelaki bahawa anda memerlukan lelaki yang benar-benar mencintai anda dalam perhubungan.Ini untuk membantu anda agar dapat menjaga harga diri anda di depan lelaki.

Apakah yang akan berlaku sekiranya lelaki itu sudah mengetahui sejak hari pertama berkenalan dengan anda bahawa anda sedia berkorban untuk mereka?

Mereka akan meanggap bahawa anda sangat memerlukan mereka dalam hidup anda dan lelaki tersebut hanya ingin melihat sejauh mana anda memerlukan mereka.Ianya merupakan sesuatu yang lumrah.Lelaki tersebut akan menduga anda sejauh mana anda mencintai mereka.Semakin anda berkorban untuk mereka sama ada dari segi masa,wang,tenaga,dan lain-lain,orang lelaki tidak akan berhenti untuk menduga anda.Persoalan yang timbul kepada mereka ialah,"Sejauh mana anda memerlukan mereka?" dan "Apa yang mereka boleh dapat daripada anda?"

Wanita yang "terlalu baik" perlu faham bahawa dengan "berkorban" atau bersusah-payah untuk membuatkan lelaki berasa selesa akan membuatkan mereka tidak menghormati anda.Ianya akan merosakkan perhubungan anda dan lebih teruk lagi perhubungan anda akan berakhir.

Kebanyakkan lelaki tidak akan menerima wanita yang muncul dengan tiba-tiba dalam hidup mereka dan memberikan mereka cabaran mental.Wanita yang pandai juga melakukan kesilapan yang sama dan mengharapkan lelaki yang mereka sayangi akan setia kepada mereka.Secara umumnya anda boleh memberikan cabaran mental kepada lelaki dengan syarat cabaran yang anda berikan membuatkan anda lebih dihormati oleh lelaki.Ini untuk menunjukkan kepada lelaki bahawa anda tidak takut untuk bersendirian.

Wanita yang "terlalu baik" membuat kesilapan dengan sentiasa "available" untuk sepanjang masa.Wanita ini tanpa sedar menghantar isyarat kepada lelaki bahawa dia takut bersendirian dan lelaki tersebut telah "merantai" 100% kehidupan wanita tadi.Kaum wanita sering merungut mengenai pasangan mereka yang tidak mempunyai masa untuk mereka.Ini kerana mereka sentiasa "available" sepanjang masa untuk lelaki.

Sekiranya anda sedang menjalinkan hubungan cinta atau jodoh,anda perlu memilih masa untuk membalas panggilan/sms dari pasangan anda.Kadang-kadang anda mempunyai masa untuk lelaki yang anda cintai dan kadang-kadang tidak.Namun anda perlu setia dan jujur dengan pasangan anda.Ini untuk membantu anda bahawa lelaki yang anda cintai itu tidak "merantai" 100% diri anda.


Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #1 dan #2 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.