Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Wanita Terlalu Baik

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Wanita Terlalu Baik


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Pengenalan saya telah menulis mengenai apa yang saya akan huraikan dalam artikel bersiri ini.Artikel kali ini merupakan lanjutan daripada artikel bahagian pengenalan.

Artikel kali ini saya akan menerangkan mengenai apa yang saya maksudkan mengenai wanita yang "terlalu baik".

Wanita yang "terlalu baik" ialah wanita yang sanggup berkorban apa sahaja,memberikan semua yang dimiliki kepada lelaki yang dikenali tanpa lelaki tersebut perlu bersusah payah untuk menjaga hubungan terjalin.Wanita ini secara membuta-tuli mengharapkan lelaki tersebut akan menjaga hati dan perasaannya.

Wanita ini membuat apa sahaja dan berfikir bahawa lelaki tersebut akan menyukai atau menyintai dirinya dengan sepenuh hati.Selain itu juga,wanita ini bertindak dengan membuta-tuli juga kerana ingin menjaga perhubungan yang terjalin.Semua wanita mungkin pernah berada dalam situasi seperti ini.

Antara sebab wanita ini bertindak sedemikian juga mungkin kerana terpengaruh dengan saranan daripada kawan-kawan atau media cetak/elektronik yang membawa maksud:

"Mainkan peranan utama untuk memikat/menjaga hubungan dengan lelaki yang disukai/dicintai dan belajar memasak makanan kegemaran lelaki itu."

Persoalannya:
  • Adakah ini merupakan jaminan bahawa lelaki tersebut menghargai pengorbanan anda?
  • Apa yang anda rasa apabila semua pengorbanan anda tidak pernah dihargai?
  • Apakah perasaan anda apabila mengetahui pasangan anda curang?
  • Sekiranya anda pernah berpisah,adakah orang ketiga yang menjadi penyebabnya?
  • Sekiranya orang ketiga yang menjadi penyebabnya,apakah salah anda?
Anda ingin tahu jawapannya?

Nantikan artikel saya yang akan datang untuk mengetahui prinsip-prinsip yang perlu anda patuhi untuk mendapatkan cinta sejati dari lelaki yang anda cintai.

Setakat ini dahulu bahagian Wanita Terlalu Baik untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan artikel bersiri ini.Sekian,terima kasih.