Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #7

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #7

"Fikiran mempunyai tujuan yang tertentu.Tujuan membawa kepada tindakan.Tindakan membentuk tabiat.Tabiat membentuk karakter.Karakter membentuk kehidupan."
Tryon Edwards

Dalam artikel yang lepas,saya sudah menerangkan bahawa anda hanya terdapat satu fikiran sahaja dalam diri anda pada satu-satu masa sama ada positif atau negatif.Dalam artikel ini saya akan menerangkan mengenai tabiat.

Hampir semua berkenaan kehidupan anda adalah hasil dipengaruhi oleh fikiran,perasaan, dan sikap anda.95% daripadanya hasil daripada tabiat anda.Kunci untuk mengubah kehidupan anda ialah memiliki tabiat yang dapat membantu anda untuk mencapai apa yang bersesuaian dengan anda.

Definisi untuk tabiat ialah "tindakbalas kepada stimuli" iaitu tindakbalas yang berlaku didalam otak.

Dari mana tabiat anda berasal?

Tabiat ialah hasil anda bertindakbalas dengan cara yang tertentu kepada situasi yang tertentu.Ianya datangnya daripada awal kehidupan anda sehingga sekarang.Contohnya seperti anda memandu kenderaan atau cara anda makan sama ada anda selesa memgang sudu atau garfu dengan tangan kanan atau tangan kiri.Apa sahaja yang menjadi tabiat anda,ianya menentukan siapakah diri anda.

Pada asalnya,ketika anda masih bayi,anda tidak mempunyai sebarang tabiat.Ianya dipelajari semasa usia anda meningkat.Tabiat yang berbeza mengambil masa yang berbeza untuk dibentuk.Sama ada anda ingin memulakan tabiat yang baru atau membuang tabiat yang buruk.Apabila tabiat anda dibentuk,ianya membentuk sistem hidup anda.

Ahli psikologi menamakan tabiat baru sebagai SBC Model iaitu Stimulus-Behavior-Consequences/ Stimulus-Sikap-Akibat.Pertama,sesuatu perkara terjadi dalam hidup anda yang menghasilkan stimuli kepada otak anda yang membentuk fikiran atau perasaan anda.Kedua, anda bertindakbalas dengan apa yang berlaku.Ketiga,hasilnya anda merasai akibat daripada tindakbalas yang anda lakukan.Apabila anda mengulanginya banyak kali,ianya akan membentuk tabiat baru.

Satu eksperimen yang juga merupakan satu eksperimen yang memberi kesan yang besar mengenai kajian tingkahlaku manusia ialah Eksperimen Pavlov - sempena dengan nama saintis yang membuat kajian.

Dalam eksperimen ini,seekor anjing yang lapar telah dijadikan bahan ujikaji.Apabila anjing ini lapar,loceng akan dibunyikan dan akan diberi makan daging.Ianya dilakukan selama beberapa hari.Apabila anjing ini lapar,ia akan mengeluarkan air liur dan terus makan.Setelah beberapa kali dilakukan,saintis hanya membunyikan loceng tanpa menyediakan makanan untuk anjing itu.Walaupun tanpa makanan,apabila loceng di bunyikan,anjing ini secara automatik akan mengeluarkan air liur.Ini merupakan contoh tindakbalas pada stimuli.

Dengan cara yang sama,anda membentuk bagaimana untuk bertindakbalas dengan orang lain dan
situasi berdasarkan pengalaman anda sama ada positif atau negatif.Sebagai contoh,sekiranya terdapat seseorang dalam hidup anda yang anda sayang dan cinta,fikiran anda kepada orang itu akan terbentuk.Anda mungkin berasa gembira apabila mendengar suara orang itu melalui telefon yang seterusnya membuatkan anda gembira dan tersenyum.

Sekiranya terdapat seseorang yang melukakan hati anda pada masa lalu,yang membuatkan anda marah atau sedih,apabila memikirkan mengenai orang itu,atau hanya mendengar namanya,secara automatik membuatkan anda berasa marah atau sedih.Ramai orang yang terperangkap oleh memori masa silam iaitu pengalaman yang tidak disukai.Apabila ini terjadi,ianya akan menjadi tabiat untuk anda terus mengingati pengalaman anda yang lalu dan lebih teruk ianya akan sentiasa menghantui diri anda.

Terdapat satu cara untuk membentuk tabiat iaitu ABC Model/Model ABC.ABC membawa maksud antecedents-behaviors-consequences / sebelum-sikap-akibat.Terdapat ahli psikologi yang membuat kajian bahawa apa yang berlaku pada masa lepas hanya 15% membentuk tabiat anda.85% tabiat anda pula bergantung kepada harapan anda apa yang akan berlaku pada masa depan - bergantung
kepada apa hasil yang anda harapkan.

Sebagai contohnya anda menghadiri proses temuduga untuk mendapatkan pekerjaan,85% daripada motivasi anda dipengaruhi oleh apa yang anda harapkan akan berlaku sekiranya anda lulus dalam temuduga.Hanya 15% motivasi anda yang akan dipengaruhi oleh apa yang telah anda lakukan pada masa lepas.

Dalam bidang psikologi terdapat "Teori Harapan".Hasil rumusan teori ini ialah motivasi manusia untuk mengambil sesuatu tindakan ialah harapan apa yang akan berlaku setelah mengambil tindakan melebihi faktor-faktor lain.

Contohnya,anda melakukan sesuatu tindakan kerana dipengaruhi oleh sesuatu harapan yang anda inginkan.Teori Harapan ini menerangkan dari perkara yang kecil seperti apa yang anda lakukan dan cakap semasa bersosial hinggalah kepada perkara-perkara yang besar seperti pergerakan modal dalam pasaran kewangan antarabangsa.  

Anda bebas untuk membuat sebarang harapan dalam hidup anda.Anda boleh membentuk tabiat yang dapat memberi hasil yang anda inginkan tanpa mengira bagaimana kedudukan anda pada masa sekarang.Harapan anda membentuk sikap dan cara anda berkomunikasi dengan orang lain.Kesannya,anda boleh mengawal sepenuhnya masa depan anda dengan membuat harapan anda sendiri apa yang akan berlaku dalam kehidupan anda dengan cara yang positif.

Namun demikian,harapan yang negatif juga boleh mempengaruhi anda.Sekiranya harapan anda merupakan sesuatu yang boleh merosakkan anda,ianya juga mempengaruhi sikan dan tabiat anda.Tindakan yang bersifat negatif juga akan memberikan kesan yang negatif.Sekiranya anda mengulangi berulang kali,anda akan membentuk sikap yang negatif.Antaranya ialah memandang rendah terhadap diri sendiri.Cara berfikir seperti ini akan menjadi tabiat anda.

Berapa lama yang anda perlukan untuk membentuk tabiat yang baru?

Ianya bergantung kepada keadaan.Ia boleh mengambil masa dari satu saat hingga bertahun-tahun lamanya.Ini kerana sesuatu tabiat bergantung kepada tahap emosi dan keputusan yang anda buat untuk bertindak dalam cara yang tertentu.

Contohnya ialah anda pernah terkena renjatan elektrik.Ianya hanya dalam tempoh masa yang sekejap sahaja.Kesan daripada peristiwa ini akan kekal sepanjang hidup anda untuk berhati-hati apabila menghadapi situasi berkaitan dengan peralatan elektrik.

Ahli psikologi menamakan situasi ini dengan pengalaman emosi yang khusus.Apa sahaja pengalaman anda sama ada positif atau negatif akan membentuk cara anda membuat harapan yang seterusnya membentuk tabiat anda.


Menurut pakar psikologi,anda memerlukan masa selama 21 hari untuk membentuk tabiat yang baru - tabiat yang kesukarannya pada tahap sederhana.Ianya seperti bangun awal,datang tepat pada waktu apabila membuat temujanji,bersukan pada setiap pagi dan lain-lain lagi.Ianya memerlukan anda untuk mengulangi tabiat yang anda inginkan dalam masa 14-21 hari.

Bagaimana untuk membina tabiat yang baru?

Saya akan menjawab soalan ini pada artikel yang akan datang.

Setakat ini dahulu artikel kali ini.Nantikan bahagian #8 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.


Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1


Artikel ini merupakan lanjutan daripada bahagian pengenalan dan merupakan Strategi Pertama yang
di terangkan dalam artikel bersiri Strategi Perang.Strategi #1 terdiri daripada dua bahagian iaitu
musuh dalam selimut dan musuh dari luar.Artikel bahagian 1 akan menerangkan mengenai musuh dalam selimut.

Peperangan atau apa jua konflik akan dapat diselesaikan melalui strategi.Memikirkan strategi dapat membantu untuk mencapai matlamat dan membawa anda ke tahap tertentu dalam hidup anda.Strategi membantu anda untuk menyelesaikan masalah dengan mengetahui apakah punca masalah dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah anda.Sebelum anda dapat menyelesaikan masalah anda,anda perlu fokus kepada diri anda sendiri terlebih dahulu.

Minda anda adalah permulaan kepada semua strategi dan peperangan atau konflik.Minda yang dipenuhi dengan emosi iaitu dipengaruhi oleh pengalaman masa lepas di sebalik apa yang berlaku pada masa sekarang - tidak dapat melihat situasi yang berlaku dengan jelas.Ia seterusnya akan membuatkan anda membina strategi yang tidak efektif atau lebih buruk lagi akan menambah lagi masalah yang sedang anda hadapi.

Untuk menjadi seorang yang mahir membina strategi,anda memerlukan tiga langkah:


  • Menyedari kelemahan yang terdapat dalam minda anda
  • Menerima kenyataan bahawa anda berdepan dengan peperangan atau konflik
  • Memusnahkan punca utama peperangan atau konflik sepenuhnya berdasarkan strategi yang anda bina


Beberapa strategi awal dalam artikel bersiri ini akan membantu anda untuk mengenal pasti peperangan atau konflik yang terdapat dalam minda anda.Beberapa strategi perang terawal dalam artikel bersiri ini memberi fokus kepada diri anda sendiri.Apabila anda telah memahaminya melalui fikiran anda dan tindakan yang anda ambil,ianya sedikit sebanyak akan membantu anda untuk membina strategi yang jauh lebih efektif berbanding sekarang.

Strategi #1 Mengisytiharkan Perang Terhadap Musuh

Strategi Polariti (berlawanan)

Kehidupan ialah peperangan dan konflik yang tiada kesudahan.Anda tidak boleh berperang dengan efektif sebelum anda mengenal pasti musuh anda.Manusia kelihatan baik dan pandai berdalih,menyembunyikan niat mereka dan berpura-pura menyokong anda.Anda perlu melihat dengan jelas.Belajar untuk mengenali dan mengetahui siapakah musuh anda dengan tanda dan corak yang menunjukkan peperangan.

Apabila anda telah mengenal pasti siapakah musuh anda,isytiharkan peperangan tanpa bertangguh.Seperti kutub magnet yang sentiasa berlawanan mencipta pergerakan,musuh anda - lawan anda - dapat membantu anda memberi arah tujuan anda.Sesiapa yang menhalang anda,melakukan apa yang tidak anda suka dan orang yang menentang anda,mereka adalah sumber tenaga anda.Jangan jadi bodoh - musuh anda sudah jelas dan jangan berkompromi atau teragak-agak.

Kemudian (Xenophon) bangun bersama-sama dengan pegawai-pegawai bawahan Proxenos.Apabila mereka berkumpul beliau berkata,"Hadirin,saya tidak boleh tidur dan fikir anda semua tidak boleh tidur juga.Saya tidak boleh menipu disini apabila melihat situasi bahaya yang sedang kita hadapi.Adalah jelas musuh tidak memulakan perang sehingga mereka bersedia dari segala sudut.Tiada diantara kita yang sanggup bersusah-payah untuk menhalang mereka.Sekiranya kita menyerah dan jatuh kepada kekuasaan raja,apakah nasib kita?"

"Apabila adiknya telah mati,raja telah memotong kepala dan tangan adiknya serta menggantungnya pada tiang.Tiada orang yang membuat rayuan untuk kita dan kita berkumpul disini untuk menjadikan raja sebagai hamba atau membunuh beliau sekiranya mampu.Apakah nasib kita?"

"Adakah raja tidak akan bertindak secara ekstrem untuk membuatkan seluruh dunia takut untuk berperang dengannya?"

"Kita mesti melakukan apa sahaja untuk menumbangkan raja.Ketika keamanan masih wujud,saya tidak pernah merasa kasihan kepada diri kita,tidak pernah berhenti mengucapkan tahniah kepada raja dan tenteranya.Dalam negara ini saya melihat peruntukkan yang tidak akan habis,golongan hamba,lembu dan biri-biri,emas, dan pakaian usang!"

Apabila saya memikirkan mengenai askar kita - kita tidak memiliki semua barang yang berkualiti melainkan kita membelinya dan hanya sedikit yang mampu membelinya.Untuk mendapatkan sesuatu benda tanpa membeli dihalang oleh sumpah kita.Apabila saya memikirkan tentang perkara ini,kadang-kadang saya takut kepada keamanan berbanding dengan peperangan sekarang."

"Bagaimanapun sekarang ini mereka merosakkan keamanan.Ianya merupakan satu penamat kepada kekejaman mereka dan rasa curiga kita.Di sana terdapat semua perkara yang baik dihadapan kita.Hadiah untuk sesiapa yang terbukti sebagai lelaki yang terbaik.Tuhan sebagai hakim untuk peperangan ini dan bersama-sama dengan kita."

"Apabila anda melantik sebanyak mana komander yang diinginkan,mengumpulkan semua askar dan memberi galakan kepada mereka,ianya apa yang mereka perlukan sekarang.Anda boleh menyedari kesedihan mereka apabila mereka datang ke dalam kem.Bagaimana sugulnya keadaan mereka untuk berperang.Dalam keadaan negara saya tidak tahu apa yang anda boleh lakukan terhadap mereka."

"Tetapi sekiranya anda boleh mengubah minda mereka untuk merasa sesuatu yang ajaib akan berlaku, dan membuatkan mereka kagum dengan apa yang mereka boleh lakukan,mereka akan kembali ceria.Saya sangat pasti bukan bilangan atau kekuatan yang membawa kemenangan di dalam peperangan tetapi kekuatan yang lahir dari hati tentera akan mengalahkan musuh mereka."

ANABASIS: THE MARCH UP COUNTRY, XENOPHON, 430?–355? B.C


Pada musim bunga 401 Sebelum Masihi,Xenophon iaitu seorang lelaki yang berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Athens menerima jemputan untuk berkomplot - membawa tentera Greek sebagai askar upahan untuk membunuh Cyrus iaitu adik Raja Persia -Ataxerxes.Jemputan ini agak luar biasa kerana Persia dan Greek telah bermusuhan selama lebih 80 tahun sebelum itu.Secara faktanya Persia telah cuba untuk menjajah Greek.

Greek pada ketika itu yang terkenal dengan memiliki tentera yang gagah perkasa mula untuk menawarkan perkhidmatan sebagai askar upahan kepada pihak yang menawarkan pada harga yang tertinggi.Cyrus merupakan pemberontak pada Empayar Persia ketika itu.Greek merupakan askar upahan yang terbaik pada zaman itu.

Xenophon bukanlah seorang tentera.Beliau merupakan seorang yang hidup secara sederhana dengan menternak anjing dan kuda.Beliau tinggal di Athens untuk berbicara mengenai falsafah bersama kawan baik beliau iaitu Socrates.Walaupun beliau mewarisi kekayaan daripada keluarga beliau,beliau suka kepada cabaran,berfikir, dan pada masa jemptan itu diterima,beliau mempunyai peluang untuk berjumpa dengan Cyrus,belajar berperang, dan pergi ke Persia.

Pada pandangan beliau,setelah semuanya berakhir,beliau boleh menulis buku mengenai pengalaman beliau.Beliau tidak perlu menjadi askar upahan -beliau seorang yang kaya tetapi menerima jemputan itu untuk menjadi ahli falsafah dan ahli sejarah.Beliau menerima jemputan itu setelah membuat ramalan tentang nasib beliau di Delphi - kepercayaan kepada dewa-dewi pada zaman itu sangat kuat.

Hampir 10,000 tentera Greek menyertai ekspedisi untuk membunuh Cyrus.tentera upahan ini datangnya hampir daripada semua daerah di Greek.Ekspedisi ini bertujuan untuk mendapatkan wang dan cabaran.Untuk seketika perjalanan mereka adalah mudah.Selepas beberapa bulan dan tiba di Persia,Cyrus telah membina kubu di Babylon,merancang strategi untuk menggulingkan abangnya dan menjadi raja.Cyrus berjaya mengekang pergerakan tentera upahan Greek dengan menawarkan
kepada mereka dengan jumlah wang yang lebih besar.

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1 2


Kemudian tentera Cyrus dan Ataxerxes telah bertembung di Cunaxa,tidak jauh dari Babylon.Pada peringkat awal peperangan,Cyrus telah berjaya dibunuh dan peperangan ini telah tamat dalam jangka masa yang singkat.Apabila ini terjadi,situasi yang bahaya telah menimpa tentera Greek.Mereka telah berpaling tadah dan menyebabkan mereka bermusuhan dengan Ataxerxes.Mereka berada di Persia dan jauh daripada kampung halaman mereka.

Kemudian Ataxerxes menghantar utusan beliau iaitu Tissapherness dan memaklumkan kepada mereka bahawa Ataxerxes tidak menyalahkan mereka.Ataxerxes hanya mahu mereka meninggalkan Persia secepat yang mungkin.Kemudian tentera Greek diiringi oleh Tissapherness dan tentera Persia memulakan perjalanan untuk kembali ke Greek yang jaraknya 1500 batu dari Persia.

Setelah beberapa hari,tentera Greek memiliki satu perasaan takut yang baru.Bekalan yang diberikan oleh tentera Persia tidak mencukupi dan jalan yang ditunjukkan oleh Tissaphernes bermasalah.Mereka mula bertengkar sesama sendiri adakah mereka boleh mempercayai tentera Persia?

Salah seorang komander Greek iaitu Clearchus memaklumkan kerisauan askar beliau kepada Tissaphernes yang kemudiannya menunjukkan rasa belas kasihan.Tissaphernes menyarankan kepada Clearchus untuk membawa kapten beliau untuk membincangkan situasi yang berlaku dengan neutral.Tentera Greek berhak menyuarakan kebimbangan mereka dan kedua-dua pihak boleh memahami apa yang berlaku.

Pada hari berikutnya semasa kedua-dua pihak bertemu,tentera Greek yang terlibat dalam perbincangan itu telah dikepung dan ditangkap oleh tentera Persia.Kepala mereka telah dipenggal pada hari itu juga.Nasib agak menyebelahi tentera Greek kerana terdapat seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri dan memberi amaran kepada kem tentera Greek mengenai pengkhianatan tentera Persia.Pada petang hari itu juga,kem tentera Greek sunyi dan sepi.

Kem Greek agak kelam-kabut pada hari itu.Ada diantara mereka yang bertengkar dan saling mmenyalahkan antara satu sama lain.Ada tentera yang mabuk dan ada di antara mereka yang telah berputus asa.

Pada malam harinya,Xenophon telah bermimpi Zeus - Dewa Purba Greek - telah memanahkan petir ke arah rumah bapanya.Beliau terjaga dengan berpeluh.Mimpi itu mendatangkan ketakjuban kepada Xenophon.Kematian sudah hampir dengan mereka tetapi mereka sibuk untuk mengeluh,berputus asa, dan bertengkar dengan apa yang berlaku.Masalah mereka berpunca daripada minda mereka.Mereka berperang dengan tujuan untuk mendapatkan wang dan tidak mempunyai tujuan yang jelas.Mereka menghadapi masalah dengan apa yang berlaku kerana mereka tidak dapat membezakan siapakah musuh dan kawan mereka.

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1


Halangan yang terdapat di antara mereka dan kampung halaman mereka bukanlah gunung-gunung atau sungai atau tentera Persia.Halangan mereka ialah minda mereka sendiri.Xenophon tidak ingin mati dalam keadaan hina.Walaupun dia bukanlah seorang tentera,dia tahu mengenai falsafah dan cara manusia berfikir.Beliau sangat yakin bahawa dengan memberikan tumpuan kepada musuh yang ingin membunuh mereka,mereka akan berwaspada dan menjadi kreatif.Sekiranya mereka fokus kepada pengkhianatan yang dilakukan oleh tentera Persia,mereka akan menimbulkan kemarahan dan memotivasikan mereka.

Mereka perlu berhenti daripada berasa keliru untuk terus menjadi askar upahan dan kembali ke Greek.Berlawanan dengan kemahuan tentera Persia.Apa yang mereka perlu ialah arah tuju yang jelas.Xenophon kemudian mengejutkan semua pegawainya yang masih hidup dan menerangkan perancangan beliau.Ianya ialah:

  • Mengisytiharkan perang terhadap tentera Persia tanpa berunding atau berbahas dengan mereka.
  • Tidak membuang masa dengan bertengkar sesama sendiri
  • Seluruh kekuatan yang ada pada mereka digunakan untuk berdepan dengan tentera Persia
  • Bersemangat seperti nenek moyang mereka - orang Greece - yang berjaya menewaskan tentera Persia yang jauh lebih ramai di Marathon
  • Membakar semua gerabak/bebanan yang ada pada mereka untuk mempercepatkan perjalanan mereka ke Greece
  • Tidak sesekali melupakan bahaya yang terdapat di sekeliling mereka
  • Hanya mereka atau tentera Persia yang akan terus hidup


Sesiapa yang membantah cadangan ini di anggap bodoh dan pengecut.Tujuan mereka hanya satu iaitu kembali ke Greek dengan selamat - ilham dari mimpi Zeus memanahkan petir ke rumah bapanya.Semua pegaiwanya tahu pandangan Xenophon adalah tepat.Pada hari berikutnya,utusan Persia menemui mereka untuk menawarkan perdamaian antara mereka dan Ataxerxes.Mengikut apa yang telah dibincangkan pada malam sebelumnya,utusan itu telah dihalau.Hanya terdapat satu perkara antara mereka dan tentera Persia iaitu peperangan dan tiada perkara yang lain.

Tentera Greek kemudiannya memulakan perjalanan untuk kembali ke Greek.dengan kekuatan fizikal dan akal mereka,mereka dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan bentuk muka bumi Persia,mengelakkan peperangan, dan bergerak pada waktu malam.Mereka berjaya menghindarkan peperangan dengan tentera Persia.Mereka hanya melalui dan berperang dengan tentera Persia di kawasan gunung-ganang -kemahiran berperang tentera Greek -  sepanjang perjalanan untuk kembali ke kampung halaman mereka.Ianya mengambil masa selama beberapa tahun untuk mereka kembali ke kampung halaman mereka dan kebanyakkan daripada mereka kembali dengan selamat.

"Pemikiran politik dan suara hati politik memberi bukti secara teori dan praktikal dalam mengenal pasti siapakah kawan dan musuh anda.Tahap tertinggi dalam berpolitik ialah mengenal siapakah musuh anda dengan jelas." 
     
        CARL SCHMITT, 1888–1985

Kehidupan adalah satu perjuangan dan anda tidap lari dari situasi yang buruk.Bagaimana anda menghadapi situasi yang sedang anda hadapi menentukan takdir anda.Seperti yang telah diucapkan oleh Xenophon,halangan anda bukanlah gunung-ganang atau sungai atau orang lain.Halangan anda adalah diri anda sendiri.Sekiranya anda berputus asa dan keliru,anda akan hilang arah tujuan anda.Sekiranya anda tidak dapat membezakan siapakah kawan dan musuh anda,anda perlu menyalahkan diri sendiri.

Fikirkan bahawa anda selalu di medan perang.Segala-galanya bergantung kepada fikiran anda dan bagaimana anda melihat realiti hidup anda.Dengan menukar sudut pandangan anda,anda dapat berubah daripada pasif dan keliru kepada orang yang bersemangat dan kreatif.

Kita dikenali dengan perhubungan kita dengan orang lain.Semasa kecil kita membina identiti dengan membezakan kita dengan orang lain.Semakin jelas anda tahu apa yang tidak anda inginkan dalam identiti anda,semakin jelas identiti anda.Sekiranya anda tidak dapat membezakan anda dan orang lain,tanpa musuh yang menentang anda, anda akan keliru seperti situasi yang terjadi pada tentera Greek.Telah jelas mereka dikhianati,mereka masih membuang masa dengan bertengkar sesama sendiri.

Fokus kepada musuh.Ianya boleh jadi seseorang yang melakukan sabotaj atau menhalang anda sama ada dengan cara yang halus atau nyata.Ianya boleh jadi seseorang yang merosakkan anda tanpa cara yang adil.Ianya boleh merupakan seorang individu atau dalam bentuk kumpulan.Ianya abstrak.Mereka mencuba untuk membuatkan anda tidak mendapat apa yang anda inginkan.Dengar kata lain,mereka mencuri "impian" anda selama ini.Apabila anda jelas dengan arah tuju anda,anda boleh bersedia untuk berperang.

Setakat ini dahulu untuk artikel Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 1.Saya akan menerangkan mengenai bahagian 2 pada artikel bersiri Strategi Perang yang akan datang.Sekian terima kasih.

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #10

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #10


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #8 & #9 saya telah menulis
prinsip ke-8 & 9 yang diperlukan untuk wanita mencari cinta sejati.Dalam artikel pendek ini,saya akan menerangkan kepada anda (sekiranya anda wanita) prinsip lain yang perlu anda patuhi.

Wanita perlu sedar bahawa lelaki suka kepada cabaran dan bersaing.ianya seperti sukan lumba kereta iaitu laju dan cekap.Mereka suka membaiki sesuatu untuk memahaminya.Wanita yang sukar didekati oleh lelaki menjadi cabaran kepada lelaki.

Kepada wanita,sesuatu perhubungan cinta ialah perkahwinan.Lelaki pula seringkali menyukai apa yang berlaku sepanjang proses untuk berkahwin.Sekiranya anda memberikan cabaran mental sepanjang percintaan,ianya akan membuat lelaki berasa seronok.

Wanita yang "terlalu baik" mehilangkan keseronokkan yang di cari oleh lelaki.Lelaki akan cepat bosan sekiranya wanita cepat jatuh hati pada mereka sebelum mereka menggunakan segala kemampuan mereka untuk memikat wanita.Tiada orang yang menghargai barang percuma.Sudah fitrah lelaki sukakan sesuatu yang mencabar.Sekiranya mereka tewas,mereka akan terus mencuba.

Prinsip #10 

Wanita yang Sukar didekati Lebih Menarik Perhatian Lelaki

Apabila anda mengejar cinta lelaki,rasa seronok untuk lelaki menjalinkan hubungan cinta dengan anda akan hilang.Ini menjadi sebab kenapa lelaki curang.Lelaki inginkan keseronokkan dalam perhubungan.Lelaki yang meninggalkan pasangan mereka adalah kerana pasangan mereka membuatkan mereka berasa bosan.

Ini bukan bermakna anda perlu bermasam muka apabila anda berdepan dengan lelaki.Anda hanya perlu senyum dan elakkan untuk bercerita mengenai kehidupan peribadi anda serta elakkan untuk bertanya mengenai kehidupan peribadi mereka.Anda hanya perlu senyum sambil memandang tepat pada mata lelaki apabila ditanya soalan peribadi.Elakkan untuk berasa malu apabila memandang ke arah mata lelaki.Tiada apa yang anda perlu malu.

Ini tidak bermakna anda boleh mempermainkan hati lelaki.Lelaki yang tulus mencintai anda akan dapat menyembunyikan perasaan sekiranya berkecil hati dengan wanita yang disayangi.Lebih-lebih lagi wanita yang dicintai secara diam-diam.

Apabila lelaki bercerita mengenai kehidupan peribadi mereka kepada wanita tanpa ditanya,ini menunjukkan mereka percaya kepada wanita itu.Sudah lumrah lelaki memiliki ego.Ego mereka akan hilang sedikit demi sedikit apabila mereka bercerita mengenai diri mereka.

Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #10 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.

Hukum Tarikan-Siri 25 : Kerjaya dan Potensi

Hukum Tarikan-Siri 25 : Kerjaya dan Potensi


Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerjaan anda sekarang ini.Pekerjaan anda pada hari ini merupakan pilihan anda sendiri pada masa lalu.Sekiranya anda tidak gembira dengan kerja anda,anda perlu ingat bahawa anda boleh memilih kerja yang bar.Hanya anda sahaja yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda.

Anda boleh mencegah kesilapan yang sering berlaku dalam pekerjaan anda.Sekiranya anda endapati sama ada hasil kerja dan penat lelah anda tidak dihargai,anda perlu mencari pekerjaan yang lain.Anda perlu memilih pekerjaan yang memberi penghargaan kepada bakat anda.Anda tidak perlu mensia-siakan bakat anda dengan melakukan apa yang tidak anda suka.

Sekiranya pekerjaan anda sesuai dengan anda,anda perlu menjalankan tugas anda dengan cara yang terbaik dan termampu oleh anda.Halangan yang timbul akan membuatkan anda semakin menyedari potensi yang terpendam di dalam diri anda selama ini.

Apa jua pekerjaan anda,ianya merupakan latihan untuk diri anda untuk membuktikan potensi anda sepenuhnya.Hasil kerja membuktikan kepada anda tentang kemampuan anda.Setiap orang memiliki batasan dan anda tidak tahu batasan anda sekiranya anda tidak melakukan kerja anda dengan cara yang terbaik dengan kemampuan anda.Satu masa nanti anda akan dapat menukar impian anda menjadi realiti atau ianya hanya kekal sebagai impian semata-mata dengan hasil tindakan anda pada hari ini.Anda boleh meluangkan masa untuk sentiasa meningkatkan kemahiran anda.

Pekerjaan anda pada hari ini bukanlah merupakan urusan peribadi anda.Pilihan anda mengenai
pekerjaan anda mendatangkan kesan kepada semua orang.Apakah kebaikkan pekerjaan anda kepada
orang lain?

Pekerjaan anda merupakan asas untuk anda membuat sumbangan kepada orang lain.Anda menyumbang daripada tenaga,mental,sosial,pengetahuan,moral, dan lain-lain kepada masyarakat.Adakah anda dapat memahami konsep kesatuan yang telah saya jelaskan dalam artikel bersiri Hukum Tarikan: Kesatuan?

Apakah pekerjaan yang anda dapat lakukan dengan sepenuh hati dan perasaan anda?

Pekerjaan yang dapat anda lakukan dengan sepenuh hati dan perasaan ialah pekerjaan yang dapat membantu anda mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.Ianya selari dengan realiti hidup,hubungan anda, dan bakat anda.Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak mencabar diri anda sendiri,anda terlepas peluang keemasan untuk mengeluarkan potensi anda sepenuhnya.Sekiranya pekerjaan anda tidak menguji potensi anda,pekerjaan anda tidak sesuai dengan anda.

Sekiranya anda mencegah semua risiko untuk mengeluarkan potensi anda,anda membuatkan diri anda bertambah lemah.Sekiranya pekerjaan anda sesuai dengan hati dan perasaan anda,anda akan sanggup mengambil risiko dari masa ke semasa.

Beberapa risiko yang anda ambil mungkin tidak memberi hasil yang anda harapkan.Sebahagian
lagi akan mendatangkan kepuasan kepada anda kerana anda dapat mengeluarkan potensi anda.Anda
akan berani mengambil risiko setelah anda mengira risiko apa yang terjadi sekiranya anda gagal
dan apa ganjaran yang anda dapat sekiranya berjaya.Semakin banyak kegagaln yang anda dapat terima,semakin banyak anda mendapat pelajaran.

Untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan realiti,hubunganm dan potensi,terdapat 4 soalan
yang dapat mengenal pasti kerjaya yang sesuai dengan anda:

  • Fizikal:Apa yang perlu anda lakukan?
  • Potensi:Apakah potensi yang terdapat pada anda?
  • Hati dan Perasaan:Adakah anda bangga dengan kerja anda?
  • Kesatuan:Apakah sumbangan yang ingin anda berikan pada orang lain?

Kerjaya yang sesuai untuk anda dapat anda ketahui dengan jawapan-jawapan yang anda berikan
pada soalan-soalan ini.Ianya kerjaya yang sesuai dengan relaiti,mengeluarkan potensi, dan
membuat sumbangan kepada orang lain dengan cara yang anda inginkan.Ianya menyebabkan badan,
otak,hati, dan semangat anda berada pada tempat yang selari dengan realiti,hubungan, dan potensi
anda.

Fikirkan mengenai pekerjaan anda sekarang.

  • Apakah pekerjaan anda memberi jawapan yang anda inginkan dalam 4 soalan di atas?
  • Adakah anda bekerja semata-mata untuk membayar hutang?
  • Adakah anda menggunakan sepenuhnya potensi dan bakat anda?
  • Adakah anda menyukai pekerjaan anda?
  • Adakah anda seronok melakukan pekerjaan anda?

Anda akan bersemangat untuk bekerja apabila jawapan-jawapan kepada 4 soalan di atas adalah
harmoni.Anda memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pekerjaan yang
sesuai dengan anda.Apabila ke 4-4 kategori dalam soalan-soalan diatas berpadu bersama,ianya
akan menghasilkan keajaiban dalam hidup anda.Anda dapat mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.
Setiap hari yang anda lalui akan sentiasa indah sekiranya semua jawapan anda dalam soalan-soalan
di atas berpadu.

Apa sekiranya yang berlaku sekiranya jawapan-jawapan untuk 4 soalan diatas tidak seperti yang anda inginkan?

Di mana perlu untuk anda memulakan langkah pertama?

Untuk semua soalan diatas,kategori utama yang perlu anda tumpukan ialah mencari pekerjaan yang sesuai dengan hati dan perasaan anda.Ada kebenaran bahawa sekiranya anda melakukan apa yang anda suka,wang akan datang kepada anda.Ianya bukan semudah yang disangka dalam kehidupan yang nyata namun ianya mempunyai kebenaran.

Sekiranya anda terus melakukan apa yang anda suka,pada satu jangka masa anda akan menjadi pakar kepada apa yang anda lakukan.Apabila anda mencapai tahap ini,anda akan dapat menambah nilai sama ada dari segi wang dan kualiti daripada hasil kerja anda.Ramai orang yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti atau pun untuk mendapat panduan yang tepat daripada anda.

Contohnya di dalam Malaysia ialah Chef Wan,Siti Nurhaliza, dan kartunis Lat.Saya secara peribadi tidak mengenali ketiga-tiga individu ini.Saya sangat pasti bahawa Chef Wan suka memasak,Siti Nurhaliza suka menyanyi, dan kartunis Lat suka melukis.Mereka telah mencapai tahap menguasai bidang yang mereka ceburi.Jalannya bukan semudah yang disangka namun mereka berjaya menguasainya.

Fikirkan mengenai alternatif bagaimana anda dapat meneruskan kehidupan anda dengan melakukan apa yang anda sukai.Adalah mudah untuk terperangkap untuk melakukan apa yang tidak anda suka demi untuk meneruskan hidup.Semakin lama anda melakukan apa yang tidak anda suka,semakin banyak pengetahuan yang anda dapat mengenai sesuatu yang tidak anda suka.

Apabila pengalaman anda semakin bertambah,anda mungkin dinaikkan pangkat dalam pekerjaan anda.Namun ianya tidak memuaskan hati anda.Semakin lama anda bekerja dengan kerja yang tidak sesuai dengan anda,semakin dalam lubang yang anda gali untuk diri anda sendiri.

Secara peribadi,saya pernah mendengar cerita seorang CEO sebuah syarikat di Kuala Lumpur yang pendapatannya amat lumayan tetapi berhenti kerja kerana tidak sesuai dengan hati dan perasaan beliau.Beliau menjadi CEO bermula dengan perjalanan yang agak sukar.Beliau pergi bekerja awal pagi dan pulang ke rumah apabila hari telah lewat malam.

Beliau seorang lelaki Melayu yang berpegang dengan nilai adab dan kesopanan Melayu.Anak-anaknya masih pelajar sekolah.Apa yang menyedihkan beliau ialah apabila beliau pulang ke rumah,anak lelaki beliau tiada di rumah dan rambut anak perempuan beliau pun sudah berubah warna.

Pada pandangan beliau,walaupun dari segi kerjaya beliau agak cemerlang namun tidak sesuai dengan hatinya.Keluarganya tidak terurus kerana beliau tidak mempunyai masa untuk keluarganya.Di pendekkan cerita,beliau meletak jawatan dan menjadi peniaga kecil-kecilan.Apa yang beliau inginkan ialah masa untuk bersama-sama dengan keluarga.

Ini hanya secebis kisah daripada dunia realiti.Anda tidak perlu terburu-buru untuk berhenti kerja. Mesej yang ingin saya sampaikan ialah anda perlu berpijak di bumi yang nyata untuk menggunakan hukum tarikan.Anda perlu melakukan apa yang anda suka sehingga menjadi pakar.Anda mungkin belum kaya dengan melakukan apa yang anda suka kerana:

  • Anda belum benar-benar menguasai apa yang anda suka
  • Hasil kerja anda tidak unik dan boleh didapati oleh orang lain
  • Hasil kerja anda tidak memberi kesan kepada orang lain dalam skala yang besar

Andainya anda tidak mempunyai masalah diatas,ini bermakna orang-orang yang bertanggungjawab dalam urusan yang anda lakukan perlu di tukar.

Contohnya di Malaysia ialah arwah Tan Sri P.Ramlee.Boleh dikatakan beliau menguasai seluruh bidang seni.Daripada bermain alat muzik sehingga menjadi pengarah filem,semua perkara boleh dilakukan oleh beliau tetapi beliau tidak kaya pada akhir hayatnya.Saya tidak ingin membuat
sebarang spekulasi tapi ingin membuka minda anda.Berapakah bilangan produksi yang wujud pada zaman kegemilangan P.Ramlee?

Untuk mencari kerjaya yang sesuai dengan anda,anda perlu memilih pekerjaan yang benar-benar sesuai dengan hati dan perasaan anda.Apabila kerja anda sesuai dengan hati dan perasaan anda,segala-galanya akan menjadi mudah kepada anda.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Kerjaya dan Potensi .
Saya akan menulis mengenai Memahami Diri Sendiri pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.


Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #6

Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #6


Artikel ini merupakan lanjutan dari artikel Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan #5.
dalam artikel yang lalu,saya telah menerangkan mengenai konflik yang mungkin terdapat dalam
diri anda iaitu kata-kata "Saya perlu untuk... tetapi saya tidak boleh...".

Individu yang tahu perlu melakukan sesuatu dalam usaha untuk mencapai apa yang diidamkan tetapi tidak melakukannya kerana memerlukan pengesahan atau keizinan daripada orang lain.Ianya disebabkan rasa takut untuk mencuba sesuatu yang berbeza atau melakukan sesuatu perkara yang baru.Ini kerana mereka sensitif terhadap pandangan atau komen daripada orang lain.

Ianya berpunca daripada pengalaman individu semasa masih di peringkat kanak-kanak.Seringkali
sekiranya seorang kanak-kanak yang mencuba sesuatu yang baru akan dikritik atau lebih teruk lagi
dihukum oleh ibubapa mereka.Secara semulajadinya kanak-kanak ini akan kehilangan sikap spontan
yang lahir bersama mereka semasa masih bayi seperti yang telah diterangkan pada artikel yang lalu.

Ketakutan mula menyelubungi hidup seseorang berdasarkan pengalaman semasa kecil.Antaranya ialah:
  • Takut kerugian
  • Takut kepada kemiskinan
  • Takut berasa malu
  • Takut kepada cemuhan
  • Takut kepada penyakit
  • Takut kehilangan kasih sayang
  • Takut untuk membuat public speaking
  • Takut untuk mengambil peluang
  • Takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau berbeza

Antara penemuan terbesar dalam kajian mengenai potensi manusia ialah tahap ketakutan dan
self-esteem anda adalah berlawanan.Dengan kata lain,semakin tinggi tahap self-esteem anda,semakin rendah tahap ketakutan anda kepada kegagalan.Semakin tinggi tahap self-esteem anda,semakin kurang rasa ragu-ragu dalam diri anda.

Semakin anda menyukai diri anda,semakin tinggi semangat anda untuk mengambil risiko untuk
mengatasi cabaran,halangan, dan kegagalan sementara dalam hidup anda.Semakin tinggi tahap
self-esteem anda,semakin kurang anda memerlukan pengesahan atau keizinan orang lain untuk
mengambil tindakan yang perlu anda lakukan.Anda memilih jalan anda sendiri.

Cara yang paling cepat untuk anda meningkatkan tahap self-esteem dan keyakinan anda ialah dengan menganalisis perkara yang membuatkan anda takut untuk bertindak.Anda boleh meningkatkan self-esteem dan keyakinan anda dengan memnuhkan minda anda dengan perkataan dan dan visual yang positif.Kehidupan anda pada hari ini ialah "projektor" daripada fikiran anda selama ini.

Semakin anda menyukai diri anda,anda semakin cepat untuk mengambil tindakan.Rasa takut dan
ragu-ragu akan mula hilang untuk mengambil tindakan.Anda juga tidak peduli dengan kemungkinan
anda akan gagal buat sementara untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Semangat anda akan sentiasa membara untuk mendapatkan apa yang anda mahu sekiranya anda menyukai diri anda sendiri.Anda tidak akan berhenti untuk mengambil tindakan sehingga anda berjaya mendapatkan apa yang anda impikan.Segala-galanya bermula dengan diri anda sendiri.

Terdapat 4 Peraturan Mental yang perlu anda tahu dan bertindak untuk mengeluarkan sepenuhnya
potensi anda.

Peraturan Tabiat

Apa jua yang anda lakukan secara berulang-ulang akan menjadi tabiat.Ianya mudah difahami
dan anda boleh memulakan apa-apa tabiat baru sekarang.

Peraturan Emosi

Setiap tindakan yang anda lakukan bermula dengan emosi anda sama ada positif atau negatif.Ianya seperti anda membuat unggun api.Untuk membuatkan api sentiasa bernyala anda perlu meletakkan kayu api secara berterusan.Sekiranya anda tidak meletakkan kayu api,dalam satu tempoh masa,api akan padam.

Perkara yang anda fikirkan sepanjang masa menjadi seperti api yang terhasil daripada unggun api.Sekiranya anda emikirkan apa yang anda inginkan dan bagaimana untuk mendapatkannya seberapa lama yang anda dapat,anda akan menggunakan sepenuhnya potensi anda selagi anda fokus untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Seperti unggun api,fokus anda boleh hilang sekiranya emosi negatif terdapat dalam diri anda.

Peraturan Konsentrasi

Apa yang anda tanam dalam minda anda,ianya akan tumbuh dan membesar dalam kehidupan.Apa sahaja yang anda fikirkan sepanjang masa akan bertambah.Sekain banyak emosi dan tenaga mental anda fokus terhadap apa yang anda fikirkan selalu.Semakin banyak anda berfikir mengenai dan cara untuk mencapai matlamat anda,semakin cepat anda akan mendapatkannya.Emosi anda akan fokus terhadap apa yang anda mahukan dan semakin kurang tenaga mental anda dibazirkan untuk menyelesaikan masalah,rasa bimbang, dan ragu-ragu untuk mengambil tindakan.

Peraturan Aktiviti Minda Separa Sedar

Minda separa sedar menerima apa jua fikiran anda.Perancangan atau matlamat yang dibuat oleh minda sedar membentuk fikiran dan sikap anda untuk menjadikan matlamat anda menjadi realiti.

Apa sahaja fikiran dan matlamat yang sentiasa anda ulang dalam minda sedar anda akan diterima oleh minda separa sedar anda.Minda separa sedar kemudiannya bertindak 24/7 (24 jam sehari/7 hari seminggu) untuk menyusun fikiran,perkataan, dan tindakan anda untuk menjadikan matlamat anda satu realiti.Minda separa sedar tidak dapat membezakan perkara yang positif atau negatif.Ia hanya menurut arahan minda sedar.


Minda sedar anda hanya memiliki satu fikiran sahaja pada satu-satu masa sama ada positif atau negatif.Anda mungkin boleh memiliki 1000 fikiran dalam satu hari tapi anda hanya dapat berfikir satu perkara sahaja pada satu-satu masa.Anda bebas untuk memilih fikiran anda.Asas untuk berjaya ialah mempunyai fikiran yang jelas terhadap apa yang anda mahukan dan memiliki tindakan yang jelas apa yang perlu dilakukan.

Apabila anda menjadikan tabiat untuk berfikir dan bercakap mengenai matlamat dan bagaimana untuk mendapatkannya,anda berkuasa penuh terhadap self-concept dan personaliti anda.Anda bergerak selari dengan potensi anda.Anda memulakan langkah pertama yang akan mengubah kehidupan anda buat selama-lamanya.

Apa sahaja yang telah anda capai sepanjang hidup anda merupakan bayang-bayang kepada potensi anda sepenuhnya.hanya anda yang dapat membataskan apa yang anda mampu lakukan.Anda boleh membuat keputusan apa yang anda inginkan di dalam hidup anda.Dengan membebaskan diri anda dari rasa takut kepada kegagalan,aktiviti minda separa sedar yang menyekat anda untuk terus maju serta meningkatkan self-esteem dan keyakinan anda,anda boleh mengeluarkan potensi anda yang masih terpendam di dalam diri anda.

Dengan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap self-concept anda,anda mempunyai asas untuk mencapai lebih banyak matlamat anda berbanding pencapaian anda sebelum ini.Kehidupan anda pada hari ini menunjukkan cara anda berfikir,perasaan anda, dan tabiat anda.95% apa jua yang anda fikirkan,perasaan anda,dan apa yang anda lakukan sekarang ditentukan oleh tabiat anda.Saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai tabiat pada artikel yang akan datang.


Setakat ini dahulu artikel kali ini.Nantikan bahagian #7 daripada artikel bersiri Amalan Memurahkan Rezeki Untuk Menjadi Jutawan.Sekian terima kasih.

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #8 & #9

Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita : Prinsip #8 & #9


Dalam artikel bersiri Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita:Prinsip #7 saya telah menulis
prinsip ke-7 yang diperlukan untuk wanita mencari cinta sejati.Dalam artikel ringkas ini,saya akan
menerangkan kepada anda (sekiranya anda wanita) prinsip-prinsip lain yang perlu anda patuhi.

Prinsip #8

Elakkan Untuk Menunjukkan Rasa Takut Kehilangan Lelaki

Wanita yang "terlalu baik" diselubungi oleh perasaan takut untuk kehilangan lelaki yang dicintai.
Rasa takut dan cinta datangnya daripada bahagian yang sama di dalam otak.Apabila lelaki rasa takut
kehilangan wanita yang dicintai,keadaan yang sama juga berlaku.Wanita perlu membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh rasa takut kehilangan lelaki yang dicintai.


Prinsip #9

Antara Perasaan Cinta dan Maruah - Pilihlah Maruah Mengatasi Semua Perkara

Anda perlu mengekalkan jati diri anda apabila bercinta.Elakkan untuk kehilangan kawan-kawan,hobi,kerjaya,atau lain-lain untuk mengambil hati lelaki.Elakkan untuk berkompromi dalam soal maruah anda dalam hubungan percintaan.Ini akan menyebabkan lelaki yang tulus mencintai anda akan takut untuk kehilangan diri anda.Sebaliknya yang berlaku sekiranya lelaki itu berpura-pura mencintai anda.


Karakter wanita yang dicari oleh lelaki ialah:

  • Menjadi diri sendiri iaitu wanita yang jujur dengan cara hidup
  • Tidak mengejar cinta lelaki
  • Menjadi wanita yang misteri pada kaca mata lelaki iaitu jujur tetapi tidak mendedahkan semua rahsia
  • Tidak terburu-buru untuk membalas sms/panggilan dari lelaki
  • Menyembunyikan perasaan sedih
  • Menghargai diri sendiri iaitu apabila dikritik hanya mengucapkan terima kasih kerana ada orang ambil berat.
  • Memiliki ciri-ciri humor
  • Menjaga kebersihan dan kesihatan

Setakat ini dahulu bahagian Prinsip #8 & #9 untuk artikel Cari Jodoh dan Cinta Sejati Untuk Wanita kali ini.Nantikan artikel saya yang akan datang berkenaan prinsip-prinsip yang lain.Sekian,terima kasih.

Hukum Tarikan-Siri 24 : Kerjaya Pilihan

Hukum Tarikan-Siri 24 : Kerjaya Pilihan


Fikirkan bahawa pekerjaan anda sebagai ekspresi diri anda.Pekerjaan anda boleh membuktikan
kelebihan dan kemampuan anda.Pekerjaan anda merupakan karier anda.Ianya menunjukkan apa
yang anda lakukan yang mengambil masa anda.Sekiranya anda ingin menukar impian anda menjadi
realiti,ianya merupakan faktor yang kritikal.

Pekerjaan anda memiliki 2 komponen iaitu konteks anda berfikir dan pengetahuan anda.Contoh
konteks dan pengetahuan ialah seperti anda menuangkan air ke dalam gelas.Gelas merupakan konteks dan air merupakan pengetahuan.Sekiranya air melimpah,gelas tidak cukup besar untuk menampung air.Sekiranya gelas besar tetapi airnya kurang,ia tidak memadai dengan memiliki gelas yang besar.Anda perlu mempunyai air yang cukup untuk memenuhkan gelas.Pengetahuan dan konteks anda berfikir sangat mempengaruhi kehidupan anda.

Sebagai contoh,terdapat 2 orang saintis yang mengkaji penawar untuk satu penyakit atau membuat penemuan baru.Oleh kerana mereka membuat penemuan yang sama tidak bermakna mereka memiliki pengetahuan yang sama tetapi memiliki konteks berfikir yang sama.

Untuk memiliki kerjaya yang sesuai dengan hati anda,anda perlu mengetahui apa yang anda tahu dan dapat menggunakan konteks anda berfikir untuk membuktikan pengetahuan anda.Melainkan anda sudah memiliki kerjaya yang sesuai dengan hati anda,artikel ini tidak dapat membantu anda.

Sekiranya anda tidak suka melakukan kerja yang anda miliki,anda perlu membuat perubahan yang
besar untuk selari dengan realiti,hubungan, dan potensi anda.Ianya bukanlah satu perkara yang mudah namun berbaloi untuk diketahui sekiranya anda dapat menggunakan potensi anda sepenuhnya.

  • Apakah yang anda nampak apabia anda berfikir mengenai pekerjaan anda?
  • Adakah ianya sesuai dengan jiwa anda?
  • Adakah anda pernah menukar pekerjaan atau anda bekerja kerana terpaksa?
  • Adakah pekerjaan anda membuatkan anda dapat mengeluarkan sepenuhnya potensi anda?
  • Bayangkan hari ini merupakan hari terakhir persekolahan anda,adakah anda ingin memilih pekerjaan anda sekarang?

Untuk menjadikan pekerjaan anda dengan realiti hidup anda,anda perlu menjawab soalan-soalan ini
dengan sejujur yang mungkin.Tuliskan jawapan anda di atas kertas walaupun anda tidak suka untuk
membacanya.Anda bebas untuk melakukannya atau tidak.Elakkan untuk menipu diri sendiri
bahawa anda menyukai pekerjaan anda walaupun jauh di sudut hati pekerjaan anda tidak sesuai
untuk anda.

Menjadi realistik adalah bahagian kritikal untuk anda terus maju.Ianya bermakna anda berpijak di bumi yang nyata.Untuk kebanyakkan individu,pekerjaan menjadi sumber utama untuk mereka mendapat apa yang diperlukan untuk terus hidup.Anda mungkin melakukan apa yang tidak anda suka kerana jika anda tidak melakukannya,anda tidak dapat membayar bil-bil anda.

Sekiranya anda tidak suka dengan pekerjaan anda,anda perlu menukar konteks anda berfikir. Contohnya disebalik anda mengharapkan gaji untuk membayar bil-bil anda,anda boleh menukar konteks anda berfikir dengan menukarnya dengan "sedang mengumpul modal" untuk berniaga sekiranya anda bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri.

Dalam konteks hukum tarikan,sekiranya anda ingin menarik wang,anda perlu berasa gembira dengan
perkara yang berkaitan wang.Contoh perkara yang berkaitan wang ialah bil,bank,yuran,tol,dan
lain-lain lagi.Anda perlu mengubah fikiran anda dari rasa risau dan bimbang apabila memikirkan
perkara yang berkaitan dengan wang.

Sebagai contoh,anda boleh melihat kembali resit-resit bayaran yang telah anda bayar dan fokuskan kepada nilai yang anda bayar.Anda renung pada amaun yang dibayar itu dan bersyukur dengan hati dan perasaan anda kerana anda memiliki wang untuk membuat bayaran selama mungkin.

Kunci pertama untuk bersyukur ialah memaafkan kesalahan orang lain.Maafkan semua orang yang melakukan kesalahan dengan anda sebelum anda bersyukur dapat membayar bil-bil anda.Anda boleh mencubanya sekarang dan mengalami pengalaman mendapat wang aau rezeki dari arah yang tidak anda jangka.

Apabila anda mengenalpasti pengetahuan dan konteks anda berfikir,anda akan gembira apabila
melakukan pekerjaan anda.Ianya akan menyatukan hati dan realiti anda.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Kerjaya Pilihan .
Saya akan menulis mengenai Kerjaya dan Potensi pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Strategi Perang : Pengenalan

Strategi Perang : Pengenalan


Artikel bersiri Strategi Perang mengandungi kebijaksanaan yang terdapat di dalam sejarah peperangan.Artikel bersiri ini bertujuan untuk menambah pengetahuan anda dengan pengetahuan yang praktikal serta memberi anda pilihan yang banyak serta kelebihan yang terdapat pada setiap situasi untuk memudahkan hidup anda.

Setiap strategi bertujuan untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang seringkali dihadapi oleh anda dalam kehidupan.Antaran masalah dalam peperangan ialah  :

  • Berperang dengan tentera anda yang tidak bermotivasi
  • Menghabiskan banyak tenaga dan masa dalam peperangan
  • Mengatasi perselisihan faham dan konflik yang terjadi
  • Perbezaan antara perancangan dan realiti anda
  • Terperangkap dalam situasi yang tiada jalan keluar 
  • dan lain-lain lagi.


Walaupun anda cuba untuk mengelakkan peperangan,semua strategi didalam artikel bersiri ini mengandungi strategi defensif yang membuatkan anda berwaspada terhadap pergerakan "musuh" anda.Strategi-strategi dalam artikel ini bukanlah satu doktrin atau formula yang sentiasa
perlu dilakukan tetapi ianya akan menjadi pembantu anda pada situasi-situasi yang tertentu.

Semua strategi yang terdapat dalam artikel bersiri ini diambil daripada catatan dan dipraktikkan oleh General-general dan pakar strategi yang hebat yang  terdapat dalam sejarah yang menggunakan strategi klasik dan tidak konvesional seperti:
  • Alexander The Great
  • Hannibal
  • Genghis Khan
  • Napoleon Bonaparte
  • Shaka Raja Zulu
  • William Techumseh Sherman
  • Erwin Rommel
  • Vo Nguyen Giap
  • Sun-Tzu
  • Miyamoto Musashi
  • Carl von Clausewitz
  • Ardant du Picq
  • T. E. Lawrence
  • Colonel John Boyd

Strategi-starategi yang terdapat dalam artikel bersiri ini terbahagi kepada 5 bahagian:

  • Bagaimana untuk menjadikan minda anda bersedia dan bersemangat untuk berperang
  • Bagaimana untuk menyusun dan memotivasikan tentera 
  • Strategi bertahan
  • Strategi menyerang
  • Strategi tidak konvesional


Setiap strategi mengambil contoh bukan sahaja daripada sejarah peperangan tapi daripada bidang:
  • Politik
  • Kebudayaan
  • Sukan
  • Perniagaan
  • Hubungan Manusia
Strategi-strategi yang akan dihuraikan dalam artikel bersiri ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengubah cara anda berfikir malahan membantu anda untuk mengubah pendekatan yang anda ambil dalam kehidupan seharian.Kita mempunyai pelbagai pengalaman dalam kehidupan seharian tetapi kita mungkin tidak menganalisis pengalaman kita.Strategi bukanlah satu perkara yang mudah.Ia memerlukan anda untuk memberikan perhatian yang serius namun menarik untuk
dipraktikkan.

Kita hidup dalam dunia yang mengangkat nilai demokratik di tempat yang tertinggi,kita
tinggal dalam dunia ini berdasarkan kumpulan (negara), dan tahu bagaimana untuk bekerjasama
dengan orang lain.Kita diajar daripada awal kehidupan bahawa sesiapa yang suka berperang dan
agresif perlu membayar dengan harga yang mahal - tidak popular dan diasingkan.

Nilai harmoni dan kerjasama secara halus antara semua negara mengekalkan keamanan.Masalah kepada kita ialah kita dilatih dan bersedia untuk mengekalkan keamanan dan kita semua (rakyat biasa) tidak bersedia untuk berhadapan dengan apa yang terdapat di dunia nyata iaitu peperangan.

"Biarkan orang yang inginkan keamanan bersedia untuk menghadapi peperangan," 
- VEGETIUS, 4 Masihi

Peperangan wujud dalam beberapa tahap.Nyatanya,kita mempunyai musuh yang sentiasa menunggu peluang.Semakin hari persaingan antara negara menjadi bertambah sengit dan buruk.Dalam politik,perniagaan,sehinggalah kepada bidang seni,kita mempunyai lawan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi diri kita.

Masalah menjadi bertambah buruk dan rumit dengan kewujudan musuh dalam selimut.Musuh dalam selimut mungkin bekerjasama dengan musuh kita yang lain dengan bersetuju dan mesra dengan kita namun akan melakukan sabotaj yang tidak kita jangka dan menggunakan peluang yang ada pada mereka untuk meneruskan agenda mereka.

Selain itu,perkara yang paling sukar untuk dijangka ialah kita berperang dengan bantuan daripada rakan sekutu yang berjanji untuk menawarkan pertolongan tetapi tidak memberikan pertolongan apabila tiba waktunya.Pada kasarnya,semua perkara kelihatan cukup baik,namun jika diteliti dengan lebih dalam ianya merosakkan hubungan semua pihak.Orang ramai mungkin menafikan realiti yang berlaku apabila kita bercerita namun kita tahu dan merasainya dalam hati kita bahawa ia sememangnya berlaku.

Ianya bukan mengenai diri kita dan rakan-rakan yang gagal untuk mewujudkan keamanan tetapi ianya disebabkan kita tidak dapat membantu dengan cara kita hidup didalam dunia ini.Namun kita sering mendengar cerita yang mustahil untuk kita berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku.

Pada masa lalu,kita boleh menjangka kerajaan atau golongan bangsawan yang dapat memberi keamanan,namun pada hari ini,kita perlu melindungi diri kita dan apa yang kita miliki dengan diri kita sendiri.Apa yang kita perlu lakukan bukanlah sesuatu yang mustahil dan diluar kemampuan untuk memiliki keamanan.Apa yang kita perlukan ialah pengetahuan yang praktikal dan bagaimana untuk mengatasi konflik yang timbul dalam kehidupan.

Pengetahuan yang diperlukan bukanlah pengetahuan untuk mendapatkan apa yang kita mahu atau melindungi diri kita tetapi bagaimana untuk menjadi lebih rasional dan strategik apabila berlakunya konflik yang seterusnya membuatkan kita bersikap dengan agresif dan bukannya menafikan terdapat konflik dalam kehidupan kita.Pengetahuan ini perlu ada pada setiap pakar strategi - lelaki atau perempuan yang dapat mengendalikan situasi yang sukar dan cekap serta mahir menendalikan angkatan bersenjata.

"Strategi adalah perkara yang melangkaui bidang Sains.Ianya adalah penggunaan pengetahuan praktikal untuk hidup,menggunakan kecekapan fikiran yang memberi cahaya panduan untuk setiap perubahan dalam situasi.Strategi merupakan seni untuk bertindak dalam keadaan yang tertekan dan sukar."

HELMUTH VON MOLTKE, 1800–1891

Ramai ahli psikologi dan sosiologi tidak bersetuju bahawa masalah akan selesai menerusi konflik dan perbezaan yang nyata ialah masalah akan selesai dengan berdamai.Kejayaan dan kegagalan kita dalam hidup boleh diketahui dengan cara bagaimana kita bertindak apabila terdapat konflik dalam hidup kita.cara yang biasa digunakan oleh ramai orang ialah untuk menjauhkan diri daripada sebarang konflik dan memberikan kesan emosi kepada mereka untuk jangka masa yang panjang.
Perkara seperti ini berlaku kerana mereka berada dalam keadaan tidak rasional semasa sesuatu situasi berlaku dan lebih malang lagi menyebabkan situasi itu menjadi semakin buruk.

Pakar strategi bertindak sebaliknya.Mereka berfikir untuk matlamat jangka panjang,memutuskan peperangan apa yang dapat dielakkan dan tidak dapat di elakkan - tahu bagaimana untuk mengawal dan memfokuskan emosi mereka.Apabila terpaksa bertempur,mereka menggunakan angkatan bersenjata dengan sama ada dengan cara yang dapat dilihat atau halus dan membuatkan pergerakan mereka sukar untuk dikesan.dengan cara ini mereka dapat mengekalkan keamanan dari sudut politik.

Peperangan yang ideal dan rasional yang dapat kita tahu ialah melalui sejarah peperangan dimana seni strategi di bentuk dan diubahsuai.Pada permulaanya,tidak semua peperangan menggunakan strategi.Peperangan berlaku di antara suku kaum purba dengan cara yang ganas - ritual untuk seseorang individu menunjukkan kegagahan.Kemudian orang purba menjadi semakin berkembang dan membentuk sebuah negeri atau negara.

Mereka mula menyedari peperangan mengakibatkan banyak kerugian.Antaranya dengan kematian dan gaji yang perlu dibayar kepada anggota tentera.Gaji yang dibayar kepada tentera menyebabkan kerajaan yang memerintah terpaksa menanggung beban yang tinggi.Kemudian orang purba mula berperang dengan cara yang rasional.

Strategi Perang : Pengenalan 2


Perkataan "strategi" datangnya dari zaman Greek purba iaitu "strategos" yang membawa maksud kepada "pemimpin tentera".Dalam konteks ini,strategi merupakan seni untuk memimpin seluruh anggota tentera semasa peperangan,memutuskan formasi apakah yang perlu digunakan,tempat untuk berperang,angkatan bersenjata mana yang perlu ditugaskan.

Apabila pengetahuan semakin berkembang,pemimpin tentera membuat penemuan bahawa semakin banyak mereka berfikir dan membuat perancangan,semakin tinggi kemungkinan untuk mereka berjaya.Strategi yang baru membantu mereka untuk mengalahkan musuh yang jauh lebih ramai dan kuat.Antara sejarah peperangan yang terkenal ialah kejayaan Alexander The Great menakluk empayar Persia.

Apabila berhadapan dengan musuh yang turut menggunakan strategi,mereka bergantung kepada situasi untuk memberi kelebihan kepada mereka.Pemimpin Tertinggi Tentera akan membuat lebih banyak strategi,lebih kepada cara halus dan bijaksana, berbanding dengan lawan.Masa terus berlalu dan pemimpin tentera yang berpangkat General menjadi lebih sophisticated (bijaksana/kompleks) kerana telah banyak strategi telah di cipta.

Walaupun perkataan "strategi" berasal daripada Greek,konsepnya digunakan secara meluas di seluruh dunia.Prinsip yang kukuh bagaimana untuk mengatasi situasi yang mengejut didalam peperangan,bagaimana untuk membuat perancangan,dan cara terbaik untuk menyusun tentera boleh ditemui dalam manual peperangan daripada zaman China purba sehinggalah ke zaman Eropah moden.

Cara untuk melakukan serangan balas,menghantar angkatan tentera, dan seni untuk mengeluarkan semangat daripada setiap prajurit diperkenalkan oleh Genghis Khan,Napoleon Bonaparte dan Zulu Raja Shaka.Secara keseluruhan semua prinsip dan strategi menunjukkan kebijaksanaan keseluruhan tentera dan kemungkinan untuk memenangi pertempuran.

"Bina strategi anda.Kemenangan tidak akan terlepas daripada genggaman anda.Strategi menjadikan pemotong kayu yang lebih baik berbanding dengan kekuatan.Strategi menjadikan kapal tidak berganjak dari arahnya apabila angin bertiup kencang di lautan biru.Strategi adalah lebih baik dari askar berkuda.Satu jenis penunggang percaya kepada kudanya yang dapat membelok dengan mudah daripada arah tujuannya.Lelaki yang tahu bagaimana untuk menang dengan kuda yang lemah memberi perhatian kepada pos tentera.Mula memegang tali kuda dengan kemas,dia memerhatikan pemimpin tentera, "

THE ILIAD, HOMER, CIRCA 9 Tahun Sebelum Masihi

Kemungkinan pakar strategi yang terhebat ialah Sun Tzu iaitu penulis China purba buku Seni Peperangan (The Art of War).Di dalam bukunya yang kemungkinan di tulis pada 4 Tahun Sebelum Masihi,dapat ditemui hampir semua strategi dan prinsip peperangan sepanjang zaman.Secara faktanya,semua strategi yang terdapat dalam buku itu ialah daripada kaca mata Sun Tzu
sendiri - yang percaya kemenangan yang terbaik ialah tanpa pertumpahan darah.

Dengan memanipulasi kelemahan pihak lawan,menyusun formasi tentera pada tempat yang terbaik, dan memberi sokongan moral kepada tentera,pakar strategi dapat melemahkan mental pihak lawan sebelum mereka mengangkat bendera putih secara fizikal.Kemenangan akan dapat diperolehi dengan kos yang sedikit.Negara/negeri yang memenangi peperangan dengan bilangan tentera yang eninggal
dan sumber yang sedikit dapat bertahan untuk jangkamasa yang panjang.

Pada masa lalu,gaji tentera tidak dibayar secara rasional.Antara pihak yang membayar gaji secara rasional ialah Scipio Africanus daripada Sepanyol,Napoleon di ULM, dan T.E.Lawrence semasa peperangan dunia pertama.Peperangan bukanlah satu alam yang lain di dalam dunia ini.Ianya berkaitan manusia.Dipenuhi dengan manusia yang terbaik dan terburuk dikalangan manusia.Peperangan juga menunjukkan kecenderungan manusia.

Evolusi peperangan telah menjadi lebih tidak konvesional,strategi kotor,serangan gerila, dan juga pengebom berani mati menunjukkan evolusi yang berlaku dalam masyarakat sesebuah negara.Pakar strategi yang memenangi peperangan sama ada dengan cara konvesional atau tidak konvesional adalah berasaskan kepada psikologi.Kegagalan angkatan tentera yang besar menunjukkan kebodohan dan batasan dalam semua arena kehidupan.Strategi yang ideal ialah strategi yang mempunyai tahap rasional dan emosional yang seimbang,bersusah-payah untuk menang tanpa menumpahkan darah dan kehilangan sumber yang dimiliki - mempunyai pelbagai aplikasi dalam kehidupan seharian kita.

Dengan mengambil kira keadaan kehidupan kita pada masa sekarang,ramai yang mungkin tidak bersetuju bahawa peperangan yang tersusun pada hari ini adalah diwarisi daripada zaman barbarian (orang yang ganas) pada masa lalu.Umtuk menggunakan seni di  medan peperangan dalam kehidupan sosial,mereka akan berkata,ianya tidak sesuai dan mengundang konflik dan perselisihan faham.

Apakah tidak cukup lagi dengan masalah yang terdapat di dalam dunia ini?

Kita hidup dalam dunia yang luas.Akan muncul orang yang jauh agresif daripada diri kita yang akan mendapatkan apa yang mereka mahu dengan cara yang baik atau keji.Kita perlulah sentiasa berwaspada dan tahu bagaimana untuk melindungi diri kita sendiri apabila berhadapan dengan orang seperti ini.Tiada guna untuk menjaga moral dan adab apabila kita terpaksa mengalah apabila berhadapan dengan orang yang licik dan kuat.Ianya seperti anda berdepan dengan serigala yang lapar dan minta untuk berdamai - seterusnya berakhir dengan tragedi.

Strategi Perang : Pengenalan 3


"Diri-sendiri merupakan sahabat kepada orang yang menguasai diri sendiri tetapi kepada orang yang tidak dapat menguasai diri sendiri,dirinya akan menjadi musuhnya seperti musuh di dalam medan peperangan."

THE BHAGAVAD GITA, INDIA, CIRCA Tahun Pertama Masihi

Mahatma Gandhi iaitu orang yang tidak menggunakan kekejaman menggunakan senjata yang hebat untuk menghalau British yang telah menjajah India untuk beberapa abad.British mempunyai undang-undang yang menguntungkan pihak British di India.gandhi memahami bahawa sekiranya tidak
menggunakan kekejaman,ianya akan menjadi senjata yang hebat.Ianya memerlukan fikiran dan perancangan yang tersusun rapi.Beliau berjalan jauh dari tempat tinggal beliau untuk mempengaruhi orang ramai untuk bersama-sama dengan beliau agar dapat menghalau British.

Untuk mendapatkan keamanan dan kedamaian,anda mesti sanggup untuk berkorban untuknya dan jelas apa yang anda mahukan.Di saat anda menetapkan apa yang anda mahu,anda berada di "alam strategi".Peperangan dan strategi tidak dapat dipisahkan.Sekiranya anda mahu apa sahaja dalam kehidupan anda,anda perlu bersedia dan mampu untuk berkorban untuk mendapatkannya.

Anda mungkin menyangka bahawa peperangan hanyalah urusan kaum lelaki terutamanya lelaki yang agresif atau daripada golongan elit.Kajian mengenai peperangan dan strategi,menunjukkan bahawa lelaki yang gagah perkasa,elit, dan ganas yang terlibat dengan perang.Pada mulanya,strategi peperangan hanya diserahkan kepada General,beberapa orang bawahan General,Raja, dan pembantu raja yang cekap.

Askar bawahan tidak diajar dengan strategi kerana ianya tidak membantu ketika di medan perang.Selain itu,adalah tindakan yang kurang bijaksana sekiranya urusan strategi diajar kepada askar bawahan kerana kemungkinan mereka belot atau memecahkan rahsia sekiranya ditawan oleh musuh.Cara ini diteruskan sehingga zaman koloni Eropah.

Untuk mengekalkan strategi dan seni peperangan sebagai satu pengetahuan yang kritikal dan istimewa,urusan mengenai perkara ini hanya melibatkan golongan elit yang mempunyai keinginan untuk menjajah negara lain.Sekiranya strategi merupakan seni untuk mendapatkan hasil,dengan menjana idea untuk mengambil tindakan,ia seharusnya telah disebarkan sejak dari zaman dahulu lagi secara meluas.

Dalam cerita dongeng Greek purba,wanita iaitu Athena dikenali sebagai Dewi Peperangan.Wanita kurang berminat mengetahui mengenai strategi dan perang mungkin kerana faktor sosial dan politik dan bukannya faktor biologi.

Dengan menguasai seni strategi,ianya akan membuatkan anda hidup dengan lebih aman dan produktif untuk jangka masa yang panjang.Ini akan terjadi sekiranya anda tahu peraturan dan menang dengan cara yang bermaruah.Sekiranya anda mengabaikan faktor strategi dalam hidup anda,anda akan berada dalam keadaan keliru dan tertewas.

Berikut merupakan prinsip-prinsip yang perlu anda patuhi untuk mencipta strategi perang dalam kehidupan seharian:

Lihat Sesuatu Perkara Tanpa Pengaruh Emosi

Dalam strategi,anda perlu melihat emosi anda terhadap sesuatu strategi sebagai satu penyakit yang perlu diubati.Ketakutan menyebabkan anda memandang tinggi terhadap musuh anda dan bertindak dengan defensif (perlahan).Panas baran dan terburu-buru akan menyebabkan anda bertindak secara membuta-tuli yang mengurangkan pilihan tindakan yang mampu anda dapat.

Terlalu yakin membuatkan anda bertindak menjauhi batasan anda.Cinta dan hubungan membuatkan anda menjadi buta.walaupun hanya sedikit emosi anda mempengaruhi diri anda,ianya akan mengubah sudut pandang anda terhadap sesuatu situasi.Penawar untuk menhilangkan faktor emosi ialah untuk menyedari perkara yang terjadi dan mengorbankan emosi anda.

Apabila anda telah berjaya,anda perlu berhati-hati.Apabila anda marah,elakkan untuk mengambil apa-apa tindakan.Apabila anda takut,anda membesarkan bahaya yang sedang anda tempuhi.Dalam peperangan anda perlu bersifat realistik.Semakin anda boleh membataskan emosi anda atau mengorbankan emosi anda,semakin dekat anda dengan kemenangan.


Hukum Orang Melalui Apa yang Telah Mereka Lakukan

Kebijaksanaan dalam peperangan bukanlah dikira dengan kepetahan berbicara untuk menjelaskan kegagalan di medan peperangan.General telah membawa tenteranya untuk kalah,kehidupan telah dibazirkan, dan seterusnya sejarah akan menghukum beliau.Anda perlu sedaya upaya dalam kehidupan anda untuk mempraktikkan prinsip ini dalam kehidupan seharian anda.

Apa yang orang lain mengenai diri mereka tidak perlu anda ambil peduli.Orang boleh bercakap apa sahaja perkara didalam dunia ini.Anda perlu tengok pada apa yang telah mereka lakukan.Anda perlu menanam prinsip ini didalam minda anda.Sekiranya anda mengalami kegagalan,anda perlu mengenalpasti perkara yang perlu anda lakukan secara berbeza.

Kegagalan anda adalah hasil strategi yang buruk dan bukannya musuh yang licik yang perlu anda salahkan sekiranya anda gagal.Anda bertanggungjawab tentang perkara yang baik dan buruk dalam hidup anda.Anda perlu melihat segala-galanya yang dilakukan oleh musuh anda sebagai tindakan strategik untuk menewaskan anda.Sesiapa sahaja yang menyalahkan anda seperti membuatkan anda rasa bersalah,bercakap mengenai moral dan keadilan adalah orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Berdiri di atas Kaki Sendiri

Dalam kajian mengenai kejayaan dalam hidup,orang cenderung untuk melakukan perkara yang kelihatan mudah dan senang.ianya seperti menggunakan kelebihan wang,sumber,bilangan kenalan, atau teknologi.Strategi yang sejati ialah psikologikal - kebijaksanaan anda dan bukannya perkara yang bersifat material.

Apa yang anda miliki boleh hilang daripada anda pada satu masa.Kekayaan anda hilang,teknologi anda dicuri,kenalan anda berpaling tadah dan banyak lagi perkara yang boleh terjadi.Sekiranya minda anda telah di"program"kan dengan seni peperangan,tiada kuasa yang dapat menhilangkannya daripada anda.Dalam situasi anda mengalami krisis,minda anda akan mencari penyelesaian yang tepat.Memiliki strategi yang hebat didalam diri anda akan memberikan anda kekuatan ketenteraan yang ajaib.Seperti kata-kata Sun Tzu "Cara untuk tidak dikalahkan tedapat dalam diri anda,".

Meniru Athena, bukannya Ares

Berdasarkan kisah dongeng Greek purba,dewa-dewi yang paling bijaksana ialah Dewi Metis.Untuk mencegah Metis menggunakan akal dan memusnahkannya,Zeus mengahwini Metis.Kemudian Metis mengandungkan anak Zeus yang diberi nama Athena.Athena memiliki kebijaksanaan Metis dan mentaliti pahlawan Zeus.

Diringkaskan cerita,kemudiannya orang Greek membuat tawaran kepada Athena untuk menjadi dewi strategi peperangan mereka dengan menyediakan kuil kepada Athena yang dinamakan Odysseus.

Pada masa itu,Ares merupakan dewa peperangan dan beliau dewa yang ganas dan jahat.Dipendekkan cerita,orang Greek tidak lagi menyembah Ares dan menyembah Athena kerana kebijaksanaan dan kelembutan Athena yang menewaskan Ares.

Minat anda terhadap peperangan bukanlah kerana kekejaman,keganasan,membazirkan kehidupan dan sumber tetapi sikap rasionaliti untuk mendapatkan apa yang anda mahu tanpa menmpahkan darah.Ares dalam mitos Greek Purba sebenarnya bodoh walaupun hebat.Dengan kebijaksanaan Athena,tujuan anda ialah menukar sikap kejam dan ganas musuh anda kepada punca kekalahan mereka. 

Bayangkan Anda Berada di Medan Peperangan

Dalam peperangan,strategi merupakan seni untuk mengawal seluruh operasi tentera.Taktik sebaliknya merupakan cara untuk tentera berempur di medan perang dalam situasi serta-merta.Kebanyakkan dari kita merupakan ahli taktikal dan bukannya ahli strategi.Kita terperangkap dalam konflik yang kita hadapi dan hanya memikirkan bagaiman untuk mendapat apa yang kita mahukan.Untuk memikirkan secara strategik adalah sukar dan tidak natural.

Anda mungkin berfikir apa yang anda lakukan adalah dalam konteks menggunakan strategi tapi hakikatnya anda menjadi lebih taktikal.Untuk menggunakan kelebihan yang hanya terdapat dalam penggunaan strategi,anda perlu membayangkan anda berada di dalam medan peperangan untuk memberi tumpuan kepada matlamat jangka panjang,merancang semua pergerakan keseluruhan peperangan,dan menghindarkan pertempuran yang tidak perlu.

Tetapkan semua matlamat di dalam minda anda,ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda membuat keputusan bila anda perlu bertindak dan bila masa yang sesuai untuk anda mengelakkan tindakan yang tidak perlu dilakukan.Ianya menjadikan keputusan taktikal di dalam kehidupan seharian anda lebih mudah dan rasional.Orang yang bergantung kepada taktikal semata-mata akan terperangkap di dalam medan peperangan.Orang yang mempunyai strategi berdiri di atas kaki sendiri dan boleh melihat situasi dengan pandangan yang jauh dan luas.

Merasai Semangat di Medan Peperangan

Setiap hari anda berdepan dengan situasi peperangan - apa yang diperlukan oleh setiap kehidupan untuk terus hidup.Peperangan yang paling hebat ialah peperangan anda dengan diri anda sendiri iaitu kelemahan,emosi,kekurangan cara untuk melihat sesuatu perkara sehingga ke akhirnya.Anda perlu
mengisytiharkan peperangan yang tiada berkesudahan dengan diri anda sendiri.

Sebagai seorang Jeneral di dalam kehidupan anda,anda menanti kehadiran musuh dan konflik sebagai cara untuk membuktikan keupayaan diri anda,memperbaiki teknik anda menyelesaikan masalah,mendapat sokongan,keyakinan, dan pengalaman.Di sebalik ketakutan dan ragu-ragu yang terdapat dalam diri anda,anda perlu membuang dan memulakan perang dengan kedua-dua perasaan ini.

Anda perlukan cabaran dan anda perlukan lebih banyak peperangan.Anda mempunyai semangat kepahlawanan dan hanya dengan berlatih anda akan membawa anda menjadi pahlawan sejati.

Setakat ini dahulu untuk bahagian pengenalan artikel bersiri Strategi Perang.Saya akan menulis mengenai Strategi 1 untuk artikel yang akan datang.Sekian,teima kasih