Hukum Tarikan-Siri 13 : Bakat & Sikap

Hukum Tarikan-Siri 13 : Bakat & Sikap

Apabila anda menerima realiti hidup anda,menyedari potensi anda, dan percaya kepada gerak hati anda sendiri,anda akan mendapat idea untuk menukar impian anda menjadi realiti.

Anda akan menyedari kekuatan anda dan tidak menafikan kekurangan yang ada pada diri anda sendiri.Kita belajar bagaimana untuk melihat realiti hidup kita dengan jujur,mengambil tindakan dan sedikit demi sedikit
ianya akan membantu kita untuk memahami realiti hidup kita dengan lebih tepat dan bukannya bersandar kepada harapan semata-mata atau perlu bergantung kepada orang lain.Apabila kita mencapai tahap memahami realiti hidup yang baru,kita akan mencapai tahap kesedaran yang lebih tinggi.Ini bermaksud anda lebih memahami sebab kenapa anda masih tidak dapat menukar impian anda menjadi realiti sekarang.

Dengan potensi yang anda miliki,anda mampu memikul tanggungjawab terhadap diri anda sendiri.Dengan latihan,tindakan yang spesifik,anda mampu menukar realiti hidup anda dan menghargai kehidupan anda.

Sekiranya anda jujur terhadap diri anda sendiri,anda akan jujur ketika berbicara dengan orang lain.Ianya akan membuatkan orang lain memahami diri anda dengan lebih tepat dan dapat berhubung dengan anda secara terbuka.Bersikap jujur terhadap diri sendiri akan membantu anda untuk lebih berani memikul tanggungjawab terhadap diri anda sendiri.

Apabila anda berinteraksi dengan orang lain,anda mungkin juga membuatkan orang lain yakin atau ragu-ragu dengan anda.Kejujuran anda tidak akan membuatkan anda menerima apa yang anda inginkan tapi ianya lebih baik kerana ianya membuatkan orang lain tahu anda tidak berpura-pura.

Seandainya anda cenderung untuk menukar realiti hidup anda semata-mata untuk membuatkan orang lain gembira,anda menipu diri sendiri dan orang lain.Cara terbaik ialah anda jujur kepada diri anda dan membiarkan orang lain memberi tindakbalas yang mereka inginkan.Anda tidak perlu bersetuju dengan tindakbalas mereka.Biarkan ianya berlalu.

Menerima realiti hidup anda tidak membuatkan hidup anda sempurna.Ianya membantu anda untuk melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik yang anda mampu lakukan.Ini akan mengubah realiti hidup anda secara perlahan-lahan.Tiada gunanya potensi yang terdapat dalam diri anda sekiranya tidak digunakan.Sebab utama anda tidak menggunakan potensi anda ialah kerana anda tidak jujur terhadap realiti hidup anda sekarang.

Setelah anda memahami realiti dan potensi anda,anda secara semulajadi akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik secara beransur-ansur berbanding membuatkan hidup anda menjadi bertambah teruk.Ini tidak bermaksud kehidupan anda akan menjadi lebih mudah.Ini bermaksud anda anda mengetahui tindakan yang anda perlu ambil untuk mengubah hidup anda.

Pertama sekali anda dapat mengukur sejauh mana anda dapat mencapai matlamat anda.Kedua anda mengetahui apa yang anda perlu lakukan dan membuatkan anda bersemangat untuk mengambil tindakan.Ketiga anda hanya fokus kepada tindakan yang perlu anda lakukan dan tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak perlu anda lakukan.Ini membuatkan anda menjadi lebih produktif.

Apabila anda sudah merasakan hidup anda semakin berubah sama ada secara perlahan-lahan atau drastik,iaitu melalui realiti yang jujur dan bukan seperti dalam cerita fantasi,anda akan merasakan tenaga anda semakin bertambah dan semangat anda semakin membara untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.

Tanpa ragu-ragu anda menyedari bahawa anda berada pada tempat yang betul pada masa yang tepat untuk mengambil tindakan yang anda boleh lakukan apabila anda jujur terhadap diri sendiri.

Anda boleh mula melihat dunia anda dengan jujur,membina hubungan dengan orang yang menyokong anda dan mengeluarkan potensi anda.Anda juga dapat menyedari apa masalah yang anda hadapi sekiranya anda tidak jujur terhadap diri sendiri.Ianya bermula dengan sikap anda untuk mendapatkan apa yang anda mahukan.Bakat yang terpendam didalam diri anda akan kekal terpendam sekiranya anda tidak
jujur terhadap diri sendiri.

Renungkan bagaimana kehidupan anda akan menjadi lebih tenteram sekiranya anda jujur terhadap diri anda sendiri.Gunakan segala sumber yang anda miliki pada tempat yang dapat membantu anda menukar impian anda menjadi realiti.Sumber yang terdapat pada anda ialah wang,masa,kesihatan, pengetahuan,kawan-kawan dan lain-lain lagi.Tiada sebab anda perlu memandang rendah terhadap diri anda sendiri.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Bakat & Sikap.Saya akan menulis mengenai Potensi Tidak Terbatas pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Hukum Tarikan-Siri 12 : Gerak Hati

Hukum Tarikan-Siri 12 : Gerak Hati


Seperti mana perkara lain,keberanian dibina dengan latihan dan mengelakkan membazir tenaga anda untuk melakukan perkara yang tidak perlu anda lakukan.Tidak semestinya anda perlu melakukan sesuatu sekiranya anda mampu melakukannya.Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana untuk membina keberanian anda dan menggunakannya secara praktikal dalam kehidupan anda.

Sekiranya anda meluangkan masa anda setiap hari untuk menulis senarai "To do List" atau membuat keputusan untuk memilih tindakan yang anda ingin ambil pada setiap hari,anda perlu bertanya pada diri anda sendiri:

"Apakah tindakan yang saya ambil selari dengan hati saya?"

Ini akan membantu anda untuk mengambil tindakan yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda dengan segera sekaligus membuang sikap bertangguh.

Sekiranya anda sedang berehat dirumah anda dan sedang memikirkan apa yang ingin anda lakukan,tanya soalan ini kepada diri anda sendiri.Anda akan mengetahui dengan jelas pilihan yang anda ada.

Biarkan hati anda membantu anda untuk membuat pilihan.Apabila pilihan anda selari dengan hati anda,anda akan merasa bersemangat untuk mengambil tindakan.


Mungkin berbanding dengan menonton TV,anda berasa lebih bersemangat untuk membaca buku kerana ianya membuatkan anda lebih selesa.Mungkin juga berbanding dengan bermain games,anda lebih bersemangat untuk berbual dengan ahli keluarga anda.Mungkin juga berbanding untuk menyiapkan kerja anda,anda lebih bersemangat untuk membersihkan rumah anda.Dengan menggunakan hati anda,anda akan lebih bersemangat untuk mengambil tindakan.

Ini kerana anda menggunakan minda sedar dan minda separa anda sekaligus.Anda tahu secara spesifik apa yang anda inginkan dan tindakan anda adalah hasil daripada minda anda.

Anda boleh menggunakan cara ini untuk membina keberanian anda sedikit demi sedikit untuk bertindak menjadikan impian anda menjadi realiti.Berbanding dengan terus mengambil tindakan drastik yang mungkin merosakkan anda,anda boleh mencuba sedikit demi sedikit.

Pertama sekali,ambil kira semua faktor yang menyebabkan anda gagal untuk mengambil tindakan.Kemudian renung kembali pada ruang yang dapat membantu anda untuk mengambil tindakan walaupun sedikit.

Sebagai contoh,sekiranya anda takut untuk mula berbual dengan orang yang tidak anda kenali, matlamat anda ialah untuk memulakan perbualan dengan orang yang tidak anda kenali.Sekiranya sukar untuk anda untuk terus memulakan perbualan dengan orang yang tidak anda kenali,anda boleh memulakan dengan mengadakan "eye contact" dengan orang tidak anda kenali untuk beberapa saat sahaja.

Anda perlu mempunyai disiplin untuk memulakan langkah pertama walaupun ianya mungkin tindakan yang kecil.Anda boleh berlatih untuk 5-10 kali terlebih dahulu dengan tindakan yang kecil sebelum anda terus mengambil tindakan yang besar.

Anda mungkin berasa ragu-ragu untuk pertama kali mengambil tindakan yang pertama tetapi sesudah anda mengulanginya berulang-kali,anda boleh mengambil tindakan yang lebih jauh.

Dalam contoh "eye contact" tadi,selepas anda mengulanginya selama 10 kali,anda boleh menambah tindakan dengan membuat "eye contact" sambil tersenyum.Kemudian selepas anda merasa selesa,ucapkan "Hai!" pada orang yang tidak anda kenali.

Setiap tindakan yang anda ambil walaupun kecil akan memberikan pengalaman yang besar yang seterusnya akan memberikan anda keyakinan untuk lebih maju.Ketakutan yang paling besar ialah anda takut pada sesuatu yang tidak anda ketahui.

Sekiranya anda takut pada sesuatu yang tidak anda ketahui,anda perlu menambahkan pengetahuan anda.Ini kerana ketakutan anda mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan ataupun kurang pengalaman mengenai sesuatu perkara.

Andaikan anda takut untuk berpindah ke kawasan yang baru walaupun anda mempunyai kemahuan untuk berbuat demikian.Ini kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku selepas anda berpindah.

Anda boleh menambah pengetahuan anda dengan memahami kawasan tempat baru anda,apakah nama kawasan yang berdekatan dengan tempat baru anda, dan bersiar-siar di sekitar kawasan baru rumah anda.Pengetahuan yang anda dapat membuatkan anda lebih berani dan membuang ketakutan anda.

Sekiranya anda pernah terlepas peluang keemasan pada masa lepas,ini mungkin disebabkan anda kurang pengetahuan ataupun pengalaman mengenai peluang yang muncul didepan anda.Pada zaman sekarang,alasan "Saya tidak tahu" merupakan satu alasan yang agak janggal untuk diterima.

Anda boleh mendapatkan maklumat yang anda perlukan menerusi internet,buku ataupun orang lain.Sekiranya anda terhalang oleh rasa takut,anda perlu menambah pengetahuan anda sedikit demi sedikit.

Cara mudah untuk membina keberanian ialah dengan konsisten mengambil tindakan yang kecil iaitu tindakan yang hanya memerlukan sedikit keberanian anda.Ini akan membantu anda untuk mengambil tindakan yang lebih besar.Ketakutan yang menyelubungi anda perlu dibuang untuk menukar impian anda menjadi realiti.


Apabila anda memiliki keberanian,anda akan membentuk hidup anda dengan lebih baik.Ini kerana anda hanya akan bertindak selepas risiko tindakan anda telah anda ketahui dan bukannya mengambil tindakan secara membabi-buta.

Keberanian membuatkan anda menerima realiti mengenai sesuatu perkara yang menjadi halangan kepada anda selama ini.Kemudian anda dapat mencari jalan untuk membuang halangan ini.Tiada salahnya untuk anda berasa takut pada masa-masa yang tertentu.


Apabila anda mempunyai keberanian,anda dapat menentukan arah hidup anda tanpa bergantung
kepada kemahuan orang lain.Orang yang berani akan memikul tanggungjawab terhadap hidup mereka sendiri.Anda akan dapat terus melangkah mencapai impian anda sekiranya anda mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan.Anda juga mungkin terlepas peluang sekiranya anda takut untuk mengambil tindakan.

Untuk menjadi lebih berjaya dan membentuk kehidupan yang lebih baik,anda perlu belajar untuk mendengar suara hati anda.Apabila anda melakukannya,anda turut boleh mempercayai orang lain.Kita hidup didalam dunia di mana kepercayaan adalah sukar untuk dicari.Apabila anda mendengar suara hati anda,anda tidak akan menyalahkan orang lain sekiranya terjadi sesuatu yang buruk.

Keberanian merupakan satu pilihan.Untuk menjadi berani,anda perlu menghapuskan ketakutan
dengan potensi yang terdapat dalam diri anda.Apabila anda jujur tentang realiti hidup anda,anda akan mengetahui apakah yang menyebabkan anda takut untuk mengambil tindakan.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan: Gerak Hati.Saya akan menulis mengenai Bakat & Sikap pada artikel yang akan datang. Sekian,terima kasih.