Hukum Tarikan-Siri 10 : Mengeluarkan Potensi Sepenuhnya

Hukum Tarikan-Siri 10 : Mengeluarkan Potensi Sepenuhnya


Potensi anda hanya dapat dikeluarkan sepenuhnya apabila anda memahami realiti dan keupayaan anda buat masa sekarang.Potensi anda akan dapat dikeluarkan secara semulajadi apabila anda jujur terhadap diri anda sendiri.Potensi anda terbahagi kepada beberapa bahagian.Dalam artikel kali ini,saya akan menulis bagaimana anda dapat mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.

Anda hanya dapat mengubah hidup anda dengan menggunakan Hukum Tarikan apabila anda telah jelas mengenai apa yang anda mahu sama ada orang lain bersetuju ataupun tidak dengan keinginan anda.

Anda tidak dapat menarik apa yang anda mahu ke dalam hidup anda sehingga anda bebas dari pengaruh dari orang lain.Cara yang terbaik ialah mengabaikan keinginan yang ditetapkan oleh orang lain terhadap diri anda dengan memahami realiti hidup anda dengan jujur.Ini akan membuatkan anda mengambil tindakan dan mengurangkan risiko untuk mendapat apa yang anda inginkan.

Anda hanya dapat menggunakan kebebasan yang anda miliki dengan mengabaikan pandangan orang lain mengenai diri anda.Contoh mudahnya seperti cara anda berpakaian,menyikat rambut dan lain-lain lagi mengenai hidup anda.Anda tidak melakukan sebarang kesalahan dengan mendengar pandangan orang lain dan anda boleh mengetahui pendapat orang lain mengenai diri anda.

Elakkan untuk memberi alasan atau penjelasan sekiranya anda membuat apa yang anda suka.Sekiranya ada orang yang bertanya apabila anda berubah,anda hanya perlu menjawab anda suka untuk melakukannya.Sekiranya mereka soalan mereka membuatkan anda tertekan,anda hanya perlu menjawab,"Saya menghargai perhatian awak,tetapi saya lebih suka untuk tidak menjelaskan tindakan
saya buat masa sekarang," atau yang membawa maksud kepada ayat ini.

Prinsip kebebasan di sini tidaklah bermaksud anda boleh melanggar undang-undang yang memberi kesan buruk terhadap anda.Kebebasan yang dimaksudkan ialah anda bebas membuat hala tuju anda sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang tidak bertulis seperti budaya tempat tinggal anda,persekitaran tempat kerja dan yang seumpamanya.Sedikit sebanyak ini akan memberikan anda pilihan untuk hidup bebas dengan cara yang anda mahu.

Dalam sektor ketenteraan,prinsip yang digunakan dalam perubatan ialah membahagikan pesakit kepada 3 kumpulan:

1)Pesakit yang tetap akan meninggal dunia sama ada mendapat rawatan
ataupun tidak.

2)Pesakit yang akan tetap sembuh sama ada mendapat rawatan ataupun tidak.

3)Pesakit yang akan sembuh sekiranya mendapat rawatan secara konsisten.


Sekiranya bekalan perubatan terhad,pegawai perubatan hanya akan memberi rawatan kepada kumpulan ke-3 terlebih dahulu dan barulah rawatan akan diberikan kepada kumpulan yang pertama dan kedua.

Prinsip perubatan ini dapat di aplikasikan oleh anda untuk menggunakan Hukum Tarikan dengan memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang anda mahukan dengan mengambil tindakan yang tepat.Dalam situasi hidup anda,anda boleh membahagikan aktiviti harian anda kepada 3 kumpulan.

1)Tindakan yang gagal memberi kesan positif untuk mendapatkan apa
yang anda mahu sama ada anda melakukannya atau tidak.

2)Tindakan yang anda perlu lakukan setiap hari untuk hidup seperti makan,mandi dan
sebagainya.

3)Tindakan yang memberi kesan yang besar terhadap hidup anda sekiranya
dilakukan secara konsisten.


Sekiranya aktiviti harian anda tertumpu anda pada kumpulan yang pertama,anda hanya berangan-angan untuk mendapatkan apa yang anda mahu kerana lebih banyak tindakan yang perlu anda ambil belum dilakukan oleh anda.


Sekiranya aktiviti anda tertumpu pada kumpulan yang ke-2,anda menghabiskan tenaga anda pada tindakan yang tidak bermakna.Bagaimanapun,sekiranya anda menumpukan aktiviti anda pada kumpulan yang ke-3,anda akan menggunakan seluruh masa dan tenaga anda pada tindakan yang memberi kesan positif untuk mendapatkan apa yang anda mahu.


Untuk memberikan tumpuan pada tindakan yang perlu anda ambil,ianya memerlukan anda menguruskan diri anda terlebih dahulu.Ianya seperti menguruskan masa dan aktiviti harian anda.Sekiranya anda gagal,impian anda hanya tetap tinggal impian semata-mata.

Kaedah ini memerlukan anda untuk menyedari realiti situasi anda pada masa sekarang.Adalah mudah untuk anda hilang fokus pada matlamat anda untuk jangka masa yang panjang.Anda hanya perlu bertanya pada diri anda sendiri,"Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk masa sekarang?" sekiranya anda mula hilang fokus.

Buatlah senarai aktiviti harian anda dan letakkan kepada 3 kumpulan aktiviti seperti diatas.Anda tahu apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat anda.Lihat setiap hari aktiviti dan matlamat anda.Sekiranya aktiviti anda selari dengan matlamat anda,teruskan aktiviti anda.Sekiranya anda melihat keseluruhan aktiviti hidup anda pada setiap hari,anda akan tahu hala tuju hidup anda setiap hari.Ianya membantu untuk memudahkan anda mengurangkan masa untuk aktiviti pada kumpulan
pertama (sekiranya ada) dan ke-2.

Cara yang terbaik untuk mengetahui kesan tindakan yang anda ambil ialah situasi anda pada masa sekarang.Berbanding dengan mengikut cakap daripada orang lain atau mana-mana sumber,situasi anda pada masa sekarang merupakan bukti yang nyata mengenai tindakan yang telah anda ambil.Sama ada hasil yang anda dapat membuatkan anda menjadi semakin baik atau sebaliknya.Anda hendaklah jujur terhadap diri anda sendiri.

Elakkan untuk patuh kepada pendapat orang lain yang anda anggap "pakar".Anda tahu tindakan apa yang berkesan untuk anda setelah anda mengambil tindakan.Setiap orang berbeza mengenai pengetahuan,latar belakang, dan lain-lain.Apa yang berkesan untuk orang lain mungkin tidak berkesan untuk anda dan sebaliknya.

Sekiranya anda mempunyai idea yang baru yang dapat meningkatkan kualiti hidup anda,anda boleh terus mencuba dengan mengambil tindakan mengikut idea anda sendiri.Proses ini akan membantu anda lebih memahami realiti hidup anda.Elakkan untuk membiarkan idea baru yang datang ke dalam fikiran anda berlalu dengan sia-sia.

Anda mungkin memerlukan masa yang banyak untuk mencuba idea yang diberikan oleh orang lain.Anda boleh melaksanakan idea anda sendiri dalam masa yang singkat.Setiap idea yang anda terima daripada orang lain,katakan Si A mungkin bertentangan dengan idea yang anda dapat daripada Si B.Ini menyebabkan anda keliru.Dengan mencuba idea anda sendiri,akan menyebabkan anda menjimatkan masa dan memahami realiti hidup anda dengan lebih tepat.

Anda perlu memilih pilihan yang terbaik untuk diri anda sendiri.Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya anda meminta pandangan daripada orang lain.Pada akhirnya,anda sendiri yang membuat pilihan dan kesannya hanya ditanggung oleh anda sendiri.

Minda anda merupakan enjin kepada tubuh badan anda dan setiap budaya di seluruh dunia mempunyai cara yang tersndiri untuk menggunakan setiap fungsi anggota tubuh badan.Sekiranya anda mampu untuk menggunakan minda anda untuk menyembuhkan tubuh badan anda,kehidupan anda tetap tidak akan berubah.

Ini kerana peningkatan secara teknikal kepada minda anda memerlukan anda membuang rasa ragu-ragu dalam hidup anda.Minda anda mengawal berjuta-juta sel dalam tubuh anda melalui "peralatan" yang di panggil otak.Sistem imuniti di dalam tubuh anda bertanggungjawab untuk menentukan tahap kesihatan anda.


Otak anda membuat pattern tertentu dalam menentukan tahap kesihatan semasa anda tidur ataupun terjaga.Ianya memutarkan memori yang tersimpan sepanjang hidup anda secara berkala-faktor yang menentukan bagaimana cara anda menerima dan menyimpan maklumat yang baru.

Sekiranya anda berjaya meningkatkan fungsi otak anda,potensi anda akan berkembang tanpa batasan.Terdapat teknologi yang dinamakan "teknologi psiko" dalam dunia psikologi.Namanya yang spesifik ialah "Brain Entrainment Technology (BET)".

BET menggunakan cahaya,suara, dan rangsangan motivasi untuk mengawal gelombang otak
manusia.Teknologi BET yang paling banyak digunakan ialah "Neuro-Acoustic"/suara minda dan
"Psychoacoustic"/muzik minda.Ianya menggunakan frekuensi bunyi yang tertentu untuk mengawal
gelombang minda manusia.

Minda anda menghasilkan gelombang elektromagnet setiap kali bekerja.Gelombang ini akan dapat dibaca oleh elektrod yang bersentuhan dengan kepala anda.Isyarat yang dipancarkan akan dapat dilihat pada skrin monitor yang lebih dikenali dengan nama EEG.Cahaya dan bunyi yang terdapat disekeliling otak anda dan juga aktiviti dalam otak anda turut dapat dilihat.

Gelombang yang terpapar pada skrin monitor akan berubah apabila anda mendapat pengetahuan
baru,idea baru,memberikan perhatian, dan juga turut dapat mengesan suara hati anda.Teknologi BET ini dapat mengesan keseluruhan aktiviti dalam otak anda.


Bayangkan apabila anda memberi tumpuan kepada perkara yang anda inginkan.Gelombang-gelombang yang terhasil daripada otak anda apabila anda memberikan tumpuan akan memenuhi seluruh ruangan otak anda.Tiada tempat untuk gelombang-gelombang yang dihasilkan apabila anda memikirkan sesuatu yang tidak mendatangkan kesan positif dalam hidup anda.Ianya seperti anda menukar channel TV anda.

Dalam keadaan normal,adalah sesuatu yang agak sukar untuk menggunakan Teknologi BET ini kerana sekiranya teknologi ini terdapat di Malaysia,harganya sudah tentu bukanlah murah untuk kebanyakkan orang.Artikel kali ini bertajuk "Mengeluarkan Potensi Sepenuhnya".Potensi anda hanya akan dikeluarkan sepenuhnya apabila anda menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara berdasarkan pemahaman anda mengenai realiti hidup anda.Untuk lebih realistik,anda perlu mengurangkan tekanan dalam hidup anda,bersukan,bermeditasi,memikirkan perkara yang anda inginkan sahaja dan aktiviti-aktiviti yang seumpamanya.

Anda merupakan Jeneral dalam hidup anda sendiri.Tiada istilah kalau...,tetapi..., atau
seandainya... untuk anda mengubah hidup anda.Anda boleh terus memendamkan potensi anda
buat selama-lamanya atau mengeluarkannya sekarang.Anda perlu bertanggungjawab atas apa
yang berlaku dalam hidup anda.Ini memerlukan anda jujur terhadap realiti hidup anda sekarang.

Tumpukan perhatian kepada perkara paling penting dalam hidup anda.Sekiranya anda bertanggungjawab terhadap hidup anda sendiri,apakah perkara yang perlu dilakukan oleh anda pada masa sekarang?


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan : Mengeluarkan Potensi Sepenuhnya.Saya akan menulis mengenai Berani Untuk Berubah pada artikel yang akan datang.
Sekian,terima kasih.

Baca Lagi

Hukum Tarikan-Siri 9 : Kuasa dan Realiti

Hukum Tarikan-Siri 9 : Kuasa dan Realiti

Potensi anda sepenuhnya akan keluar sepenuhnya apabila anda menggabungkan realiti dan kuasa anda.Realiti tanpa kuasa tidak akan mencapai apa-apa.Manakala kuasa tanpa realiti akan menghasilkan tindakan yang sia-sia.Anda akan dapat mencapai apa-apa yang anda inginkan dengan menggabungkan realiti dan kuasa anda.

Sekiranya anda tidak menggunakan sepenuhnya potensi anda,anda hanya mensia-siakan hidup anda.Anda mungkin memiliki pengetahuan untuk mengambil tindakan untuk mengubah hidup anda tetapi anda tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.Anda mempunyai kuasa untuk mengubah hidup anda,selagi anda tidak menggunakan sepenuhnya potensi anda,ianya akan kekal sebagai ilusi.Setiap orang mempunyai batasan namun selagi anda tidak mencuba,anda tidak akan mengetahui batasan anda.

Dengan mengeluarkan potensi anda sepenuhnya,anda bukan sahaja menerima tanggungjawab
terhadap diri anda sendiri,malahan anda memikul sepenuhnya tanggungjawab untuk mengubah hidup anda.Anda mempunyai keinginan yang jelas untuk memilih kehidupan yang anda inginkan dan anda mempunyai potensi untuk menukarkan impian anda menjadi realiti.

Hanya terdapat seorang sahaja yang mempunyai kuasa dalam kehidupan anda dan orang itu adalah anda sendiri.Halangan terbesar dalam kehidupan anda ialah minda anda sendiri.Anda mempunyai kuasa mutlak untuk membuat semua pilihan dalam hidup anda.

Anda juga menghasilkan tindakan.Anda membuat kesilapan sekiranya anda mencari orang
lain untuk memikul tanggungjawab untuk mengubah hidup anda.Orang yang bertanggungjawab
untuk mengubah impian anda menjadi realiti ialah diri anda sendiri.Sama ada anda bersedia atau tidak,anda perlu bertanggungjawab.

Dalam hidup anda,tiada orang yang lebih berkuasa melainkan diri anda sendiri.Berhentilah berharap ibubapa,pasangan,rakan-rakan, dan orang lain.Tuhan juga tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang berubah.Sekiranya anda percaya orang lain yang menentukan kehidupan anda,ini bermakna anda menyerahkan tanggungjawab yang anda pikul kepada orang lain.Setiap tindakan yang anda ambil mempunyai tujuan yang tersendiri.Setiap tindakan akan menghasilkan sesuatu realiti.

Walaupun anda tidak mempunyai segala sumber untuk menukar impian anda menjadi realiti,anda
tidak boleh lari dari tanggungjawab anda kepada diri anda sendiri.Ini tidak bermakna anda perlu bertindak secara membabi buta.Potensi yang ada dalam diri anda perlu disandarkan kepada realiti kehidupan anda sekarang.

Orang yang benar-benar memahami situasi hidup anda sekarang hanyalah diri anda sendiri.Anda
boleh memilih tindakan yang boleh anda ambil berdasarkan persepsi anda mengenai sesuatu
realiti.Bagaimana anda menerima maklumat daripada 5 deria anda bergantung sepenuhnya kepada
anda dan situasi anda pada masa sekarang merupakan hasilnya.Anda mungkin mempunyai keyakinan
untuk mendapatkan apa yang anda mahu atau anda juga mungkin belum bersedia untuk mendapatkan
apa yang anda mahu.

Tindakan yang anda ambil sama ada membuatkan kehidupan anda bertambah baik atau buruk,anda
akan menjadi lebih realistik.Berbanding dengan hanya anda berdoa dan tidak mengambil apa-apa
tindakan,anda mengambil tindakan yang sedikit sebanyak mengeluarkan potensi yang terpendam
di dalam diri anda.Anda akan mengetahui apa yang perlu anda lakukan untuk mengubah hidup anda
berbanding dengan membuat keputusan untuk memuaskan hati orang lain.

Sekiranya anda tidak bersedia untuk menggunakan sepenuhnya potensi anda,anda tidak akan tahu
kekuatan anda selama ini.Sekiranya anda ragu-ragu dengan potensi anda sendiri,akan muncul orang
lain dalam hidup anda yang menggunakan potensi anda untuk mengubah impian mereka menjadi
realiti.Impian anda hanya tinggal impian semata-mata dan impian orang lain bertukar menjadi
realiti dengan menggunakan potensi anda.Ini untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai potensi
untuk mengubah hidup anda sendiri.Tiada sebab untuk anda mensia-siakan potensi anda.Hanya masa
yang menentukan waktu untuk potensi anda keluar sepenuhnya.

Terdapat individu yang membiarkan pasangan,ibubapa, atau majikan mereka mengubah kehidupan mereka.Tugas majikan ialah membayar gaji pekerja dan bukannya membuatkan pekerja mereka bertambah kaya.Sekiranya anda membiarkan orang lain yang bertanggungjawab untuk mengubah hidup anda,ini menunjukkan anda lari daripada realiti hidup anda dan memandang rendah terhadap potensi anda sendiri.Ini akan menyebabkan minda anda berada dalam keadaan ketakutan untuk menggunakan potensi anda sepenuhnya.Semakin banyak bantuan yang anda terima,semakin jauh anda daripada realiti hidup anda sendiri.Anda boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain sekiranya ini yang anda inginkan.

Anda luangkan masa untuk melihat kehidupan anda sendiri.Sejak dari anda bangun tidur sehingga anda bangun kembali.Adakah kehidupan yang anda jalani sekarang merupakan apa yang anda impikan?

Sekiranya anda ingin mengubah kehidupan anda,anda perlu mengambil tindakan yang berbeza.Cara yang sama akan menghasilkan sesuatu yang sama.Hanya orang gila yang mengharapkan hasil yang berbeza daripada tindakan yang sama.Anda mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan tindakan yang perlu anda ambil.Tiada orang yang boleh memaksa anda untuk mengambil tindakan.Sekiranya anda mengambil tindakan yang berbeza,hasil yang anda dapat akan berbeza.Sekiranya anda tidak mengambil tindakan untuk mengubah hidup anda,impian anda hanya akan tinggal impian.Potensi anda akan terpendam buat selama-lamanya.

Potensi yang digunakan berdasarkan kepada realiti adalah paling praktikal.Impian yang anda cipta akan bertukar menjadi realiti sekiranya anda mengambil tindakan yang tepat pada masa yang tepat.Untuk menggunakan potensi anda,anda perlu bertanya 2 soalan kepada diri anda sendiri:

1)Adakah pilihan yang anda buat merupakan pilihan yang betul?
2)Adakah tindakan yang anda ambil merupakan tindakan yang tepat?

Untuk mengetahuinya,perhatikan realiti yang anda terima setelah anda mengambil tindakan.Adakah
hasil yang anda terima selari dengan keinginan anda?

Belajarlah daripada kejayaan anda dan juga kesilapan anda.Minda anda akan semakin kuat apabila
berdepan dengan situasi yang sama pada masa akan datang.Pengalaman merupakan guru yang terbaik
ada kebenarannya.Potensi anda akan keluar apabila anda mempunyai realiti dan mengambil tindakan
yang tepat.Masa yang sesuai untuk mengeluarkan potensi anda adalah sekarang.Pertama,anda jelas
mengenai apa yang anda mahu.Kemudian anda mengambil tindakan untuk mendapatkannya.

Apabila anda mengambil tindakan,anda akan mengetahui sejauh mana potensi yang anda miliki untuk memilih tindakan yang tepat.Semakin hampir anda dengan matlamat anda,anda semakin jelas tindakan yang perlu anda ambil.Lakukan langkah demi langkah.Walaupun anda mengambil tindakan yang kecil,minda anda akan sentiasa bekerja untuk memastikan anda mendapat apa yang anda mahu.Apabila anda konsisten dengan tindakan anda,minda anda akan semakin jelas mengetahui apa yang anda inginkan.

Anda mungkin berjaya mencapai matlamat anda dan barangkali anda juga gagal.Walau
bagaimanapun,potensi anda semakin meningkat.Apabila anda berjaya,anda mengetahui pilihan dan tindakan yang anda perlu ambil.Sekiranya anda gagal,anda akan mengetahui jangkaan anda salah dan
membuatkan anda lebih memahami realiti hidup anda dengan lebih tepat untuk mencegah anda
melakukan tindakan yang serupa pada masa akan datang.

Dalam keadaan normal,semua orang membenci kegagalan dan lebih teruk lagi takut untuk gagal.Cuba anda jadikan kegagalan sebagai sahabat anda.Apabila anda gagal mendapatkan sesuatu yang anda inginkan,ianya boleh dijadikan "hasil yang tidak dijangka".Apabila anda tersalah langkah,ianya akan membuatkan anda menjadi lebih matang dan realistik.Ia akan menghasilkan sesuatu yang melebihi apa yang anda jangkakan apabila anda tidak berputus asa.

Adalah satu perkara yang hampir mustahil apabila anda menjadi eefektif apabila anda mencuba sesuatu yang baru.Sama ada anda tindakan anda membuatkan anda lebih berjaya atau anda mendapat pelajaran daripada kegagalan anda.Secara mudahnya,anda memerlukan persediaan untuk berjaya.Apabila minda anda berada pada tempat yang betul,segala sumber yang anda perlukan akan muncul pada masa yang tepat.Sekiranya anda ingin mendapatkan sesuatu yang tidak pernah anda miliki,anda perlu melakukan tindakan yang tidak pernah anda ambil.

Apabila anda menetapkan matlamat yang baru,anda perlu melaburkan masa anda yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun.Adalah sesuatu yang kritikal untuk anda meluangkan masa yang cukup untuk diri anda sendiri untuk mendapatkan apa yang anda impikan.Minda anda memerlukan masa untuk menukar impian anda menjadi realiti.

Sekiranya anda berputus asa terlalu awal,anda tidak akan dapat menggunakan Hukum Tarikan untuk
mendapatkan apa yang anda inginkan kerana anda perlu mengeluarkan seluruh potensi anda sekiranya anda ingin menggunakan kuasa Hukum Tarikan.Jarang orang yang dapat menggunakan Hukum Tarikan dan hanya sedikit yang menguasai Hukum Tarikan kerana ia hanya terhasil apabila potensi anda telah digunakan sepenuhnya.

Sekiranya anda mendengar mencapai kejayaan adalah semudah ABC,larikan diri anda sepertimana anda menjauhkan diri daripada ular tedung sejauh yang boleh.Kata-kata ini adalah lahir daripada orang yang tidak ingin anda berjaya atau ingin memperalatkan anda untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti.

Memahami erti kejayaan dan kegagalan adalah sesuatu yang sama.Sekiranya anda gagal,ini menunjukkan anda telah mengambil tindakan dan melakukan kesilapan serta melatih diri anda sendiri.Kejayaan akan muncul secara semulajadi apabila anda telah memahami cara mengambil tindakan yang tepat untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Anda perlu bersabar apabila berdepan dengan kegagalan.Anggaplah ianya sebagai cabaran.Tidak kira walau sesukar mana pun situasi yang anda hadapi,elakkan untuk berputus asa.Anda perlu tekun untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Elakkan memaksa diri anda untuk mencapai kejayaan yang drastik pada peringkat permulaan. Lakukan yang terbaik apa yang boleh anda lakukan sekarang.Ianya akan membuatkan anda memahami realiti hidup anda dengan lebih baik.Peluang untuk melakukan tindakan yang lebih baik akan muncul apabila minda anda berada di landasan yang tepat.

Anda mungkin pernah melihat atau mendengar cerita mengenai individu yang sentiasa gagal apa jua yang dilakukan tetapi masih tidak berputus asa.Dari sudut luaran individu tersebut mungkin kelihatan sangat mustahil untuk berjaya.Tetapi individu tersebut masih belum menyerah.Akhirnya individu tersebut belajar apa yang perlu mereka ketahui.Kejayaan terbesar ialah apabila individu tersebut memahami realiti hidup mereka.Apabila mereka telah menyedari realiti hidup mereka,tindakan yang mereka ambil menghasilkan sesuatu yang mereka inginkan sama ada secara perlahan-lahan atau sekaligus.Beginilah caranya alam semesta memberikan anda isyarat apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai apa yang anda inginkan.Alam semesta tidak akan memaafkan anda sekiranya anda tidak berubah dan berulang-ulang memberi pelajaran yang sama sehingga anda memahami realiti hidup anda dengan tepat.

Sekiranya anda tahu apa yang anda inginkan,terimalah kenyataan bahawa apa yang anda impikan mengambil masa dan mungkin lebih lama daripada jangkaan anda.Bebaskan diri anda daripada mentaliti keinginan anda akan datang bergolek tanpa anda mengambil tindakan.Ini mencerminkan anda menipu diri sendiri kerana anda tidak menerima realiti hidup anda pada masa sekarang.

Semuanya bermula dengan minda anda sendiri.Bak kata pepatah Melayu,"Jikalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya".Apa yang perlu anda lakukan ialah elakkan membuang masa dengan perkara yang sia-sia, mengambil tindakan dengan bersungguh-sungguh, dan memahami semua pengorbanan anda akan terbayar apabila tiba saatnya.Teruskan belajar dan kembangkan potensi anda.

Apabila anda mula untuk menggunakan potensi anda,anda akan mendapat satu keyakinan yang baru.Anda tidak perlu memaksa diri anda sehingga menyusahkan anda untuk mengambil tindakan.Ini bermakna anda menggunakan potensi yang terdapat dalam diri anda yang sesuai dengan kemampuan anda pada masa sekarang.Keyakinan yang terbentuk daripada pengalaman anda dan bersandarkan kepada realiti anda sepenuhnya.

Keyakinan yang timbul bukanlah keyakinan yang palsu.Keyakinan diri yang tulen tidak membuatkan anda sombong atau mementingkan diri sendiri.Ianya tidak akan membuatkan anda memandang rendah terhadap keupayaan orang lain.Apabila anda menggunakan potensi anda berasaskan realiti yang tepat,keyakinan akan muncul secara semulajadi.Bukanlah satu perkara yang mudah untuk anda menerima realiti hidup anda sekarang berdasarkan potensi anda.Seringkali kita akan memandang rendah terhadap keupayaan kita sendiri.Akibatnya kita akan lari daripada memikul tanggungjawab terhadap diri kita sendiri.

Sudut pandang kita terhadap realiti hidup anda sekarang mungkin membuatkan anda menafikan potensi yang terpendam dalam diri anda.Namun ianya tidak dapat membuatkan kita lari dari kewajiban untuk memikul tanggungjawab terhadap diri kita sendiri.Sekiranya kita menafikan realiti hidup kita,kita mencegah diri kita daripada memiliki keyakinan terhadap diri sendiri.Keyakinan diri bermula dengan anda menerima realiti hidup anda sekarang.Untuk membina keyakinan diri,anda perlu berusaha untuk bersikap jujur terhadap diri anda dan orang lain.

Semakin anda jujur terhadap diri sendiri,semakin tepat persepsi anda mengenai realiti hidup anda.Anda berasa yakin apabila anda mampu menjangka hasil yang anda bakal terima daripada tindakan yang anda ambil.Keyakinan diri terbentuk dalam jangka masa yang pendek dan jangka masa yang panjang.Keyakinan untuk jangka masa yang pendek untuk kejayaan yang memerlukan jangka masa yang singkat.Contohnya ketika anda memandu kereta.Anda berasa yakin untuk memandu kereta pada hari ini kerana anda telah berulang kali memandunya.

Keyakinan untuk jangka masa yang panjang memerlukan masa yang lama untuk anda mencapai apa yang anda inginkan walaupun anda mungkin berdepan dengan kegagalan.Keyakinan yang terbentuk dalam jangka masa yang panjang lahir apabila anda mengenalpasti bahawa kegagalan yang anda terima adalah pengalaman yang kritikal untuk anda mencapai matlamat anda.Walaupun anda tidak lagi berjaya mencapai apa yang anda inginkan,anda berasa sangat yakin bahawa anda mampu mendapatkan apa yang anda mahu selagi mana anda tidak berputus asa.

Ealkkan berpura-pura anda memiliki keyakinan.Keyakinan yang terhasil ialah keyakinan palsu dan anda lansung tidak memerlukannya.Anda tidak perlu menipu diri anda sendiri dengan keyakinan palsu walau hakikatnya anda dipenuhi dengan rasa ragu-ragu.Tiada salahnya sekiranya anda masih bersikap ragu-ragu pada mulanya dan terus mengambil tindakan.

Anda akan cuma dapat menhilangkan rasa ragu-ragu apabila anda mempunyai pengalaman dan keyakinan pada diri sendiri akan muncul.Sekiranya anda perlu mengambil tindakan yang baru bagi anda dan sukar untuk dilakukan,anda seharusnya menerima kenyataan bahawa ianya satu tindakan yang sukar dilakukan.Kemudian anda harus memahaminya ianya merupakan satu proses yang kritikal untuk anda mencapai apa yang anda inginkan.

Apabila anda menggunakan potensi anda sepenuhnya,anda akan memberikan tumpuan kepada apa yang perlu anda lakukan.Anda tidak akan membuang masa dan tenaga kepada hal yang remeh-temeh.Ini kerana anda akan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Hanya masa yang anda perlukan untuk menukar impian anda menjadi realiti.

Apakah perkara yang paling penting untuk anda?
Apakah perkara yang membuang masa anda dengan sia-sia?

Kehidupan anda pada hari ini adalah hasil tindakan yang anda ambil pada masa lepas.Dalam usaha untuk menggunakan seluruh potensi anda,anda perlu menggunakan seluruh masa anda dengan tindakan yang dapat membantu anda mencapai apa yang anda inginkan.Potensi yang terdapat dalam diri anda mungkin tidak dapat membantu anda mencapai apa yang anda inginkan dengan sempurna dalam jangka masa yang singkat.Namun anda dapat menjauhkan diri daripada membuang masa anda dengan tindakan yang bermakna pada anda sendiri.

Apakah aktiviti yang anda lakukan setiap hari namun tidak memberi sebarang kesan positif?
Apakah tindakan yang anda ambil setiap hari dan mampu mengubah hidup anda?

Apabila anda menggunakan sepenuhnya potensi anda,anda akan mampu menjadi realistik iaitu anda berpijak di bumi yang nyata pada keadaan hidup anda sekarang.Sekiranya tindakan anda pada hari ini tidak membantu anda untuk mendapatkan apa yang anda inginkan,anda perlu menerima kenyataan bahawa anda hanya membuang masa dan tenaga.Buat beberapa matlamat yang baru yang memberi makna kepada anda.Kemudian ambil tindakan.

Hanya dengan tindakan yang tepat secara konsisten dapat mengubah hidup anda.Tiada pilihan yang lain.Hanya diri anda sendiri yang boleh memutuskan sama ada tindakan anda pada masa sekarang merupakan tindakan yang penting atau lansung tidak diperlukan.Anda yang membuat keputusan.Dengarlah kata hati anda.

Adakah anda merasakan satu perasaan yang memberi anda semangat untuk mendapatkan apa
yang anda mahu?

Atau anda hanya berasa kosong dan merasakan potensi anda telah habis dikeluarkan?

Apakah realiti anda mengenai situasi hidup anda sekarang?

Adakah realiti hidup anda sekarang seperti yang anda mahukan atau lansung tidak
seperti yang anda impikan satu ketika dahulu?

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan : Kuasa dan Realiti.
Saya akan menulis mengenai Mengeluarkan Potensi Sepenuhnya pada artikel yang akan datang.
Sekian,terima kasih.

Baca Lagi