Hukum Tarikan-Siri 8 : Kesatuan Yang Harmoni

Hukum Tarikan-Siri 8 : Kesatuan Yang Harmoni

Saya sudah menulis mengenai realiti,kasih sayang, dan kuasa sehinggi kini.Sudah tiba masanya untuk anda menggabungkan semuanya menjadi kesatuan yang harmoni.Kesatuan merupakan gabungan diantara realiti dan kasih sayang.Ianya merupakan satu kebenaran mengenai hidup anda selama ini.Kesatuan ini lahir daripada gerak hati anda.

Gerak hati anda tidak mempunyai tempat yang khusus.Ianya membentuk perasaan anda apabila ianya berkaitan dengan semua orang dan perkara dalam hidup anda dalam satu-satu masa.Ianya merupakan kesan daripada bagaimana tahap kasih sayang tanpa syarat kepada diri anda sendiri.Apabila anda realiti hidup anda selari dengan gerak hati anda,hidup anda akan dapat menukar impian anda menjadi realiti.

Kesatuan membuatkan anda memahami hubungan di antara diri anda dan orang lain.Kesatuan membuatkan hidup anda menjadi lebih baik dan boleh membuatkan hidup anda makin buruk.Memahami kesatuan yang harmoni akan membuatkan anda berasa gembira apabila berhubung dengan orang lain.

Gerak hati anda memberikan anda perasaan tentang realiti anda dan melepasi kesedaran anda mengenai realiti anda.Untuk memudahkan anda memahaminya,ianya perasaan anda mengenai sesuatu perkara.Secara realitinya sesuatu perkara mungkin akan merosakkan diri anda sendiri tetapi anda berasa selesa dengan perkara tersebut.

Contohnya seperti merokok,mengkritik orang lain,memandang rendah terhadap keupayaan anda sendiri dan lain-lain lagi.Begitu juga sebaliknya sekiranya anda menerima realiti sesuatu perkara itu patut anda lakukan,ianya membuatkan anda tidak selesa untuk melakukannya.Inilah kepentingan anda memiliki kesatuan mengenai realiti,kasih sayang, dan kuasa anda.

Mungkin anda pernah mengambil tindakan untuk mendapatkan apa yang anda mahu namun apa yang anda jangkakan lansung tidak berlaku dan membuatkan keadaan anda menjadi lebih teruk.Ianya membuatkan anda merasa sedih.Begitu juga dengan orang lain.Anda tidak boleh menjadi seperti robot iaitu tidak mempunyai perasaan.

Sepanjang hidup anda,anda telah melalui pelbagai realiti.Contohnya realiti daripada anda masih di zaman kanak-kanak sehingga sekarang.Pengalaman yang anda lalui merupakan kunci untuk mencapai kesatuan.Sedikit sebanyak ianya membantu anda untuk memahami orang lain.Tindakan yang anda ambil untuk terus mengubah realiti hidup anda akan terus berlaku selagi mana anda tidak berputus asa.

Anda akan mengetahui orang lain tidak berbeza dengan anda.Tetap merupakan seorang manusia biasa dan mempunyai hati dan perasaan.Orang lain mungkin lebih teruk daripada anda atau sebaliknya.Tidak salah sekiranya anda memberikan senyuman kepada orang lain.Ianya akan membantu anda memahami bahawa diri anda dan orang lain adalah sama.

Apabila kita telah mempunyai kesatuan yang harmoni,sikap menipu diri kita sendiri akan hilang sepertimana ketidakjujuran memutuskan hubungan kita dengan orang lain.Kebenaran akan timbul apabila kita jujur kepada diri kita sendiri dengan cara yang semulajadi.Menipu orang lain tidak berbeza dengan menipu diri kita sendiri.

Cuba anda fikirkan apakah yang akan berlaku pada diri anda sekiranya salah satu organ dalam badan anda menipu organ yang lain - ataupun memberi isyarat yang tidak tepat kepada organ yang lain?Adakah ianya akan memberikan anda tahap kesihatan yang baik?

Apabila anda berkomunikasi dengan orang lain,usahakan untuk berterus terang dan tidak berselindung.Elakkan untuk menipu atau memperdaya orang lain.Berterus terang akan membuatkan anda seperti menerangi tempat yang gelap.

Mungkin dengan berterus terang membuatkan anda rasa takut atau malu,keadaan anda mungkin menjadi lebih teruk dengan berselindung.Orang lain juga mungkin mempunyai perkara yang disembunyikan.Apabila anda berterus terang,sekurang-kurangnya anda tidak menipu diri anda sendiri.Sekali anda menipu diri anda sendiri,ianya akan membuatkan anda menipu dengan lebih banyak lagi.

Tahap kesatuan yang baik membuatkan anda untuk terus berbakti kepada orang lain.Ianya tidak mudah untuk dilakukan.Sekiranya anda berada di bawah potensi sebenar anda,anda menolak tanggungjawab anda dalam kehidupan anda.Anda menyembunyikan nilai sebenar diri anda kepada anda sendiri dan orang lain.Orang lain adalah sebahagian daripada diri anda.

Adakah anda pernah merasa benar-benar gembira dengan kejayaan orang lain?

Apa yang memisahkan diri anda dan orang lain kerana terdapat aras yang ditetapkan tanpa kawalan anda.Ianya termasuk kerakyatan,bangsa,agama,jantina, dan lain-lain yang membuatkan anda rasa orang lain tidak penting.Untuk mempunyai tahap kesatuan yang baik,anda perlu berbuat baik kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,agama,dan budaya.

Tiada seorang pun yang dapat memaksa anda untuk merasa kesatuan.Ia hanya dapat dibuat oleh minda sedar dan separa sedar anda.Anda memilih untuk melihat dunia anda melalui perspektif kesatuan iaitu anda merupakan serpihan dari satu tubuh badan yang satu dan memikul satu tanggungjawab yang baru.Anda dan orang lain adalah dari satu tubuh.Minda sedar dan minda separa anda hendaklah bergerak selari apabila anda berhubung dengan orang lain.

Sekiranya hanya minda separa sedar anda sahaja yang mengakui kesatuan ini,anda tidak dapat memahami realiti kehidupan anda dengan jujur.Anda akan gagal untuk menterjemahkan kesatuan ini dalam tindakan yang akan anda ambil.Anda akan berasa bahawa orang lain merupakan pecahan daripada diri anda,anda akan mengalami kesukaran untuk menggabungkan keseluruhan serpihan diri tubuh anda.

Mungkin sukar bagi anda untuk menerima kenyataan bahawa setiap orang merupakan serpihan
daripada diri anda.Adalah elok sekiranya anda mulakan secara perlahan-lahan.Bergantung kepada logik dan gerak hati anda dahulu.

Mulakan dengan seorang individu di sekeliling anda terlebih dahulu.Kemudian anda perhatikan
individu yang anda pilih dahulu.Terdapat beberapa latihan yang boleh anda ikuti untuk mencapai kesatuan yang harmoni.

Latihan yang paling mudah ialah anda luangkan sedikit masa mungkin dalam 5 atau 10 minit.Anda bayangkan apa yang akan berlaku dalam hidup anda apabila setiap orang memiliki pemikiran yang sama dengan anda.

Bagaimana anda bertindak sekiranya anda hidup dalam dunia yang mana perkataan "saya" igantikan dengan "kita" dimana setiap tindakan yang diambil tidak akan merugikan mana-mana pihak atau tidak hanya menguntungkan satu pihak sahaja?

Bayangkan setiap orang menerima dan melakukan tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan
setiap orang berasa gembira dan bahagia.Dunia di mana setiap orang tidak dipisahkan oleh perbezaan warna kulit ,jantina,bangsa, dan pangkat.Sekiranya anda memerlukan bantuan,akan ada individu yang memberikan bantuan dengan ikhlas.

Luangkan sedikit masa untuk membiarkan minda sedar dan minda separa sedar anda untuk membina imaginasi mengenai dunia yang akan wujud.Fikirkan bagaimana anda hidup dalam dunia yang baru anda cipta.Tumpukan perhatian bagaimana kehidupan anda berubah sekiranya setiap orang menerima dan melakukan tanggungjawab masing-masing.Tiada orang sibuk bergosip,tiada politik pejabat,tiada orang yang menjadi batu api, dan yang membawa maksud kepadanya.

Walaupun ini hanya fantasi semata-mata,ia akan membantu anda untuk memahami apakah yang
dimaksudkan dengan kesatuan.Dalam realiti hidup,ianya sedikit sebanyak akan membantu anda untuk mengubah hidup anda.

Apabila anda berinteraksi dengan orang lain dengan memberikan kerjasama,tulus, dan bertolak ansur,anda kemungkinan besar akan mendapat layanan yang sama.Apabila anda melayan orang lain sebagai seorang kawan anda atau orang yang anda sayangi,anda akan mendapati mereka bertindakbalas dengan cara yang sama.

Cara yang mudah untuk merasa perasaan kesatuan ialah meluangkan sedikit masa dengan alam semesta.Tidak kisahlah anda duduk di tepi laut,sungai,hutan, atau sebagainya.Walaupun anda mempunyai masa yang sedikit,ianya akan membantu anda keluar dari menenangkan fikiran anda dan membantu untuk membina hubungan dengan diri anda sendiri.Perhatikan mata haiwan yang anda nampak,sentuh pokok atau air dan rasakan tiupan angin yang menyentuh muka anda.

Ini untuk membantu anda merasakan anda dan alam semesta saling berhubungan.Apa yang anda
fikirkan akan menghasilkan gelombang kepada alam semesta.Kemudian alam semesta akan
menghasilkan apa yang anda fikirkan ke dalam realiti hidup anda.

Untuk mengalami perasaan kesatuan di dalam diri anda,lakukan sentuhan fizikal dengan orang yang "halal" bagi anda.Contohnya dengan bersalaman dengan sesiapa sahaja atau memeluk kanak-kanak.Anda tidak perlu katakan apa-apa.Cuma katakan di dalam hati,"Saya dan awak adalah satu".Tiada perbezaan di antara anda dan orang lain.

Rasakan perasaan ini dengan sepenuhnya,tidak terhalang oleh sebarang perasaan terpisah.Hubungan fizikal yang terhasil akan meningkatkan kuasa anda.Ikatan yang terhasil akan membantu anda untuk berhubung dengan oraNG lain pula.Sekiranya anda memiliki perasaan kasih sayang yang semulajadi,anda akan memahami realiti hidup anda dengan lebih baik.

Sekarang cuba anda ambil sehelai kertas A4.Kemudian buat satu garisan di tengah-tengah kertas.Di sebelah kiri letakkan simbol positif (+) dan disebelah kanan letakkan tanda negatif (-).

Dibahagian sebelah kiri letakkan nama orang-orang yang anda rasa selesa apabila anda berjumpa dan letakkan sebab kenapa anda rasa selesa.Di sebelah kanan pula letakkan nama orang-orang yang anda tidak suka apabila anda berjumpa dan letakkan sebab kenapa anda tidak menyukai orang tersebut.

Kemudian baca senarai yang baru anda tulis dan bandingkan dengan diri anda.Kali ini bayangkan semua faktor positif dan negatif tersebut terdapat pada diri anda.Anda akan mendapat pengetahuan baru mengenai diri anda sendiri.

Ianya mungkin mengambil sedikit masa namun ianya sangat membantu anda untuk memahami bahawa orang lain tidak jauh berbeza dengan anda.Kita biasanya cenderung untuk menceritakan apa yang kita suka mengenai diri kita kepada orang lain dan menyimpan rahsia diri kita daripada pengetahuan orang lain.

Adakah ini membantu anda untuk mengetahui tahap kasih sayang anda?

Kesatuan dengan orang lain dan alam semesta merupakan satu perkara yang penting untuk anda kekalkan secara konsisten kerana ianya membantu anda menyedari kepentingan diri anda di dalam dunia ini.

Orang yang mempunyai kesedaran yang baik mengenai realiti kehidupan sendiri mempunyai matlamat yang jelas serta visi (melihat sesuatu yang masih tiada) dan kekal konsisten untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti.Orang seperti ini melatih diri mereka untuk menjadi efektif apabila berkomunikasi dan memiliki keupayaan untuk mempengaruhi orang lain melalui perkataan dan tindakan mereka.

Melalui sikap yang terbentuk,mereka dapat menukarkan impian mereka menjadi realiti dengan bantuan orang lain dan dalam jangka masa yang sama turut meningkatkan keyakinan mereka sedikit demi sedikit.

Anda turut dapat menjadikan impian anda menjadi realiti.Ianya mengambil masa bergantung kepada tingginya tahap impian anda.Anda tidak dilahirkan dengan semua sumber yang anda perlukan.Anda memerlukan pengetahuan,pengalaman,tindakan, dan visi yang jelas untuk menjadikan impian anda menjadi realiti.

Tanpa mengira di mana kedudukan anda sekarang,anda perlu mempunyai visi yang jelas.Sekiranya anda sentiasa melatih minda anda dengan memiliki visi,ianya akan menjadi hala tuju hidup anda.Bukti anda memiliki visi yang jelas ialah dengan cara anda mengawal tindakan anda dan kesungguhan anda untuk sentiasa berusaha menjadikan impian anda menjadi realiti.

Tindakan anda pada setiap hari akan menggambarkan keadaan hidup anda pada setiap minggu.Sekiranya tindakan yang anda ambil pada setiap minggu mendekatkan anda untuk menukarkan impian anda menjadi realiti,ini menggambarkan anda mengambil tindakan yang betul.Ini menunjukkan anda sentiasa fokus untuk menjadi lebih produktif dan mencari penyelesaian untuk mengubah realiti anda pada masa sekarang.

Penggunaan kata-kata ketika berkomunikasi sangat kritikal.Cara anda menyampaikan mesej anda menggambarkan kepada orang lain siapa diri anda.Belajarlah cara untuk memberi inspirasi kepada orang lain.Perkataan merupakan satu senjata yang menghasilkan emosi dan membuatkan individu mengambil tindakan.Ini juga berlaku ketika anda bercakap dengan diri anda sendiri.

Sentiasa jujur dengan realiti anda ketika berkomunikasi namun berikan perhatian kepada hati dan perasaan orang lain.Jadikan ini tabiat anda dalam kehidupan seharian.Anda perlu juga sentiasa mempunyai jadual sendiri dan sedia mengubah jadual anda tanpa berkompromi dengan prinsip dan nilai anda.Situasi yang tidak anda jangka mungkin akan berlaku dan memerlukan anda mengambil tindakan yang berbeza.

Anda tidak perlu memaksa diri anda untuk memiliki kesatuan yang harmoni.Perkara yang penting ialah anda sudah mengetahui perkara mengenai kesatuan ini.Apabila anda merasakan masanya sudah tiba,anda boleh mengambil tindakan sedikit demi sedikit untuk bersatu dengan serpihan-serpihan badan anda yng lain.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:Mengatasi Halangan .
Saya akan menulis mengenai Kuasa dan Realiti pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Baca Lagi

Hukum Tarikan-Siri 7 : Mengatasi Halangan

Hukum Tarikan-Siri 7 :  Mengatasi Halangan


Pelbagai bentuk halangan akan muncul apabila anda ingin menukarkan impian anda menjadi realiti.Halangan yang muncul mungkin disedari oleh anda ataupun tidak.Apabila anda menyedari halangan-halangan yang muncul,anda akan dapat mengatsinya dengan menggunakan kuasa anda secara bijaksana.Tidak mengira betapa lemahnya anda pada masa lalu,kuasa anda masih terpendam di dalam diri anda dan menunggu masa anda menggunakannya dengan sepenuhnya.

Halangan yang timbul bermula dari minda anda sendiri.Anda merasa diri anda terlalu kerdil dan lemah untuk menggunakan sepenuhnya kuasa anda.Anda mempunyai kuasa mutlak untuk memilih kehidupan yang anda inginkan.Ini membuatkan anda menentang diri anda sendiri untuk menukar impian anda menjadi realiti.Anda membiarkan diri anda menjadi lemah untuk menentukan arah tuju hidup anda.

Perasaan takut membuatkan anda lemah dan tidak menetapkan matlamat hidup anda.Anda mengambil tindakan yang tidak bermakna kerana tidak menarik minat anda untuk menagmbil
tindakan yang sewajarnya,hidup dalam keadaan yang tidak anda suka, dan membina hubungan dengan orang yang sama dengan anda.Anda sedar apabila anda mengambil tindakan yang salah tapi tidak mengambil peduli.Apabila memiliki waktu terluang anda mensia-sikannya untuk mengambil tindakan yang anda perlukan.

Anda tidak hidup di dalam gua.Anda selesa di kediaman anda.Maksud saya anda memandang rendah kepada diri anda sendiri.Kehidupan anda merupakan tanggungjawab anda sepenuhnya.Elakkan untuk menafikan realiti hidup anda dan terimalah realiti kehidupan anda sekarang.Anda tidak perlu membazirkan masa dengan menyelesaikan hal-hal yang remeh-temeh.Apabila anda hilang fokus,tanya kembali kepada diri anda,"Apa yang saya inginkan?".

Apabila fikiran negatif mula timbul,katakan kepada diri anda sendiri,"Ini semua merepek.Saya boleh melakukan dengan lebih baik,".Ini sedikit sebanyak akan membantu untuk anda tetap fokus pada arah tuju menukar impian anda menjadi realiti.

Apabila anda takut untuk mengambil tindakan,anda akan memberikan perhatian terhadap perkara yang tidak anda inginkan.Ini akan menghasilkan sesuatu yang tidak anda inginkan.

Sekiranya anda takut untuk mengambil tindakan kerana anda takut gagal,anda memberikan perhatian kepada kegagalan.Realiti ini akan menjadi penhalang kepada anda untuk mengambil tindakan.Kegagalan yang mungkin pernah anda lalui sebelum ini mungkin terjadi kerana tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.Anda masih boleh terus mencuba.

Adalah penting untuk anda hidup dengan kuasa anda dan berdepan dengan realiti berbanding hidup dengan bersembunyi.Apabila anda mengelakkan diri dari kegagalan,anda hanya merosakkan diri anda sendiri.Apabila anda melakukan kesilapan dan mengambil pelajaran di atas apa yang berlaku,kuasa anda akan terus berkembang.

Sekiranya anda bimbang dengan menggunakan kuasa anda sepenuhnya akan membuatkan anda menjadi tidak bermoral,anda mencipta realiti taku kepada kejayaan.Hakikatnya anda akan sentiasa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda.Anda tiada pilihan selain dari memikul tanggungjawab hidup anda kepada diri anda sendiri.Anda tidak boleh melarikan diri dari menerima realiti hidup anda sekarang merupakan hasil dari tindakan anda pada masa lalu.Memikul tanggungjawab terhadap hidup anda sendiri merupakan satu perkara yang tidak boleh anda tolak.

Pilihan yang terbaik yang anda miliki sekarang ialah menggunakan kuasa anda sepenuhnya dan lakukan tindakan yang boleh anda ambil dengan sebaik-baiknya.Tumpukan perhatian terhadap apa yang anda mahukan dan pikul tanggungjawab dengan sepenuhnya.

Barangkali anda di ajar oleh kuasa yang ada pada diri anda membawa maksud kepada kesetiaan dan kehormatan.Ini biasanya dikaitkan oleh mereka yang mencari kuasa dengan paksaan ataupun pemerintahan.Elakkan anda membiarkan kuasa yang ada pada anda kepada orang yang menanggap anda melakukan kesalahan sekiranya anda ingin menukar impian anda menjadi realiti.

Sekiranya anda yakin bahawa kelemahan yang terdapat pada diri anda adalah lebih baik berbanding dengan kuasa yang ada pada diri anda,teruskan pilihan anda untuk terus membuat pilihan yang menjauhkan anda daripada mencapai impian sejauh mana imaginasi anda.Rosakkan kebahagiaan anda,terus hidup dengan masalah, dan sentiasa gelisah sepanjang masa.Jadikan diri anda selemah yang mungkin dan lihatlah diri anda secara jujur.Sudah tentu ini bertentangan dengan apa yang anda mahu dan saya pasti anda tidak akan mengambil tindakan yang sia-sia.

Adalah lebih baik anda buang semua kepercayaan palsu anda terhadap realiti hidup anda.Anda boleh memilih sama ada untuk mengubah realiti anda atau kekal dengan realiti anda sekarang.Hapuskan semua kepercayaan anda yang tidak mendatangkan manfaat sekiranya anda ingin mengubah realiti anda.

Seperti mana otot-otot badan anda yang akan menjadi semakin kuat sekiranya sering dilatih.Begitu juga dengan kuasa yang terdapat dalam diri anda.Semakin banyak anda menggunakan kuasa yang terdapat dalam diri anda,semakin banyak potensi anda dapat digunakan.Setiap orang mempunyai kuasa yang tersendiri namun tidak menggunakan dengan skala yang sama dengan orang lain.Anda boleh menggunakan beberapa langkah untuk terus meningkatkan kuasa anda.

Cara yang terbaik untuk melatih kuasa ialah dengan memiliki disiplin untuk sentiasa mengatasi cabaran.Apabila anda melatih otot-otot anda,anda menggunakan "dumbell" yang beratnya sesuai dengan kemampuan anda.

Anda sedaya upaya menggunakan otot-otot anda sehingga anda keletihan.Begitu juga dengan mengatasi cabarang yang sedang anda hadapi.Anda mencuba dengan sedaya upaya untuk berjaya walaupun ianya memerlukan anda menggunakan seluruh potensi anda.Ini tidak bermakna anda perlu mengatasi cabaran yang melangkau keupayaan anda dan terus mencuba.Cabaran yang perlu anda atasi ialah sesuai dengan keupayaan anda dan memerlukan anda menggunakan sepenuhnya potensi anda.

Melatih kuasa anda membuatkan anda semakin berkuasa.Namun demikian,sekiranya anda hanya mengatasi cabaran yang sama,ianya tidak lagi akan membuatkan anda semakin kuat.

Adalah satu kesilapan sekiranya anda terburu-buru untuk menggunakan kuasa anda.Sekiranya anda ingin mengubah seluruh hidup anda dalam masa satu hari,ianya adalah kesilapan.Ianya seperti orang yang pertama kali masuk ke dalam gymnasium dan terus mengangkat besi yang seberat 300 kg.Anda perlu sedar sekiranya anda masuk ke gymnasium,anda ingin menjadi lebih sihat dan kuat dan bukannya untuk mendapat kecederaan.Terima realiti hidup anda sekarang dan mulakan tindakan untuk menukar realiti anda menjadi seperti yang anda inginkan.

Sekiranya anda berada pada keadaan yang sangat sukar pada masa sekarang,anda boleh mengambil tindakan yang kecil dahulu.Contohnya anda bangun tidur lebih awal dahulu.Sekurang-kurangnya 5 minit lebih awal daripada biasa.Setidak-tidaknya anda mengubah tindakan yang berbeza berbanding dengan rutin harian anda.

Kemudian anda menukar diet anda atau meluangkan lebih banyak masa untuk bersenam.Matlamat yang besar adalah gabungan daripada matlamat-matlamat yang kecil.Anda tetapkan impian anda dan pecahkannya kepada matlamat-matlamat yang kecil.Perjalanan seribu batu bermula daripada langkah yang pertama.

Elakkan untuk menyamakan diri anda dengan orang lain.Sekiranya anda memandang rendah terhadap diri anda sendiri,anda akan menanggap orang lain lebih kuat daripada anda.Sekiranya anda meanggap diri anda kuat,anda akan meanggap diri orang lain lemah.Tiada guna sekiranya anda memikirkan hal orang lain dalam konteks ini.Apa yang anda perlukan ialah menerima realiti hidup anda pada hari ini dan tetapkan arah tuju anda sendiri.

Andaikan anda ingin meluangkan masa selama 7 jam setiap hujung minggu untuk meningkatkan
kemahiran anda pada setiap hujung minggu.Barangkali anda membuat keputusan untuk terus meluangkan masa selama 7 jam setiap hujung minggu tanpa sebarang gangguan dan anda ingin melakukannya sekaligus.Tidak salah sekiranya anda ingin melakukannya sekaligus.Masalahnya bolehkah anda melakukannya secara konsisten?

Anda boleh mencuba untuk mencapai matlamat ini dengan hanya menggunakan masa selama satu jam setiap hari dengan aktiviti yang sama.Apabila anda telah berjaya,anda boleh meluangkan lebih banyak masa pada minggu berikutnya.Selain daripada dapat membuatkan anda berasa yakin dan bersemangat,ianya dapat membuatkan anda lebih fokus.Teruskan berlatih sehingga anda berjaya mencapai matlamat anda untuk meluangkan masa selama 7 jam setiap hujung minggu.

Untuk menjadi lebih efektif,anda boleh menetapkan jadual anda setiap kali anda bangun tidur.Ia biasanya tidak mengambil masa selama lebih 30 minit.Apabila anda telah menetapkan jadual harian anda,anda akan dapat menikmati hari yang produktif kerana anda telah mempunyai jadual sendiri dan dapat mengukur tindakan yang anda ambil untuk mencapai matlamat anda.Anda perlu ingat bahawa masa merupakan sumber yang tidak boleh di kitar semula.Gunakan secara bijaksana untuk mencapai matlamat anda.

Tabiat ini akan membantu anda untuk membuat jadual untuk hari esok.Selain itu ianya akan membantu anda untuk membuang sikap bertangguh kerana anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan.Biasanya sikap bertangguh berpunca daripada melakukan sesuatu yang tidak kita suka.Apabila kita sudah mempunyai jadual,kita akan tahu kesan buruk pada hari esok akibat sikap bertangguh pada hari ini.Perkara yang selalu kita bertangguh untuk dilakukan biasanya memberikan kesan baik sekiranya dilakukan.

Sekiranya anda hilang motivasi untuk mengambil tindakan untuk mencapai matlamat anda,ini mungkin anda memaksa diri anda melebihi batasan anda.Mulakan dengan tindakan yang kecil dahulu.Apabila anda ingin mengukur keberkesanan tindakan yang anda ambil untuk mencapai matlamat anda,catatkan dahulu dalam buka nota anda bahagian-bahagian yang boleh di ukur.Contohnya matlamat anda ialah mengurangkan berat badan,catat dahulu berat badan anda,ukur lilit pinggang anda dan sebagainya sebelum,semasa, dan selepas anda mengambil tindakan.Ianya akan membantu anda untuk memberikan keyakinan dan mengenalpasti kesilapan tindakan yang anda ambil dalam proses anda mencapai matlamat anda.

Anda tidak berada di blog ini untuk menjadi lemah dan pasif.Anda terus membaca kerana ingin tahu rahsia bagaimana untuk menukar impian anda menjadi realiti.Untuk meningkatkan potensi anda sepenuhnya memerlukan kerja keras.Namun ianya menjadi sangat berbaloi apabila anda telah mendapat apa yang anda inginkan.Semakin banyak potensi yang dapat anda keluarkan daripada diri anda,semakin besar kejayaan yang anda akan terima.Semakin dalam potensi anda yang dapat anda gali,semakin banyak harta karun yang dapat anda temui.

Anda perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab untuk mengubah hidup anda.Masalah anda pada hari ini untuk memberi peluang kepada anda menggunakan potensi anda sepenuhnya dan bukannya untuk membuatkan anda menderita.Sekali lagi,potensi anda akan menjadi lebih kuat sekiranya anda menerima realiti hidup anda pada masa sekarang.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:Mengatasi Halangan .Saya akan menulis mengenai Kesatuan Yang Harmoni pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Baca Lagi

Hukum Tarikan-Siri 6 : Menggunakan Kuasa Anda Sepenuhnya

Hukum Tarikan-Siri 6 : Menggunakan Kuasa Anda Sepenuhnya

Kuasa merupakan sesuatu yang kritikal untuk anda mengubah hidup anda.Ianya merupakan
kebolehan anda secara semulajadi dan anda menggunakannya untuk membentuk dunia kehidupan anda.Apabila anda tidak dapat menggunakan kuasa anda sepenuhnya,anda tidak dapat menggunakannya untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda.Apabila anda menggunakan kuasa anda sepenuhnya,anda dapat memilih kehidupan yang anda inginkan.

Untuk beberapa individu,kuasa merupakan perkataan yang membawa maksud yang negatif yang membawa maksud kepada sifat tamak dan rasuah.Hakikatnya tiada apa kaitan di antara kuasa anda dan maksud negatif yang lain.Sekiranya anda seorang yang baik ketika anda masih tidak dapat menggunakan sepenuhnya kuasa anda,anda tetap akan menjadi baik selepas anda dapat menggunakan sepenuhnya kuasa anda.Begitulah sebaliknya.

Kuasa yang anda miliki akan selari dengan keadaan anda menerima realiti dan hubungan yang anda bina dengan orang lain.Kuasa anda juga boleh merosot sekiranya anda memiliki realiti yang palsu.Kuasa yang anda miliki boleh menjadi sesuatu yang baik atau buruk bergantung kepada fikiran anda.

Gabungan diantara realiti,hubungan, dan kuasa akan menjadi daya yang sangat kuat sekiranya digunakan untuk tujuan kebaikkan.Secara jujurnya,individu yang tidak jujur kepada diri sendiri tidak dapat mengubah hidup masing-masing dan akan menjadi mangsa terhadap persekitarannya.

Apabila anda menggunakan sepenuhnya kuasa anda,anda akan dapat memenuhi keperluan anda dan mencapai keinginan anda dengan senang.Untuk menggunakan dan berlatih untuk menggunakan kuasa yang ada pada anda bukanlah merupakan sesuatu yang mudah.Anda akan mengetahui cara bagaimana untuk meningkatkan dan menggunakan kuasa anda dalam artikel ini.Teruskan bacaan anda perkataan demi perkataan.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk menggunakan kuasa anda ialah anda bertanggungjawab kepada diri sendiri.Anda hendaklah menerima sepenuhnya tanggungjawab
terhadap apa yang berlaku dalam hidup anda selama ini.Adalah satu perkara yang mudah untuk anda memindahkan tanggungjawab dan menyalahkan pihak lain namun pada akhirnya ianya tidak akan mengubah hidup anda.

Apa yang anda perlukan ialah anda mengetahui apa yang anda inginkan.Mungkin ada orang lain yang boleh memahami situasi anda namun tidak dapat berbuat apa-apa untuk mambantu anda.Akhirnya orang yang memahami situasi anda akan melupakan situasi anda dan meneruskan kehidupan mereka.Anda tidak boleh memaksa orang lain untuk mengubah hidup anda.

Sekiranya anda menafikan atau melarikan diri dari tanggungjawab anda,ianya tetap akan menghantui hidup anda.Semakin awal anda menyedari tanggungjawab anda dan bersedia memikulnya,semakin cepat anda dapat mencapai apa yang anda mahu.

Ketika anda masih berada di zaman kanak-kanak,mungkin anda mempunyai ibu bapa yang
penyayang untuk menjaga kebajikan anda.Namun anda tetap mempunyai tanggungjawab untuk
mengikut nasihat dan arahan ibubapa anda.Apabila anda sudah dewasa,anda sepenuhnya memikul tanggungjawab hidup anda.Ianya mungkin tidak adil kerana setiap orang mempunyai ibubapa yang berbeza-beza sama ada dari segi kewangan dan pangkat ibubapa.Namun inilah yang dikatakan kehidupan.

Tiada gunanya sekiranya anda menyalahkan ibubapa,kerajaan, atau orang lain mengenai kehidupan anda.Ini akan membuatkan anda menjadi semakin lemah.Tanpa mengira siapa yang bertanggungjawab terhadap hidup anda pada masa sekarang,semuanya bergantung kepada anda.Hanya anda yang dapat mengubah hidup anda.

Anda perlu sedar tiada orang berlumba-lumba untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda.Sekiranya anda mengelakkan diri dari berhadapan dengan masalah anda,ianya tidak akan selesai selama-lamanya.

Sekiranya anda ingin mengubah hidup anda,anda perlu mengambil tindakan sehingga menghasilkan apa yang anda mahu.Setiap tindakan akan menghasilkan keputusan.Dengan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda,anda akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mendapat apa yang anda inginkan.Setiap sesuatu ada harganya.Untuk mendapatkan apa yang anda mahu,anda perlu berkorban sama ada dari segi masa,wang,hubungan, atau lain-lain perkara yang relevan.

Anda mungkin melakukan kesilapan dalam perjalanan anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Namun ianya akan memberikan pelajaran kepada anda dan sekurang-kurangnya anda tidak lari dari tanggungjawab anda.

Sekarang ini anda mungkin tidak mempunyai sumber yang anda perlukan untuk mencapai keinginan anda.Namun anda mempunyai komitmen untuk meningkatkan kuasa anda untuk mencipta peluang untuk memenuhi keinginan anda.Sekiranya anda konsisten untuk mencapai keinginan anda,hanya masa yang menentukan untuk anda mencapai keinginan anda.

Kuasa yang terdapat pada anda akan menjadi berkobar-kobar sekiranya anda mempunyai
keinginan.Ianya akan memberikan nikmat kepada anda apabila anda menggunakan kuasa anda sepanjang perjalanan anda mencapai keinginan anda.Langkah pertama ialah anda mengetahui apa yang anda inginkan.
  • Apakah kemahuan anda?
  • Apakah impian anda?
Biarkan diri anda mencipta impian anda.Sentiasa kembangkan kemahuan anda walaupun ianya tidak logik.Tiada salahnya sekiranya anda inginkan sesuatu yang tidak masuk akal.

Elakkan untuk anda menafikan apa yang anda benar-benar mahu.Apabila anda menafikan kemahuan anda,anda mengelakkan diri daripada menerima realiti dan kuasa anda.Anda menjauhkan diri daripada realiti hidup anda dengan menipu diri sendiri.

Sekiranya anda ingin meningkatkan kuasa anda,anda perlu menerima keinginan anda walaupun ianya muncul dalam keadaan yang tidak anda sangka.

Kebanyakkan individu berada jauh daripada apa yang mereka benar-benar mahu.Mereka membiarkan orang lain yang menentukan apa yang perlu mereka miliki dan membentuk apa yang perlu mereka percaya.Ini akan membuatkan mereka lemah dan tertekan sepanjang hidup.Elakkan diri anda berada dalam khayalan orang lain.Hanya keinginan yang anda benar-benar mahu dapat membantu anda menggunakan Hukum Tarikan.

Dengan mengenal pasti apa yang anda benar-benar mahu ialah anda bebas sepenuhnya untuk memutuskan apa yang anda perlukan.Anda tidak memerlukan keizinan daripada orang lain.Pilihan anda ialah memutuskan apa yang anda mahu dan ianya tidak perlu memberitahu pada orang lain.Anda tidak perlu rasa bersalah mengenai apa yang anda inginkan.Kemahuan anda merupakan kemahuan anda dan bukannya kemahuan orang lain.

Anda perlu sedar tiada peraturan yang mewajibkan anda betul sepanjang masa.Peraturan yang ada ialah dalam sebarang situasi hidup anda,anda bertanggungjawab sepenuhnya.Anda tidak boleh melanggar peraturan ini dan anda dapat membuat keputusan yang tepat untuk menghasilkan kehidupan yang anda inginkan.

Apabila anda berdepan dengan masa yang penting dalam hidup anda,gunakan kuasa anda
sepenuhnya.Putuskan sama ada keputusan anda "Ya" atau "Tidak".Elakkan berpeluk tubuh dan memutuskan "Ya" dalam keadaan diam.Anda perlu membuat keputusan yang anda benar-benar mahu.Anda memiliki kebebasan untuk memilih apa yang anda benar-benar inginkan.Kemahuan anda akan membantu anda memahami realiti hidup anda dan anda perlu sedar tiada jawapan "Betul" atau "Salah" mengenai apa yang anda mahukan.

Anda perlu keluar dari pandangan orang disekeliling anda bahawa hidup anda hendaklah mengikuti peraturan dan pandangan orang lain.Anda tidak perlu melaksanakan tugas untuk memenuhi keinginan orang lain.Anda hanya perlu memaksa diri anda mengetahui apa keinginan anda dan hasil yang anda terima.Bagaimana cara anda menafsirkan maksud kebebasan bergantung kepada anda.

Kuasa yang ada pada anda hanya dapat digunakan pada masa sekarang.Tiada kuasa yang dapat anda gunakan pada masa lepas.Tiada kuasa juga pada masa depan.Masa depan hanya wujud dalam imaginasi anda.Anda tidak berkuasa untuk mengambil tindakan pada hari semalam atau hari esok.Sekiranya anda hidup pada masa depan,anda hanya melemahkan diri anda dan anda hidup dalam ilusi anda sendiri.Ianya akan memberikan realiti yang palsu pada diri anda.

Anda perlu memusatkan perhatian anda mengenai kehidupan anda pada masa sekarang.Kita akan cenderung untuk menggunakan masa yang kita lalui setiap saat seperti kita menggunakan wang.Untuk menyiapkan kerja yang memerlukan masa selama satu jam,kita perlu meluang masa kita selama satu jam.Berapa lama anda meluangkan masa untuk mendapatkan apa yang anda inginkan dalam satu hari?

Istilah "pengurusan masa" atau yang membawa maksud kepadanya adalah sesuatu yang biasa kita dengar.Hakikatnya setiap orang mempunyai masa 24 jam dalam satu hari.Sama ada anda menguruskan masa dengan baik atau tidak bukanlah merupakan satu persoalan.Persoalan yang perlu anda fikir ialah bagaimana anda menguruskan hidup anda pada setiap saat?

Masa merupakan sumber yang tidak boleh di simpan.Anda tidak boleh membeli masa.Tanpa mengira apa yang anda lakukan atau tidak anda lakukan,masa akan terus berlalu.Anda tidak memiliki pilihan sama ada ingin menggunakan masa anda ataupun tidak.Pilihan yang anda ada ialah menumpukan perhatian pada masa sekarang.Walaupun anda mungkin terkenang pada kenangan anda pada masa lalu atau menggunakan imaginasi tentang masa depan anda,diri anda dan fikiran anda berada pada masa sekarang.Apa yang anda miliki ialah masa pada hari ini dan hanya hari ini yang anda miliki.

  • Sekiranya semuanya wujud pada masa sekarang,apa gunanya untuk membuat matlamat jangka panjang?
  • Bagaimana untuk mencapai semua perkara yang anda inginkan?
Apa yang anda perlu faham ialah anda hanya boleh mengambil tindakan pada masa sekarang dan anda boleh mendapat keputusan daripada tindakan anda pada masa sekarang juga.Anda tidak boleh mencapai apa yang anda mahukan pada masa lepas atau hidup pada masa depan kerana anda tidak pernah berada di masa depan.

Anda mungkin mengetahui cara untuk menetapkan matlamat.Apabila anda menetapkan
matlamat,berapa banyakkah matlamat yang telah anda capai?

Matlamat yang tidak di capai biasanya ditetapkan dengan cara yang salah.Adalah sukar untuk mencapai matlamat berasaskan realiti yang palsu dan hanya bersandar kepada harapan semata-mata.Ianya akan menjadi halangan yang paling kuat menentang anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.

Tujuan menetapkan matlamat bukanlah untuk memastikan masa depan anda terbentuk mengikut apa yang anda mahu.Sekali lagi,masa depan hanya wujud dalam imaginasi anda.Tujuan menetapkan matlamat ialah meningkatkan kualiti diri dan realiti hidup anda pada masa sekarang.Dengan menetapkan matlamat akan membuatkan anda lebih jelas dan perhatian anda pada masa sekarang.

Apabila anda telah mencapai salah satu matlamat anda,tanyalah kepada diri anda sendiri,"Bagaimana matlamat ini membuatkan realiti saya bertambah baik?".

Sekiranya matlamat anda tidak membawa apa-apa kebaikkan kepada realiti hidup anda,matlamat anda tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada anda.Sekiranya ianya membuatkan anda lebih jelas,fokus, dan memberikan motivasi kepada anda,ianya adalah sesuatu yang hebat.Teruskan mencapai matlamat anda.

Kebanyakkan orang menetapkan matlamat dan kemudiannya membuat anggapan proses untuk
mencapai matlamat akan membuatkan mereka menderita dan kesusahan.Ini merupakan cara yang pasti untuk gagal mencapai matlamat.Sekiranya anda menetapkan matlamat yang baru,berikan sepenuh perhatian untuk mencapainya berdasarkan realiti hidup anda sekarang.Kemudian susun tindakan-tindakan yang perlu anda ambil untuk mencapai matlamat anda yang membuatkan anda bersemangat,berkeyakinan,dan dapat memberi sepenuh perhatian untuk mencapai matlamat anda sebelum anda benar-benar dapat mencapai matlamat anda.

Elakkan membuat matlamat yang membuatkan anda merasa lemah,tidak berdaya, dan berputus asa.Ini merupakan cara untuk menggunakan Hukum Tarikan agar anda dapat memberikan sepenuh perhatian untuk mencapai matlamat anda.

Andaikan anda membuat matlamat untuk memulakan perniagaan anda sendiri.Anda membayangkan
beberapa situasi pada masa depan anda di mana anda menjadi bos,melakukan apa yang anda suka, dan menjana pendapatan yang lumayan.Sekiranya ini yang anda bayangkan,anda tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kemudian anda menyusun strategi bagaimana anda melakukan kerja-kerja untuk memastikan
perniagaan anda berkembang maju,risiko yang anda hadapi, dan lain-lain idea yang membuatkan anda berfikir berkali-kali untuk menjalankan perniagaan.Apabila fikiran anda sudah mencapai tahap ini,anda tidak berada dalam realiti anda dan anda berada dalam fantasi masa depan anda.

Apa yang anda perlukan ialah kembali pada masa sekarang dan menjadi realistik bahawa apa yang berlaku dalam fantasi anda tidak berlaku lagi dalam realiti anda.Anda yang menjadikan ianya wujud.Anda sudah mencipta dalam imaginasi anda sesuatu yang tidak anda inginkan.

Sekarang,andaikan sekali lagi anda membuat matlamat untuk memulakan perniagaan anda.Kembalikan fokus anda kepada realiti hidup anda sekarang.Renungkan bagaimana
matlamat anda dapat meningkatkan kualiti hidup anda pada setiap minit,bukannya 5 tahun dari sekarang ataupun 1 minggu dari sekarang.
  • Apakah matlamat anda untuk memulakan perniagaan untuk anda pada hari ini?
  • Adakah ianya memberi harapan?
  • Adakah anda mahukan segera?
  • Adakah ianya memenuhi keinginan anda?
Fikirkan bagaimana matlamat anda untuk memulakan perniagaan anda dapat meningkatkan kualiti hidup anda pada masa sekarang.Sekiranya anda tidak nampak sebarang kebaikkan kepada anda,fikirkan untuk mencapai matlamat yang lain.
  • Adakah anda ingin mengurangkan berat badan?
  • Adakah anda ingin mencari pasangan?
  • Adakah anda inginkan pekerjaan yang lebih baik?
Untuk apa jua matlamat yang anda ingin capai,anda perlu fikirkan bagaimana realiti hidup anda akan berubah menjadi lebih baik.Matlamat yang meningkatkan kualiti hidup anda akan memberikan anda motivasi dan keyakinan untuk mengambil tindakan yang tepat dan cepat.

Apabila anda menetapkan matlamat yang dapat meningkatkan realiti hidup anda pada masa sekarang,anda tidak perlu mengira tempoh masa untuk mencapainya.Sama ada ianya mengambil masa 5 hari atau 5 tahun,ianya tidak berkaitan.Proses anda untuk mencapai matlamat anda akan membuatkan anda tetap yakin dan gembira.Lebih mudahnya,anda akan berasa gembira setelah menetapkan matlamat anda.Apabila matlamat anda menjadikan anda gembira,anda akan menjadi lebih produktif.Berbanding merasa gembira pada masa depan yang hanya wujud dalam imaginasi anda,anda boleh merasa gembira setelah menetapkan matlamat anda pada hari ini.

Sekiranya anda telah memahami cara untuk menetapkan matlamat dengan menggunakan Hukum Tarikan,anda akan mengetahui cara yang berbeza untuk mencapai matlamat.Setelah anda mencipta matlamat dan mengetahui bagaimana kesannya terhadap hidup anda,minda anda akan membentuk pattern untuk mencapainya.Sekiranya anda mempunyai banyak matlamat,anda akan mempunyai dorongan yang datang dari diri anda sendiri untuk mencapai salah satu matlamat anda berbanding dengan matlamat yang lain.Anda boleh mencubanya sendiri.

Apabila anda menyedari arah tuju hidup anda,anda akan menjadi lebih bersemangat dan berkeyakinan apabila anda menumpukan perhatian untuk mencapai apa yang anda inginkan.
Matlamat anda tidak perlu menjadi spesifik,jelas, atau boleh di ukur.Anda tidak memerlukan sebarang "deadline" dan anda tidak perlukan rancangan yang sangat sempurna untuk mencapainya.Anda hanya perlukan semangat yang menyala-nyala untuk mengambil tindakan.Hanya matlamat yang anda benar-benar mahu dan keinginan yang benar-benar kuat akan memberikan anda kuasa untuk mencapainya.

Anda akan mengetahui lebih banyak tentang diri anda apabila anda membuat matlamat kerana anda akan mengetahui apakah yang menjadi arah tuju anda selama ini.Sekiranya matlamat anda kelihatan bagus apabila anda menulisnya tetapi tidak memberikan anda motivasi dan keyakinan apabila anda memberikan perhatian,matlamat itu tidak berguna untuk anda.

Elakkan untuk mencapai matlamat yang tidak memberikan anda keghairahan untuk mencapainya.
Walaupun ia kelihatan sangat baik dan orang lain memberikan dorongan kepada anda untuk mencapainya,anda tidak akan dapat mencapainya sekiranya anda tidak mahu.Anda hanya perlu memberikan perhatian kepada matlamat yang memberikan anda keyakinan dan motivasi untuk mencapainya pada hari ini kerana hanya pada masa sekarang anda dapat menggunakan kuasa anda -bukannya semalam atau hari esok.

Sekiranya anda ingin menukar keinginan anda menjadi realiti,anda perlu mengambil tindakan yang tepat.Apabila anda telah mempunyai matlamat yang membuatkan anda bersemangat untuk mencapainya,anda akan terdorong secara semulajadi untuk mengambil tindakan.Anda akan sanggup bekerja keras namun anda mungkin tidak bekerja keras setinggi keinginan anda.Dalam kebanyakkan tindakan yang perlu anda ambil,anda mungkin melakukan tindakan yang anda selesa sahaja.


  • Bagaimana pula dengan Hukum Tarikan?
  • Bukankah Hukum Tarikan akan dapat memberikan apa yang anda mahu dengan menggunakan kuasa minda?


Ini merupakan salah faham yang biasa berlaku mengenai bagaimana Hukum Tarikan bertindak.
Apabila anda memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang anda inginkan,anda akan mendapati sumber-sumber yang baru muncul dalam hidup anda untuk membantu anda mendapatkan apa yang anda mahu.Sekiranya anda tidak mengambil tindakan,sumber-sumber yang muncul akan pergi jauh dari anda.Anda pula tidak akan ke mana-mana sekiranya tidak mengambil tindakan.

Tubuh badan anda merupakan tempat kemahuan anda diterjemahkan.Keinginan yang jitu akan
memaksa anda mengambil tindakan dan memberikan motivasi.Sekiranya anda tidak mengambil
tindakan,ini bermakna kemahuan dan keinginan anda sangat lemah.Anda mencuba untuk mendapatkan apa yang anda mahu untuk mengisi masa lapang sahaja.Apabila peluang telah muncul,anda biarkan ianya berlalu.

Sekiranya anda mendapati diri anda tidak bermotivasi untuk mengambil tindakan untuk mencapai matlamat anda,ini menunjukkan anda mempunyai matlamat yang salah.Anda perlu mempunyai matlamat yang dapat memaksa anda dan anda tidak sabar-sabar untuk mengambil tindakan dan tubuh badan anda mengambil tindakan secara drastik.Keinginan merupakan sumber kepada tindakan.Sekiranya anda menjadikan matlamat yang palsu sebagai sumber tindakan anda,ianya tidak akan membawa anda ke mana-mana.Tiada aksi,tiada motivasi.

Mencapai matlamat yang bermakna dalam hidup memerlukan kerja keras.Apabila matlamat anda memang tepat untuk anda,kerja keras ini tidak akan menhalang anda untuk mencapainya.Anda tetap akan berhadapan dengan cabaran dan rintangan,namun anda masih memiliki keyakinan, motivasi, ketabahan, dan kuasa untuk mengatasinya.tetapkan matlamat yang membangkitkan semangat anda dan anda akan mendapati tindakan yang perlu diambil terasa mudah.

Disiplin merupakan asas penting untuk mencapai matlamat.Walaupun semangat anda berkobar-kobar untuk mencapai matlamat anda,dalam beberapa keadaan ianya akan merosot dan anda memerlukan kekuatan untuk meneruskan apa yang sedang anda lakukan.

Disiplin ialah keupayaan untuk anda melakukan sesuatu yang perlu anda lakukan tanpa mengira "mood" anda.Sekiranya anda berasa tidak bersemangat,malas, atau bosan,disiplin memberikan apa yang anda perlu lakukan dan membuatkan anda terus maju.

Menjadi sangat bermotivasi merupakan satu perkara yang menakjubkan.namun tenaga anda yang terhasil akan menjadi berbahaya kerana ianya berubah-rubah.Walaupun anda melakukan apa yang anda suka,anda tetap akan berhadapan dengan rasa bosan dan berdepan dengan situasi yang tidak anda suka.

Contohnya seorang bapa menyayangi anaknya dan suka meluangkan masa bersama anaknya.Bapa tersebut bekerja keras untuk membelikan mainan yang di minta oleh anaknya.Pada Suatu hari,beliau mendapati barang mainan yang diberi kepada anaknya tidak dihargai oleh anaknya.Perasaan beliau terhadap anaknya tidak perlu di ceritakan.Ini hanyalah contoh sahaja.

Akan timbul situasi anda tidak bermotivasi untuk mengambil tindakan yang anda perlukan untuk mencapai keinginan anda.Di sinilah disiplin memainkan peranannya.Motivasi dan disiplin merupakan alat kepada kuasa anda.Motivasi biasanya menjadi penting apabila anda memulakan matlamat/kerja/projek yang baru.Matlamat anda akan menjadi keutamaan kepada anda.

Contohnya anda membuat matlamat untuk mengurangkan berat badan anda.Tindakan yang anda ambil mungkin menukar diet anda atau mengikuti program tertentu.Pada awalnya anda bersemangat mengikut perancangan anda.Setelah beberapa minggu,motivasi anda telah hilang.Sekarang kerja anda menjadi semakin sukar.Persoalan yang timbul ialah adakah berbaloi untuk anda mengurangkan berat badan anda?

Sekiranya anda mempunyai disiplin,ianya akan mencegah anda untuk melarikan diri dari perancangan anda dan memaksa anda untuk mengikuti perancangan asal.

Motivasi menjadi tinggi apabila anda mengambil tindakan.Apabila anda berhenti bertindak,motivasi anda akan menurun.Anda memerlukan banyak kuasa untuk mengambil tindakan untuk mencapai matlamat anda.Apabila anda mengambil tindakan,ianya akan menjadi mudah untuk anda mencapai keinginan anda.

Masalah dan cabaran tidak menjadi halangan kepada orang yang mempunyai disiplin.Disiplin yang di latih sedikit demi sedikit akan menghasilkan keajaiban.Semakin tinggi disiplin anda,semakin tabah anda menghadapi cabaran.

Lakukan apa yang perlu anda lakukan walaupun anda tidak menyukainya.Perkara ini merupakan perkara yang paling sukar untuk anda lakukan untuk mencapai kemahuan anda.Tanpa halangan dan cabaran,anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya kuasa yang terdapat pada diri anda.Yakinlah dengan diri anda bahawa anda mampu mengambil tindakan yang perlu anda lakukan untuk menukar impian anda menjadi realiti.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:HMenggunakan Kuasa Anda Sepenuhnya.Saya akan menulis mengenai Mengatasi Halangan pada artikel yang akan datang.
Sekian,terima kasih.
Baca Lagi

Hukum Tarikan-Siri 5 : Halangan Kasih Sayang

Hukum Tarikan-Siri 5 : Halangan Kasih Sayang


Perkara utama yang mungkin mencegah anda untuk membina hubungan dan menguatkan hubungan yang telah anda bina ialah anda tidak berhenti-henti memutuskan hubungan yang sedia ada.Dalam artikel kali ini,saya akan menulis perkara-perkara biasa yang dilakukan untuk memutuskan hubungan.Ini akan membantu anda menarik apa yang anda mahu dengan menggunakan kuasa Hukum Tarikan.

1)Mentaliti Untuk Memutuskan Hubungan

Kesedaran anda untuk menerima realiti menjadi sukar apabila fikiran anda berserabut yang seterusnya menyekat anda untuk membina hubungan.Ini menyebabkan anda membuat anggapan
bahawa sesuatu perkara adalah perkara yang teruk.Anda mempunyai keyakinan bahawa dengan melarikan diri dari satu masalah menjadi satu kemestian.

Minda anda akan membentuk sikap anda iaitu anda suka menyendiri.Sebagai contohnya,apabila
anda memulakan komunikasi,anda membiarkan individu lain yang memulakan perbualan terlebih dahulu.

Adalah sesuatu yang kritikal untuk mengakui bahawa diri anda bersatu dengan orang lain dan alam semesta.Apabila anda tidur dan bermimpi apa yang anda inginkan,adakah ianya mustahil untuk mendapatkan apa yang anda inginkan?

Bagaimanapun,apabila anda terjaga,anda mengetahui ianya hanya mimpi.Mimpi hanyalah projektor kepada fikiran anda.Ianya wujud didalam fikiran anda dan tidak terpisah dengan anda.Apakah yang terjadi sekiranya anda memisahkan diri anda dengan realiti kehidupan anda?

Tiada peraturan yang memaksa anda untuk meanggap semua orang dan alam semesta ini adalah sebahagian daripada anda.Keajaiban diperlukan untuk membuktikan bahawa anda dan orang lain serta alam semesta adalah satu.Contoh mudahnya ialah seperti mimpi-mimpi anda selama ini.Untuk membina hubungan dengan orang lain,anda perlu mengambil berat tentang orang lain.Sekiranya orang yang anda kenali merasa gembira,anda perlu turut merasa gembira.Elakkan perasaan iri hati dan cemburu kerana anda dan orang lain adalah satu.

Menyayangi orang lain dan diri sendiri akan menghasilkan sesuatu yang istimewa.Anda boleh memulakannya dengan hanya memberikan senyuman pada orang lain.Untuk menghasilkan hubungan yang erat memerlukan masa,minat yang sama,peribadi, dan mungkin nasib.

Anda mampu membina hubungan dengan orang lain dengan mudah menggunakan minda anda.Berbanding dengan membina halangan pada minda anda untuk berhubung dengan orang lain,anggaplah tiada halangan untuk anda membina hubungan dengan orang lain.Sekiranya anda menukar realiti anda untuk berhubung dengan orang lain,anda akan mendapati akan ada individu yang tidak anda kenali ingin membina hubungan dengan anda.Apabila anda merasakan anda mempunyai hubungan dengan orang lain,anda akan melihat bagaimana orang lain mengambil berat mengenai anda.

Ini adalah teknik yang boleh dipelajari dan di praktikkan.Anda tidak perlu menerima idea ini dengan membuta tuli untuk mendapatkan faedah daripadanya.Anda hanya perlu mencubanya sendiri dan ianya bergantung kepada imaginasi anda.

Anda boleh mencubanya dengan berjumpa dengan sekumpulan orang sama ada yang anda kenali atau tidak.Bayangkan anda mempunyai hubungan yang telah terjalin dengan erat.Perhatikan apa yang berlaku.

2)Takut di "reject"

Takut untuk di "reject" membuatkan interaksi yang kecil kelihatan seperti ancaman yang menakutkan.Kesan daripada takut di "reject" membuatkan anda berasa kesunyian dan kesepian.Ianya akan mencegah anda untuk membina hubungan dengan orang lain.

Apabila anda memutuskan hubungan dengan orang lain,anda memisahkan sebahagian daripada
diri anda dengan bahagian diri anda yang lain.Apabila anda mengelakkan diri untuk berhubung dengan orang lain,anda merosakkan peluang untuk orang lain memahami anda.Setiap orang ingin difahami.Apabila anda membina hubungan dengan orang lain,anda mengingatkan mereka bahawa mereka tidak berseorangan.

3)Tidak Serasi dengan Orang Lain

Adalah mudah untuk anda membina hubungan dengan orang lain apabila anda mempunyai minat yang sama.Dengan cara anda berkongsi mengenai cara anda hidup,hobi, atau kepercayaan anda akan mempercepatkan masa untuk anda membina hubungan.

Sekiranya anda ingin mengubah hiduo anda dengan membina hubungan yang baru,adalah penting untuk anda mencari individu yang serasi dengan anda.Anda boleh mencari aspek-aspek tertentu dalam diri seseorang yang sama dengan anda.

Adakah anda pernah menanggukan kepala apabila seseorang bercakap mengenai sesuatu yang tidak anda bersetuju lansung?

Anda mungkin menyedari sekiranya anda mengeluarkan pendapat anda,ianya mungkin akan menyebabkan pertengkaran.Sekiranya anda tidak mendengar terlebih dahulu pandangan orang lain,komunikasi anda mungkin akan menjadi sukar,silap faham mungkin terjadi,dan ianya sukar untuk anda menerima realiti dan membina hubungan.

Sekiranya anda dapat menjadikan diri anda serasi dengan orang lain,anda akan dapat mencipta lebih banyak peluang untuk mengubah hidup anda.Apabila anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan orang lain,anda mencegah diri anda untuk membina hubungan dengan orang lain sekaligus membuatkan anda sukar untuk mengubah hidup anda.Lebih buruk lagi,ianya membuatkan anda sukar untuk memahami realiti hidup anda.

Perkara yang menarik akan berlaku dalam hidup anda apabila anda membina hubungan dengan
orang yang serasi dengan anda.Pertama sekali,anda akan berasa disokong dan menerima galakkan dengan ikhlas dari orang lain.Kedua,ianya akan membuatkan anda lebih mudah untuk membina hubungan dengan orang yang tidak serasi dengan anda.Ini kerana anda tahu bahawa terdapat orang yang menyokong anda.Ini merupakan sebab bagaimana hubungan kekeluargaan boleh menjadi sangat erat atau menjadi sangat rapuh.

4)Cara Untuk Berhubung

Sekiranya anda merasa kekok dan segan untuk berhubung dengan orang lain,ianya mungkin disebabkan anda kurang berpengalaman.Seperti mana-mana teknik,teknik komunikasi yang baik memerlukan masa untuk ditingkatkan.Dengan berlatih,anda akan menjadi lebih selesa untuk berrsosial.Apabila anda berasa selesa,anda akan mempunyai identiti yang tersendiri.

Asas untuk berkomunikasi ialah berada dalam keadaan tenang.Apabila anda selesa dengan diri anda,anda akan meletakkan kepentingan diri anda apabila anda mula berkomunikasi.Anda tidak terlalu berfikir mengenai bagaimana penampilan anda,bagaimana dengan suara anda, ataupun apa yang orang lain fikir mengenai diri anda.Anda menjadi pusat kepada komunikasi yang berlaku dan fokus kepada individu yang bercakap dengan anda.

Untuk meningkatkan tahap komunikasi anda,anda perlu mengawal keadaan agar anda dapat berkomunikasi dengan cara anda sendiri.Cara yang paling baik untuk berlatih teknik ini ialah dengan memulakan dengan orang-orang yang serasi dengan anda.Tingkatkan kemahiran anda dengan perlahan-lahan dan akhirnya anda akan selesa untuk membina hubungan dengan orang yang tidak serasi dengan anda.Ini kerana anda mempunyai keyakinan kerana anda tahu di belakang anda terdapat orang-orang yang sentiasa menyokong anda.

Sebenarnya,anda boleh membina hubungan dengan sesiapa yang anda mahu.Hubungan yang anda bina dengan orang lain selama ini bukanlah terjadi secara kebetulan.Ini kerana anda dapat mengenalpasti persamaan antara diri anda dan orang lain.Adalah lebih mudah untuk anda mengenalpasti persamaan anda dengan orang lain terlebih dahulu untuk membina hubungan berbanding dengan cara membuta tuli.

Anda boleh mencari persamaan dengan pengalaman anda,hobi,makanan atau lain-lain yang
sesuai.Elakkan rasa takut untuk memulakan komunikasi.Anda boleh melibatkan diri dengan melakukan aktiviti yang anda lakukan bersama-sama.

Hubungan yang anda bina dengan orang lain adalah cara untuk anda mengenal diri anda.Ini akan membantu anda memahami realiti hidup anda.Kepercayaan bahawa anda terpisah dengan orang lain adalah ilusi semata-mata.Apabila anda belajar untuk menyayangi orang lain,anda akan dapat menyayangi diri anda.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:Halangan Kasih Sayang.
Saya akan menulis mengenai Menggunakan Kuasa Anda Sepenuhnya  pada artikel yang akan datang.
Sekian,terima kasih.
Baca Lagi

Hukum Tarikan-Siri 4 : Kasih Sayang

Hukum Tarikan-Siri 4 : Kasih Sayang

Biasanya kasih sayang dikaitkan dengan emosi.Namun ianya jauh daripada itu.Di antara
pilihan yang anda hadapi di setiap hari ialah memilih untuk mendekati atau menjauhkan diri daripada seseorang.Anda mampu untuk membina hubungan atau anda mampu mendapatkan layanan yang sewajarnya dari seseorang.Tidak mengira layanan daripada ahli keluarga anda,rakan sekerja, atau pekerja kaunter di supermarket.Anda boleh membiasakan diri di tempat kerja anda,Anda boleh mendekati semua individu,tempat, atau perkara yang anda perlukan atau kekal tersisih.

Keputusan untuk membina hubungan adalah asas kasih sayang.Setiap hari anda di dorong untuk memilih hubungan yang anda inginkan.Anda memilih tindakan yang anda perlukan untuk membina hubungan.Sekiranya anda peka terhadap tindakan yang anda ambil,anda akan memberi perhatian untuk mengambil tindakan yang membantu anda dan mengelakkan tindakan yang boleh merosakkan anda untuk membina hubungan.

Pilihan seperti ini membentuk kehidupan anda.Dalam jangka masa yang panjang,kehidupan anda menggambarkan apakah bentuk hubungan yang anda pilih.Untuk mengubah kehidupan anda,anda perlu menguasai seni untuk membina hubungan dengan orang lain.Kenyataan ini tidak terpakai sekiranya anda memilih untuk hidup secara bersendirian.

Membina hubungan menandakan perkara yang anda berikan perhatian,pilihan yang anda buat, dan perkara yang disenangi dengan anda.Sebagaimana anda dapat berhubung secara individu,anda juga boleh berhubung dengan kumpulan,tempat,pemikiran,nilai,hobi, dan tindakan-tindakan yang anda ambil.Apabila anda menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara,ini menunjukkan kecenderungan anda terhadap sesuatu perkara.Bayangkan anda mendengar lagu kesukaan anda.Apakah yang anda bayangkan?

Adakah anda mengingati zaman ketika anda masih kanak-kanak?

Anda melihat persekitaran di sekeliling anda dengan penuh minat.Kemudian anda mendapatkan apa yang menarik perhatian anda.Apabila anda mendapatkan apa yang anda inginkan,anda pun bermain-main dengan apa yang anda dapat.Anda menemui realiti anda dengan pengalaman anda sendiri.Sekiranya perkara yang anda temui tidak seperti yang anda harapkan,anda akan mengelakkannya pada masa akan datang.Sekiranya anda mendapatkan sesuatu yang yang mengembirakan anda,anda akan memberikan sepenuh perhatian untuk menghargainya.Inilah contoh bagaimana anda membina hubungan dengan sesuatu perkara.

Apabila kita semakin dewasa,kita biasanya akan hilang arah dan mudah melatah apabila mendapat halangan untuk mencapai keinginan kita.Ia seterusnya menhalang kita untuk mendapatkan apa yang kita mahu.Apabila dibiarkan,ia kekal sebagai halangan yang mencegah untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

Kemudian anda membuat kesimpulan yang memberi kesan negatif kepada potensi anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.Contohnya anda tidak boleh memulakan perniagaan kerana ianya berbahaya ataupun anda akan kekal gemuk kerana anda dilahirkan untuk menjadi gemuk (seandainya anda gemuk dan ingin kurus).

Lebih banyak kesimpulan-kesimpulan yang anda boleh buat untuk mencegah anda daripada mendapatkan apa yang anda mahu.Kesimpulan-kesimpulan seperti ini timbul kerana anda diselubungi oleh ketakutan dan tiada hubungan dengan perkara-perkara yang anda mahu.Apabila anda mahu mendapatkan apa yang anda mahu,anda perlu membuat komitmen untuk mencapainya.Sekiranya anda ingin disayangi,anda perlu membuat keputusan untuk membina hubungan.

Dalam cara untuk mendapatkan apa yang anda mahu,anda perlu membebaskan pemikiran anda dan membina hubungan dengan sesuatu perkara.Apabila anda membebaskan pemikiran anda,anda akan membuang perkara-perkara yang mencegah anda untuk membina hubungan.Tiada orang yang dapat membantu anda.Anda tidak memerlukan keizinan daripada orang lain untuk membina hubungan dengan perkara yang anda mahukan.

Bergantung kepada anda bagaimana untuk memilih bentuk hubungan yang anda inginkan dan bagaimana untuk mencegah dan membuang hubungan dengan perkara yang tidak anda mahukan.Dengan menjadi lebih sensitif untuk memilih bentuk hubungan yang anda mahukan,anda mengarahkan diri anda kepada titik yang betul dalam hidup anda dengan lebih rasional.

Cara anda berkomunikasi membawa kasih sayang ke dalam hidup anda.Apabila anda berkomunikasi dengan seseorang,anda mungkin mencari sesuatu yang biasa kita temui daripada orang lain.Dengan mengetahui perkara "biasa" ,anda akan mengetahui cara untuk membina hubungan dengan perkara yang anda inginkan.

Anda berkomunikasi dengan efektif dengan perkara yang biasa dan kemudiannya pergi ke arah yang lebih spesifik.Apabila anda berjumpa dengan orang yang baru anda kenal,biasanya anda mungkin bercakap tentang apa yang anda berikan perhatian dan nilai yang anda percaya.Cara ini sedikit sebanyak membentuk kepercayaan dan persahabatan.

Perkara berikutnya yang anda lakukan ialah mengetahui apakah perkara yang berbeza dengan anda.Individu yang berbeza pendapat dengan anda akan menjadikan anda sukar untuk terus berhubung.Perhubungan yang bermakna ialah perhubungan yang saling memberikan ikatan yang kuat untuk menuju arah yang sama.

Bentuk komunikasi yang kuat ialah apabila anda bersemuka secara lansung.Ini bukan sahaja membantu anda memahami isi perbualan tetapi juga body language seseorang.Anda sudah pasti memiliki banyak pengalaman berkomunikasi secara lansung berbanding melalui telefon dan e-mail.

Komunikasi yang baik memerlukan masa untuk dicapai.Semakin banyak teknik yang anda ketahui,semakin baik tahap komunikasi anda.Kaedah biasa yang sering ditemui ialah dengan senyuman,body posture, dan eye contact.Walau apa teknik yang anda gunakan,jangan lupa objektif anda ialah untuk membina hubungan dengan orang lain.Walaupun anda mempunyai agenda yang tersendiri seperti untuk mempengaruhi,berlatih komunikasi, atau berseronok,langkah pertama yang perlu anda ambil ialah membina hubungan terlebih
dahulu.

Penceramah,instruktor, dan selebriti cenderung untuk mencari persamaan dengan audiens terlebih dahulu.Apabila persamaan telah wujud,mereka akan menyampaikan apa yang mereka inginkan.Komunikasi yang berkesan wujud apabila kedua-dua pihak saling memahami antara satu sama lain.Sekiranya tidak,akan timbul rasa ragu-ragu pada satu pihak.

Adalah tidak cukup dengan hanya mengeluarkan pendapat anda dan membuat andaian orang lain akan memahami dan bersetuju dengan pandangan anda.Begitu juga dengan pihak yang lain.Tidak cukup dengan mendapati anda mendengar sepenuh perhatian dan membuat andaian bahawa anda telah memahami apa yang mereka sampaikan.Untuk membina hubungan yang efektif,anda perlu mencipta persamaan sekurang-kurangnya dari satu aspek terlebih dahulu dengan orang lain.

Fikirkan perhubungan anda dengan orang lain.Di manakah ianya wujud?

Ianya tiada di dalam dunia ini.Perhubungan hanya wujud di dalam pemikiran anda.Hubungan anda dengan individu yang berbeza kerana kepercayaan yang sama pada aspek yang berbeza.Anggapan anda yang membuatkan satu perhubungan menjadi semakin kuat atau lemah.Sekiranya anda hilang keyakinan terhadap suatu perhubungan,ianya tidak lagi akan wujud.Di dunia nyata mungkin kelihatan sama,seperti hubungan di tempat kerja,namun pada hubungan sebenar sebagai seorang manusia mungkin telah hilang.

Apabila anda memahami bahawa tiada perhubungan yang kekal dan ianya hanya wujud dalam pemikiran anda,anda akan menjadi lebih sensitif terhadap perhubungan anda dengan orang lain.Ianya hanya wujud dalam pemikiran anda.

Sekiranya anda berkomunikasi dengan gaya yang berbeza-beza,kebenarannya ialah anda mencari aspek-aspek yang berbeza dalam diri anda.Sekiranya anda berasa lega kerana berkongsi sesuatu dengan orang lain,realitinya anda berhubung dengan aspek yang penting dalam hidup anda.

Dengan berkongsi dengan orang lain,anda menemui cara bagaimana untuk menyayangi diri anda dengan sepenuhnya.Apabila anda memahami semua perhubungan hanya berlaku dalam fikiran anda,anda mampu mengubah bagaimana anda melihat sesuatu perhubungan dan mengubahnya untuk menjadi lebih baik.Sekiranya anda merasa jauh dengan diri anda sendiri,anda boleh menjangka perhubungan peribadi anda turut menurun.Sekiranya anda inginkan perhubungan yang lebih bermakna dan diri anda diterima,anda perlu menyedari bagaimana untuk mengubah lebih banyak aspek dalam kehidupan anda.

Menyayangi diri anda sendiri dengan sepenuhnya dan tanpa syarat adalah pilihan yang anda boleh buat.Anda boleh membuat pilihan ini pada setiap saat di setiap hari.Anda tidak memerlukan sebarang syarat atau mematuhi sebarang peraturan.Bagaimanapun,untuk membuat pilihan ini,anda perlu mengenal diri anda terlebih dahulu.Tanpa mengira kualiti yang tersembunyi dalam diri anda,anda masih mempunyai nilai kasih sayang.

Biasanya kita sentiasa diberi nasihat agar berbuat baik kepada orang lain.Anda mungkin tidak pernah membuat keputusan untuk menyayangi diri anda sendiri.Ini mungkin membuat anda terfikir bagaimana untuk menyayangi diri sendiri.

Hati anda mungkin tersentuh apabila seseorang berbuat baik kepada anda.Anda memahami perasaan anda ketika seseorang berbuat baik kepada anda.Ianya membuatkan anda merasa nyaman dan selesa.Perasaan seperti ini hanya dapat anda rasa apabila orang lain berbuat baik kepada anda.Namun demikian,anda mungkin tidak mempunyai perasaan seperti ini apabila anda berbuat baik kepada diri anda sendiri.

Bagaimana kehidupan anda berubah sekiranya anda memberi sedikit perhatian yang spesifik kepada diri anda sendiri?

Perkara yang paling penting untuk anda menyayangi diri anda sendiri ialah anda bersabar sekiranya anda sedang berusaha untuk mendapatkan sesuatu.Anda tidak perlu bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan sesuatu.Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar dengan keupayaan anda sendiri.Ini bermaksud anda hidup untuk masa sekarang dan bukannya dalam masa lalu anda.Sekiranya anda tidak mempunyai kesabaran,ini akan menyebabkan anda tidak memberi perhatian kepada diri anda
sendiri seterusnya membuatkan anda emosional.

Anda perlu ingat,setiap pokok yang tumbuh pada hari ini bermula dengan sebiji benih dan memerlukan masa untuk membesar.

Setiap orang mempunyai suara hati masing-masing.Kadangkala ianya membantu anda dan kadangkala ia boleh merosakkan anda.Sekiranya anda menerima realiti kehidupan anda,ianya akan membantu anda.Apabila anda sedang menghadapi cabaran dalam hidup,sokongan yang anda terima daripada suara hati anda akan membantu memberikan kekuatan yang tersendiri.Suara hati yang saya maksudkan ialah keyakinan anda mengenai sesuatu yang anda jangkakan.

Memberi kemaafan bukan suatu yang mudah.Permulaan untuk memberi kemaafan kepada orang lain bermula dengan anda memaafkan diri anda sendiri terlebih dahulu.Memaafkan diri sendiri merupakan satu kebaikkan.Memaafkan orang lain juga satu kebaikkan.

Setiap orang dicipta secara semulajadi untuk memberi dan menerima.Semua orang lahir hasil daripada kasih sayang ibu dan bapa.Kasih sayang merupakan bahasa alam semesta membantu anda.Dengan mempunyai kasih sayang terhadap diri sendiri akan membantu anda menggunakan kuasa Hukum Tarikan.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:Kasih Sayangi.Saya akan menulis mengenai Halangan Kasih Sayang pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.

Baca Lagi

Hukum Tarikan-Siri 3 : Halangan Menerima Realiti

Hukum Tarikan-Siri 3 : Halangan Menerima Realiti


Terdapat banyak halangan yang menyekat kita untuk melihat suatu realiti dengan sepenuhnya.Ianya akan membentuk pattern minda kita dengan tidak tepat.Apabila keadaan seperti ini berlaku,ianya akan merosakkan diri kita dan sukar untuk di pulihkan.Apabila anda memahami apakah halangan realiti anda,sekurang-kurangnya anda menyedari apakah halangan anda walaupun anda sukar untuk mengubahnya.

Syarikat-syarikat perniagaan mendapat keuntungan sebahagian besarnya daripada pengiklanan.Pengiklanan yang efektif akan mempengaruhi anda untuk membeli barangan mereka-tidak kira kenderaan,makanan, dan lain-lain.Orang yang melihat realiti dengan tepat hanya akan membeli apa yang mereka inginkan atau perlukan.Jadi pereka iklan sering membuat iklan yang "separuh-benar" atau lebih teruk dengan membuat kenyataan palsu atau tidak tepat sepenuhnya untuk meningkatkan jualan.

Contohnya,sekiranya penjual minuman mempengaruhi anda dengan mengatakan minuman mereka akan menjadikan anda bertenaga dan cantik,ianya akan meningkatkan jualan mereka berbanding dengan memberitahu anda jumlah tenaga dan nutrien yang anda dapat dengan tepat.Dalam soal untuk percaya kepada info yang anda dapat daripada media,anda perlu mendapat info daripada sumber yang tidak mengabaikan kebenaran.Ini merupakan contoh perbezaan diantara keuntungan peniaga dan realiti sebenar.
Ini hanyalah contoh sahaja.

Hasil pengiklanan daripada media mendedahkan anda untuk minda anda membentuk sudut pandang yang palsu terhadap sesuatu realiti-rahsia pengiklan mendapat keuntungan.Semakin banyak anda mendedahkan diri anda kepada sumber iklan seperti TV,semakin anda cenderung memandang suatu realiti berdasarkan sumber iklan.Ianya akan mengurangkan masa anda untuk belajar daripada pengalaman anda.Ianya mungkin disebabkan anda malas,tidak ingin berbeza dengan orang lain, atau menolak realiti hidup anda.

Anda mampu untuk membuang halangan minda anda dengan membentuk realiti yang baru iaitu menikmati pengalaman anda sendiri berbanding dengan sumber daripada media.Sekiranya anda terdedah kepada pengaruh media,anda perlu sentiasa berwaspada terhadap individu yang mendapat keuntungan kerana berjaya mempengaruhi anda dengan realiti yang palsu.Ini seterusnya menyebabkan anda mengalami konflik dengan minda anda.

Persekitaran anda merupakan permulaan persepsi anda dibentuk.Keadaan anda hidup -termasuk orang yang anda sayang,pengetahuan,rakan sekerja,dan rakan-rakan menghasilkan kesan yang besar untuk anda memahami kebenaran.Persepsi anda adalah hasil daripada sosial,persekitaran,pendidikan, dan agama.Dalam jangka masa yang panjang,ianya mungkin boleh menjauhkan anda daripada realiti sebenar hidup anda dan membuatkan anda hilang keyakinan.Lebih teruk lagi ianya menyebabkan anda keliru dan berputus asa. Dengan melihat kepada realiti hidup anda dengan jujur,ianya akan memberikan anda kuasa untuk mengubah hidup anda.

Ini bukan bermakna persekitaran anda hidup adalah teruk.Sebagai contoh,cara anda belajar bahasa/loghat di tempat anda membantu anda untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain.Di masa yang lain,ianya memberikan anda kepercayaan palsu yang merosakkan anda seperti pandangan satu masa dahulu bahawa kapal terbang menggunakan kuasa sihir.

Adalah sesuatu yang penting untuk anda menyedari sesuatu pandangan daripada persekitaran sosial anda dan meyelidiki dahulu pandangan tersebut dari sumber yang sahih.Apabila terdapat konflik di dalam diri anda antara apa yang anda tahu,perasaan, dan kelakuan anda,tanyalah diri anda apakah anda yakin dengan apa yang anda fikirkan.

  • Apakah pandangan anda selama ini realistik dan tepat?
  • Adakah ianya sama dengan apa yang anda yakin?


Untuk menyeimbangkan anda dengan realiti hidup anda,anda perlu membuang pandangan yang tidak tepat,silap, dan salah.

Khayalan terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan keyakinan adalah palsu.Sebahagiannya terjadi dengan tiba-tiba atau berlaku kerana anda mengikuti pandangan orang lain.Kesannya ialah cara anda untuk mengubah hidup anda mungkin silap dan hasilnya akan menurunkan keyakinan anda secara perlahan-lahan. 

Sebgai contohnya,orang yang makan gaji memulakan perniagaan secara sambilan.Ini kerana mungkin disebabkan oleh minat atau ingin menambahkan pendapatan.Perbezaan realiti akan berlaku disini dimana orang yang makan gaji akan menyelesaikan masalah perniagaan dengan realiti orang yang makan gaji.

Pada pandangan anda secara umumnya:
  • Adakah orang yang mempunyai realiti orang yang makan gaji akan berjaya dalam perniagaan?
  • Adakah orang yang berniaga tetapi mempunyai realiti orang yang makan gaji mampu menjadikan perniagaan mereka bertaraf global?


Secara faktanya,majoriti komunikasi yang berlaku pada orang yang makan gaji berkenaan untuk menyiapkan kerja mereka.Orang yang berniaga akan berurusan dengan orang yang berniaga juga,golongan pekerja, dan pelabur (sekiranya ada).Orang yang makan gaji mempunyai hari cuti manakala orang yang berniaga tidak mempunyai hari cuti.Setiap bulan,orang yang makan gaji menerima gaji manakala orang yang berniaga bergantung kepada hasil jualan produk/servis.Ini tidak termasuk lagi dengan aspek-aspek sosial,keluarga,kesihatan,agama, dan lain-lain yang relevan.

Adakah sama realiti orang yang makan gaji dengan orang yang berniaga?

Ini hanyalah contoh perbezaan realiti dalam kehidupan sahaja.Lakukan yang terbaik sama ada anda orang yang makan gaji atau mempunyai perniagaan sendiri.Sentiasa terbuka untuk menerima idea dan pengetahuan baru.Sentiasa kembangkan realiti anda dengan membuang realiti yang palsu.

Realiti yang merosakkan anda ialah dengan melihat sesuatu dengan emosi.Perasaan seperti takut,bimbang,ragu-ragu,bersalah,malu, dan sebagainya akan mencegah anda daripada berfikir dengan jelas yang seterusnya menyebabkan anda membuat kesilapan untuk menerima realiti.Begitu juga dengan perasaan terlalu positif akan membuatkan anda terlebih optimis yang membawa anda untuk mengambil risiko dan membuat jangkaan yang tidak masuk akal.

Dengan meningkatkan kesedaran anda mengenai sesuatu realiti,anda akan mampu untuk menilai sesuatu realiti sama ada penilaian anda dipengaruhi oleh emosi atau tidak.Perasaan anda mungkin dapat mencegah anda untuk menerima sesuatu realiti dengan tepat.Dengan meningkatkan kesedaran anda akan mengurangkan persepsi yang salah.

Untuk membuat keputusan/pilihan yang kritikal,anda hendaklah berada dalam keadaan yang tenang dan rasional,bukan dalam keadaan yang anda terlalu optimis atau pesimis.Namun demikian perasaan anda mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk membantu anda membuat keputusan/pilihan yang terbaik untuk anda.

Ketagihan seperti merokok,arak, atau melayari internet tanpa sebarang sebab membuatkan seseorang semakin sukar untuk menerima realiti.Sebagai contohnya,sekiranya anda merokok pada setiap hari,pattern minda anda yang membentuk tabiat anda untuk merokok membuatkan anda sukar untuk menerima bukti bahawa merokok membahayakan kesihatan.Sekiranya anda berasa sukar untuk berhenti merokok,minda anda akan tertutup untuk menerima realiti mengenai bahaya merokok sebagaimana anda memaksa diri anda untuk menangani rasa takut terhadap sesuatu realiti.

Dengan bergantung kepada pihak lain akan menambahkan realiti yang palsu untuk anda.Ramai individu yang merasa malu mengenai pergantungan mereka pada pihak lain dan mereka lakukan yang terbaik untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain.Dengan menyembunyikan kebenaran menjadikan hidup mereka lebih bahaya daripada realiti asal.Ianya menyebabkan individu tersebut berbohong dan berahsia.Seseorang yang berahsia dalam perhubungan akan merosakkan hubungan tersebut.

Langkah pertama untuk mengatasi masal bergantung pada pihak lain ialah dengan menerima realiti anda bergantung pada pihak lain.Contohnya:

"Ya saya ketagih merokok."

Walaupun untuk berhenti merokok adalah sukar,anda menerima dan mengakui realiti yang sedang anda lalui.Sekurang-kurangnya ia akan membantu anda membuang persepsi yang tidak tepat.Adalah sangat bagus untuk anda berkata kepada diri anda:

"Ya,saya menerima dan mengakui realiti _________ dan ingin berhenti/menukar tetapi pada hari ini saya tidak mampu untuk berhenti/menukar_______."

Dengan jujur sepenuhnya pada diri anda akan memberikan anda kekuatan untuk bertanggungjawab kepada diri anda sendiri.Anda akan mendapati apabila anda menerima realiti hidup anda,sumber dalaman dan luaran yang tidak anda jangka akan muncul dalam hidup anda untuk membantu anda.Ini kerana minda anda terbuka
untuk membantu anda.Apabila minda sedar menghantar "arahan" kepada minda separa sedar,minda separa sedar akan menjawab "Ya" 24 jam sehari.Anda boleh mencubanya sendiri sekiranya anda tidak percaya.Kuncinya ialah anda jujur sepenuhnya terhadap realiti hidup anda pada masa sekarang.

Kematangan ialah anda menerima sepenuhnya realiti hidup anda dan ianya datang melalui pengalaman.Semakin banyak pengalaman baru yang anda dapat,semakin cepat kemahiran berfikir anda meningkat.Semakin lama anda bergantung kepada orang lain,mencari ketenangan dengan melarikan diri dari realiti, dan hidup dalam khayalan,semakin lama anda menderita dalam dunia anda sendiri.Anda mencipta penjara untuk anda sendiri sekiranya anda tidak menerima realiti.

Kanak-kanak memiliki realiti yang palsu kerana kurang pengalaman.Jadi minda mereka kurang "tajam" untuk membuat jangkaan yang tepat.Adalah lebih mudah untuk menipu kanak-kanak berbanding orang dewasa.Ini kerana orang dewasa memiliki pengalaman yang lebih luas untuk membuat jangkaan.

Anda tidak dapat menerima realiti hidup anda sepenuhnya dan dalam jangka masa yang sama anda melarikan diri daripada realiti hidup anda.Sekiranya anda ingin menikmati hidup dengan potensi anda sepenuhnya,anda perlu menerima realiti hidup anda sepenuhnya.

Menjauhkan diri daripada realiti hidup anda bukanlah satu langkah yang tepat untuk jangka masa yang panjang.Ia merupakan cabang daripada kekurangan kekuatan anda untuk menjangka dan menguruskan realiti anda secara terbuka dan jujur.Apabila anda melihat keseluruhan realiti,anda akan mendapati kepalsuan realiti anda yang selama ini anda nafikan.

Anda menolak untuk menerima realiti anda dan mengekalkannya sehingga kehidupan anda tidak berubah dan mungkin menjadikan hidup anda lebih teruk lagi.Melihat keuntungan jangka masa pendek dan menukarkannya dengan keuntungan sebenar,menjadikan anda hidup dalam keadaan tertekan dan anda gelisah sepanjang masa.Apabila anda terjebak dengan realiti yang palsu,besar kemungkinan anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi anda.Sebagai contoh,andaikan anda bekerja dalam sektor tertentu,gerak hati anda telah merasakan bahawa kerjaya yang anda ceburi sekarang tidak sesuai dengan anda.Anda merasa tidak dapat berbuat apa-apa lagi sekarang dan terpaksa meneruskan kerja anda seperti biasa untuk hari-hari yang mendatang.

Apabila anda merenung masa depan anda,anda tidak dapat melihat apa-apa.Ini kerana anda tidak menerima realiti hidup anda dan anda gelisah sepanjang masa.Anda berpura-pura bahawa semua perkara dalam hidup anda akan berubah satu masa nanti.Berbanding dengan menerima realiti hidup anda sekarang,anda mencari jalan untuk mengisi kekosongan hati anda,dan anda mungkin memenuhinya dengan perkara yang membuatkan hidup anda tidak berubah atau menjadi lebih teruk lagi.

Berbanding dengan keinginan anda yang sebenar,anda menjadikan duit,pujian, atau keselesaan sebagai tujuan utama anda.Berbanding dengan menerima cabaran,anda akhirnya menetapkan keselamatan hidup anda lebih penting berbanding mendapatkan apa yang anda benar-benar inginkan.

Dalam melakukan perkara yang tidak anda sukai,ianya membuatkan anda tidak berpuas hati,kosong, dan kesedihan.Ianya merupakan "dadah" sementara yang tidak pernah membuatkan anda berpuas hati.Sekiranya anda mendapati terperangkap dalam situasi ini,luangkan sedikit masa anda untuk menyemak diri anda sendiri dengan terperinci.Walaupun anda belum bersedia untuk menyelesaikannya dalam jangka masa panjang lagi,sekurang-kurangnya anda menerima realiti hidup anda.Elakkan untuk merosakkan hidup anda dengan mempertahankan khayalan anda.

Adalah satu perkara yang normal sekiranya anda mendapati banyak kepalsuan dan penafian realiti dalam hidup anda.Anda mungkin risau untuk menerima realiti hidup anda sekarang kerana ianya satu perkara yang sukar untuk dilakukan.Ianya perlu dilakukan secara perlahan-lahan.Setiap langkah yang anda ambil untuk
menerima realiti akan menjadi mudah sekiranya anda jujur,mempunyai kesedaran diri, dan terbuka.Anda tidak perlu menerima semua realiti hidup anda dalam satu hari.

Berikut merupakan beberapa panduan yang praktikal untuk membantu anda menerima realiti hidup anda.Cara terbaik ialah anda menyemaknya sendiri.Letakkan skala 1-10.Skala 1 membawa kepada makna anda tidak mendapat apa yang anda inginkan dan 10 membawa kepada makna anda mendapat apa yang anda mahukan.

Anda tentukan sendiri untuk perkara berikut:
  • Tabiat dan rutin harian
  • Kerja
  • Kewangan dan Pendapatan
  • Kesihatan
  • Perkembangan Mental dan Latihan
  • Sosial dan Perhubungan
  • Rumah dan orang tersayang
  • Emosi
  • Integriti (melakukan apa yang anda cakap)
  • Gaya Hidup dan Sumbangan kepada masyarakat
  • Perkembangan Spiritual


Jawapan anda merupakan gambaran yang baik mengenai apa yang anda lakukan dalam hidup anda sekarang.Anda mungkin juga mendapati dalam beberapa aspek terdapat jurang perbezaan dengan aspek yang lain.Ianya merupakan aspek yang membuatkan anda sering menyerah kepada realiti yang palsu iaitu situasi yang tidak dapat diterima oleh anda sepenuhnya.Aspek ini tidak akan menjadi bertambah baik sehinggalah anda menerima realiti sepenuhnya.

Sekarang,anda tengok balik skala yang anda berikan daripada sudut pandang yang berbeza.Sekiranya skala yang anda beri bukan 9 atau 10,gantikannya dengan nombor 1.Jadi anda hanya mempunyai nombor 1,9, dan 10.Anda lihat sendiri realiti hidup anda.Sekiranya anda tidak dapat memberi skala 9 atau 10 dalam aspek kehidupan anda,ini menunjukkan anda tidak memiliki apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda.

Ianya sukar untuk menerima apabila anda percaya anda memiliki skala 7 atau 8.Pada pandangan awal,skala 7 dan 8 kelihatan menarik tetapi realitinya,skala 9 dan 10 adalah lebih baik dari skala 7 dan 8.Skala 10 adalah jauh daripada apa yang anda boleh jangka dan anda tidak dapat melihatnya dari skala 7 dan 8.

Skala 7 menunjukkan anda membiarkan terlalu banyak keyakinan palsu dalam hidup anda.Skala 1 menunjukkan anda tidak tahu apa yang anda inginkan.Skala 6,7, dan 8 adalah jawapan yang anda berikan bahawa anda tahu apa yang anda inginkan tetapi belum memilikinya lagi kerana anda belum bersedia menerima realiti.

Apabila anda memberikan skala 7 pada komponen-komponen hidup anda,ini menunjukkan anda melakukan tindakan yang salah tetapi anda tidak menerima realiti sebenar.Skala 7 biasanya diberikan oleh individu yang memisahkan kehidupan mereka dengan realiti sebenar hidup mereka.Skala 7 turut menunjukkan anda buntu kerana tidak tahu cara untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.

Anda tidak perlu risau walau apa skala yang anda berikan dalam aspek-aspek kehidupan anda.Anda boleh bermula dari awal.Sekarang,anda perlu putuskan apa yang anda benar-benar mahu dalam kehidupan anda? 

Terima dengan hati yang terbuka untuk mendapatkan apa yang anda benar-benar mahukan.Berhenti dari terus menipu diri-sendiri.Anda akan dapat menggunakan kuasa Hukum Tarikan apabila anda menerima realiti hidup anda.

Untuk menemui realiti yang baru dalam hidup anda,anda perlu menulis jurnal/catatan di dalam diari/kertas.Dengan mengeluarkan fikiran anda dan meletakkannya di atas kertas,anda dapat memahami apa yang berlaku dalam hidup anda.

Terdapat orang yang suka menulis untuk merekodkan pemikiran dan pengalaman.Kuasa sebenar dari menulis ialah ianya dapat membantu anda maju dengan lebih cepat kerana ianya merupakan rangkaian fikiran anda.Anda dapat melihat keseluruhan fikiran anda dari semua sudut.Dengan menulis,anda dapat mencari idea baru,membuatkan fikiran anda lebih tenang, dan membantu anda mencapai matlamat,dengan lebih cepat.Berbanding dengan buku rekod,jurnal dapat membantu anda mendapatkan apa yang anda mahu dengan lebih cepat sekiranya anda dapat memberi komitmen.


Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:Halangan Menerima Realiti.Saya akan menulis mengenai kasih sayang pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.


Baca Lagi