Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 8 : Menukar Kepercayaan

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 8 : Menukar Kepercayaan

Dalam artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) yang lepas,saya sudah menerangkan mengenai Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD.Dalam artikel kali ini,saya akan menulis mengenai bagaimana cara menukar kepercayaan anda mengenai hidup anda.

Sebahagian daripada kepercayaan anda akan menguatkan dan menambahbaik kehidupan anda.Sementara itu,sebahagian kepercayaan anda yang lain akan membataskan potensi anda untuk terus maju.Berita baiknya ialah anda boleh menukar kepercayaan anda.

Contoh klasik ialah kepercayaan atlet sukan bahawa manusia tidak dapat berlari melebihi 1 batu kurang daripada 4 minit.Pada bulan Mei 1954,Roger Bannister telah memecahkan rekod dengan berlari sejauh 1 batu kurang daripada 4 minit.Tidak lama kemudian,beribu-ribu atlet yang lain telah berjaya menghabiskan larian sejauh 1 batu kurang daripada 4 minit bahkan mengatasi rekod Roger Bannister.

Mungkin anda tertanya-tanya,"Kenapa saya perlu menukar sesuatu kepercayaan
yang saya percaya dalam kehidupan saya?".Memang benar,kehidupan anda bersama-sama dengan kepercayaan anda selama ini.Anda hanya perlu berfikir sejenak dan bertanya kepada diri anda seniri."Adakah kepercayaan anda selama ini membantu anda atau merosakkan kehidupan anda?".Sekiranya kepercayaan anda merosakkan kehidupan anda,tukarlah kepercayaan anda.Sekiranya anda berasa berisiko untuk mengubah kepercayaan anda secara mendadak,anda boleh mengubahnya sedikit demi sedikit.

Minda manusia berfikir dalam bentuk visual (gambar).Kepercayaan anda akan membentuk:-
1)imej
2)perasaan
3)pendengaran
4)gabungan daripada elemen-elemen ini terhadap sesuatu perkara

Ianya terhasil apabila anda memberikan perhatian terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan anda.Dalam keadaan normal,manusia banyak mengulang-ulang menonton cerita yang melucukan berbanding cerita yang menakutkan dan mungkin tidak pernah menonton cerita yang menakutkan sehingga habis.Anda bayangkan perkara yang tidak disukai oleh anda sering bermain-main di dalam minda anda.Adakah ianya membantu meningkatkan kualiti kehidupan anda?

Kualiti daripada kepercayaan anda iaitu imej,perasaan,pendengaran di kenali sebagai "modalities" yang terhasil daripada "sub-modalities".Sub-modalities merupakan:
1)Saiz imej dalam minda anda
2)Warna/keterangan imej anda
3)Jarak anda melihat perkara yang bermain-main dalam minda anda
4)Ton dan kekuatan suara
5)Tekanan
6)Suhu
7)Lokasi perasaan yang terhasil dalam tubuh badan anda

Sub-modalities akan dihuraikan dengan lebih lanjut pada artikel-artikel yang akan datang.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 8 : Menukar Kepercayaan  2


Satu cara untuk menukar kepercayaan anda ialah dengan mengubah sub-modalities.Proses ini sangat berguna kerana ianya membantu anda mengubah persepsi anda terhadap sesuatu perkara.Contohnya anda mempunyai kepercayaan bahawa anda tidak pandai berinteraksi dengan orang lain.Dengan menukar kepercayaan anda pandai berinteraksi dengan orang lain akan memberikan anda keyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain.

Andaikan anda ingin melupakan satu perkara yang menyedihkan anda.Pertama sekali anda renungkan kembali peristiwa tersebut:
1)Anda tukar saiz imej dalam minda anda.
2)Menjadikan imej berwarna hitam putih.
3)Mengubah jarak anda dengan imej.Contohnya anda menggunakan kamera lens zoom.
4)Ubah bunyi.Contohnya sekiranya suara kuat,tukarkannya kepada suara doraemon.
5)Analisis tekanan yang terhasil.
6)Ubah suhu semasa sesuatu peristiwa itu berlaku.
7)Alihkan lokasi perasaan yang terhasil.Contohnya perasaan yang terhasil berada
di dalam hati anda,alihkan perasaan itu pada kaki anda.

Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 8 : Menukar Kepercayaan.Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Neuro Linguistic Programming (NLP)-Meningkatkan Kehidupan Dengan Kepercayaan pada artikel yang akan datang.