Hukum Tarikan-Siri 2 : Realiti & Mindset

Hukum Tarikan-Siri 2 : Realiti & Mindset

Realiti merupakan permulaan bagaimana minda kita terbentuk ketika kita membesar.Kita membesar
sebagai manusia normal dengan menerokai realiti yang baru mengenai diri kita dan dunia kehidupan.Anda sudah pasti belajar mengenai beberapa realiti yang mengubah persepsi anda terhadap sesuatu perkara tanpa mengira di mana anda tinggal.Anda akan lebih cepat belajar dan matang dengan menyedari sesuatu realiti dan menolak maklumat yang tidak benar.

Perkembangan persepsi anda merupakan perkembangan yang sebenar.Anda tidak boleh berpura-pura mengenai keyakinan anda.Permulaan anda untuk mengubah hidup anda ialah dengan pendedahan dan menerima realiti yang baru tanpa mengira betapa sukarnya untuk anda menerima kebenaran bagi realiti yang baru bagi anda.Apabila anda bertindak selari dengan realiti hidup anda,masalah anda tidak akan selesai dengan serta-merta.Namun ianya akan memberikan anda arah yang tepat untuk mengubah hidup anda.

Sekiranya anda menafikan/melarikan diri dari masalah,anda menolak realiti hidup anda.Ianya seperti anda menipu diri anda sendiri.Sekali anda menipu diri anda,ianya akan membuatkan anda menipu diri anda dengan lebih banyak lagi.Ianya akan membuatkan anda minda sedar anda terputus hubungan dengan minda separa sedar anda.Hasilnya ialah anda tidak dapat menggunakan potensi diri anda sepenuhnya.Anda tidak perlu untuk terus hidup dengan menipu diri anda sendiri buat selama-lamanya.Kuasa mutlak setiap manusia ialah kuasa untuk memilih.Anda boleh memilih untuk terus menipu diri anda atau memilih untuk hidup dengan cara yang anda inginkan.

Dalam keseluruhan artikel ini,saya akan menghuraikan mengenai realiti.Ini akan membantu anda untuk lebih memahami bagaimana untuk membezakan dan menerima realiti anda.Ini adalah sesuatu yang subjektif.Jadi ianya akan membantu anda untuk lebih memahami mengenai Hukum Tarikan.

Cara anda memandang sesuatu perkara merupakan asas utama realiti anda.Sekiranya anda ingin mengubah hidup anda,anda perlu membuat keputusan bahagian mana yang anda ingin ubah.Contohnya,sekiranya anda ingin mengetahui sejauh mana kemahiran anda berkomunikasi,tempat terbaik yang boleh anda bermula ialah dengan diri anda.

Contoh soalan yang boleh anda tanya kepada diri anda ialah:
  • Bagaimanakah perasaan anda ketika berkomunikasi?
  • Bahagian apakah yang berfungsi dengan baik?
  • Bahagian apakah yang perlu ditingkatkan?
  • Adakah audiens memahami mesej yang anda sampaikan?


Kemudian,tanya kepada orang-orang yang rapat dengan anda.Teliti setiap pandangan orang lain dan ianya akan membantu anda untuk mengenalpasti apakah perubahan yang perlu anda ubah.

Sudut pandang anda terhadap sesuatu perkara merupakan kunci untuk mengubah hidup anda sepertimana anda meanggap sesuatu realiti sebagai satu kebenaran.Apabila anda tidak menerima realiti mengenai sesuatu situasi,ianya akan membuatkan anda menghasilkan keinginan yang baru.

Contohnya ialah anda inginkan berat badan yang ideal dengan susuk tubuh anda.Kemudian anda mendapati berat badan anda melebihi dari yang anda jangkakan.Seterusnya anda inginkan badan yang kurus dan anda melupakan bahawa anda inginkan berat badan yang ideal.Keinginan baru ini mungkin membantu anda untuk mencapai matlamat yang baru tetapi ianya tidak akan mengubah apa-apa kerana tiada apa yang akan berubah selagimana anda tidak menerima realiti yang anda hadapi.

Permulaan untuk mengubah hidup anda ialah menghargai kehidupan anda pada hari ini.Bukanlah satu kesalahan sekiranya anda inginkan sesuatu dalam hidup anda walaupun anda tidak mempunyai petunjuk untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.Namun bukanlah sesuatu yang elok sekiranya anda menipu diri anda sendiri dan mempunyai keyakinan palsu bahawa kehidupan anda pada hari ini sempurna apabila jauh di dalam sudut hati anda mengakui ada kekurangan dalam hidup anda.

Adalah sesuatu yang mudah untuk saya memberitahu anda supaya berdepan dengan realiti hidup anda namun ianya sesuatu yang sukar untuk anda lakukan.Adalah sukar untuk menerima kenyataan bahawa anda tidak berpuas hati dengan pasangan anda. Bukan satu perkara yang senang untuk anda menerima kebenaran bahawa anda memilih karier yang salah.Adalah payah untuk anda menerima kenyataan bahawa anda tidak
suka melihat diri anda ketika anda memandang cermin.Namun demikian,ianya adalah satu perkara asas untuk menerima realiti sekiranya anda ingin berubah.Adalah mustahil untuk anda mengubah hidup anda sekiranya anda sering menafikan ada aspek-aspek tertentu dalam hidup anda perlu diubah.

Apa perubahan yang anda inginkan dalam hidup anda?

Lihat di sekeliling anda dan temui apa yang anda suka dan yang anda tidak suka dalam hidup anda.Anda tidak perlu tergesa-gesa membuat matlamat yang spesifik.Buat masa sekarang,anda hanya perlu menyedari realiti hidup anda dan bagaimana anda bertindakbalas.Sekiranya anda gagal menerima sesuatu realiti,anda akan menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku dalam hidup anda.Hanya anda yang dapat mengubah hidup anda dan bukannya orang lain.

Anda mungkin mempunyai harapan sendiri terhadap hidup anda.Harapan ialah cara anda belajar dari pengalaman anda dan menemui satu kebenaran.Kemudian apabila berlaku satu situasi/peristiwa yang baru,harapan anda mungkin akan bertambah kuat atau musnah buat selama-lamanya.

Apabila pengalaman anda memenuhi harapan anda,apa yang anda yakin akan bertambah kukuh.Namun begitu apabila pengalaman anda bertentangan dengan harapan anda,minda anda akan di "update" dengan realiti yang baru.Inilah cara anda belajar membina realiti yang baru daripada pengalaman anda.

Perkara yang anda jangkakan adalah sangat fleksibel.Apabila anda mendapat maklumat yang baru,minda sedar anda akan berhubung denga mengaitkan maklumat baru itu dengan pengalaman anda.Ianya adalah secara umum dan bukannya secara spesifik.Contohnya anda boleh membaca apa yang saya tulis dalam blog ini tetapi anda tidak ingat dimana dan bila anda belajar setiap patah perkataan dalam blog ini.Anda mengetahui macam mana rasa manis,masin,pahit, dan masam tetapi anda tidak mengingati setiap makanan 
yang pernah anda makan.

Minda sedar anda sentiasa membuat jangkaan mengenai masa yang akan datang sama ada anda menyedari atau tidak.Contohnya terdapat satu jug air yang kelihatan seperti air Nescafe di atas meja rumah anda.Apabila anda menuangkannya ke dalam gelas lalu meminumnya,apakah perasaan anda apabila mendapati air yang berada di atas meja itu rupa-rupanya air teh dan bukannya Nescafe?Beginilah contoh mudah bagaimana minda sedar anda sentiasa membuat jangkaan melalui 5 deria anda.Selagimana jangkaan minda sedar anda dipenuhi,ianya akan membentuk patern mental anda.

Perlu diingatkan bahawa minda manusia tidak pernah rehat dan bekerja 24 jam sehari.Tubuh badan merupakan satu instrumen daripada minda anda.Minda anda akan sentiasa berkembang daripada pengalaman anda yang lepas dan membentuk patern mental anda.Kemudian minda anda menjadikannya sebagai panduan untuk membina jangkaan bagi satu situasi yang baru dalam hidup anda.Ianya berlaku tanpa anda menyedari secara lansung.Bagaimanapun,apabila anda menyedari bagaimana minda anda berfungsi,anda akan dapat menggunakan kuasa Hukum Tarikan.

Terdapat 2 cara menggunakan minda anda untuk menggunakan kuasa Hukum Tarikan.Pertama ialah dengan cara menerima realiti baru yang berbeza dengan pengalaman anda yang lepas.Apabila anda menerima realiti baru,anda menggunakan "mode" belajar pada minda sedar anda yang seterusnya akan membentuk patern baru bagi minda anda.Semakin banyak pattern mental anda,semakin luas minda sedar anda dapat menjangka
masa depan anda.

Antara cara untuk anda menerima realiti yang baru ialah dengan membaca buku-buku yang tidak anda pernah baca,bercakap dengan orang yang anda tidak suka,pergi ke tempat-tempat yang anda tidak pernah pergi.Ini akan membantu anda membentuk pattern mental yang baru.Dalam usaha untuk maju,anda perlu mengambil tindakan yang anda tidak pernah buat selama ini.Ianya akan memberi idea baru kepada anda.Selain itu,ianya akan meningkat kemahiran anda untuk belajar sesuatu perkara yang baru.Apa yang anda temui dalam sesuatu situasi biasanya akan diaplikasikan dalam situasi yang lain.Secara tidak lansung,ianya akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah anda.

Sekiranya anda tidak melakukan sesuatu yang baru,minda sedar anda akan "tua" dan tidak membantu anda untuk terus maju.Gaya hidup yang sama hanya membuatkan minda sedar anda sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidup anda dan tidak membantu anda untuk mengubah hidup anda.

Cara ke-2 ialah anda menggunakan minda sedar anda untuk membuat jangkaan.Anda mengira apa yang akan berlaku dalam hidup anda.Sebagai permulaan,anda boleh menjangka apa yang akan berlaku pada anda hari ini.Secara mudahnya,anda tentukan ke mana anda ingin pergi pada hari ini.Setelah anda sudah biasa membuat jangkaan untuk satu hari,anda boleh memanjangkan tempoh masa anda membuat jangkaan secara perlahan-lahan.Kemudian anda menjangka apa yang berlaku dalam masa 2 hari sehinggalah anda berumur 80 tahun.(Purata jangka hayat rakyat Malaysia pada tahun 2008:Lelaki-78 tahun dan Perempuan-83 tahun)

Sekiranya anda bersungguh-sungguh untuk mengubah hidup anda,tanyalah kepada kawan-kawan terdekat dengan anda untuk memberikan pandangan masing-masing tentang diri anda dan apakah jangkaan mereka terhadap anda untuk 20 tahun yang akan datang.Jawapan mereka mungkin membuatkan anda terkejut.Apabila minda sedar anda telah membuat jangkaan untuk jangka masa yang panjang,anda akan melihat realiti sebenar yang berlaku dalam hidup anda sekarang.Ianya akan membantu anda untuk menghapuskan keyakinan palsu anda dan membuatkan anda mencegah jangkaan-jangkaan yang berunsur negatif berlaku dalam hidup anda.

Emosi anda merupakan komponen yang menghasilkan jangkaan minda sedar anda.Perasaan gembira terhasil daripada jangkaan yang anda harapkan.Perasaan negatif terhasil apabila realiti tidak seperti yang anda harapkan.

Pertama sekali untuk mengubah hidup anda,anda hendaklah menerima realiti hidup anda pada masa sekarang.Elakkan "berperang" dengan realiti hidup anda atau menafikan realiti hidup anda.Ianya merupakan langkah pertama untuk anda mengubah hidup anda.Realiti hidup anda yang saya maksudkan ialah dari segi hubungan,keluarga,kewangan,kesihatan,keselamatan, dan lain-lain lagi.

Apabila jangkaan anda menghasilkan keputusan yang negatif (tidak dinginkan),anda perlu mengenalpasti apakah yang menyebabkan ianya menjadi negatif dan terus lakukan perubahan sama ada secara perlahan-lahan atau drastik.Apabila jangkaan anda positif (diinginkan),kenal pasti apakah faktor yang menyebabkannya positif dan terus lakukannya dengan konsisten atau lebih baik (sekiranya mempunyai ruang).

Semakin minda sedar anda dapat menerima realiti sebenar,semakin banyak peluang untuk anda mengubah hidup anda.Anda akan dapat membuat keputusan untuk mengambil tindakan yang tepat mencapai apa yang anda inginkan.Sekiranya minda sedar anda samar-samar untuk menerima realiti,anda akan menghasilkan situasi yang sama.

Adalah sukar untuk menerima realiti yang jelas dan terang.Contohnya,anda sudah berkahwin.Adalah sukar untuk anda memastikan tiada orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi pasangan anda selain daripada pasangan anda sekarang ini.Adalah sukar untuk menerima kenyataan karier anda adalah karier terbaik untuk anda sedangkan anda tidak pernah bertukar karier.

Sekiranya anda sudah membuat satu keputusan,anda tidak akan tahu apakah yang akan berlaku sekiranya anda membuat pilihan yang lain.Anda mungkin dapat mencuba untuk memahami sesuatu situasi dengan mendalam tetapi ianya tidak dapat membantu anda untuk membuang rasa ragu-ragu dalam diri anda.

Jadi,anda mempunyai 2 pilihan iaitu menafikan anda mempunyai masalah atau belajar untuk menyelesaikan masalah anda.Pilihan yang pertama membuatkan anda mencipta realiti seperti yang anda harapkan-tanpa mengira situasi sebenar hidup anda.Untuk pilihan yang ke-2,anda melakukan sesuatu yang tepat walaupun 
anda mungkin tidak menyukainya.Pilihan yang ke-2 lebih banyak mendatangkan manfaat kepada anda.

Apabila anda hidup dengan cara semulajadi dengan kehidupan yang tidak pasti,pilihan yang anda buat akan lebih tepat.Anda mendapati adalah lebih mudah untuk mengelakkan kesilapan.Anda tidak takut untuk menharungi kehidupan yang tidak menentu.Anda menjadi lebih bijaksana untuk menguruskan risiko berbanding menafikan ianya wujud.

Persolan yang mungkin timbul ialah jangkaan anda mungkin silap.Sebahagian kesilapan mungkin dapat diselesaikan dengan mempunyai pengalaman namun ianya mungkin menyebabkan anda melakukan kesilapan dengan lebih banyak dan merosakkan diri anda.

Berikut merupakan cara bagaimana jangkaan minda sedar anda boleh merosakkan anda:

1)Membuat jangkaan terlalu umum.Contoh :
  Anda pernah berkali-kali gagal dalam percintaan.Minda anda telah di bentuk 
  untuk meanggap percintaan adalah sesuatu yang buruk.Ianya akan membuatkan anda
  untuk mengelak dari bercinta.Anda tidak akan merasakan nikmat bercinta kerana
  minda anda telah dibentuk untuk menjadikan percintaan sebagai sesuatu  yang teruk.

2)Membuat jangkaan anda akan gagal.Contoh:
 Beberapa rakan anda telah memulakan perniagaan sendiri dan semuanya gagal.
 Mereka telah menjadi model kepada minda anda.Minda anda telah membentuk pattern
 bahawa perniagaan merupakan sesuatu yang sukar dan membawa kepada kegagalan.
 Kemudian anda memulakan perniagaan anda sendiri.Minda separa sedar anda akan
 membuatkan anda melakukan kesilapan yang sering anda elakkan.Akhirnya,anda
 turut berhenti berniaga.

Minda terbentuk seperti ini berlaku kerana jangkaan minda sedar yang negatif.Bagaimanapun terlalu positif juga mendatangkan masalah yang anda tidak sangka.Jangkaan yang terbaik ialah dengan bersikap realistik iaitu boleh diukur dengan standard yang tertentu.Contohnya dari segi kewangan,ianya diukur dengan nombor-nombor dalam akaun bank anda.Dari sudut hubungan dengan pasangan anda,berapa lama anda
berkomunikasi dengan pasangan anda dalam satu hari dan sebagainya.Apabila sesuatu situasi berlaku dengan jangkaan anda,anda akan dapat menerima realiti hidup anda yang seterusnya dijadikan langkah pertama untuk anda mengubah hidup anda.

Bayangkan mengenai tubuh badan anda:
  • Adakah anda sihat dan kuat atau sebaliknya?
  • Apakah jangkaan anda sekiranya anda meneruskan gaya hidup anda kepada badan anda?
  • Adakah anda menerima realiti bahawa kesihatan anda akan merosot?
  • Adakah anda boleh menerima realiti yang anda sendiri jangkakan?


Secara natural,pelbagai situasi yang tidak anda jangka boleh berlaku dalam hidup anda.Namun demikian anda masih boleh membuat jangkaan yang rasional melalui bukti yang dapat anda temui.Anda boleh melihat orang yang mempunyai kualiti yang sama dengan anda dan jangkakan masa depan orang itu.

Apakah yang dapat anda lihat?

Apabila anda berhadapan dengan realiti yang tidak anda inginkan,mungkin anda biasanya tidak menerima realiti tersebut.Cara yang mungkin anda lakukan ialah menjauhkan diri,keluar dari masalah,menafikan, atau berhenti berfikir mengenai perkara tersebut.Anda perlu berdepan dengan realiti tersebut untuk menggunakan
potensi anda sepenuhnya untuk mengatasi situasi tersebut.Sekiranya anda tidak dapat mengubah situasi tersebut,anda hendaklah menerima realiti tersebut.Katakan pada diri anda,"Situasi ini buruk untuk saya,saya kurang kemampuan untuk mengubahnya pada hari ini,".

Terima dengan hati yang terbuka apa yang berlaku dalam hidup anda.Ini akan menjadikan anda bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam hidup anda.Anda mungkin tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk masa ini.iaitu sekarang dan elakkan untuk menafikan realiti sesuatu situasi.Elakkan untuk berpura-pura.Sekiranya anda inginkan realiti anda berubah,pertama sekali anda perlu menerima seluruh kebenaran.Apabila anda menerima sepenuhnya sesuatu realiti,anda akan membuat pilihan yang lebih baik berasaskan realiti sebenar dan bukannya angan-angan anda.


Contohnya anda menerima realiti bahawa anda perlu bersukan.Anda tidak perlu berpura-pura tubuh anda sihat dan cergas.Anda akan mula memilih makanan anda dan jenis sukan yang sesuai dengan anda.Anda akan mula membuat pilihan yang berbeza berbanding sebelum ini sekiranya anda ingin mengubah realiti hidup anda.Hidup anda tidak akan berubah tanpa anda mengambil tindakan.Apabila anda mengakui kelemahan diri anda dan menerima sepenuhnya,anda akan dapat menggunakan Hukum Tarikan secara optimum-mencapai apa yang anda inginkan.

Dalam usaha untuk membawa lebih banyak realiti dalam hidup anda,anda perlu meningkatkan tahap kesedaran diri anda dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan,bakat,pengetahuan,percapaian,keinginan, emosi, tabiat, dan kerangka anda berfikir.

Sebagai manusia,anda mungkin mempunyai keinginan yang saling bertentangan.Sebahagian keinginan anda mempunyai unsur yang membuatkan anda sihat,gembira, dan bahagia.Sebahagian lagi hanyalah untuk makan,rehat,memuaskan nafsu seks dan berseronok.

Tanpa memiliki kesedaran,kita akan terjerumus kepada formula yang telah dibentuk oleh minda kita secara semulajadi.Lebih buruk lagi kita menjadi seolah-olah  haiwan tanpa kita sedari berbanding menggunakan sepenuhnya potensi kita.Berita baiknya ialah tahap kesedaran manusia tidak tetap seperti haiwan dan boleh di tingkatkan.

Kadang-kadang kita akan bertindak dengan logik akal.Di masa yang lain diri kita diselubungi dengan rasa takut terhadap sesuatu realiti.Kadang-kadang anda merasakan wang tidak penting.Di masa yang lain anda risau tentang kewangan anda.Di satu masa anda memilih makanan yang berkhasiat dan memberikan tenaga.Di masa yang lain anda memakan makanan yang merosakkan anda.Apabila anda membuat pilihan ianya akan membentuk minda anda dan anda akan bertindak mengikut mindset anda.Ianya akan terus berlaku dimana anda melakukan sesuatu yang serupa iaitu menetapkan satu matlamat tetapi tindakan anda akan menjauhkan anda dari mencapai matlamat anda.

Sebagai contoh,apabila anda dalam keadaan tenang,anda akan membentuk "kubu" pada minda anda untuk mencegah rasa marah.Sebarang tahap kesedaran dalam diri anda akan berulang-ulang berlaku sehingga membentuk tabiat anda.Jadi untuk meningkatkan tahap kesedaran anda,anda hendaklah membentuk tabiat yang membantu anda untuk mencapai keinginan anda.

Sebagai seorang manusia,anda mempunyai hati dan perasaan.Anda mungkin tahu apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai keinginan anda namun tindakan yang anda perlu buat mungkin merosakkan perasaan anda.

Contohnya,anda sudah bekerja dan mempunyai isteri dan anak-anak.Anda menetapkan matlamat untuk naik pangkat dan anda tahu anda perlu membuktikan kepada syarikat anda,anda perlu menunjukkan bukti
kepada syarikat anda dengan bekerja lebih cekap dan lebih lama berbanding dengan rakan-rakan sekerja anda.Tindakan anda mungkin akan mengurangkan masa anda bersama-sama dengan keluarga anda.Ianya mungkin membuatkan anda berasa sedih.Di sinilah anda dapat memahami kuasa Hukum Tarikan iaitu menarik apa yang anda mahu dalam hidup anda.Dalam cara untuk mencapai apa yang anda mahu ialah meningkat tahap kesedaran anda.

Cara yang baik untuk meningkatkan tahap kesedaran anda ialah membuat pilihan yang kritikal berbanding cara biasa anda berfikir.Dalam contoh tadi,pilihan yang anda buat ialah ingin dinaikkan pangkat tetapi anda tidak sanggup mengurangkan masa bersama-sama dengan keluarga anda.

Untuk meningkatkan tahap kesedaran anda,anda perlu bertanya kembali kepada diri anda,"Kenapa saya ingin ......?".

Dalam contoh tadi saya menggunakan contoh anda ingin dinaikkan pangkat tetapi anda tidak sanggup mengurangkan masa anda bersama keluarga.Anda boleh bertanya kepada diri anda,"Kenapa saya ingin dinaikkan pangkat?"

Saya memberikan contoh jawapan dan pilihan yang anda boleh buat:
1)Ingin gaji yang besar.Contoh pilihan yang anda boleh buat:
  •   Anda boleh memilih untuk bertukar tempat kerja
  •   Anda boleh minta kenaikkan gaji pada majikan anda
  •   Anda boleh memilih untuk memulakan perniagaan part-time di rumah anda
  •   Anda boleh memilih untuk bekerja part-time di tempat lain
  •   Anda boleh memilih untuk meningkatkan kemahiran anda dan bertukar tempat kerja


2)Untuk dihormati oleh keluarga dan rakan-rakan anda.Anda boleh memilih:
  • Anda boleh memilih untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda
  • Anda boleh memulakan syarikat sendiri dan mengajak rakan-rakan anda bekerja dengan anda
  • Anda boleh memilih untuk mengadakan majlis makan dirumah anda setiap minggu/bulan/tahun
  • Anda boleh memilih untuk mengucapkan "Happy Birthday" kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda setiap tahun.

Kemudian,anda bertanya kepada diri anda,"Kenapa saya ingin meluangkan masa bersama keluarga saya?"
Anda boleh menjawab soalan anda mengikut kesesuaian anda.

Ini hanyalah contoh soalan dan pilihan yang anda boleh buat.Masa terbaik untuk menjawab soalan ini ialah ketika anda bangun tidur pada hari cuti.Minda anda berada dalam keadaan tenang.Ianya merupakan masa dan tindakan yang kritikal untuk anda mengubah hidup anda.Teknik efektif untuk menggunakan cara ini ialah sebelum anda tidur,anda tulis dahulu soalan-soalan yang relevan pada kertas dengan tanda soal dan terus masuk tidur.Apabila anda bangun tidur,anda dapat jawab soalan-soalan yang anda tulis dengan mudah dan lancar.Anda boleh mencubanya sendiri.

Anda perlu belajar untuk percaya kepada tahap kesedaran anda.Tuliskan soalan-soalan dan jawapan anda pada kertas.jadikannya sebagai satu tabiat.Ianya akan memberikan keyakinan kepada anda untuk mengambil tindakan yang tepat seterusnya memberikan faedah kepada anda.Realiti hidup anda hanya akan berubah selepas anda membuat tindakan yang tepat.Selagi anda tidak bertindak,tiada apa yang akan berubah.Tindakan yang anda rasa sukar untuk anda ambil akan menjadi mudah selepas anda bertindak.Anda boleh mencubanya sendiri.Kemudian hargai tindakan yang anda ambil.

Pilihan yang anda buat (tulis pada kertas) pada awalnya mungkin tidak sempurna.Anda hendaklah menulis proses-proses yang terlibat.Sekurang-kurangya anda memiliki pilihan yang tepat dan berasaskan realiti.Apabila anda menjadikannya sebagai tabiat,tahap kesedaran anda terhadap realiti hidup anda akan semakin meningkat.

Andaikan pilihan yang anda ada membuatkan anda rasa takut,bersalah, atau lain-lain.Ianya mungkin kerana anda tidak dapat melihat realiti sebenar hidup anda.Apabila anda tidak dapat melihat realiti sebenar hidup anda,tindakan yang anda ambil akan menghasilkan keputusan yang tidak mengubah hidup anda.Tindakan yang diambil berasaskan realiti adalah lebih tepat dan anda cenderung untuk bertindak dengan sepenuh hati.Kuncinya ialah anda melihat sesuatu realiti dengan kesedaran diri anda sendiri.Tiada siapa yang dapat membantu anda dalam soal ini.

Kepentingan untuk anda hidup dalam realiti yang sebenar tidak boleh dipandang rendah.Ianya akan mencegah anda untuk menipu diri-sendiri.Jujur kepada diri sendiri boleh menakutkan diri anda.Kita tidak merancang untuk menipu diri sendiri namun atas sebab-sebab tertentu kita terpaksa menipu diri sendiri untuk menipu orang lain.Kita menerima realiti yang kita suka dan menafikan realiti yang kita tidak suka.Kita membahagikan kehidupan kita kepada dua bahagian.Ianya akan membentuk tabiat dan keyakinan kita.Untuk mengubahnya,kita boleh menerima realiti hidup kita secara perlahan-lahan.Semakin cepat anda menerima realiti hidup anda,semakin cepat anda dapat mengubah hidup anda.Apabila anda tidak dapat menerima kebenaran sesuatu realiti,anda perlu berpijak di bumi yang nyata.

Teruskan bertanya soalan ,"Kenapa saya....?" kepada diri anda.Ianya akan membantu anda memahami realiti hidup anda.

Setakat ini dahulu saya menulis mengenai bahagian Hukum Tarikan:Realiti & Mindset.Saya akan menulis mengenai Halangan Menerima Realiti pada artikel yang akan datang.Sekian,terima kasih.