Panduan Meditasi - Siri 3: Melaburkan Masa Anda

Panduan-Meditasi---Siri-3-Melaburkan-Masa-Anda


Dalam artikel Panduan Meditasi - Siri 3: Melaburkan Masa Anda,saya akan menerangkan bagaimana anda dapat mengubah hidup anda dengan menjalankan meditasi beberapa minit setiap hari.Ini kerana anda dapat meningkatkan day konsentrasi/fokus dengan menjadika meditasi sebagai rutin harian anda.

Konsentrasi membantu kita dengan banyak cara.Ianya membantu kita memahami apa yang orang lain cakap dengan lebih cepat,membantu kita mengingati perkara-perkara yang penting,membantu kita membuat dan mencapai matlamat dengan lebih cepat.

Dengan konsentrasi,anda akan mendapati minda anda menjadi sangat fokus untuk menyelesaikan masalah anda.Bayangkan anda dapat meghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk jangka masa yang panjang dalam jangka masa yang pendek.

Semasa anda belajar di sekolah rendah,mungkin anda pernah menjalankan eksperimen Sains dimana anda mengambil kanta dan memfokuskan cahaya matahari melalui kanta ke atas kertas.Sekiranya kanta terlalu dekat atau terlalu jauh,tiada apa yang berlaku.Anda memerlukan jarak yang tepat diantara kanta dan kertas untuk membakarnya.Inilah yang dinamakan konsentrasi.Sekiranya prinsip ini digunakan dengan betul ianya akan membantu anda mengubah kehidupan anda.

Panduan-Meditasi---Siri-3-Melaburkan-Masa-Anda-kanta


Terdapat satu cerita lama mengenai konsentrasi.Pada suatu masa dahulu,terdapat seorang raja yang mencari menantu.Raja tersebut membuat tawaran,sesiapa yang dapat memanah ikan yang terdapat dalam kolam istana,akan dapat berkahwin dengan tuan puteri.Ramai orang yang menyertai tawaran raja tersebut.Mereka semua memerhatikan ikan tersebut dan menggunakan panah masing-masing namun tiada orang yang berjaya
memanah ikan tersebut.Tiba-tiba seorang pemuda berjaya memanah ikan tersebut.Apabila ditanya agaimana beliau boleh memanah ikan tersebut,pemuda tersebut menjawab,dia hanya fokus pada anak mata ikan tersebut.

Inilah rahsia untuk fokus.Dengan sekali anda mempunyai fokus,minda anda akan menjadi hamba anda - anda boleh mengarahkannya untuk melakukan apa yang anda mahu.Anda boleh membuang semua fikiran negatif dan hanya fokus pada satu perkara yang positif sahaja.Anda boleh membuat keputusan untuk bersama dengan orang yang membuatkan anda gembira dan meninggalkan orang yang membuatkan moral anda menurun.Anda boleh melakukan perkara yang mengembirakan anda dan meninggalkan perkara yang membosankan anda.Meditasi secara tetap akan membantu anda meningkatkan fokus.

Jangan berharap anda dapat meningkatkan fokus dalam jangka masa satu hari.Ianya terhasil daripada hubungan minda sedar dan minda separa sedar anda.Anda sentiasa perlu menhubungkan kedua-dua minda ini selalu.Kebolehan anda untuk memahami apa yang anda suka dan perkara yang anda benci akan meningkat.Anda akan dapat mengawal fikiran anda dengan fokus - sesuatu yang mungkin tidak pernah anda jangka.

Anda tidak perlu memaksa fikiran anda untuk fokus.Sekiranya anda memaksa,ianya adalah satu perkara yang sia-sia dan akan menghasilkan masalah yang lebih besar.Hanya terdapat 2 perkara yang dapat meningkatkan daya fokus fikiran anda:-

  • menjauhkan perkara yang menganggu fikiran anda 
  • meditasi iaitu anda hanya fokus pada minda anda

Sekian dulu artikel Panduan Meditasi - Siri 3: Melaburkan Masa Anda.Anda perlu melakukan meditasi untuk meningkatkan fokus anda.Dengan beberapa minit setiap hari,kehidupan anda akan berubah secara menyeluruh.Saya akann menulis mengenai "kebaikan meditasi" pada artikel bersiri panduan meditasi yang akan datang.


Keyakinan Diri - Siri 1 : Pengenalan

Keyakinan-Diri---Siri-1



Keyakinan merupakan satu perkara yang ganjil dalam hidup kita kerana ianya boleh "menyusahkan" hidup anda untuk jangka masa yang pendek atau panjang atau selama-lamanya sekiranya tidak dimiliki oleh anda.Anda mungkin berfikir anda "mengetahuinya" dan dapat "merasa" kehadiran keyakinan dalam diri anda.Mungkin anda mengalami kesukaran untuk menjawan apakah yang dimaksudkan dengan "keyakinan".

Keyakinan ialah pengalaman anda pada setiap hari,sesuatu yang anda kerap lakukan,dan ianya "hilang" apabila anda memerlukannya pada saat-saat yang anda perlukannya.

Mungkinkah ini yang anda faham mengenai "keyakinan"?

Dalam artikel bersiri Keyakinan Diri ini saya akan mengupas kekeliruan mengenai keyakinan yang biasanya dirujuk kepada keyakinan diri (self-confidence).Mungkin juga anda tercari-cari cara bagaimana untuk membina keyakinan tetapi malangnya hasil yang anda dapat masih sama - cuba mengelak dari berdepan/melakukan dengan perkara yang menakutkan anda.

Dengan memiliki keyakinan,anda akan terasa lebih gembira,bebas dan dapat mengambil peluang yang anda cari.Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan keyakinan,ramai orang dapat merasanya tetapi mengalami kesukaran untuk menjelaskannya.Keyakinan bukanlah satu keajaiban yang boleh didapati daripada pil atau dapat di beli di supermarket.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri,lebih baik kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keyakinan.Terdapat 3 makna mengenai keyakinan:-
  • kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan standard yang tertentu
  • percaya dengan kebolehan orang lain
  • menjaga rahsia maklumat tertentu  

Dengan kata lain,keyakinan merupakan kebolehan untuk menyesuaikan dan melakukan sesuatu dalam apa jua keadaan walaupun ianya mencabar kebolehan anda atau orang lain.Keyakinan bukanlah sesuatu yang dapat anda rasa dalam hati anda dan anda boleh meanggapnya sebagai bonus jika anda dapat merasainya.

Sekarang,mungkin anda sudah mengenal pasti bahawa keyakinan sentiasa muncul dalam kehidupan seharian anda.Mungkin anda pernah melakukan satu kerja walaupun anda tidak selesa untuk melakukannya pada masa yang tertentu dan apabila anda memulakan kerja tersebut - anda berasa okay dan menyiapkannya.

Ini untuk membantu anda apakah yang dimaksudkan dengan keyakinan.Ianya adalah untuk menunjukkan kepada anda bahawa anda mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu yang anda tidak suka dan mendapat hasil yang anda jangkakan.Anda yakin sesuatu perkara dapat anda lakukan walaupun anda rasa tidak selesa.

Anda tidak perlu risau sama ada anda berasa selesa atau tidak apabila melakukan sesuatu yang mencabar atau anda hanya perlu tenang apabila melakukan tindakan yang anda pilih.Orang yang berkeyakinan tinggi hanya merasa tenang dalam semua situasi.Keyakinan hanyalah perasaan dan semuanya akan okay.Tiada apa yang perlu anda takutkan.

Perasaan yakin berada dalam diri anda apabila anda sering melakukan sesuatu atau sudah biasa dengan sesuatu situasi.Anda juga boleh mencipta keyakinan daripada pengalaman anda dan gunakannya apabila diperlukan.Ini bukanlah bermakna anda tidak akan berasa takut/cuak/bimbang.Anda mungkin akan mengalami perasaan seperti ini dalam situasi yang tertentu-mungkin berulang-ulang kali.

Berikut merupakan bagaimana anda dapat mengesan keyakinan di dalam diri anda:-
  • Anda terasa tenang
  • Anda bernafas seperti biasa
  • Anda melakukan sesuatu dengan matlamat yang jelas
  • Anda lebih proaktif dan energetik
  • Anda tahu anda dapat mengawal situasi buruk yang mungkin timbul walaupun anda tidak dapat mengawalnya
  • Anda tahu semuanya akan selesai pada akhirnya walaupun mengambil masa yang lama
Tiada cara untuk mengukur keyakinan kerana ianya adalah perkara yang subjektif.Orang lain mungkin mengukur keyakinan anda berdasarkan penampilan dan tindakan anda.Namun hanya anda sendiri yang mengetahui apa yang anda rasa.Keyakinan anda adalah berbeza mengikut masa dan tempat yang tertentu.Sekiranya anda mengimbas kembali 10 tahun yang lepas,anda mungkin mendapati keyakinan anda sudah banyak meningkat sehingga ke hari ini.

Bagaimana tahap keyakinan anda mungkin berbeza untuk situasi yang berbeza.Mungkin dalam beberapa aspek kehidupan anda,keyakinan anda telah menurun.Mungkin anda pernah mengambil risiko dan mengalami kesusahan akibat dari risiko yang anda ambil.Ini menyebabkan keyakinan anda menurun.

Sekiranya anda tidak sihat dan terpaksa melakukan kerja yang banyak,keyakinan anda juga boleh menurun.Ketika anda sihat dan bersemangat untuk menyelesaikan kerja anda,anda mungkin mempunyai keyakinan untuk menakluk dunia.Ini bukanlah bermaksud anda boleh terus pergi ke puncak Gunung Everest kerana anda sudah mempunyai keyakinan yang tinggi.

Keyakinan-Diri---Siri-1---Pengenalan-tindakan



Meningkatkan keyakinan bukanlah satu perkara yang sukar.Anda perlu ingat bahawa KLCC tidak dibina dalam masa sehari.Ambil sedikit masa dan ruang untuk meningkatkan keyakinan anda.Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.Mengambil langkah yang kecil adalah realistik untuk mencapai tahap keyakinan yang anda inginkan.

Setakat ini dahulu artikel Keyakinan Diri - Siri 1 : Pengenalan.Saya akan menulis mengenai petunjuk tahap keyakinan dalam artikel yang akan datang.

Panduan Meditasi - Siri 2:"Melihat Diri Sendiri"

Panduan-Meditasi---Siri-2-Melihat-Diri-Sendiri


Dalam artikel Panduan Meditasi - Siri 2:"Melihat Diri Sendiri" saya akan menerangkan apa maksud "Melihat Diri Sendiri" semasa anda bermeditasi.Meditasi ialah "lidah" pada jiwa anda dan "bahasa" pada semangat anda.

Apabila kita meneliti kehidupan kita,kita akan mendapati daripada kita masih di zaman kanak-kanak hanya dilatih untuk memeriksa dan mengenali dunia luaran kita.Dengan kekurangan pengetahuan dan latihan,kita tidak mampu untuk memahami diri kita sendiri.

Mungkin anda menyedari apabila anda cuba untuk menonjolkan pelbagai hubungan dengan dunia luaran, anda tidak dapat menunjukkan kemampuan atau identiti  sebenar diri anda.Anda mungkin terpaksa berpura-pura bersetuju dengan pandangan orang lain walaupun sebenarnya anda tidak bersetuju lansung.Kekeliruan dan kekecewaan mungkin terhasil daripada perhubungan anda dengan orang lain.

Kita seringkali di ajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan orang lain.Pernahkah anda berhubung dengan minda anda sendiri?

Bahagian minda kita yang tidur iaitu minda separa sedar yang mentafsirkan pengalaman dan emosi, dan jarang yang tahu bagaimana untuk melatihnya dengan betul.Kegembiraan yang anda dapat dengan dunia luaran anda hanyalah seketika dan tidak kekal.Namun demikian,anda tahu anda tidak dapat menipu diri sendiri.

Perjalanan anda ketika menjalani meditasi ialah cara untuk meningkatkan perhubungan anda dengan dunia luaran anda.Hidup anda akan menjadi lebih bermakna dan gembira.Meditasi ialah "senjata" yang sangat ampuh untuk membantu anda meningkatkan hubungan dengan dunia luaran anda.Anda hanya perlu mencuba untuk bermeditasi.Meditasi akan memberikan anda pengalaman baru.

Minda kita akan cenderung untuk "merayau" ke dalam pengalaman lalu anda dan imaginasi anda sendiri - angan-angan,impian,masa depan dan sebagainya.Minda tidak tahu bagaimana untuk "merasai" masa sekarang iaitu pada saat ini di tempat anda berada.Ini kerana 5 deria anda sentiasa mengesan dan menghantar maklumat pada minda anda.Minda anda sangat sibuk.Hanya dengan meditasi mengajar kita bagaimana untuk "menyedari sepenuhnya" detik sekarang ini.Meditasi memberikan anda cara untuk mengawal fikiran dengan fikiran.

Dalam meditasi,yang paling penting ialah pengalaman yang anda lalui semasa bermeditasi.Sesetengah orang berpendapat,meditasi tidak mempunyai sebarang sebab yang kukuh untuk dilakukan atau boleh digantikan dengan aktiviti yang lain.Meditasi ibarat seperti anda mengubah lagu.Apabila anda mengubah lagu,tiada titik yang jelas untuk anda capai.Apabila anda bermain alat muzik,titik yang menhubungkan alat muzik dan tangan anda menjadi titik yang paling penting.Meditasi merupakan titik yang menyambungkan minda sedar dan minda separa sedar anda.

Dengan menjalani meditasi,minda anda fokus pada satu titik pada minda anda.Hasilnya minda anda tidak akan mengalami kekeliruan atau halangan untuk membantu anda mencapai matlamat anda kerana anda mempunyai daya fokus yang sangat tinggi.Setelah beberapa ketika,minda anda akan selesa untuk fokus dan anda perlu berdisiplin untuk tetap bermeditasi.

Untuk memulakan meditasi,anda perlu memahami apakah maksud meditasi.Kemudian pilih teknik yang sesuai dengan anda dan lakukan secara konsisten dan sebaik-baiknya pada tempat dan masa yang sama setiap hari.Tubuh badan kita akan memberikan reaksi yang terbaik apabila kita membiasakan diri dan mengikut rutin harian kita.Ini menjadi sebab mengapa bayi biasanya tidur pada masa yang tetap,bangun pada masa yang tetap dan makan pada masa yang tetap.

Apabila meningkat dewasa,kita mungkin mengabaikan rutin harian kita.Kita terpengaruh dengan faktor luaran seperti perhubungan dengan orang-orang di sekeliling kita dan cenderung untuk kita kehilangan nilai-nilai yang kita dapat daripada rutin harian kita semasa di zaman kanak-kanak.Kita perlu mengingatkan diri kita kepada kepentingan rutin harian yang meningkatkan kualiti hidup kita pada setiap hari.Setiap tindakan akan menghasilkan reaksi.Kehidupan anda pada hari ini merupakan hasil daripada tindakan anda pada masa lalu.

Dalam dunia moden hari ini,jarang orang yang dapat bersabar dan hanya bermeditasi untuk jangka masa yang singkat dan kemudian "give-up".Kemudian mereka merumuskan meditasi tidak mendatangkan sebarang hasil dan merupakan aktiviti yang sia-sia.Ianya seperti seorang kanak-kanak yang menanam pokok bunga dan kecewa kerana tiada bunga yang keluar daripada pokok selepas seminggu di tanam.

Sekiranya anda menjadikan meditasi sebagai rutin harian anda.anda akan dapat merasakan kehidupan anda berubah sedikit demi sedikit.Kesan pertama ialah anda menjadi lebih tenang dan segar.Seterusnya anda akan mendapat lebih banyak kesan positif.Sesetengah dari manfaat meditasi memerlukan anda untuk menjalani meditasi dalam jangka masa yang panjang kerana ianya tidak mudah dicapai.Anda tekun menjalankan meditasi,anda sendiri yang akan mendapat hasilnya.

Sebelum anda memulakan meditasi,tanamkan keyakinan untuk melihat dunia dalaman anda sendiri.Anda akan mengetahui cara:-

  • Bagaimana untuk merehatkan tubuh badan anda.Contohnya anda memulakan meditasi 2-4 jam selepas anda makan. 
  • Bagaimana untuk duduk dengan selesa.Contohnya anda mandi dahulu sebelum memulakan meditasi.
  • Bagaimana untuk bernafas.Pernafasan dan meditasi mempunyai hubungan yang sangat rapat.Banyakkan meminum air mineral atau air yang ditapis.Ianya untuk menggantikan molekul air yang keluar daripada badan semasa anda bermeditasi.Semasa anda bermeditasi,bernafaslah dengan lembut iaitu bulu hidung anda tidak bergerak semasa anda menarik atau menghembus nafas.
  • Bagaimana untuk melihat objek apakah yang berada dalam minda anda.Minda berfikir dalam bentuk visual.Anda abaikan apa yang terbayang dalam imaginasi anda semasa anda menjalankan meditasi.
  • Bagaimana untuk mengukur kualiti anda berfikir.Kesan daripada meditasi akan menghasilkan kesan positif yang membantu meningkatkan hidup anda dan lebih fokus pada kerja anda.
  • Bagaimana untuk mencegah minda anda daripada terganggu oleh apa-apa situasi.Contohnya ketika anda bermeditasi,anda menetapkan sesuatu perkara yang bermain-main dalam minda anda sama ada betul atau salah,ia di anggap anda sudah diganggu.


Sekiranya anda bermeditasi dengan pemahaman yang betul dan jelas serta dengan teknik dan sikap yang betul,anda akan mendapati meditasi membuatkan anda terasa segar dan memberikan tenaga.Selepas anda bermeditasi dalam jangka masa yang tertentu,tubuh anda akan mengalami perubahan.Ianya bukanlah secara mendadak.Ini berlaku kerana gelombang dalam tubuh anda tubuh anda beransur-ansur untuk bergerak dengan harmoni dengan gelombang  alam semesta.

Selepas anda berjaya meningkatkan fokus semasa bermeditasi,badan anda akan mengeluarkan gelombang yang akan berhubung dengan alam semesta secara perlahan-lahan.Ianya dapat diukur apabila anda sedang bermeditasi,akan datang perkara-perkara yang menganggu tumpuan anda seperti serangga seperti nyamuk menggigit anda atau badan anda mengeluarkan bunyi.Sekiranya anda perasan perkara-perkara ini berlaku ketika anda bermeditasi,ini menunjukkan anda masih terpengaruh dengan dunia luaran anda.Teruskan berusaha.Hasil daripada meditasi hanya dapat di capai dengan usaha anda sendiri.

/Panduan-Meditasi---Siri-2-Melihat-Diri-Sendiri-gangguan-nyamuk




Sekian dulu artikel Panduan Meditasi - Siri 2:"Melihat Diri Sendiri" Anda perlu melupakan dunia luaran anda semasa anda menjalankan meditasi.Saya akan menulis mengenai "Melabur Masa Anda" pada artikel bersiri panduan meditasi pada artikel yang akan datang.

Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan

Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan



Dalam setiap budaya dan masyarakat,di seluruh dunia,manusia di didik dengan teknik yang diperlukan untuk bercakap,berfikir,bekerja dan menjalani kehidupan mengikut budaya setempat.Semasa di sekolah,kita belajar Sains,Kimia,Biologi dan Fizik untuk membantu kita memahami bagaimana hukum alam semulajadi terjadi.Contoh mudahnya ialah hukum graviti.Sama ada anda kaya atau miskin,lelaki atau perempuan,beragama Islam,Kristian,Buddha atau lain-lain,anda akan jatuh ke bawah sekiranya terjun ke luar bangunan daripada tingkat 10.

Namun demikian,sudah menjadi fitrah manusia,sentiasa tercari-cari dan tertanya-tanya mengenai diri sendiri.Kita boleh mencapai matlamat,berfesyen, dan mengikut nilai-nilai yang di ajar dalam budaya kita tanpa mengetahui dimensi diri kita sendiri.Ianya membuat kita sunyi dan terasa kosong.Pengetahuan mengenai meditasi adalah sangat berbeza dengan semua perkara yang di ajar dalam pendidikan formal.

Meditasi memerlukan pendekatan yang khas dan istimewa.Ianya mudah dilakukan iaitu memberikan fokus dan memahami diri kita pada beberapa tahap - badan kita dan aspek pernafasan. Semoga artikel bersiri Panduan Meditasi dapat membantu anda untuk menyatukan minda sedar dan minda separa sedar anda.

Meditasi ialah "memberikan perhatian" terhadap sesuatu perkara.Semasa anda bermeditasi,anda memberikan perhatian terhadap dunia dalaman anda yang tidak di ketahui oleh orang lain.Dunia dalaman anda menjadi asas kepada proses anda berfikir,menganalisis,berangan-angan,beremosi, dan memori.Ianya adalah tahap kesedaran anda yang membantu unsur harmoni kepada diri anda sendiri.Dengan kata lain,meditasi merupakan jambatan yang menghubungkan antara minda sedar dan minda separa sedar anda.

Meditasi memerlukan anda berada dalam keadaan sunyi,fokus, dan dalam jangka masa yang sama anda tenang.Tiada apa yang menyusahkan anda untuk anda fokus kepada diri anda sendiri.cabaran untuk bermeditasi ialah minda anda tidak dapat memberikan perhatian kepada dunia dalaman anda.Dengan latihan yang berterusan,anda akan dapat memberikan fokus sepenuhnya ketika anda sedang bermeditasi.Ianya seperti air sungai yang mengalir dengan tenang menuju ke muara.

Adalah sangat mudah untuk anda memulakan bermidatasi.Ia sebenarnya bermula dengan minda anda.Anda hanya perlu membuat keputusan untuk bermeditasi.Apabila anda melakukan demikian,anda akan mendapati anda tidak perlu melakukan sesuatu tindakan yang memerlukan fisiologi anda bergerak.gaya hidup anda mungkin tidak berubah,tetapi kehidupan anda akan berubah.Meditasi memberikan ketenangan fikiran yang tidak dapat disifatkan dengan kata-kata.Ianya hanya dapat di rasa dengan pengalaman anda sendiri.

Meditasi tidak memerlukan anda melakukan anda melakukan sesuatu yang pelik sama ada anda masih baru atau sudah lama bermeditasi.Apa yang anda perlu lakukan ialah menumpukan perhatian sepenuhnya pada masa sekarang - bukan pada lalu atau masa depan.Mungkin anda pernah mendengar atau membaca mengenai meditasi dan mendapati faedahnya berbeza-beza.Ini kerana kesannya berbeza-beza kepada setiap orang.Cuma yang pastinya ia meningkatkan tahap kesihatan dan perhubungan anda dengan orang lain.

Seperti banyak cara untuk anda mendaki gunung,terdapat pelbagai cara untuk anda bermeditasi yang anda boleh ikut.Semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu mencapai tahap fokus dalaman,tenang, dan penyabar.Banyak teknik untuk bermeditasi yang wujud dan ianya tiada beza selagi mana anda dapat memberikan tumpuan kepada dimensi dalaman diri anda.

Langkah permulaan untuk memulakan meditasi ialah anda berwaspada dan tenang.Mudahnya ialah anda menetapkan azam untuk menjadikan meditasi sebagai aktiviti seharian anda.Faedah daripada meditasi hanya dapat diperolehi apabila anda menjadikan ianya sebagai aktiviti harian anda.Ianya akan membantu anda menjadi individu yang fokus dan tenang.

Perkara yang paling penting ialah keputusan anda untuk memulakan meditasi.Apabila anda membuat keputusan untuk memulakan meditasi,minda anda akan memberikan sepenuh perhatian untuk membantu anda bermeditasi.Proses ini akan menyatukan minda sedar dan minda separa sedar bergerak dengan selari.

Perlu diingatkan meditasi ialah kesedaran.Apa yang anda lakukan dengan penuh kesedaran ialah meditasi.Tindakan anda bukanlah persoalan tetapi kualiti yang terhasil daripada tindakan anda.Berjalan boleh menjadi meditasi sekiranya anda berjalan dengan penuh kesedaran.Mandi juga boleh menjadikan anda bermeditasi sekiranya anda fokus pada air yang mengalir pada badan anda.70% badan manusia terdiri daripada air.Mungkin anda boleh bersatu dengan air.

Cuba berikan perhatian apa yang anda lakukan sehari-hari.Sekiranya anda bekerja,fokus pada kerja yang sedang anda lakukan.Memberikan perhatian pada setiap detik merupakan teknik meditasi yang paling tinggi.Ianya membawa anda kepada diri anda dan aktiviti yang sedang anda lakukan.Di antara fikiran dan tindakan anda,anda akan dapat mengetahui tentang diri anda sendiri.

Saya ingin berkongsi mengenai salah satu teknik meditasi.Anda duduk di tempat yang sunyi dan tenang sambil bersila.Kedua-dua tangan anda memegang lutut anda.Kemudian anda menyedut udara dengan hidung anda,dan tahan di perut.Kemudianhembuskan kembali nafas melalui hidung.

Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan 2
Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan 3
Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan 4


Kadar masa anda menyedut,menahan,dan menghembuskan nafas hendaklah sama.Katakan anda menyedut udara selama 11 saat,anda hendaklah menahan dan melepaskan nafas anda selama 11 saat juga.Sekiranya anda tidak mampu,anda lakukan selama mana anda mampu.Lakukan teknik ini selama mana anda mampu.Saya cadangkan antara 15 minit untuk orang yang baru bermeditasi.

Selama anda bermeditasi dengan teknik ini,bayangkan anda menghirup aura berwarna perak masuk ke badan anda.Semasa anda menahan nafas,bayangkan aura tersebut mengalir ke seluruh badan anda.Semasa anda menghembuskan nafas,anda bayangkan aura yang berwarna hitam keluar daripada badan anda dan badan anda bersinar-sinar dengan cahaya perak berkilauan.Ianya merupakan perkara-perkara negatif yang terdapat di dalam tubuh anda.

Teknik meditasi ini baik untuk meningkatkan fokus dan membuatkan anda berseri-seri.Anda boleh mencubanya sendiri.Anda tulis di atas kertas apa yang anda lakukan pada hari ini.Kemudian lakukan meditasi menggunakan aktiviti ini.Kemudian terus menulis aktiviti anda pada setiap hari.

Kesan daripada meditasi memerlukan masa berbeza-beza untuk setiap orang.Saya cadangkan anda lakukan untuk 3-21 hari sahaja untuk anda mencuba kesan daripada anda bermeditasi.Kemudian bandingkan kertas yang anda tulis sebelum anda memulakan meditasi dan kertas yang anda tulis pada hari yang ke-21.

Sekian dulu artikel Panduan Meditasi - Siri 1:Pengenalan.Anda perlu membuat keputusan untuk bermeditasi ialah kunci untuk memulakan meditasi.Saya akan menulis mengenai "melihat diri anda" pada artikel bersiri panduan meditasi pada artikel yang akan datang.


Neuro Linguistic Programming (NLP) -7:Post-Traumatic Stress Disorder

 Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 7 : Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD)

Dalam artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) yang lepas,saya sudah menerangkan mengenai minda separa sedar.Dalam artikel kali ini,saya akan menulis mengenai  Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).Secara mudahnya ialah trauma kerana pengalaman masa lepas.

Masyarakat awam mula berwaspada mengenai PTSD apabila pengarah filem Hollywod memulakan filem mengenai veteran perang Vietnam.Hari ini,media cetak dan media elektronik telah banyak membuat liputan mengenai PTSD dan biasanya ia berlaku kepada mangsa perang,kanak-kanak, dan penjenayah.

PTSD berlaku apabila bahagian amygdala otak anda menerima input dengan nilai emosi yang tinggi yang mengakibatkan panik seterusnya tidak dapat menghantar maklumat kepada hippocampus.Dalam proses ini,input yang diterima terperangkap diantara amygdala dan hippocampus yang seterusnya gagal untuk dihantar kepada bahagian neocortex untuk di nilai yang bermakna otak anda gagal untuk mentafsir maklumat yang diterima.Inilah yang menyebabkan trauma pada seseorang.Amygdala merupakan bahagian utama otak yang membantu anda untuk terus hidup.

PTSD akan membuatkan penghidap trauma menderita kerana ianya tetap terperangkap didalam otak anda yang menyebabkan anda sentiasa terkenangkan pengalaman lepas dan membuatkan hidup anda dalam keadaan tertekan.PTSD akan membuatkan hidup anda terasa terancam.

Trauma dan fobia berada dalam kumpulan yang sama yang dipanggil anxiety disorders kerana ianya melalui proses yang sama di dalam otak anda.Pakar-pakar psikologi berbeza pendapat mengenai punca fobia.Sesetengah berpendapat ianya kesan daripada trauma dan sebahagian lagi fobia merupakan cara anda bertindakbalas dengan sesuatu perkara.Contohnya seorang kanak-kanak pernah dipatuk ular.Mungkin
kesan daripadanya,kanak-kanak tersebut mungkin takut kepada ular sehingga dewasa.

Terdapat beberapa jenis fobia yang mungkin anda tidak pernah terfikir ianya wujud.Antaranya ialah:-

  • Phronemophobia-takut berfikir
  • Ablutophobia-takut untuk mandi
  • Pentheraphobia-takut kepada ibu mertua
  • Chaetophobia-takut kepada bulu di wajah seseorang 
  • Peladophobia-takut kepada orang botak
  • Philophobia-takut untuk bercinta/jatuh cinta
  • Phobophobia-takut kepada fobia
  • Xyrophobia-takut kepada pisau cukur
  • Galeophobia-takut pada kucing
  • Triskadekaphobia-takut pada nombor 13
  • Otophobia-takut pada nombor 8


Dalam NLP,anda boleh mengatasi fobia anda dengan mudah.Anda hanya perlu merangka kembali pengalaman yang menyebabkan anda trauma dan fobia.Anda hanya perlu memastikan anda dalam persekitaran yang anda rasa selamat untuk anda.Proses ini menganalisis pengalaman yang anda lalui dengan memori anda.Pertama sekali anda perlu memisahkan diri anda dan pengalaman anda.Bayangkan anda sedang menonton wayang.Dalam skrin terpapar pengalaman anda.

 Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 7 : Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) 2



  1. Kenal pasti bila dan apa yang membuatkan anda rasa fobia atau trauma atau memori yang membuatkan anda tidak selesa.
  2. Ingat bahawa anda berada dalam keadaan selamat sebelum dan selepas anda melalui pengalaman tersebut.
  3. Bayangkan anda sedang duduk di dalam skrin hitam putih.
  4. Bayangkan pula anda sedang terapung-apung dan masuk ke dalam skrin.
  5. Sekarang anda dapat melihat diri anda di dalam skrin dan juga turut melihat diri anda di kerusi penonton.
  6. Ingat kembali pengalaman yang anda ingin lupakan.bayangkan di skrin sedang menayangkan adegan sebelum daripada pengalaman yang anda ingin lupakan sehingga anda berasa selamat selepas anda melalui pengalaman tersebut.
  7. Hentikan filem anda dan bayangkan anda berada di dalam skrin ketika babak akhir cerita anda.
  8. Re-wind cerita anda daripada akhir sehingga ke awal cerita dengan pantas dan dalam skrin yang berwarna-warni.
  9. Anda ulangi langkah 7 dan 8 sehingga anda rasa selesa.
  10. Bayangkan anda berasa pada masa depan dan uji diri anda bagaimana anda bertindakbalas apabila berdepan dengan fobia anda.


Setiap orang mempunyai kepercayaan yang berlainan dan menilai sesuatu perkara dengan berbeza.Contohnya nilai dan kepercayaan sekumpulan kanak-kanak berbeza dengan kumpulan orang dewasa.Nilai dan kepercayaan anda adalah hasil "saringan" daripada minda separa sedar anda.Ianya bergantung kepada apa yang anda berikan perhatian dan membuang maklumat yang anda abaikan melalui 5 deria anda.

Minda separa sedar hanya "berdiam diri" dan menyusun kepercayaan anda dan membuat keputusan anda mengenai diri anda dan persekitaran-dan anda tidak menyedarinya.Kepercayaan yang anda miliki mungkin akan membuatkan anda mengambil tindakan yang ekstrem,dan memberi anda kekuatan untuk terus hidup.Kepercayaan yang saya maksudkan bukanlah bermaksud kepercayaan kepada agama.Maksud saya ialah kepercayaan dan nilai yang anda beri kepada kesihatan,kekayaan,kebahagiaan dan yang seumpama dengannya.Contohnya,apakah definisi anda terhadap kebahagiaan?Kemudian tanya kepada kawan anda.

Anda mempunyai kepercayaan anda sendiri terhadap realiti kehidupan yang anda lalui.Kepercayaan anda akan membentuk sikap anda secara lansung.Mungkin anda mempunyai kepercayaan yang membantu anda mencapai matlamat anda.Contohnya anda mempunyai kepercayaan bahawa anda pandai memasak,anda mungkin berminat menulis buku mengenai masakan.Daripada kepercayaan ini,anda sudah menjadi penulis buku.

Seperti mana kepercayaan positif yang membantu anda,anda mungkin juga mempunyai kepercayaan negatif yang tidak membantu anda.Mungkin anda pernah memulakan perniagaan dan kemudiannya kerugian.Anda mungkin percaya bahawa dengan makan gaji adalah lebih menjamin kehidupan anda berbanding dengan berniaga.Kemudian andaikan anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak dan gaji anda cukup-cukup untuk menyara keluarga anda.Anda pun mencari alternatif untuk menambah pendapatan anda.Oleh kerana kepercayaan anda bahawa perniagaan adalah berisiko,anda mungkin melakukan kerja sambilan selepas tamat waktu bekerja anda.Masa anda bersama keluarga semakin berkurangan.

Sekiranya ada orang yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan anda,anda mungkin tidak selesa bersama orang tersebut.Berhati-hati terhadap kepercayaan anda.Sekiranya anda berfikir mengenai sesuatu perkara dan anda mendapati anda menyebut atau terfikir ayat yang membawa maksud "anda tidak boleh....",ianya membawa maksud minda separa sedar anda telah membentuk kepercayaan anda terhadap perkara tersebut.Luangkan sedikit masa untuk menganalis kepercayaan yang telah anda bentuk.Kenang kembali pengalaman anda mengenai perkara tersebut dan adakah ianya benar?

Sekiranya kepercayaan anda tidak membantu anda,cari peluang untuk membuktikan kepercayaan anda salah.Ambil sehelai kertas dan sebatang pen.Buat garisan di tengah-tengah kertas.Di sebelah kiri,tuliskan alasan anda kenapa anda mengatakan kepercayaan anda benar.Kemudian di sebelah kanan,tuliskan semua alasan kenapa ianya salah.Buat keputusan mengenai kepercayaan anda.Hanya anda yang dapat membantu diri anda sendiri.

Perkara yang paling menakutkan ialah bagaimana anda membentuk kepercayan anda.Kepercayaan anda mungkin terbentuk daripada orang lain seperti guru,bos,keluarga, dan kawan-kawan anda.Mungkin anda pernah mendengar seorang pesakit yang telah diisytiharkan tiada harapan untuk sembuh oleh doktor telah sihat seperti sediakala pada hari ini.Mungkin juga anda ingin berhenti kerja untuk mencapai impian anda seperti memiliki perniagaan sendiri tetapi ianya dihalang oleh orang-orang persekitaran anda.Ataupun anda mempunyai konflik dengan bos anda kerana berbeza kepercayan terhadap sesuatu perkara.Ianya mungkin menyekat anda untuk berasa selesa semasa di tempat kerja.

Seorang kanak-kanak mungkin sukar mempertahankan kepercayan sendiri tanpa bantuan ibubapa.Ibubapa mungkin menjadi sumber kepercayaan kanak-kanak.Antaranya ialah bahasa yang digunakan,cara bercakap dan lain-lain lagi.Sebagai orang dewasa,anda boleh memikirkan sendiri kebaikan dan keburukkan suatu perkara.Apabila anda memahami alasan kepercayaan setiap orang,anda boleh mengikut atau tidak pandangan orang lain,

Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 7 : Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).Saya akan menghuraikan  mengenai Neuro Linguistic Programming (NLP)-Menukar Kepercayaan pada artikel yang akan datang.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 6 : Minda Separa Sedar

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 6 : Minda Separa Sedar

Dalam artikel yang lepas,saya sudah menerangkan  Siapa Yang Membentuk Kehidupan Anda?.Dalam artikel kali ini,saya akan menulis mengenai minda separa sedar.

Minda separa sedar anda sentiasa mencari pengalaman yang baru.Menjadi fitrah manusia ingin mengetahui perkara yang baru.Anda perlu mencari pengalaman dan pengetahuan yang baru untuk minda separa sedar anda.Sekiranya tidak ianya akan mendatangkan masalah kepada anda sekiranya minda separa sedar anda berasa "bosan".Ini merupakan sebahagian jawapan kenapa manusia sukakan hiburan seperti menonton wayang,mendengar lagu,bermain games dan lain-lain lagi.

Anda boleh mendapat pengalaman baru sekaligus mencegah minda separa sedar anda berasa "bosan" dengan membaca,bermain puzzle, atau memiliki hobi.Aktiviti seperti ini membuatkan sel-sel otak anda lebih aktif.Untuk menenangkan minda anda,cara yang paling baik ialah dengan bermeditasi.

Minda separa sedar anda membuatkan anda membentuk tabiat anda sendiri walaupun ianya dianggap salah/negatif oleh masyarakat di sekeliling anda.Seorang pembunuh boleh membunuh seseorang tanpa rasa bersalah kerana kod yang dicipta oleh minda separa sedar meanggap ianya tindakan yang normal.Ahli kongsi gelap boleh membunuh untuk menjaga reputasi kumpulan kerana minda separa sedar mereka meanggap reputasi kumpulan mereka lebih penting berbanding undang-undang negara.

Walau bagaimanapun,sekiranya tindakan anda di anggap salah oleh minda separa sedar anda,anda akan berasa bersalah kepada diri sendiri.Dari perspektif yang lain,minda separa sedar anda boleh menyokong tindakan anda untuk menghasilkan sesuatu yang positif.

Dengan maklumat yang dikesan oleh 5 deria anda pada setiap saat,anda boleh membentuk tabiat anda.Anda menapis maklumat yang anda terima melalui sel-sel yang terdapat pada otak anda dan membentuk jaringan neuro yang tersendiri.Jaringan ini dinamakan Reticular Activating System (RAS) dan bertindak seperti antena/radar-menghasilkan stimuli dan membuatkan otak anda memberi perhatian terhadap sesuatu perkara.RAS hanya menerima maklumat berdasarkan sekurang-kurangnya satu kriteria berikut:-

  • Maklumat yang anda terima adalah penting untuk anda meneruskan hidup anda.Sebagai contoh,anda tidur dengan lena sekali tetapi terkejut dengan tiba-tiba yang mungkin disebabkan suara yang bising di persekitaran anda.
  • Maklumat yang anda terima merupakan maklumat yang baru/aneh.Mungkin anda pernah membeli satu produk.setelah beberapa lama,anda baru perasan terdapat kerosakkan/kecacatan pada produk anda.Ini kerana maklumat yang anda terima ketika mendapat produk tersebut tidak lagi dianggap maklumat baru oleh RAS.
  • Maklumat yang anda terima memiliki elemen emosional.Mungkin anda berasa gembira kerana memenangi cabutan bertuah/pertandingan.Ataupun mendapat sesuatu setelah berkali-kali gagal.Ataupun anda menangis kerana menonton cerita sedih.


RAS di pengaruhi oleh kepercayaan anda.Sekiranya anda tidak percaya kepada kebolehan diri anda sendiri,anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi anda.Sekiranya anda percaya ada hantu dibawah katil anda,anda akan berasa tidak selesa apabila berbaring di atas katil anda.Berhati-hati dengan kepercayaan yang anda pilih kerana selagimana kepercayaan anda terhadap sesuatu perkara
di anggap benar oleh anda,ianya akan menyekat anda untuk mencapai matlamat anda.Apa yang anda percaya mungkin tidak selalunya benar

Fikirkan sesuatu yang berlaku pada masa lepas anda.Masa di mana anda ingin melakukan sesuatu,kemudian atas apa jua sebab,anda tidak dapat melakukannya kerana tiada "peluang" untuk berbuat demikian.Sekarang,teliti kepercayaan anda terhadap aspek kehidupan.mungkin kepercayaan anda terhadap wang,masa,keluarga,kerja,keselamatan,hiburan,kesihatan dan lain-lain.Mungkin kepercayaan anda terhadap sesuatu perkara menjadi halangan kepada anda selama ini.

Kepercayaan anda sedikit sebanyak dipengaruhi oleh memori anda.Memahami bagaimana otak anda bertindak dan bagaimana memori dicipta adalah penting kerana ianya akan menambah pilihan yang anda boleh pilih.Memori yang banyak,emosi, dan pengaruh minda separa sedar membuatkan anda terjerumus kepada perangkap mental sendiri (mental block).Anda boleh membantu diri anda sendiri dengan mengimbas kembali bagaimana pengalaman anda dicipta dan memori apakah yang mendatangkan kesan kepada kehidupan anda pada hari ini.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 6 : Minda Separa Sedar 2


Secara normalnya,memori di cipta apabila maklumat dihantar kepada RAS yang seterusnya di hantar ke sel otak yang dinamakan amygdala-maklumat yang di terima melibatkan unsur emosi-dan kemudiannya dihantar ke hippocampus.Hippocampus membandingkan maklumat dengan memori yang telah ada dan menghantarnya ke cortex  untuk dianalisis dan kemudiannya di hantar ke memori jangka panjang anda.

Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 6 : Minda Separa Sedar.
Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Neuro Linguistic Programming (NLP)-Post-traumatic Stress Disorder (PTSD) pada artikel yang akan datang.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - 5:Membentuk Kehidupan

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 5 : Siapa Yang Membentuk Kehidupan Anda?

Dalam artikel yang lepas,saya sudah menerangkan Neuro Linguistic Programming (NLP)-komunikasi.Dalam artikel kali ini,saya akan menghuraikan siapa yang membentuk kehidupan anda dalam artikel ini.

Setiap kali anda bernafas,anda melakukannya secara tidak sedar.Sekiranya anda tidak memberi perhatian kepada nafas anda,anda tidak menyedari oksigen masuk melalui hidung anda,dada anda bergerak dan diafragma anda membesar dan mengecil setiap kali anda menarik nafas dan melepaskan nafas.Dengan memberi perhatian kepada pernafasan anda,anda membawa aktiviti pernafasan kepada minda sedar anda.Sekiranya anda terus membaca ayat ini,minda sedar anda akan berhenti memberi perhatian kepada pernafasan anda.Ini berlaku kerana minda separa sedar anda telah memproses kerja minda sedar anda.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda terasa dahaga?Bagaimana cara anda
mengambil gelas semasa anda berasa sangat haus?

Sekiranya anda berasa ragu-ragu dengan kuasa minda separa sedar anda pada badan anda,timbangkan dahulu eksperimen oleh Paul Thorsen iaitu seorang Hipnotis Bertauliah.Beliau telah menghipnosis seorang lelaki dan memegang sebatang pen tetapi beliau menghipnosis lelaki tersebut dengan mengatakan bahawa pen yang beliau pegang merupakan sebatang besi panas.Apabila beliau meletak pen pada sebelah tangan lelaki tersebut,tangan lelaki tersebut meninggalkan kesan lebam seolah-olah terkena besi panas.

Dalam artikel ini,saya akan menerangkan hubungan antara minda separa sedar anda dan bagaimana untuk membuatkan anda lebih fokus untuk mencapai impian anda dengan lebih mudah dan cepat.Anda akan mengetahui mengenai kesan psikologi iaitu fobia dan post-traumatic stress disorder (PTSD) dan cara untuk mengatasinya.Paling pentingnya ialah anda mengetahui nilai diri anda-suis yang memotivasikan anda.

Apabila anda mengetahui bagaimana kepercayaan anda dibentuk dan mengubah kepercayaan anda,anda akan dapat mengubah emosi anda,memori, dan cara untuk bertindakbalas dengan orang lain dan situasi dalam hidup anda tanpa dipengaruhi pengalaman lepas anda yang menyekat anda selama ini.Adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui ketakutan/kebimbangan anda selama ini boleh membawa kepada keputusan yang salah.

Minda separa sedar bukan sahaja mengawal badan anda,tetapi ianya juga memberi kesan besar terhadap hidup anda.Pernahkan anda ingin melakukan sesuatu dan akhirnya anda melakukan perkara yang lain?Anda boleh menggunakan minda sedar anda untuk membuat satu matlamat tetapi sekiranya minda separa sedar anda tidak "bersama-sama" dengan anda,ianya akan bertindak mengikut "program" yang telah anda tetapkan selama ini.Hasil yang anda dapat mungkin berbeza dengan apa yang anda inginkan.

Kunci untuk menyatukan minda sedar dan minda separa sedar anda ialah memahami setiap bahagian minda dan mengetahui bagaimana ianya berfungsi.Dalam NLP,minda sedar merupakan bahagian minda yang peka terhadap persekitaran dan diri anda.Minda sedar diibaratkan seperti permukaan iceberg dan minda separa sedar ialah bahagian iceberg yang tenggelam di dalam air.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 5 : Siapa Yang Membentuk Kehidupan Anda?  2


Minda sedar dan minda separa sedar berfungsi dalam perkara yang berbeza.Kemudian anda hendaklah meningkatkan keupayaan mental anda.

Minda Sedar

  • Bekerja secara linear
  • Memproses secara berturutan
  • Logik
  • Verbal
  • Matematik
  • Analisis


Minda Separa Sedar

  • Bekerja secara menyeluruh
  • Memproses berdasarkan gerak hati
  • Kreativiti
  • Menjaga tubuh badan
  • Emosi
  • Menyimpan maklumat


Dengan menyatukan minda sedar dan minda separa sedar anda,anda dapat mengelakkan minda separa sedar merosakkan anda sekaligus mencapai matlamat anda dengan lebih mudah dan cepat.Sebelum anda dapat menyekat diri anda daripada berfikir mengenai sesuatu,anda perlu "berurusan" dengan fikiran lain yang muncul secara tiba-tiba.

Minda separa sedar anda tidak dapat memproses perkara negatif.Ia menanggap apa sahaja fikiran anda sebagai perkara positif.Sekiranya anda berfikir "Saya tidak ingin hidup miskin",minda separa sedar akan fokus pada "miskin" dan menanggapnya sebagai positif.Menjadi miskin kemudiannya akan menjadi matlamat
kepada minda separa sedar anda.Ianya akan membantu anda untuk terus mengekalkan anda miskin walaupun anda tidak mahukannya.

Inilah yang menjadi sebab mengapa menetapkan matlamat yang positif sangat penting.Sebagai contoh,di sebalik anda menetapkan matlamat untuk tidak menjadi miskin,sebaiknya anda menetapkan matlamat untuk menjadi kaya yang seterusnya mencipta imaginasi kaya dalam minda anda dan menjadi fokus kepada minda
separa sedar anda.

Minda separa sedar diibarat bagaikan kuda liar-sentiasa bergerak dan berubah-rubah.Cara yang betul untuk menjinakkannya ialah membuat kandang kuda dan melatihnya mengikut cara yang tepat.Sekiranya minda sedar anda tidak memberikan panduan yang tepat kepada minda separa sedar anda,ianya akan mencari jalan sendiri.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 5 : Siapa Yang Membentuk Kehidupan Anda?  3


Untuk memberikan arahan kepada minda separa sedar anda,anda perlu berkomunikasi antara minda sedar dan minda separa sedar anda.Hubungan ini boleh terjalin sekiranya anda bermeditasi,sentiasa tenang, ataupun mengimbas kembali memori yang di "tayangkan" oleh minda separa sedar anda.

Minda separa sedar anda juga akan "menghantar" memori kepada anda untuk mengeluarkan anda dari perangkap emosi.Kadang-kadang ianya akan membuatkan anda mengingati sesuatu memori pada masa yang tidak anda jangka dan secara spontan.

Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 5 : Siapa Yang Membentuk Kehidupan Anda?Jawapannya ialah minda anda sendiri.Saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut
mengenai Neuro Linguistic Programming (NLP)-Minda Separa Sedar pada artikel
yang akan datang.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 4 : Komunikasi

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 4 : Komunikasi
Dalam artikel yang lepas,saya sudah menerangkan Neuro Linguistic Programming (NLP)-kebaikkan rasa bimbang dan keliru.Dalam artikel kali ini,saya akan menulis mengenai komunikasi.

Tidak kira betapa jujurnya anda ketika berkomunikasi,kejayaan ketika berkomunikasi di ukur dengan bagaima pendengar menerima mesej yang anda sampaikan dan bukannya apa yang anda inginkan.Dengan kata lain,reaksi dari tutur kata anda menunjukkan tahap komunikasi anda.

Istilah berkomunikasi ialah tanggungjawab untuk menyampaikan mesej anda.Apabila anda memahami cara untuk berkomunikasi,anda tidak akan menyalahkan orang lain sekiranya anda mendapat reaksi yang tidak anda jangkakan.Dengan NLP,anda akan dapat mengesan apa yang penerima mesej anda tidak faham.Anda turut memiliki sikap yang fleksibel dengan perkataan dan tindakan anda.

Mulakan komunikasi anda dengan menetapkan matlamat yang jelas apa hasil yang anda inginkan.Bangunan yang tinggi memerlukan pasak yang kuat.Pasak yang kuat bermula dengan pelan bangunan.Tetapkan apa yang anda harapkan dari komunikasi dan elakkan pengaruh emosi anda sekiranya keadaan menjadi tegang.

Sekiranya apa yang anda lakukan tidak berhasil,lakukan dengan cara yang lain.Selepas itu,ambil tindakan.anda perlu ingat bahawa bukan semua orang mempunyai rujukan dalaman.Mungkin anda membaca artikel ini kerana tindakan anda yang ingin mengubah hidup anda.Saya cadangkan anda ubah diri anda terlebih dahulu berbanding bersusah payah mengubah orang lain.

Sekiranya anda menerima idea NLP,anda akan mendapati menukar cara anda bertindak adalah jauh lebih baik berbanding meneruskan cara lama anda yang mungkin membuatkan anda susah hati.Sebelum anda mengubah taktik anda atau melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza,anda perlu memahami diri anda sendiri buat masa sekarang.

Jadi,kenapa apa yang anda lakukan tidak berhasil?Adakah kerana anda tidak berkomunikasi dengan cara yang betul?Ataupun orang lain tidak membantu anda untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan?Apakah yang anda boleh lakukan dengan cara yang berlainan untuk mendapat apa yang anda harapkan?

Pernahkah anda tersenyum kepada seseorang tetapi orang yang anda senyumkan itu membuat muka masam?Sekiranya ini pernah terjadi kepada anda,mengikut NLP,ini berlaku kerana orang yang sedang memandang anda melihat mata anda tidak mesra,senyuman anda tidak ceria, atau suara anda yang tinggi.Walaupun anda tersenyum,mesej yang anda sampaikan tidak di terima.

Professor Albert Mehrabian telah membuat kajian mengenai perasaan dan sikap manusia.Penemuannya sangat mengejutkan kerana perkataan yang anda ucapkan hanya memberi kesan kecil dibandingkan dengan tona suara dan body language anda.Kajian lain menunjukkan statistik seperti berikut:

  • Verbal (perkataan yang anda ucapkan): 7%
  • Tonality (bagaimana anda bersuara) : 38%
  • Fisiologi (body language) : 55%


Setiap individu mempunyai sumber yang cukup untuk mendapat apa yang mereka inginkan.Inilah falsafah NLP.Ianya bermaksud setiap orang mempunyai potensi yang boleh dikembangkan dan ditingkatkan.Perkara yang paling penting ialah anda mungkin tidak mempunyai sumber luaran yang anda perlukan tetapi anda mempunyai sumber dalaman yang dapat mencipta sumber dalaman dan luaran yang anda perlukan.

Setiap sikap anda mempunyai kelebihan yang positif.Ini termasuklah dengan sikap yang tidak membantu anda mencapai matlamat anda.Untuk sikap yang buruk ianya dipanggil "faedah kedua"."Faedah kedua" ini bermaksud anda mendapat faedah secara tidak sedar oleh standard normal biasa.Contohnya kanak-kanak sukakan perkara yang negatif.Ini akan menyebabkan ibubapa mereka memberikan lebih perhatian kepada mereka.

Apabila anda dapat mengenal pasti kelebihan yang positif yang dicetuskan oleh orang yang bersikap negatif,anda boleh meningkatkan tahap fleksibiliti anda dan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan orang tersebut.Anda boleh membantu orang tersebut untuk mengubah perangai negatif dengan memusatkan perhatian positif terhadap tindakan negatif orang tersebut.

Kuncinya ialah orang dan sikap merupakan dua perkara yang berbeza.Orang boleh menjadi negatif apabila mereka tidak mempunyai sumber dalaman atau kebolehan untuk menjadi fleksibel.Mereka boleh mengubah sikap mereka sekiranya mereka dapat mengenal pasti titik yang menyekat mereka menggunakan potensi terbaik mereka.

Manusia bertindakbalas dengan cara yang berbeza mengikut beberapa perkara dalam kehidupan masing-masing.Perkara ini akan diterangkan lebih lanjut pada artikel-artikel yang akan datang.Manusia bertindakbalas mengikut:-

  • Identiti
  • Nilai dan kepercayaan
  • Kebolehan dan skill
  • Sikap
  • Persekitaran


Otak merupakan sebahagian daripada minda dan mengawal badan manusia.Fikiran anda akan mengaktifkan sel neuro dalam otak dan seterusnya memberikan kesan kepada badan anda.Dr. Candace Pert dari National Institute of Mental Health membuktikan bahawa badan dan minda berintegrasi secara keseluruhan kerana
sel neuro tiada had antara minda dan badan.Selain itu,organ dalaman anda juga turut mampu menghasilkan sel neuro yang di aktifkan melalui fikiran anda-bukan otak anda sahaja yang mampu menterjemahkan minda anda-berhati-hati dengan fikiran anda.

Untuk memahami dengan lebih jelas lagi hubungan antara fikiran dan badan anda,lakukan perkara berikut:-

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 4 : Komunikasi  2


  1. Hubungkan ibu jari kiri dan jari telunjuk.Buat bulatan.
  2. Masukkan ibu jari kanan dalam bulatan tadi dan hubungkan dengan jari telunjuk kanan
  3. Fikirkan sesuatu yang positif dan tarik keluar kedua-dua bulatan.
  4. Kemudian,fikirkan sesuatu yang negatif-marah atau sedih.tarik keluar kedua-dua bulatan.

Manakah yang lebih mudah?

Fikiran anda dalam beberapa saat boleh mempengaruhi badan anda.

Apakah kesan fikiran anda untuk jangka masa yang panjang?

Memiliki pilihan adalah jauh lebih baik berbanding tiada pilihan lansung.NLP memberikan anda pilihan yang dapat anda buat dengan cara yang sihat.Kadang-kadang anda mungkin berasa anda tidak mempunyai pilihan sekiranya diberhentikan kerja,bertukar tempat tinggal, atau pasangan yang tidak membahagiakan anda.Anda
mungkin berkata kepada diri anda "Saya tiada pilihan" atau "Saya mesti lakukan".

Anda mungkin berasa takut dengan perubahan,tidak yakin dengan kemampuan anda, atau tidak menyedari kelebihan yang anda miliki.NLP memberikan pilihan kepada anda dengan bertanya kepada diri anda sendiri,"Apakah yang dapat saya lakukan dengan cara yang berbeza?" dan tujuannya ialah membuka minda anda untuk menyedari semua sumber yang anda miliki.

NLP membantu anda untuk mengetahui sebab untuk anda ingin berubah walaupun jawapannya mungkin remeh-temeh.Walaupun remeh-temeh ianya memberikan anda keyakinan untuk mengawal hidup anda sendiri.Saya akan menulis bagaimana NLP membantu anda mengetahui apakah yang sebenarnya perkara yang anda mahu dan bagaimana mempraktikkannya pada artikel-artikel yang akan datang.

NLP menyediakan alat untuk anda meniru tindakan orang lain.Anda tidak perlu meniru segala-galanya.Contohnya seperti anda ingin meniru bagaimana rakan sekerja anda boleh menyiapkan kerja tepat pada masanya atau kawan anda yang boleh berbicara mengenai perkara yang sesuai pada masa yang tepat.
Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 4 : Komunikasi  3

Anda boleh bertanya soalan kepada orang yang anda ingin tiru seperti apakah yang menjadi inspirasi mereka atau bagaimana mereka mengetahui masa yang sesuai untuk melakukansesuatu dan bagaimana mereka fokus pada matlamat mereka.Meniru orang yang telah berjaya akan membantu anda untuk berjaya yang seterusnya
mengelakkan anda iri hati dengan kejayaan kawan-kawan anda.

Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 4 : Komunikasi .Saya akan menghuraikan siapa yang membentuk hidup anda dengan  Neuro Linguistic Programming (NLP) pada artikel yang akan datang.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - 3 : Kebaikan Bimbang Dan Keliru

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 3 : Kebaikan Bimbang Dan Keliru

Dalam artikel yang lepas,saya sudah menerangkan 4 Tiang Neuro Linguistic Programming (NLP).Dalam artikel ini saya akan menerangkan mengenai kebaikan rasa bimbang dan keliru.

Untuk memahami NLP,anda akan berasa bimbang dan keliru.Anda berasa bimbang kerana anda tidak mengetahui semua jawapan bagi persoalan yang mungkin timbul.Anda berasa keliru kerana minda sedar anda "berkonflik" dengan minda separa sedar.Kunci utama untuk memahami sesuatu ialah berasa keliru kerana ia menandakan minda anda sedang memproses maklumat.

Penggunaan NLP ialah membantu anda mendapatkan hasil yang diinginkan oleh anda-boleh diukur.Ianya memerlukan masa yang pendek dan perjalanan anda akan dapat mengelakkan anda berasa sedih/hampa/kecewa untuk mencapai impian anda.

Tanggungjawab untuk mengubah kehidupan anda sepenuhnya bergantung kepada anda.Blog ini hanya dapat memberikan panduan sahaja.Sekiranya anda tidak bersedia untuk berubah,anda tidak akan mendapat apa-apa faedah daripada blog ini.Sebelum kita pergi lebih jauh,anda tetapkan sendiri apakah maksud mengubah
kehidupan anda?

Kemudian ambil kertas dan pen,tuliskan apa maksud mengubah kehidupan bagi anda.Tuliskan proses yang anda lakukan setiap hari,kemudian kongsi pengetahuan dan pengalaman anda dengan orang lain.Ianya akan membantu anda memahami dengan lebih jelas apa yang anda lakukan dan hasil yang anda dapat.

Falsafah NLP cukup mudah iaitu "Sesiapa yang paling fleksibel di dalam suatu sistem mempengaruhi sistem tersebut".Sistem yang dimaksudkan seperti sistem di persekitaran anda,sistem di rumah,sistem dalam transaksi jual beli dan lain-lain lagi.ianya tidak melalui ujiam makmal.Sekiranya anda boleh menjadi fleksibel,ianya akan memudahkan perjalanan anda mencapai impian anda.

Ini kerana kadar fleksibel anda bergantung kepada imaginasi dan zon selesa anda sendiri.Anda perlu mengetahui bahawa jangkaan/kepercayaan anda tidak selalunya benar.Sempadan anda hanyalah pengalaman dan pengetahuan anda.Pengalaman dan pengetahuan anda di kesan oleh 5 deria anda iaitu bau,warna,rasa,sentuhan,dan penglihatan.Kemudian ianya membentuk kepercayaan anda terhadap sesuatu
realiti.

Kepercayaan anda seterusnya membentuk persepsi anda terhadap kehidupan anda sendiri.Ianya tidak pernah sama dengan orang lain yang mempunyai pengalaman yang serupa dengan anda.Dengan kata lain,orang yang mempunyai latar belakang yang sama memiliki kepercayaan yang berlainan.Setiap individu berbeza-beza.

Pengalaman anda dibentuk setelah 5 deria anda menghantar berjuta-juta maklumat setiap saat kepada minda sedar anda.Minda sedar anda hanya menerima maklumat yang anda rasa "betul".Maklumat selebihnya akan dibuang.Proses ini yang membentuk kepercayaan,memori,keputusan,pengalaman, dan sosial anda.

Untuk lebih menyokong pendapat ini,anda boleh mengujinya bersama-sama kawan anda.Anda boleh mengajak seorang kawan anda dan melihat pemandangan di sebuah tingkap.Kemudian anda dan kawan anda menulis apa yang dilihat dari tingkap tersebut.Kemudian bandingkan kedua-duanya.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 3 : Kebaikan Bimbang Dan Keliru  2


Memandangkan setiap orang mempunyai kepercayaan yang berbeza,anda perlu mengetahui kepercayaan setiap orang terlebih dahulu untuk memulakan hubungan.Ini kerana manusia bertindak balas dengan kepercayaan masing-masing.Kadang-kadang kepercayaan seseorang mungkin tidak menarik perhatian anda lansung.Bagaimanapun,dengan sedikit mendengar dan memahaminya akan meningkatkan hubungan anda dengan orang lain.

Setiap orang melakukan kesilapan dan memberikan pengalaman yang berbeza untuk setiap orang.Dalam NLP tiada istilah kegagalan.Ianya hanyalah hasil yang anda terima dengan tindakan yang anda lakukan.Anda mempunyai pilihan untuk terus melakukan sesuatu yang mendatangkan hasil yang tidak inginkan atau mencuba dengan cara yang lain.Semakin banyak anda mencuba,semakin cepat anda mencapai impian anda.Elakkan rasa takut untuk menerima hasil yang tidak anda inginkan.

Ini kerana ianya akan membuatkan anda fokus kepada pengalaman yang lepas.Sekiranya anda menganalisis hasil yang anda terima,walaupun tidak seperti yang anda harapkan,anda boleh mencuba untuk fokus kepada cara yang baru untuk mendapat hasil yang anda inginkan.Anggapkan hasil yang tidak anda jangka sebagai cabaran.Hanya cabaran yang dapat memberi pelajaran baru.

Anda boleh menganalisis cabaran yang sedang anda tempuhi dengan bertanya kepada diri anda sendiri soalan berikut:-


  • Apakah yang hasil yang ingin saya dapat?
  • Apakah yang telah saya capai setakat ini?
  • Apakah hasil yang telah saya dapat?
  • Bagaimana saya dapat menggunakan pengalaman dengan positif?
  • Bagaimana saya mengukur kejayaan saya?


Bolehkah anda bayangkan bagaimana anda dapat hidup di dunia ini sekiranya anda tidak bangun ketika belajar berjalan semasa zaman kanak-kanak dahulu?

Bagaimana agaknya pemandangan di sekitar KLCC sekiranya terdapat beberapa orang sahaja yang tahu untuk berjalan?
Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 3 : Kebaikan Bimbang Dan Keliru  3

Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 3 : Kebaikan Bimbang Dan Keliru Saya akan menulis mengenai apakah maksud komunikasi di dalam Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam artikel yang akan datang.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 2 : 4 Tiang NLP

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 2 : 4 Tiang NLP

Dalam artikel yang lepas,saya sudah menerangkan pengenalan mengenai Neuro Linguistic Programming (NLP).Dalam artikel ini saya akan menerangkan mengenai 4 tiang NLP.Ianya akan membantu anda untuk memahami sudut pandang anda dan orang lain dalam satu perkara yang sama.

Perkara pertama yang perlu di ketahui untuk memahami NLP ialah 4 perkara berikut:

  1. Membina Hubungan:Ianya menerangkan bagaimana anda dapat membina hubungan dengan orang lain dan diri anda sendiri.Antaranya ialah bagaimana untuk berkata "Tidak" kepada kawan-kawan anda dalam semua masa dan dalam jangka masa yang sama tetap mengekalkan hubungan anda.


  2. Sensitif terhadap Persekitaran:Adakah anda perasan perbezaan warna,bau, dan bunyi yang terdapat pada rumah orang lain berbeza dengan rumah anda?Ataupun muka kawan anda resah ketika bercerita mengenai masalah yang timbul?NLP akan menjelaskan bagaimana berkuasanya persepsi anda dan bagaimana untuk menggunakan pandangan,bunyi,sentuhan,rasa,emosi, dan bau untuk kebaikkan anda.


  3. Hasil yang anda inginkan:Ianya adalah mengarahkan pemikiran anda terhadap apa yang anda mahukan di sebalik menumpkan perhatian kepada masalah yang anda hadapi.Prinsip ini akan membantu anda membuat keputusan dan pilihan.Ini akan membantu anda mencapai impian anda.


  4. Sikap fleksibel:Ini bermaksud anda melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berlainan sekiranya anda gagal menyelesaikan/mendapat sesuatu perkara dengan cara yang biasa anda gunakan.Ini membantu anda menukar perspektif anda terhadap sesuatu perkara.

Mungkin cerita dibawah boleh membantu anda memahami 4 tiang ini dalam kehidupan
seharian:-

Andaikan anda memberi barangan secara online.Produk yang anda beli rosak apabila anda menerimanya.Kemudian anda:-

1)Membina Hubungan:Menelefon kepada penjual.

2)Sensitif Terhadap Persekitaran:Mendengar setiap patah perkataan penjual
 dengan teliti.Kawal perasaan anda.Tunggu sehingga penjual habis bercakap.

3)Hasil yang anda inginkan:Adakah anda ingin produk yang baru atau wang anda
  dikembalikan atau lain-lain?Anda jelas apa yang anda mahu.

4)Fleksibel:Timbangkan pilihan yang anda dapat daripada penjual sekiranya
 apa yang anda harapkan ditolak untuk kali yang pertama.

Inilah proses keseruhan NLP-di mana ianya bermula dan berakhir.Sejarah NLP bermula dengan mengkaji bagaimana manusia berkomunikasi.Konseppnya ialah model dan re-model.

Secara mudahnya-sekiranya anda menemui seseorang yang pakar dalam sesuatu perkara,anda boleh meniru apa yang orang itu lakukan dan belajar daipada mereka.Ini intipati NLP.Anda memilih model yang anda inginkan - ahli sukan,ahli perniagaan,ahli akademik atau lain-lain dan tiru apa yang mereka lakukan.

Model NLP menerangkan bagaimana anda memproses maklumat yang di terima melalui 5 deria anda.Berdasarkan NLP,anda bergerak di dalam dunia ini bukan kerana anda bertindakbalas dengan persekitaran anda tetapi anda bertindakbalas dengan model anda.Setiap individu memiliki model yang berbeza-beza walaupun mengalami pengalaman yang sama.

Contoh mudahnya,anda dan kawan-kawan anda pergi ke suatu majlis perkahwinan.
Keesokkanya,anda dan kawan anda menulis apa yang berlaku dalam majlis tersebut.Kemudian bandingkan apa yang anda tulis dan apa yang kawan anda tulis.

NLP tidak mengubah dunia.NLP hanya membantu anda mencari jalan untuk anda membentuk dunia anda sendiri.Ianya membantu anda untuk menjadi lebih efektif.

Pendekatan NLP ialah pembelajaran terbaik didapati dengan mencari pakar dalam sesuatu bidang yang anda ingin kuasai.Dengan meniru orang lain,anda boleh membahagikannya kepada beberapa bahagian.Ianya membantu anda menemui dan mengetahui cara memecahkan halangan mental anda selama ini menjadi kecil dengan meniru orang yang sudah memiliki apa yang anda inginkan dan menunjukkan anda jalannya.

Aplikasi NLP ialah menambah pilihan yang ada disebalik dengan perangkap mental oleh pengalaman lepas anda -"ianya merupakan cara yang saya gunakan dan ia seharusnya sentiasa begini".Untuk mendapat faedah daripada NLP,anda perlu membuka minda dan menerima diri anda sepenuhnya dengan bertanya soalan dan mencabar diri anda dengan cara yang membantu meningkatkan prestasi anda.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 2 : 4 Tiang NLP 2

Asas NLP ialah membawa sikap yang positif terhadap kehidupan anda dan potensi untuk anda mencapai matlamat anda di sebalik terperangkap dengan masalah anda buat selama-lamanya.NLP juga memberi anda jalan "bagaimana" untuk mendapat apa yang anda inginkan dengan "peralatan" untuk menukar apa-apa realiti kehidupan anda-realiti yang sekarang ini masih jauh dari impian anda.

Sekiranya anda mempunyai mindset dan sikap yang menyokong anda untuk mencapai impian anda,anda menggunakan potensi anda sepenuhnya.Sekiranya sikap anda tidak membantu anda,anda boleh menimbang untuk menukar sikap anda.Menukar mindset dan sikap anda akan mengubah hidup anda.

Perlu saya ingatkan,ramai orang membuang masa dengan melihat sudut pandang yang negatif dalam kehidupan seperti membenci pekerjaan sendiri,menjadi gemuk dan lain-lain lagi.Hasil yang positif hanya dapat dicapai dengan pantas sekiranya anda fokus pada apa yang anda mahukan.


Setakat ini dahulu artikel Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 2 : 4 Tiang NLP.Saya akan menulis mengenai bagaimana rasa bimbang dan keliru mendatangkan kebaikkan kepada anda.

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 1 :Pengenalan

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 1
Barangkali anda membaca artikel ini kerana pernah mendengar mengenai neuro linguistic
programming (NLP).Maksud ringkasnya ialah:
  • Neuro:berkaitan dengan otak anda
  • Linguistic:berkaitan dengan komunikasi -perkataan dan perbuatan
  • Programming:patern sikap yang konsisten yang anda boleh belajar dan mengulangi sikap
Sesetengah pendapat mengenai NLP:-
  • kajian struktur daripada pengalaman yang subjektif
  • seni dan sains untuk berkomunikasi
  • cara memahami diri anda dan orang lain
  • manual untuk otak
  • rahsia kejayaan orang-orang yang berjaya
  • membantu manusia memahami realiti 

Dalam artikel bersiri ini,saya menterjemahkan NLP ialah bagaimana anda berfikir,bagaimana anda merasa, dan bagaimana anda peka terhadap persekitaran anda.Ini untuk memudahkan anda memahami NLP dengan bahasa yang mudah.Dengan memahami NLP,anda dapat memahami kehidupan dan pencapaian anda dan mengubahnya.

Artikel bersiri Neuro Linguistic Programming ini sesuai untuk orang yang sering berurusan dengan orang lain.NLP menggalakkan anda untuk mengambil tindakan mencipta kehidupan yang anda inginkan.Hasil yang dapat anda capai dengan NLP ialah:-
  • Bagaimana untuk membongkar rahsia mencapai matlamat anda
  • Bagaimana untuk memahami orang lain dan menyampaikan mesej anda dengan mudah
  • Masa yang sesuai untuk memulakan komunikasi dan memberhentikannya

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 1 2
Sebagai tambahan,untuk memahami NLP,anda perlu mengalaminya dan mengambil
peluang untuk menggunakannya.Anda boleh terus membaca sekiranya anda:-

  • Kecewa dengan kehidupan anda sekarang
  • Ingin meningkatkan kehidupan anda ke tahap yang baru
  • Ragu-ragu untuk mempengaruhi orang lain
  • Anda berminat belajar sesuatu yang baru
  • Anda bersedia mengubah impian anda menjadi realiti

Secara metaforanya untuk memahami NLP seperti cerita di bawah:

Seorang lelaki telah di terkam oleh harimau yang lapar.Sambil menangis,
lelaki tersebut berkata,"Kenapa kau tidak tinggalkan aku sendiri?".Harimau
menjawab, "Kenapa kau tidak berhenti untuk kelihatan sedap?".

Semoga cerita mudah ini dapat membantu anda memahami sedikit sebanyak mengenai NLP.Dalam berkomunikasi dengan semua manusia,terdapat satu perspektif yang sentiasa wujud.Kadang-kadang anda mungkin tidak dapat memahami apa mesej yang ingin disampaikan oleh orang lain kepada anda.

Semua manusia mempunyai asas sistem neurologi yang sama.Ianya bagaikan komputer yang mempunyai ciri-ciri yang sama.Perkara yang membezakan ialah "software" yang digunakan oleh komputer.

Sistem neurologi anda akan menerima maklumat yang anda terima daripada 5 deria anda dan menghantarkannya kepada otak anda.Kemudian otak anda akan memproses maklumat yang diterima dan menghantar isyarat kepada organ-organ anda.Ianya juga mencipta perasaan yang membolehkan anda berasa gembira,sedih,menangis dan sebagainya.

Kebolehan anda untuk melakukan sesuatu dalam hidup anda seperti memandu,memasak,berenang dan lain-lain bergantung kepada anda bertindak balas dengan sistem saraf anda.NLP akan membantu anda bagaimana untuk berkomunikasi dengan diri anda sendiri dan orang lain.

Maksud Neuro Linguistic Programming ialah :-

  • Neuro : Berkaitan dengan sistem neuro anda.Ianya ialah pengalaman anda terhadap realiti kehidupan anda sepanjang hidup anda.Ianya mempengaruhi fisiologi,emosi, dan tabiat anda.
  • Linguistic : Merujuk kepada bahasa yang anda gunakan terhadap realiti  kehidupan anda,merakam dan membentuk kepercayaan anda.ianya membantu  anda mengkaji perkataan dan body language yang anda gunakan.
  • Programming:Ianya membentuk kod mental anda berdasarkan pengalaman anda.Ianya terdiri daripada proses anda menterjemahkan sesuatu realiti dan cara anda berfikir yang seterusnya mempengaruhi anda membuat keputusan, menyelesaikan masalah,belajar,mengembangkan kreativiti dan mendapatkan hasil.NLP membantu anda untuk re-code programming dalaman anda untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.
Untuk melihat proses NLP dalam kehidupan anda,mulakan dengan memerhati bagaimana
anda berfikir.Cuba bayangkan orang yang anda sayang.Kemudian bayangkan orang yang anda benci.Apakah perasaan yang terhasil?

Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 1 3

Sejarah NLP

NLP bermula di California pada awal 1970-an di University of Santa Cruz.Richard Bandler,seorang pelajar sarjana jurusan Sains Maklumat dan Matematik dan Dr. John Grinder,profesor dalam bidang linguistik telah mengkaji orang yang pandai berkomunikasi-pada pandangan mereka-berkomunikasi dengan efektif.Mereka kagum dengan orang yang dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan cepat dan pantas.Kemudian NLP telah menjadi asas kepada bidang teraputik .

Pada tahun 1980-an,Dr.John Grinder tidak berpuas hati dengan kod yang dihasilkan bersama Richard Bandler yang sekarang ini dinamakan Classic Code.Kemudian Dr.John Grinder bekerjasama dengan Judith DeLozier dan menamakan penemuan mereka dengan nama New Code.Kemudian Dr.john Grinder melanjutkan kajian mereka bersama Carmen Bostic St. Clair. 

Pengetahuan dan aplikasi NLP telah menjadi fenomena pada zaman sekarang berbanding pada tahun 1970.Hari ini,anda boleh melihat aplikasi NLP di antara doktor dan jururawat,pemandu teksi,jurujual,jurulatih,akauntan,guru,pelatih haiwan,ibubapa,golongan pekerja,golongan pesara, dan remaja.Ini adalah sebahagian sahaja untuk menunjukkan kepada anda NLP dapat diaplikasi oleh sesiapa sahaja.

Setiap generasi akan cuba menggunakan NLP bersesuaian dengan bidang yang diceburi.Kebanyakkan aplikasi NLP hari ini adalah lebih kepada aplikasi berbanding dengan re-model pakar dalam sesuatu bidang (re-model merupakan teknik NLP).NLP menggalakkan cara berfikir yang baru dan pilihan yang baru serta menghargai perkembangan yang positif untuk setiap tindakan,anda dapat mencapai cita-cita anda.

Setakat ini dahulu artikel  Neuro Linguistic Programming (NLP) - Siri 1 :Pengenalan.Saya akan menulis mengenai 4 tiang NLP pada artikel yang akan datang.