Fokus Untuk Mencapai Matlamat

Fokus Untuk Mencapai Matlamat

"Anda sibuk sepanjang hari bukan bermakna anda melakukan sesuatu yang penting,"

Ada satu pasangan muda yang ingin meraikan hari jadi anak tunggal mereka yang akan berusia empat tahun pada 2 minggu lagi..Mereka bercadang untuk mengadakan majlis hari jadi anak mereka secara besar-besaran. 
Mereka berbincang apa yang perlu dilakukan.Mereka sepakat untuk mengagihkan tugas-tugas yang perlu dilakukan.Si ayah ditugaskan untuk menjemput saudara mara,kawan-kawan,jiran-jiran, dan kawan-kawan tadika anak mereka manakala si ibu ditugaskan untuk berbuat persiapan dan membeli barang-barang keperluan.
Si ayah mengambil kertas dan menulis semua nama-nama kenalannya yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka.Si ibu pula menyenaraikan barang-barang yang perlu di beli.Keesokkannya,setelah semua senarai mereka telah siap,si ayah mula menelefon setiap nama yang berada dalam senarainya dan si ibu pergi membeli barang-barang yang di tulis.
Apabila tiba masanya,majlis hari jadi anak mereka berlansung dengan lancarnya dan semua hadirin memuji pasangan muda tersebut kerana majlis hari jadi anak mereka sangat sempurna.Anak mereka pula mendapat banyak hadiah daripada hadirin.Setelah semuanya selesai,hadirin mula pulang dan pasangan muda tersebut mengemas rumah mereka.Tamat. 
Ini ialah kisah mudah bagaimana kita dapat mencapai apa yang kita inginkan jika kita mempunyai matlamat  yang jelas dan fokus untuk mencapainya.Semuanya bermula dari idea yang kemudiannya diterjemahkan dengan dakwat dan kertas.

Kebolehan untuk mengawal tekanan dan menghadapi cabaran yang muncul merupakan keperluan asas untuk mencapai apa-apa matlamat.Ianya bermula dengan kebolehan kita untuk fokus untuk apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai apa yang kita inginkan.Dengan fokus yang tinggi,bukan sahaja memberikan kita kekuatan malahan ianya akan mempercepatkan proses untuk mencapai matlamat.

Orang yang fokus ialah orang yang tahu apa yang diinginkan,apa yang perlu dilakukan,dan melakukan sesuatu mengikut keutamaan.Matlamat yang tetap dan persediaan untuk mencapainya jelas menjadi asas kepada mana-mana kejayaan.Ini kerana ianya dapat membantu sesiapa sahaja agar mempunyai perancangan yang rapi,menyiapkan lebih banyak kerja, dan membantu untuk lebih fokus.

Setiap masa mempunyai masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam tanpa mengira pangkat,kedudukan, atau kuasa.Terdapat sebilangan kecil manusia yang mampu mencapai pencapaian yang mengagumkan berbanding dengan rakan-rakan mereka.Bezanya hanya 2 perkara sahaja.Mereka memiliki:

1.Fokus
2. Matlamat yang jelas

Sekiranya anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai apa yang anda inginkan,anda akan dapat memberi fokus yang tinggi dengan senang.Ianya sekaligus dapat membantu anda menguruskan diri apabila melibarkan masa (masa tidak perlu diuruskan kerana sama ada anda mengurusnya dengan baik atau tidak-ianya tetap 24 jam sehari).

Mengetahui apa yang perlu anda lakukan akan membantu anda untuk membuat apa-apa keputusan dengan lebih pantas dan sebaliknya berlaku sekiranya anda tidak mempunyai matlamat.Tanpa matlamat anda akan sentiasa sibuk dengan perkara-perkara yang tidak penting dan kadangkala tidak berfaedah.Untuk membantu meningkatkan fokus,luangkan sedikit masa untuk bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan berikut:
1.Apakah perkara terbaik yang boleh dilakukan sekarang untuk mencapai apa yang diinginkan?

2.Adakah anda menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak penting?

3.Adakah anda keliru tentang apa yang dilakukan?Maksudnya anda tidak tahu ianya baik atau pun tidak?

4.Adakah anda jelas tentang apa yang anda mahukan?


Dengan fokus,anda dapat menjauhkan semua gangguan dan mengatasi masalah yang mungkin timbul.Sekiranya kita tidak fokus,tenaga dan masa akan banyak digunakan untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan mungkin akan menjadikan impian kita tetap tinggal sebagai impian.

Malang sekali sekiranya kita tahu apa yang perlu dilakukan dan masih mencari sebab untuk tidak melakukannya.Perkara ini bukan sahaja akan membantutkan usaha anda untuk mencapai matlamat malahan ianya akan membuatkan anda dalam keadaan tertekan.

Apabila kita fokus pada apa yang kita tidak inginkan atau halangan yang mungkin timbul,minda sedar kita mengarahkan minda separa sedar untuk perkara yang tidak mendatangkan manfaat.Perkara ini mungkin berpunca akibat daripada elemen masa lepas.Iaitu keadaan yang dipengaruhi oleh pengalaman menyakitkan/menyedihkan pada masa lalu.

Sebaliknya sekiranya anda fokus pada sesuatu perkara/keadaan dengan tepat,minda separa sedar akan membantu anda akan mempercepatkan andai memiliki apa yang anda inginkan.Adalah pasti ianya akan melibatkan seluruh kuasa minda anda untuk mencapai apa yang anda inginkan.

Setiap orang pasti mengalami sesuatu yang menyedihkan atau menyakitkan pada masa lalu dan ianya masih sukar untuk dilupakan.Sekarang luangkanlah sedikit masa untuk menerima pengalaman itu dan pelajarilah sesuatu daripada pengalaman itu dan gunakanlah apa yang anda pelajari itu untuk mengubah hidup anda.

Apabila kita menerima diri kita dengan jujurnya,ianya akan mengubah minda kita dan sekaligus akan dapat membantu kita untuk lebih fokus terhadap apa yang kita inginkan.Ini kerana sekiranya kita tidak dapat menerima diri kita sepenuhnya,kita akan cenderung untuk mengelak apabila berhadapan dengan perkara yang kita tidak selesa melihat/mendengarnya dan sekaligus menutup minda kita.Ianya tidak mengubah apa-apa pun.

Dengan menghargai dan berhadapan dengan masalah-masalah yang wujud pada masa lalu,ianya akan dapat mengubah kita.Minda kita akan menjadi semakin tenang.Apabila minda kita semakin tenang,kebolehan kita untuk fokus akan meningkat.

Sentiasa sibuk pada sepanjang hari bukanlah bermakna anda sudah membuat sesuatu yang penting untuk dilakukan.Banyak hari yang telah berlalu dalam hidup kita dan kita sentiasa sibuk-sentiasa bergerak-dan apabila anda mengenang hari-hari yang telah berlalu,renungkanlah apa impian anda yang telah anda dapat.

Adalah lebih teruk lagi sekiranya anda perlu melakukan sesuatu bukan dengan sepenuh hati malahan dengan penuh rasa benci kerana anda terpaksa dan tidak mempunyai pilihan.Ini berlaku kerana anda fokus pada apa yang anda benci.

Petunjuk yang jelas sekiranya anda kurang fokus ialah anda melakukan sesuatu dengan lebih lama berbanding dengan kemampuan anda sendiri.Contohnya anda melakukan satu kerja yang membuatkan anda menyiapkannya dalam masa 3 jam dimana anda boleh menyiapkannya dalam masa 30 minit.

Contoh yang lain anda kurang fokus ialah ketika badan anda di rumah anda teringat untuk bekerja dan ketika anda bekerja pula anda teringat kepada rumah anda.Ini ialah satu contoh mudah.Sebaik-baiknya anda fokus sepenuhnya dengan apa yang sedang anda lakukan.

Fokus merupakan satu daripada 6 kekuatan mental minda sedar.Ianya hanya berkebolehan untuk fokus pada satu-satu perkara setiap masa.Tidak kira sama ada ianya positif atau negatif.Anda boleh memilih apa yang anda inginkan dan apa yang anda ingin lakukan.Apa yang anda fokus pada sepanjang masa akan menjadi satu realiti kepada anda.Pilihlah sesuatu yang dapat membuatkan anda kekal fokus pada perkara yang dapat membantu anda kerana anda mempunyai kuasa untuk membuat pilihan.

Kebolehan yang dimiliki oleh mana-mana manusia normal ialah kebolehan untuk membuat pilihan.Anda boleh memilih untuk fokus pada perkara yang baik atau buruk dalam satu realiti/keadaan.Anda boleh memilih apa yang anda inginkan dan bertindakbalas terhadap sesuatu realiti untuk mendapatkan apa yang anda impikan.Apabila haiwan menerima rangsangan ianya akan bertindak balas dengan satu cara sahaja.Ini kerana haiwan juga memiliki kehidupan yang tersendiri dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat sebarang pilihan.Inilah perbezaan antara manusia dan haiwan.Sekiranya kita mengalami masa-masa sukar dalam mengharungi kehidupan,kita boleh memilih bagaimana cara untuk kita bertindakbalas.Adalah malang sekiranya kita memilih untuk sesuatu yang menhalang kita untuk mencapai matlamat kita.Kita akan tetap dalam satu keadaan yang tidak kita inginkan.Ianya adalah perangkap dalam minda kita.Buatlah matlamat yang jelas dan kekal fokus untuk mencapainya.