Skrip Hypnosis-Diri

Skrip Hypnosis

Dalam artikel ini,anda akan didedahkan dengan beberapa skrip hypnosis yang sesuai dengan keinginan anda.Diharapkan di antara skrip yang disediakan dapat membantu anda mencapai impian anda.

Bagaimana Menggunakan Skrip Hypnosis Yang Terdapat Dalam Blog Ini?

Pilih tajuk skrip yang anda yang bersesuaian dengan anda (sekiranya ada).Sekiranya tiada,jangan berputus asa kerana anda boleh menggubah sendiri skrip hypnosis untuk keperluan anda.

Ikuti langkah-langkah berikut:
  • Gunakan satu skrip pada satu-satu masa.
  • Kemudian pilihlah satu tempat yang sunyi di mana anda tidak diganggu dalam masa 20 minit.Cahaya lampu memadai sekadar anda dapat membaca skrip.
  • Anda boleh memilih bagaimana anda ingin membacanya sama ada anda ingin duduk di atas kerusi,sofa,katil atau sebagainya asalkan anda selesa.
  • Anda boleh memilih untuk menggunakan muzik yang menenangkan sekiranya anda mahu.
  • Mulakan membaca skrip dengan 'Cetusan Ketenangan'.
  • Kemudian bacalah skrip yang anda pilih dengan suara yang lembut dan lancar -sekadar dapat didengar oleh suara anda sendiri.Gunakan emosi anda untuk mengerti apa yang anda baca ketika sesi hypnosis ini.Tinggikan sedikit suara anda ketika membaca perkataan atau ayat-ayat yang berbentuk italic-tidak perlu menjerit.
  • Setelah anda membaca skrip saranan,ikutilah dengan membaca 'Kembali Sedar'.Masalah yang mungkin timbul sekiranya anda tidak membaca 'Kembali Sedar' ialah anda myngkin mengambil masa yang panjang untuk keluar dari sesi hypnosis.Dengan membaca 'Kembali Sedar',anda akan keluar dari sesi hypnosis dengan cepat dan kembali kepada keadaan normal.

Setiap sesi hypnosis hanyalah untuk mencapai satu matlamat pada satu-satu masa.Sekiranya anda mempunyai beberapa matlamat,buat sesi hypnosis pada masa yang berasingan mengikut matlamat anda.Sebagai contoh,pada waktu pagi anda menghypnosis diri anda untuk menghentikan tabiat merokok dan pada waktu petang anda menghypnosis diri anda untuk mengurangkan berat badan.

Anda perlu jelas dengan matlamat anda sekiranya anda ingin menggunakan kaedah hypnosis.Anda digalakkan untuk membaca dahulu mana-mana skrip yang anda pilih.Di bawah yajuk setiap skrip penjelasan ringkas mengenai skrip hypnosis.Sekiranya tiada yang sesuai,anda boleh menulisnya sendiri.

Anda di galakkan untuk mencari sebab mengapa anda ingin mencapai matlamat anda.Pastikan anda benar-benar mahu apa yang anda inginkan dan tidak mencari alasan kenapa anda tidak mencapainya sehingga sekarang.Kemudian anda boleh meneruskan sesi hypnosis anda sendiri.

Sebagai contoh,sekiranya anda ingin berhenti merokok,pastikan anda benar-benar memang ingin berhenti merokok.Anda menyedari bahawa tabiat merokok boleh mendatangkan kesan yang buruk pada kesihatan anda dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat pada diri anda.Sekiranya anda masih berfikir untuk terus merokok,anda masih belum bersedia untuk meninggalkan tabiat merokok anda.Tidak kira sebanyak manapun anda menjalani sesi hypnosis,ianya tidak akan mendatang sebarang kesan yang memuaskan.

Matlamat anda hendaklah sesuatu yang spesifik,benar-benar anda inginkan dan datang dari hati anda.Anda hendaklah jujur dengan diri anda.Adalah sesuatu yang sangat baik untuk anda menulis semua sebab mengapa anda ingin mencapai matlamat anda.Walaupun anda sudah mempunyai sebab-sebab yang nyata,anda digalakkan untuk menulisnya diatas kertas agar minda separa sedar dapat memahaminya dengan lebih jelas.Luangkan sedikit masa untuk menulisnya kerana ianya akan membantu anda mencapai apa yang anda inginkan dengan lebih cepat dan mudah.

Keputusan Hasil Kaedah Hypnosis

Barangkali anda tertanya-tanya apa yang anda dapat selepas menjalankan sesi hypnosis-diri?Apakah hasilnya?Bila anda dapat merasai kesannya?Walaupun hasilnya berbeza bagi setiap orang,terdapat beberapa petunjuk umum yang dapat diperhatikan.Sebgai contohnya,perubahan sikap atau tabiat seseorang itu selepas menjalani sesi hypnosis antara 3 hingg 5 sesi.Anda akan mengalami perubahan sikap atau tabiat sama ada secara perlahan-lahan atau mendadak.Bagi sesetengah orang,satu atau dua sesi sudah cukup untuk mendatangkan hasil yang diinginkan.Ianya bergantung kepada sejauh mana anda dapat menghayati, mempercayai, dan merasakan apa yang terdapat dalam skrip hypnosis.Anda digalakkan untuk menghypnosis-diri anda sebanyak tujuh kali untuk memastikan hasilnya berkekalan untuk jangka masa yang panjang.Untuk setiap sesi,masa yang diperlukan ialah kira-kira 15-20 minit sahaja.

Sekiranya anda tidak mencapai hasil yang diinginkan,anda perlulah berfikir mengenai matlamat anda.Teliti skrip yang digunakan dan pastikan ianya selaras dengan kemahuan anda.Sekiranya masih tidak berjaya,anda perlu menulis sendiri skrip saranan untuk anda sendiri.Bahagian 'Cetusan Ketenangan' dan 'Kembali Sedar' tidak perlu di ubah.Dalam beberapa keadaan,anda boleh memecahkan matlamat anda kepada beberapa matlamat kecil.Anda capai matlamat yang kecil sedikit demi sedikit,maka matlamat yang besar akan tercapai.Kejayaan yang besar bermula dari kejayaan yang kecil.

Sekarang anda sudah bersedia untuk menggunakan mana skrip yang terdapat di bawah ini.Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.Rancanglah masa yang sesuai agar anda dapat menghypnosis diri anda sendiri.Setiap kali anda selesai menghypnosis diri anda sendiri,anda akan berada dalam keadaan yang sangat tenang dan santai kerana proses hypnosis ialah satu kaedah terapi.



  1. Skrip Hypnosis Untuk Mehilangkan Tekanan - untuk mengurangkan tekanan,kebimbangan dan kerisauan
  2. Skrip Hypnosis Untuk Mencapai Matlamat - untuk mehilangkan rasa takut gagal dan menguatkan semangat untuk berjaya-anda telah mempunyai matlamat)
  3. Skrip Hypnosis Untuk Meningkatkan Fokus - meningkatkan daya tumpuan
  4. Skrip Hypnosis Untuk Public Speaking - mehilangkan rasa gemuruh dan gementar ketika berucap
  5. Skrip Hypnosis Untuk Menambah Tenaga - mehilangkan keletihan dan menambahkan tenaga
  6. Skrip Hypnosis Untuk Melansingkan Badan - Menjadi lebih kurus 
  7. Skrip Hypnosis Untuk Mehilangkan Tabiat Merokok - Mengurangkan dan mehilangkan ketagihan untuk merokok