Dalam artikel ini,anda akan didedahkan dan merasai pengalaman menghypnosis diri sendiri.Pertama sekali,anda akan didedahkan bagaimana dan kenapa kaedah ini sangat efektif.Kemudian akan di bawa untuk  mengalaminya.Akhir sekali,anda akan dapat mengimplementasikan pengetahuan anda mengenai hypnosis-diri sesuai dengan keperluan dan kemahuan anda.

Bagaimana dan Kenapa Kaedah ini Sangat Efektif

Dalam kaedah asas untuk menghypnosis diri anda,anda perlu membaca skrip 'Cetusan Ketenangan'-untuk melonggarkan minda sedar anda- dengan suara yang lembut dan lancar sehingga anda sendiri dapat mendengar suara anda.Skrip ini digubah khas untuk menghasilkan minda anda berada dalam keadaan yang tertinggi untuk menerima saranan-saranan yang sesuai dengan anda.Kemudian anda perlu membaca saranan-saranan yang anda inginkan agar dapat diserap sepenuhnya oleh minda separa sedar anda.Akhir sekali,anda akan membaca 'Kembali Sedar' untuk membawa anda keluar dari sesi hypnosis.

Kaedahnya sangat ringkas.Ketika anda membaca 'Cetusan Ketenangan',anda hendaklah memberikan sepenuh perhatian kepada suara anda dengan suara yang tenang dan lancar - seperti hipnotis menghypnosis klien mereka.

Suara anda sendiri akan mendatangkan kesan kepada minda dan tubuh anda.Kandungan dari keseluruhan skrip yang anda baca akan menimbulkan pelbagai imej dalam minda anda dan skrip hypnosis yang anda baca akan mempengaruhi minda sedar dan minda separa sedar anda dengan mata anda masih terbuka.

Sama ada anda menyedari atau tidak,dengan membaca sahaja tidak dapat membantu anda,minda anda akan menerima saranan-saranan melalui pembacaan sekiranya anda membayangkan apa yang anda baca dalam minda anda.Sementara minda anda membayangkan apa yang anda baca,sistem penapisan maklumat akan menjadi longgar dan minda separa sedar anda dapat menyerap saranan-saranan yang diberikan secara optimum.Ini akan menjadikan saranan-saranan yang dibaca diserap dengan lebih mendalam setiap kali anda menghypnosis diri anda.Kombinasi dari suara,gambaran, dan kandungan dalam 'Cetusan Ketenangan' akan membuatkan anda berada dalam keadaan tenang dan minda separa sedar anda bersedia untuk menyerap saranan-saranan dari skrip hypnosis.

Adalah penting untuk diingatkan bahawa anda tidak perlu untuk merasa anda sedang dihypnosis ketika sesi ini.Proses hyposis-diri secara mata terbuka ini sukar di kesan pada peringkat awal anda memulakannya.Kesannya bergantung kepada sejauh mana anda dapat mefokuskan minda anda terhadap skrip hypnosis.Sekiranya anda menggunakan kaedah hypnosis-diri ini secara tetap,ianya menimbulkan perasaan gembira,yakin diri,optimis ketika anda membca skrip hypnosis,fokus yg tinggi semasa hypnosis, atau berasa sangat tenang -atau ketiga-tiganya-menandakan anda telah dapat menyerap saranan-saranan dari skrip hypnosis yang anda baca serta minda separa sedar anda telah berubah.

Sesi Hypnosis-Diri Dengan Mata Terbuka

Sekarang sudah tiba masanya untuk anda merasai sendiri pengalaman menghypnosis diri untuk kali yang pertama.Untuk sesi yang pertama ini tidak menetapkan sebarang tujuan.Ianya sebagai permulaan awal untuk anda menghypnosis-diri.

Semasa sesi ini berlansung,anda perlu membaca dengan suara yang lembut dan lancar mengenai 3 perkara:

1)Cetusan Ketenangan

2)Saranan-saranan yang anda pilih

3)Kembali Sedar

(masa yang diperlukan:kira-kira 15 minit)

Semua ini akan menjadikan anda untuk merasai sendiri bagaimana anda dapat menghypnosis diri anda sendiri   dengan mata yang terbuka dan menjadi pemangkin kepada kejayaan anda untuk menikmati hasil sesi hypnosis diri ini pada masa yang akan datang.Tumpukan sepenuh perhatian anda.

Persediaan dan Peraturan Membaca
  1. Cari tempat yang tenang dan tidak diganggu oleh sebarang bunyi yang menganggu perhatian anda kira-kira 15 minit.
  2. Kurangkan cahaya di sekeliling anda.Anda hanya memerlukan cahaya yang cukup untuk membaca.
  3. Anda boleh memilih sekiranya anda ingin menggunakan muzik yang boleh membantu anda menambahkan daya tumpuan anda.Pilih muzik yang menenangkan pada kadar suara yang rendah.
  4. Anda boleh memilih sama ada anda ingin duduk di depan pc/laptop anda atau duduk atas kerusi atau berbaring.Asalkan anda selesa.
  5. Bila anda sedia untuk menghypnosis diri anda,mulakan membaca 'Cetusan Ketenangan' dengan panduan berikut:
  • gunakan suara yang lancar dan tenang
  • baca dengan perlahan dan berhenti sekejap apabila anda terjumpa tiga titik (...)
  • tinggikan sedikit suara anda sekiranya membaca perkataan/ayat yang dalam bentuk italic-tidak perlu menjerit
  • Fikir dan bayangkan apa yang anda baca.Elakkan sekadar menjadi seperti burung kakak tua.
Penting:Pastikan anda membaca keseluruhan skrip sehingga bahagian 'Kembali Sedar'

Nota Mengenai Imaginasi/Visualisation:
Sesetengah orang berputus asa sekiranya mereka tidak dapat membayangkan imej-imej yang disebut dalam skrip hypnosis.Sekiranya anda tidak dapat membayangkan imej-imej yang jelas ketika sesi hypnosis sedang berlansung,janganlah anda risau.Kebolehan untuk berimaginasi adalah kebolehan semulajadi yang boleh dikembangkan.Anda hanya perlu mengulanginya kerana semakin anda berimaginasi,semakin baik daya imaginasi anda.Apa yang penting ialah untuk melibatkan emosi anda mengenai dengan apa yang anda baca.Tinggalkan kerja-kerja untuk berimaginasi kepada minda separa sedar anda.

Cetusan Ketenangan
(Dibaca dengan suara yang lancar dan lembut-boleh didengar oleh anda sendiri)

"Dalam suasana yang sunyi dan selesa,saya membenarkan suara saya yang tenang dan lembut untuk menenangkan minda dan badan saya.Badan saya secara perlahan-lahan lebih pasif dan semua benda di sekeliling saya bergerak dengan perlahan.Dengan setiap perkataan yang saya baca dan setiap bunyi yang saya sebutkan,saya merasa lebih tenang dan aman.Saat demi saat yang berlalu,minda saya menjadi sejernih permukaan tasik dikawasan pergunungan.

"Seperti minda saya yang jernih,saya menggunakan imaginasi saya untuk mendapat ketenangan yang mendalam ketika saya membaca.Saya membayangkan diri saya duduk diatas kerusi yang selesa di tepi pantai yang indah.Dengan visi saya,saya melihat pasir pantai yang berwarnan keemasan disekeliling saya...saya mendengar dengan jelas bunyi ombak yang terhasil ketika menghempas pantai.

""Saya merasa bayu laut menghembus keseluruhan badan saya.Kulit saya terasa hangat kerana pancaran matahari.Cahaya matahari yang terkena pada kulit kepala saya melepaskan segala tekanan yang terdapat di dalam kepala saya.Apa yang saya fikirkan telah hilang dan saya menumpukan perhatian saya terhadap cahaya matahari pada muka saya...pada pipi saya...pada telinga saya dan disekeliling rahang saya.

"Pancaran cahaya matahari mengenai leher saya dan mehangatkan kerongkong saya,menjadikan perkataan-perkataan keluar dengan mudah dan lancar dari mulut saya,mengenai bahu saya dan terasa diurut-urut oleh sinar matahari dan tulang belakang saya berasa sangat tenang.Ketenangan pantai dan kehangatan ombak...menyentuh lengan saya dan seluruh jari saya.

"Secara mental saya mengimbas punggung dan pelvis saya....dan membiarkan tekanan atau kebimbangan yang berada didalamnya keluar sepenuhnya bersama dengan kehangatan cahaya matahari yang terpancar.Sekarang saya memfokuskan perhatian kepada betis saya...ianya berkilau-kilau kerana terkena cahaya matahari.Betis saya berada dalam keadaan yang sangat santai.Kaki dan ibu jari saya 'terasa hangat' dan selesa...sekarang berasa hangat dan selesa.

"Seperti saya berjemur dibawah sinaran matahari yang sangat indah,saya membayangkan saya menutup mata saya untuk menghypnosis diri saya.Saya menarik nafas dalam-dalam (tarik nafas 3 kali).Untuk beberapa ketika saya dapat melihat bebola cahaya melintas dengan cahaya yang sangat terang sehingga menyilaukan mata saya.Dan sekarang cahaya tersebut semakin malap dan keadaan menjadi semakin gelap dan membuatkan perhatian saya ke dalam...dalam...menuju ke tengah-tengah minda saya.

"Saya membayangkan saya mendekati sebuah bangunan yang tinggi,besar, dan indah.Saya berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut melalui pintu depan dan tiba di ruang lobi yang mewah.Di dalam bangunan itu terdapat seorang lelaki yang kuat iaitu pengawal keselamatan yang bersenjata untuk menjaga keselamatan dari penceroboh.Pengawal tersebut memandang saya dengan tajam yang menandakan saya ialah pemilik bangunan tersebut.Pengawal tersebut bekerja dengan saya .Saya menganggukkan kepala saya dan melangkah menuju ke arah lif bangunan.

"Bayang saya pada permukaan dinding lif jelas kelihatan.Saya kelihatan sangat tenang dan berkeyakinan tinggi.Saya menekan tombol lif untuk turun ke bawah dan pintu lif terus terbuka.Saya berasa sangat selamat ketika masuk ke dalam lif yang luas dan mewah itu.Saya memandang ke arah butang panel yang menandakan aras tingkat.Saya menekan nombor sepuluh untuk turun ke aras sepuluh bawah tanah.Tombol nombor sepuluh menyala dan pintu lif tertutup.Lif mula turun ke bawah dengar lancar melalui ruang pada struktur bangunan yang dalam dan tinggi...kedengaran bunyi lif yang bergerak.Saya melihat panel nombor pada atas pintu lif yang bernyala sekiranya bertukar aras.Seperti nombor aras yang bertukar...satu persatu...saya merasakan diri saya turun untuk menuju ke tempat yang menenangkan dalam diri saya...jauh dari permukaan.

"Satu...saya melihat ke arah nombor-nombor sebagaimana lif turun ke bawah...saya tenang dengan mendalam bagi setiap nombor.

"Dua...turun ke bawah lagi dari permukaan bangunan ini...lebih dalam dari permukaan.

  "Tiga...apabila berada di nombor sepuluh,saya akan berada pada tahap paling tinggi untuk dihypnosis.

"Empat...saya akan dihypnosis dengan mata yang terbuka...terbuka untuk menerima saranan-saranan yang positif.

"Lima...saya makin menurun...tenang...tanpa usaha.Saya berasa teramat tenang.

"Enam...masih melihat pertukaran nombor di atas pintu lif...satu persatu,sebagaimana lif turun ke bawah.

"Tujuh...makin ke bawah sekarang...terasa aman dan sangat tenteram sekarang.

"Lapan...saya selamat...saya berasa tenang...makin ke bawah...bawah...lebih ke bawah

"Sembilan...saya membenarkan diri saya untuk memulakan sesi hypnosis sambil mata terbuka sekarang.

"Sepuluh...lif perlahan-lahan untuk berhenti.Saya telah tiba.Saya sekarang di hypnosis.

"Apabila pintu terbuka,saya masuk ke dalam ruang pejabat yang selesa.Lampu kekuningan memancar dan kedengaran pintu lif tertutup,bagaikan menyambut kehadiran saya ke dalamnya.Saya ternampak sebuah kerusi yang sangat selesa dan duduk ke atasnya.Saya memandang kepada komputer yang terletak di atas meja.Pada skrin monitor terpapar satu blog yang beralamat hypnosis-diri.blogspot.com.Saya mencapai tetikus dan mula membaca isi kandungan blog itu.Tiba-tiba terpapar tulisan yang mucul dari blog itu dan terus masuk ke dalam minda saya.Inilah tulisan yang terpapar:

"Sekarang anda telah dihypnosis dengan mata yang terbuka.setiap kali anda membaca mana-mana bahagian dalam blog hypnosis-diri.blogspot.com,badan dan minda anda berada dalam keadaan yang sangat tenang.Setiap kali anda menghypnosis diri anda melalui blog ini,anda secara automatik menyerap skrip hypnosis lebih mendalam berbanding sebelumnya.Sekarang anda akan keluar dari sesi hypnosis ini dengan membaca kembali sedar.

Kembali Sedar

"Saya akan keluar dari hypnosis dengan mengira sampai lima.Apabila saya telah mengira sehingga nombor lima,saya akan sedar sepenuhnya dan kembali seperti biasa.Satu...mula keluar dari hypnosis.Dua...mula menyedari keadaan di sekeliling saya...merasakan keadaan yang selamat,puas hati, dan selesa,Tiga...memandang ke arah hasil yang positif dari sesi hypnosis ini.Empat...terasa optimis dan sangat segar.LIMA...LIMA...LIMA...sekarang kembali sedar dan normal sepenuhnya."


Menguji Pengalaman Anda

Tahniah!Sekiranya anda mengikuti arahan dan membaca skrip 'Cetusan Ketenangan' dengan lancar,anda telah berjaya menghypnosis diri anda.Sama ada anda menyedari atau tidak bahawa anda telah dihypnosis,ianya tidak penting buat masa ini.Seperti yang telah diberitahu, 'perasaan' atau kesedaran anda ketika dihypnosis mungkin memerlukan anda melakukan beberapa sesi untuk dihasilkan.Yang pastinya,sekiranya anda membaca skrip dengan lancar dan lembut dalam keadaan yang tidak terganggu,anda telah melakukan hypnosis-diri dengan mata yang terbuka.Walaupun anda mempunyai kesedaran yang rendah ketika sesi hypnosis,ianya akan memberi kesan yang mendalam untuk menyampaikan saranan-saranan kepada minda separa sedar anda untuk mengubah kehidupan anda.Merasa diri anda sedang dihypnosis hanya petanda kepada tahap kedalaman hypnosis anda dan biasanya tidak dirasa pada tahap kesedaran yang rendah.

Keyakinan Bahawa Anda telah di Hypnosis

Dengan teknik hypnosis-diri ini,anda mungkin membaca perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang tidak anda   fahami.Sekiranya ia berlaku kepada anda,anggaplah ianya sebagai petunjuk kepada anda tahap kedalaman hypnosis.Tersekat-sekat membaca perkataan tertentu,fokus yang tinggi, emosi yang kuat, atau lain-lain petunjuk menunjukkan tahap yang tinggi dalam sesi hypnosis diri ini dan akan menguatkan lagi saranan-saranan kepada minda separa sedar anda sekiranya anda berulang-ulang kali menghypnosis diri anda.


Cari Blog Ini

Memuatkan ...