Kuasa Minda (Pengenalan)

Kuasa Minda (Pengenalan)


Halangan utama setiap manusia bermula di dalam minda

Artikel di halaman ini akan menerangkan mengenai fungsi dan hubungan antara minda sedar dan minda separa sedar dan sekaligus akan menjelaskan bagaimana untuk mengubah kepercayaan atau meninggalkan tabiat buruk anda - walaupun dengan perancangan yang rapi- menjadi sukar untuk dilakukan.

2 Minda dalam 1 

Pernahkah anda terfikir kenapa sukar untuk:-

-Meningkatkan tahap keyakinan anda?

-Menjaga pemakanan anda?

-Berhenti merokok?

-Menikmati hidup yang bahagia?

-Menjadi kaya dan berjaya?

-Mehilangkan tekanan dalam hidup?

-Sembuh dari penyakit yang dideritai?

-Melupakan pengalaman lepas?

Terdapat penjelasan yang ringkas mengenai situasi ini.
Sebahagian besar saintis yakin bahawa minda manusia terbahagi kepada dua entiti iaitu minda sedar dan minda separa sedar.

Minda sedar ialah minda yang mendominasi hidup anda berkaitan dengan perkara-perkara analitikal berasaskan hari ke hari.Ianya bertindakbalas dengan maklumat yang diterima dan mengelaskannya berdasarkan kategori mengikut sudut pandang kita.Sebagai contohnya,seseorang telah memberitahu anda bahawa makanan rasmi pada Hari Raya Aidilfitri ialah roti canai,burger dan sushi dan secara automatiknya minda sedar anda akan menolak idea tersebut kerana ianya adalah mustahil dan makanan rasmi pada Hari Raya Aidilfitri ialah rendang,ketupat dan lemang.

Bukanlah sesuatu yang serius sekiranya minda sedar anda menolak idea makanan rasmi pada Hari Raya Aidilfitri ialah roti canai,burger, dan sushi kerana idea ini telah ditapis oleh minda sedar anda terlebih dahulu dan kemudiannya ditolak kerana minda sedar kita mempunyai ‘sistem penapisan maklumat’.Ini hanyalah sebahagian penjelasan bagaimana minda sedar anda berfungsi.

Minda separa sedar adalah jauh lebih besar dan tidak mempunyai sebarang ‘sistem penapisan maklumat’.Ianya akan mengikut apa yang minda sedar anda fikirkan.Minda separa sedar mengawal denyutan jantung anda dan pernafasan anda tanpa anda sedari.Sekiranya ‘minda sedar’anda membuat keputusan untuk meminum segelas air,minda separa sedar anda akan memberikan ‘arahan’ kepada seluruh otot-otot yang berkaitan  memastikan anda dapat meminum air tersebut.

Minda separa sedar seolah-olah sebuah super komputer yang sangat kompleks yang memiliki bank memori yang sangat besar.Secara asasnya,apa-apa yang anda lakukan dalam hidup anda disimpan di ‘bank’ ini.Memori yang tersimpan di sini ialah suara yang telah anda dengar,segala-gala yang telah anda rasa,bau,lihat, dan sentuh.

Otak anda menyimpan segala maklumat dan tidak akan dilupakan melainkan sesuatu telah berlaku dan menyebabkan otak anda rosak.

Di bawah pengaruh hipnosis,anda dapat mengingat kembali pengalaman anda ketika kanak-kanak yang mana telah dilupakan sepenuhnya oleh minda sedar anda.

Minda sedar diibaratkan kepada kapten kapal dan minda separa sedar ialah kelasinya.Ianya hanya menurut arahan kapten tanpa sebarang bantahan.

Minda sedar dan minda separa sedar sentiasa berhubung antara satu sama lain.Sebagai contoh,minda sedar anda membuat keputusan untuk membaca artikel dalam blog ini.Ianya akan menghantar 'arahan' kepada minda separa sedar dan minda separa sedar inilah yang mengatur postur tubuh anda,kelipan mata anda,tempo nafas yang sesuai agar anda dapat terus membaca artikel dalam blog ini. 

Memprogram Minda

Kepercayaan dan sikap anda seumpama software yang telah di install dalam minda anda.

Sebahagian software tersebut telah di install sendiri oleh anda.Sebagai contoh,ketika anda mula-mula memakan coklat.Anda merasakannya begitu lazat dan sedap.Anda mula memakannya berulang kali dalam hidup anda dari jenis coklat yang sama.

Sebahagian software lagi telah di install oleh persekitaran hidup anda.Ini termasuklah dari keluarga anda,kawan-kawan,guru-guru, dan bahan bacaan anda.Sebagai contoh,dari anda mula-mula lahir ke dunia ini,anda telah diberitahu untuk memanggil bapa anda dengan nama 'ayah'.Tidak kira di manapun.berapa pun usia anda,anda tetap akan memanggil bapa anda dengan nama 'ayah'.Ini adalah metafora bagaimana minda anda boleh mengubah hidup anda.

Re-program Minda 

Menukar,me'install' atau me'uninstall' software dalam komputer adalah satu perkara yang mudah.Anda hanya memerlukan beberapa 'klik' sahaja.Sangat berbeza jika anda ingin 're-program' minda anda.
 
Minda anda mempunyai satu sistem penapisan maklumat yang bertindak sebagai sekuriti kepada input-output maklumat.Sistem ini akan menapis segala idea atau saranan yang baru.Ianya bergantung kepada idea atau saranan yang baru dan mungkin bertentangan dengan pengetahuan dan kepercayaan anda selama ini.

Sistem ini sangat sukar untuk menerima perubahan yang mendadak yang bertentangan dengan program yang lama-cara lama anda berfikir dan melakukan sesuatu. Contohnya,anda belajar menulis dengan tangan kiri atau sebaliknya.

Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan kepercayaan,personaliti,dan membentuk realiti kehidupan anda.Sebagai contoh,ada pendapat yang mengatakan 'semua kejahatan bermula daripada wang' dan ada pendapat yang mengatakan 'semua kejahatan bermula daripada ketiadaan wang'.Kepercayaan anda akan menentukan pendapat mana yang betul dan salah.

Mana-mana idea atau saranan yang melepasi sistem minda anda akan diterima sebagai benar/betul.Sistem penapisan maklumat inilah yang akan mengekalkan kepercayaan anda dan akan menolak idea atau saranan yang bertentangan.

Sekiranya anda menerima idea atau saranan yang bertentangan dengan sistem penapisan minda anda,anda akan berada dalam keadaan keliru/resah/serba-salah.Walaupun idea atau saranan itu datang dari minda sedar anda,sistem penapisan ini akan menolak idea atau saranan tersebut.

Sistem ini menggunakan standard idea/saranan terdahulu yang diterima-idea/saranan yang telah di'install' pada masa lepas.Sebagai contoh:

Semasa Aminah masih bayi,ibunya selalu menyusukannya ketika Aminah menangis.Ketika zaman kanak-kanak,apabila Aminah bersedih,ibunya selalu memasak makanan kegemarannya untuk mengembirakan hatinya.Sekiranya Aminah tidak menghabiskan makanannya,ayahnya berulang kali berpesan 'Tidak baik membazir makanan'.Agar tidak dimarahi oleh bapanya,beliau akan sentiasa mehabiskan makanannya.Ketika Aminah menghabiskan makanannya,ayahnya akan memujinya.Sistem minda Aminah telah di'set'kan,sekiranya Aminah bersedih dan enggan dimarahi dan ingin dipuji,beliau hendaklah memakan sejumlah makanan dan selepas itulah Aminah akan kembali tenang.
Ketika mencapai usia dewasa,Aminah telah menghidapi masalah obesiti.Walaupun Aminah bersusah payah untuk bersenam dan berdiet,berat badannya sentiasa tidak memuaskan hatinya.Cuba teka,apa yang dilakukan oleh Aminah selepas menimbang berat badannya?

Kisah Aminah ini adalah sebagai contoh bahawa kepercayaan dan keyakinan seperti inilah yang menjadikan usaha ramai orang untuk mencapai impian masing-masing tidak tercapai dan sia-sia.

Untuk mengubah hidup anda,anda hendaklah mengubah kepercayaan dan pemikiran anda.Apabila anda mengubah kepercayaan dan pemikiran anda,nescaya hidup anda akan turut berubah.

Terdapat beberapa cara untuk 're-program' minda anda:

1)Berubah sedikit-demi sedikit secara konsisten

Andai kata anda mempunyai matlamat untuk bersenam 1 jam setiap hari tetapi anda tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya.Jadi,anda seharusnya buat sedikit demi sedikit.Minggu ini anda bersenam 10 minit.Minggu depan 15 minit.Minggu sekali lagi 20 minit dan seterusnya sehingga anda berjaya mencapainya.

Kelemahan:Kebolehan anda untuk konsisten dalam jangka masa yang panjang

2)Teknik Saranan/Affirmation/Declaration

Menerusi teknik ini,anda hendaklah mengulangkan Saranan/Affirmation/Declaration yang positif setiap hari pada waktu yang tertentu seperti ketika bangun tidur atau ketika waktu petang atau ketika hendak tidur secara tetap.Minda separa sedar anda akan bertindak mengikut apa yang anda mahu setelah saranan diterima oleh sistem penapisan minda.Mungkin mengambil masa selama sehari,seminggu,sebulan,setahun atau lebih lama.
Contoh Saranan/Affirmation/Declaration:Memiliki Kekayaan

  1. Saya dilahirkan untuk berkongsi kekayaan dalam dunia ini.
  2. Saya memiliki banyak wang untuk bersedekah dan membantu orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
  3. Hasil kerja saya memberi sumbangan yang besar untuk kemajuan umat manusia dan sebagai ganjarannya saya menerima kekayaan yang melimpah ruah.
  4. Saya menarik dan menikmati kekayaan yang melimpah setiap hari.
  5. Saya seorang yang pemurah dan apa yang saya beri akan kembali kepada saya dalam jumlah yang berlipat kali ganda.
  6. Saya benar-benar bersyukur di setiap hari mengenai kekayaan dan kebahagian yang saya miliki sepanjang hidup saya.
  7. Kesyukuran saya telah membuka peluang kepada saya untuk memiliki kekayaan tanpa batas. 
  8. Saya sentiasa berwaspada dan mengambil peluang memiliki kekayaan di sekeliling saya.
  9. Yang Maha Kaya telah menghantar kepada saya kekayaan-Nya dalam jumlah yang tidak terkira.
  10. Saya berasa sangat kaya dan saya berfikir saya sangat kaya.
  11. Saya berkongsi kekayaan saya sepanjang hidup saya.
  12. Saya mengawal dan melabur wang yang saya miliki secara bijaksana dan mendapat keuntungan yang lumayan pada setiap hari.
Kelemahan:Memerlukan kesabaran dan keyakinan yang kuat untuk dilakukan setiap hari.

3)Teknik Hypnosis-Diri/Self-Hypnosis
Kelebihan:Mudah dan Pantas











Baca Lagi

Pengenalan


Pengenalan Hypnosis|hipnosis


Blog ini akan mendedahkan kepada anda mengenai hypnosis dan bagaimana anda dapat mengubah hidup anda untuk menjadi lebih baik.Berbanding dengan buku-buku motivasi/self-help/personal development ,kaedah menghypnosis diri anda sendiri adalah lebih cepat dan mudah serta kesannya dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat untuk anda mencapai impian anda.

Kandungan dalam blog ini adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin - memerlukan - kaedah yang cepat dan berkesan untuk mencapai impian masing-masing.

Sekiranya anda masih baru mengenai dunia hypnosis,kaedah-kaedah yang terdapat dalam blog ini akan membantu anda mencapai impian anda dengan cara yang mudah dan praktikal.

Seandainya anda merupakan Hypnotis Profesional atau ahli psikologi,anda akan tertarik dengan idea-idea yang terdapat dalam blog ini.

Blog ini akan menghuraikan :

1) Apakah maksud hypnosis dan hypnosis-diri/self-hypnosis.Adakah anda boleh dihypnosis ataupun tidak?

2)Mitos dalam hypnosis

3)Kaedah hypnosis tradisional dan masalah-masalah yang mungkin timbul

4)Bagaimana untuk melakukan hypnosis-diri/self-hypnosis

5)Anda mampu mengubah hidup anda melalui kaedah hypnosys diri/self-hypnosis

Baca Lagi

Fungsi Hypnosis

Fungsi Hypnosis


Fungsi Hypnosis

Kaedah Hypnosis telah terbukti untuk membantu ramai orang mencapai impian masing-masing.Adakah anda ingin:-

1. Memiliki bentuk tubuh badan yang anda inginkan?

2. Menjadikan impian anda menjadi kenyataan?

3. Mehilangkan tabiat buruk anda seperti merokok?

4. Melupakan pengalaman silam?

5. Mengurangkan tekanan dalam kehidupan secara optimum?

6. Meningkatkan keyakinan diri/‘self-confident’?

7. Mehilangkan fobia?

8. Meningkatkan keupayaan memori?

9. Meningkatkan tahap kesihatan?

10.Meningkatkan daya tumpuan dan konsentrasi?

11.Memulihkan kembali hubungan anda dengan orang yang anda kenali?


Sekiranya anda memiliki jawapan "Ya" kepada salah satu atau lebih daripada soalan diatas,anda boleh mencapai impian anda dengan menghypnosis diri anda sendiri.Anda tidak perlu memiliki lesen Hypnotis Profesional untuk melakukannya.

Mungkin anda pernah mendengar mengenai hypnosis dan anda berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan hypnosis,malangnya anda mempunyai sebab yang tersendiri untuk menyertainya.Antara masalah yang biasanya timbul berpunca daripada:

1)Tidak mempunyai masa

2)Tidak memiliki wang/tidak mahu mengeluarkan wang untuk membayar yuran

3)Ragu-ragu mengenai kaedah hypnosis:-

  a)Adakah kaedah hypnosis selamat?
  b)Malu untuk meluahkan masalah anda-masalah peribadi

Sekarang,anda tidak perlu untuk menjadi ahli Hypnosis/Hypnotis Profesional untuk menghypnosis diri anda sendiri.Anda akan diidedahkan rahsia hypnosis dalam blog ini.Anda hanya perlu baca dan praktikkan apa yang akan didedahkan.Anda hanya perlu duduk didepan PC/laptop anda.Anda akan didedahkan bagaimana untuk menghypnosis diri anda sendiri untuk mencapai impian anda agar anda dapat mencapai apa yang anda inginkan.

Anda bukan sahaja akan memiliki kemahiran untuk menghypnosis diri anda sendiri,bahkan anda akan dapat menghypnosis diri anda dengan mata yang terbuka.(Hypnosis konvesional memerlukan anda untuk menutup mata).Bukan itu sahaja,malahan masa untuk anda menghypnosis diri anda amat singkat dan mudah serta sangat berkesan untuk anda mencapai impian anda.

Tolong jangan bandingkan kaedah-kaedah hypnosis yang didedahkan dalam blog ini dengan mana-mana buku atau program berkaitan hypnosis atau self-hypnosis kerana rahsia-rahsia hypnosis dalam blog ini diibaratkan revolusi kepada kaedah-kaedah hypnosis konvesional.

Anda mampu untuk mengubah hidup anda dalam masa yang singkat sekiranya anda mempraktikkan apa yang terdapat dalam blog ini mengikut kaedah-kaedah yang ditunjukkan.

Selamat Membaca.





Baca Lagi