Kuasa Keyakinan/Tekad (Pengenalan)

Kuasa Keyakinan/Tekad (Pengenalan)

"Keyakinan adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang,"
Antara Kepercayaan dan Keyakinan
Pada zaman dahulu,di sebuah kota terdapat satu pertunjukkan sarkas.Persembahan diadakan di tengah-tengah pasar.
Seorang ahli sarkas menggunakan panah sebagai alat pertunjukkan.Dalam jarak 20 kaki terdapat pembantu beliau yang memegang sebiji tembikai dan diletakkan di atas kepalanya.Semua penonton terdiam.Pemanah tersebut menarik busur dan melepaskan panahnya dan tepat mengenai tembikai tersebut.Kesemua penonton yang ada bertepuk tangan.
Kemudian,pembantu beliau menggantikan buah tembikai yang dipegangnya tadi dengan buah tembikai susu.Sekali lagi pemanah tersebut menarik busurnya.Semua penonton yang hadir sekali lagi tergamam dan menanti dengan berdebar-debar.Suasana sunyi seketika.Pemanah tersebut pun melepaskan anak panahnya dan tepat mengenai sasarannya.Sekali lagi penonton berasa takjub dan bertepuk tangan.
Untuk memeriahkan lagi keadaan,pembantu pemanah tadi menggantikan buah tembikai susu dengan buah manggis.Suasana menjadi sangat sunyi.Dengan cara yang sama,pemanah menarik busurnya dan melepaskan anak panahnya dan tepat mengenai buah manggis yang terletak di atas kepala pembantunya.Untuk kali yang ketiganya,semua hadirin bertepuk tangan dan memuji kehandalan pemanah tersebut.
Apabila keadaan agak reda sedikit,pemanah membuat tawaran kepada hadirin untuk menggantikan tempat pembantunya dan akan menerima hadiah.Semua hadirin terdiam dan tiada sesorang pun yang sanggup menggantikan tempat pembantunya.Pemanah tersebut memandang seorang demi seorang muka penonton.Salah seorang penonton menjawab,"Kami percaya kamu mampu memanah dengan baik tetapi kami tidak yakin,".
Tiba-tiba seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 5-6 tahun mengangkat tangan dan bersedia untuk menggantikan tempat pembantu pemanah tadi.Pada mulanya,hadirin yang berada di sekitar kanak-kanak ini memarahi dan menyuruh kanak-kanak tersebut supaya melupakan hasratnya.Sebaliknya kanak-kanak tersebut terus melangkah dengan tenang ke tengah-tengah pentas.
Sebaik sahaja tiba di tengah pentas,dia terus mengambil buah manggis dan meletakkannya di atas kepala.Pemanah tersebut sambil tersenyum menarik busurnya.Semua hadirin tergamam dan terdiam.Apabila anak panah dilepaskan,ianya tepat mengenai buah manggis yang terletak di atas kepala kanak-kanak tadi.Muka kanak-kanak tersebut tetap tenang sepertimana sebelum ia naik ke pentas.
Seorang hadirin mendekati kanak-kanak tadi dan bertanya kenapa dia sedikitpun tidak risau atau takut.Kanak-kanak tersebut menjawab,"Pemanah itu ialah ayah saya.Saya percaya ayah saya menyayangi saya dan yakin ayah saya tidak akan mencederakan saya,".Tamat.
Dalam proses hypnosis,anda perlu percaya dan yakin dengan saranan-saranan yang didengar/dibaca untuk menjadikannya efektif.
Apakah Keyakinan?

Keyakinan adalah kesan daripada kepercayaan anda mengenai kebolehan dan harga diri anda.Ianya adalah 100% tanggungjawab anda.Apabila berlaku sesuatu situasi yang membuatkan anda ragu-ragu atau takut,ini kerana anda kurang yakin dengan diri anda.

Orang yang mempunyai keyakinan diri membuat sesuatu untuk membuktikan kepada diri sendiri.Ianya bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana pihak.Keyakinan diri dapat diperolehi sekiranya kita percaya dengan kebolehan dan potensi diri kita untuk melakukan sesuatu.Apabila sesuatu peluang telah tiba,orang yang mempunyai keyakinan akan segera mengambil peluang tersebut untuk mencapai apa yang diinginkan.

Sekiranya anda menerima kritikan untuk mencapai matlamat anda,ianya bukanlah masalah anda.Itu masalah mereka.Apa yang anda lakukan bukanlah untuk mencapai matlamat mereka sebaliknya anda melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat anda.Ianya bergantung kepada makna yang anda beri untuk kritikan yang anda terima.

Sekali lagi diulang,keyakinan adalah hasil dari persepsi/kepercayaan anda terhadap sesuatu realiti.Sekiranya anda ingin mencapai matlamat anda,antara yang boleh anda lakukan ialah mengubah kepercayaan anda.Sepertimana yang telah ditulis dalam artikel Kuasa Kepercayaan,kepercayaan terbentuk oleh 5 perkara.Cara terbaik untuk mengubah sistem kepercayaan anda ialah memiliki matlamat.

Barangkali anda pernah mengalami kegagalan pada masa lalu,ini tidak bermakna anda tidak akan berjaya buat selama-lamanya.Belajarlah sesuatu dari pengalaman lepas.


Mengikut teori aerodinamik,seekor lebah tidak mampu terbang.Eksperimen di dalam makmal jelas menunjukkan bahawa seekor lebah tidak akan mampu terbang kerana saiz,bentuk badan,dan beratnya jika dibandingkan dengan saiz sayapnya jelas mustahil untuk seekor lebah dapat terbang.Namun lebah mengabaikan kekuranganya itu dan yakin ia dapat terbang.
Moral:Pilihlah kepercayaan yang mampu memberikan keyakinan kepada anda
Kuasa Keyakinan/Tekad (Pengenalan)




Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan)

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan)

"Kepercayaan boleh menjadi pintu kepada kecemerlangan atau penjara hidup anda,"

Hadiah Harijadi
Pada suatu hari seorang suami membeli beberapa hadiah kepada isterinya sempena hari lahir yang ke-30 isterinya.Si suami menyorok semua hadiah itu di dalam bilik tidur mereka untuk membuat kejutan kepada isterinya.Si isteri diminta keluar rumah terlebih dahulu sementara si suami meletakkan semua hadiah yang dibelinya ditempat yang difikirkan sesuai.
Setelah selesai menyoroknya,si suami meminta si isteri mencari hadiah-hadiah yang disembunyikannya.Si suami hanya memberikan 2 'hint' iaitu semua hadiah berada dalam bilik tidur mereka dan terdapat lebih dari satu hadiah.
Kemudian si isteri pun masuk ke dalam bilik tidur untuk mencari hadiah-hadiah dari suaminya.Setengah jam kemudian,si isteri pun keluar sambil membawa 3 hadiah yang ditemuinya.Sambil tersenyum si isteri membawa ketiga-tiga hadiah tersebut kepada suaminya dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya.
Apabila si suami memandang isterinya,dia tersenyum dan bertanya pada isterinya adakah si isteri sudah mendapatkan semua hadiah?
Si isteri terkejut dengan soalan dari suaminya dan menjelaskan dia sudah menemui semua hadiah dari suaminya.Dia percaya bahawa dia telah menemui semua hadiah yang diberikan oleh suaminya.
Sambil tersenyum,si suami memberitahu kepada isterinya bahawa dia membeli sebanyak 30 hadiah kepada isterinya sempena menyambut hari kelahiran isterinya yang ke-30.Si suami pun menunjukkan semua hadiah yang di sembunyikan kepada si isteri.Tamat.
Inilah kesan kepercayaan dalam hidup kita.Kita hanya bertindak berdasarkan kepercayaan kita.Hypnosis berhasil kerana ianya mengubah kepercayaan kita terhadap sesuatu realiti.
Setiap orang memiliki set kepercayaan masing-masing dalam kehidupan.Ianya mempengaruhi semua aspek kehidupan kita seperti kesihatan,kewangan,keselamatan,perhubungan,keseronokkan, dan lain-lain lagi.

Pada asasnya,kepercayaan ialah sebarang nilai yang kita tetapkan dalam hidup kita terhadap sesuatu realiti.Ianya memberikan makna tertentu dan dijadikan sebagai kompas dalam kehidupan kita.Kita biasanya meanggap suatu kepercayaan sebagai agama atau fahaman-fahaman yang tertentu.

Kepercayaan boleh di atur yang kemudiannya dijadikan sebagai 'penyaring' kepada minda kita terhadap sesuatu realiti.Sekiranya kita percaya bahawa sesuatu realiti itu sebagai benar,seluruh minda kita akan menganggapnya sebagai benar.

Kepercayaan boleh membantu kita untuk mencapai apa yang kita inginkan dan boleh merosakkan diri kita  dengan membataskan tindakan atau fikiran kita.Ianya menjadi kompas dan peta untuk dijadikan panduan untuk mencapai apa yang kita inginkan dan memastikan kita berhasil mencapainya.

Kita boleh memilih kepercayaan yang membantu atau merosakkan kita.Kepercayaan kita tidaklah selalu benar.Ianya hanyalah ilusi dan boleh dicipta oleh kita sendiri.Kepercayaan seseorang di bentuk melalui:


  1. Persekitaran-keluarga,guru,rakan-rakan
  2. Insiden- sesuatu yang kejadian besar/kecil dan memberi kesan kepada kita;nampak hantu dll
  3. Pengetahuan-sumber maklumat-buku,movie,lagu,ceramah dll
  4. Pengalaman lepas-kejayaan menghasilkan kejayaan,kegagalan menghasilkan kegagalan
  5. Imaginasi - mencipta realiti yang anda inginkan dalam minda 
Apa yang anda nampak mengenai gambar di bawah:

1) Perempuan muda atau perempuan muda?

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 2

2)Perempuan yang gemuk atau perempuan yang kurus?

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan)

3)Gambar orang yang kusut masai atau perempuan yang cantik?


Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 4

 4)Gambar air yang separuh penuh atau separuh kosong?

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 5

Apa pun yang anda percaya,anda adalah benar.Beginilah Hukum Alam-Hukum Polariti bertindak.Setiap sesuatu mempunyai pasangan masing-masing.Sekiranya anda berada dalam situasi yang tidak menyenangkan,percayalah bahawa terdapat perkara yang menyenangkan dalam sesuatu situasi itu.Sekiranya anda berada dalam situasi yang menyenangkan,buatlah matlamat baru untuk dicapai.

Kepercayaan memberi kesan yang mendalam dalam kepada emosi seseorang.Faktor emosi yang terlibat  ialah tarikan kepada kenikmatan atau tolakan daripada kepedihan.Ianya bermaksud tindakan kita pada hari ini terbahagi kepada 2 iaitu sama ada untuk mendapat kenikmatan atau untuk menghindari kepedihan.

Anda boleh menguji sendiri kepercayaan anda.Caranya ialah dengan membuat keputusan untuk mencapai apa yang anda inginkan dan tanyalah diri anda sendiri kenapa anda masih tidak mencapainya.

Kuasa Kepercayaan/Persepsi (Pengenalan) 6

Kepercayaan akan menghasilkan keyakinan.Keyakinan akan membuatkan kita berimaginasi.Daripada imaginasi akan membuatkan kita fokus.Setelah itu logik akal menyusunkan langkah untuk kita mencapainya.Gerak hati akan bertindak apabila masa yang sesuai telah tiba.Arahan disampaikan kepada minda separa sedar.Minda separa sedar menterjemahkan melalui tubuh fizikal.Tindakan di ambil sebagai komponen terakhir untuk menjadikan sesuatu kepercayaan itu benar.

Pilihlah kepercayaan yang dapat membantu anda.

Fokus Untuk Mencapai Matlamat

Fokus Untuk Mencapai Matlamat

"Anda sibuk sepanjang hari bukan bermakna anda melakukan sesuatu yang penting,"

Ada satu pasangan muda yang ingin meraikan hari jadi anak tunggal mereka yang akan berusia empat tahun pada 2 minggu lagi..Mereka bercadang untuk mengadakan majlis hari jadi anak mereka secara besar-besaran. 
Mereka berbincang apa yang perlu dilakukan.Mereka sepakat untuk mengagihkan tugas-tugas yang perlu dilakukan.Si ayah ditugaskan untuk menjemput saudara mara,kawan-kawan,jiran-jiran, dan kawan-kawan tadika anak mereka manakala si ibu ditugaskan untuk berbuat persiapan dan membeli barang-barang keperluan.
Si ayah mengambil kertas dan menulis semua nama-nama kenalannya yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka.Si ibu pula menyenaraikan barang-barang yang perlu di beli.Keesokkannya,setelah semua senarai mereka telah siap,si ayah mula menelefon setiap nama yang berada dalam senarainya dan si ibu pergi membeli barang-barang yang di tulis.
Apabila tiba masanya,majlis hari jadi anak mereka berlansung dengan lancarnya dan semua hadirin memuji pasangan muda tersebut kerana majlis hari jadi anak mereka sangat sempurna.Anak mereka pula mendapat banyak hadiah daripada hadirin.Setelah semuanya selesai,hadirin mula pulang dan pasangan muda tersebut mengemas rumah mereka.Tamat. 
Ini ialah kisah mudah bagaimana kita dapat mencapai apa yang kita inginkan jika kita mempunyai matlamat  yang jelas dan fokus untuk mencapainya.Semuanya bermula dari idea yang kemudiannya diterjemahkan dengan dakwat dan kertas.

Kebolehan untuk mengawal tekanan dan menghadapi cabaran yang muncul merupakan keperluan asas untuk mencapai apa-apa matlamat.Ianya bermula dengan kebolehan kita untuk fokus untuk apa yang perlu kita lakukan untuk mencapai apa yang kita inginkan.Dengan fokus yang tinggi,bukan sahaja memberikan kita kekuatan malahan ianya akan mempercepatkan proses untuk mencapai matlamat.

Orang yang fokus ialah orang yang tahu apa yang diinginkan,apa yang perlu dilakukan,dan melakukan sesuatu mengikut keutamaan.Matlamat yang tetap dan persediaan untuk mencapainya jelas menjadi asas kepada mana-mana kejayaan.Ini kerana ianya dapat membantu sesiapa sahaja agar mempunyai perancangan yang rapi,menyiapkan lebih banyak kerja, dan membantu untuk lebih fokus.

Setiap masa mempunyai masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam tanpa mengira pangkat,kedudukan, atau kuasa.Terdapat sebilangan kecil manusia yang mampu mencapai pencapaian yang mengagumkan berbanding dengan rakan-rakan mereka.Bezanya hanya 2 perkara sahaja.Mereka memiliki:

1.Fokus
2. Matlamat yang jelas

Sekiranya anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai apa yang anda inginkan,anda akan dapat memberi fokus yang tinggi dengan senang.Ianya sekaligus dapat membantu anda menguruskan diri apabila melibarkan masa (masa tidak perlu diuruskan kerana sama ada anda mengurusnya dengan baik atau tidak-ianya tetap 24 jam sehari).

Mengetahui apa yang perlu anda lakukan akan membantu anda untuk membuat apa-apa keputusan dengan lebih pantas dan sebaliknya berlaku sekiranya anda tidak mempunyai matlamat.Tanpa matlamat anda akan sentiasa sibuk dengan perkara-perkara yang tidak penting dan kadangkala tidak berfaedah.Untuk membantu meningkatkan fokus,luangkan sedikit masa untuk bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan berikut:
1.Apakah perkara terbaik yang boleh dilakukan sekarang untuk mencapai apa yang diinginkan?

2.Adakah anda menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak penting?

3.Adakah anda keliru tentang apa yang dilakukan?Maksudnya anda tidak tahu ianya baik atau pun tidak?

4.Adakah anda jelas tentang apa yang anda mahukan?


Dengan fokus,anda dapat menjauhkan semua gangguan dan mengatasi masalah yang mungkin timbul.Sekiranya kita tidak fokus,tenaga dan masa akan banyak digunakan untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan mungkin akan menjadikan impian kita tetap tinggal sebagai impian.

Malang sekali sekiranya kita tahu apa yang perlu dilakukan dan masih mencari sebab untuk tidak melakukannya.Perkara ini bukan sahaja akan membantutkan usaha anda untuk mencapai matlamat malahan ianya akan membuatkan anda dalam keadaan tertekan.

Apabila kita fokus pada apa yang kita tidak inginkan atau halangan yang mungkin timbul,minda sedar kita mengarahkan minda separa sedar untuk perkara yang tidak mendatangkan manfaat.Perkara ini mungkin berpunca akibat daripada elemen masa lepas.Iaitu keadaan yang dipengaruhi oleh pengalaman menyakitkan/menyedihkan pada masa lalu.

Sebaliknya sekiranya anda fokus pada sesuatu perkara/keadaan dengan tepat,minda separa sedar akan membantu anda akan mempercepatkan andai memiliki apa yang anda inginkan.Adalah pasti ianya akan melibatkan seluruh kuasa minda anda untuk mencapai apa yang anda inginkan.

Setiap orang pasti mengalami sesuatu yang menyedihkan atau menyakitkan pada masa lalu dan ianya masih sukar untuk dilupakan.Sekarang luangkanlah sedikit masa untuk menerima pengalaman itu dan pelajarilah sesuatu daripada pengalaman itu dan gunakanlah apa yang anda pelajari itu untuk mengubah hidup anda.

Apabila kita menerima diri kita dengan jujurnya,ianya akan mengubah minda kita dan sekaligus akan dapat membantu kita untuk lebih fokus terhadap apa yang kita inginkan.Ini kerana sekiranya kita tidak dapat menerima diri kita sepenuhnya,kita akan cenderung untuk mengelak apabila berhadapan dengan perkara yang kita tidak selesa melihat/mendengarnya dan sekaligus menutup minda kita.Ianya tidak mengubah apa-apa pun.

Dengan menghargai dan berhadapan dengan masalah-masalah yang wujud pada masa lalu,ianya akan dapat mengubah kita.Minda kita akan menjadi semakin tenang.Apabila minda kita semakin tenang,kebolehan kita untuk fokus akan meningkat.

Sentiasa sibuk pada sepanjang hari bukanlah bermakna anda sudah membuat sesuatu yang penting untuk dilakukan.Banyak hari yang telah berlalu dalam hidup kita dan kita sentiasa sibuk-sentiasa bergerak-dan apabila anda mengenang hari-hari yang telah berlalu,renungkanlah apa impian anda yang telah anda dapat.

Adalah lebih teruk lagi sekiranya anda perlu melakukan sesuatu bukan dengan sepenuh hati malahan dengan penuh rasa benci kerana anda terpaksa dan tidak mempunyai pilihan.Ini berlaku kerana anda fokus pada apa yang anda benci.

Petunjuk yang jelas sekiranya anda kurang fokus ialah anda melakukan sesuatu dengan lebih lama berbanding dengan kemampuan anda sendiri.Contohnya anda melakukan satu kerja yang membuatkan anda menyiapkannya dalam masa 3 jam dimana anda boleh menyiapkannya dalam masa 30 minit.

Contoh yang lain anda kurang fokus ialah ketika badan anda di rumah anda teringat untuk bekerja dan ketika anda bekerja pula anda teringat kepada rumah anda.Ini ialah satu contoh mudah.Sebaik-baiknya anda fokus sepenuhnya dengan apa yang sedang anda lakukan.

Fokus merupakan satu daripada 6 kekuatan mental minda sedar.Ianya hanya berkebolehan untuk fokus pada satu-satu perkara setiap masa.Tidak kira sama ada ianya positif atau negatif.Anda boleh memilih apa yang anda inginkan dan apa yang anda ingin lakukan.Apa yang anda fokus pada sepanjang masa akan menjadi satu realiti kepada anda.Pilihlah sesuatu yang dapat membuatkan anda kekal fokus pada perkara yang dapat membantu anda kerana anda mempunyai kuasa untuk membuat pilihan.

Kebolehan yang dimiliki oleh mana-mana manusia normal ialah kebolehan untuk membuat pilihan.Anda boleh memilih untuk fokus pada perkara yang baik atau buruk dalam satu realiti/keadaan.Anda boleh memilih apa yang anda inginkan dan bertindakbalas terhadap sesuatu realiti untuk mendapatkan apa yang anda impikan.Apabila haiwan menerima rangsangan ianya akan bertindak balas dengan satu cara sahaja.Ini kerana haiwan juga memiliki kehidupan yang tersendiri dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat sebarang pilihan.Inilah perbezaan antara manusia dan haiwan.Sekiranya kita mengalami masa-masa sukar dalam mengharungi kehidupan,kita boleh memilih bagaimana cara untuk kita bertindakbalas.Adalah malang sekiranya kita memilih untuk sesuatu yang menhalang kita untuk mencapai matlamat kita.Kita akan tetap dalam satu keadaan yang tidak kita inginkan.Ianya adalah perangkap dalam minda kita.Buatlah matlamat yang jelas dan kekal fokus untuk mencapainya.

Kuasa Fokus


Pengenalan kepada Kuasa Fokus

Kuasa Fokus


"Kehidupan hari ini adalah hasil pemikiran masa lalu,"

Kapten Kapal dan Krewnya
Konsep mudah untuk memahami Kuasa Minda ialah seperti kapten kapal dan krewnya.Bayangkan minda sedar anda sebagai kapten dan minda separa sedar sebagai krewnya serta kehidupan anda sebagai kapalnya. 
Apabila anda memikirkan sesuatu,ianya adalah hasil minda sedar anda menterjemahkan satu realiti dan akan dianggap sebagai satu arahan kepada minda separa sedar anda.Krew hanya mematuhi arahan kapten dan begitulah yang terjadi kepada minda separa sedar anda.Ianya hanya mengikut 'arahan' minda sedar anda.
Andaikata anda memikirkan anda letih,minda separa sedar anda akan menjadikannya sebagai satu realiti.Degupan jantung,tempo pernafasan,kadar aliran darah dan yang seumpamanya akan membentuk tubuh anda menjadi letih.Begitulah sebaliknya.                                              
Mesejnya jelas iaitu setiap apa yang terfikir oleh minda sedar anda akan dianggap sebagai satu arahan kepada minda sedar anda yang perlu dipatuhi.Ianya akan bertindakbalas dengan automatik dan segera.
Ini merupakan satu hukum alam dan sentiasa berlaku.Tidak kira apa arahan kapten, krew akan mematuhinya dan menterjemahkannya melalui tubuh.Sama ada dalam bentuk fizik atau tindakan anda.Krew hanya memiliki satu perkataan terhadap kaptennya iaitu,"Ya".
Ini kerana krew tidak memiliki kebolehan untuk menolak sebarang arahan daripada kapten.Apa jua arahan yang diberi oleh kapten akan dipenuhi oleh krew.Beginilah bagaimana seseorang manusia melalui kehidupan. 
Berdasarkan maksud hypnosis dalam artikel Apakah Hypnosis? yang menerangkan maksud hypnosis menunjukkan bahawa kita telah dihypnosis sejak kita lahir ke dunia ini.Apa yang telah kita lalui dalam kehidupan ini telah mempengaruhi minda kita.Tujuan blog ini ialah agar kita dapat menghypnosis diri kita untuk mendapat apa yang kita impikan.

Kita semua tahu bahawa untuk mencapai semua matlamat kita,kita hendaklah memberikan sepenuh fokus .Ianya adalah sesuatu yang amat bernilai sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan kita tahu untuk menggunakannya dengan betul.Maksud fokus ialah memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang kita fikirkan.

Anda tidak perlu untuk berasa kecewa sekiranya anda tidak dapat untuk fokus terhadap sesuatu impian yang anda impikan sekian lama kerana gagal untuk memberikan fokus untuk jangka masa yang lama.Hanya sebilangan kecil manusia yang mampu untuk kekal fokus pada jangka masa yang panjang.

Dalam keadaan hari ini,ramai orang yang memfokuskan terhadap sesuatu yang tidak diingini berbanding dengan fokus terhadap apa yang mereka mahukan.Kecenderungan seperti ini akan dapat dihilangkan atau dikurangkan sekiranya mereka tahu bagaimana untuk memberikan fokus terhadap apa yang mereka inginkan.

Kuasa fokus akan menjamin setiap kemahuan yang anda mahu tercapai.Ianya akan menghapuskan perasaan ragu-ragu dan memberikan kekuatan untuk kekal persisten dalam apa jua keadaan.Sekiranya daya fokus di latih beberapa setiap kali,ianya akan memberikan kesan yang cukup besar dalam kehidupan anda.

Nama-nama besar seperti Iskandar Zulkarnain,Hitler,Genghis Khan,Albert Einstein,Steve Jobs, dan lain-lain tokoh berjaya mencapai apa yang mereka mahukan kerana mereka memiliki daya fokus yang tinggi.Hasil kerja yang hebat dapat dicapai dengan adanya daya fokus yang tinggi.

Keyakinan dan inspirasi akan datang sekiranya kita boleh untuk memberi fokus terhadap apa yang kita inginkan.Berita baiknya ialah Fokus merupakan salah satu daripada 6 kuasa mental pada minda sedar dan ianya dimiliki oleh semua manusia normal.

Dalam kehidupan ini kita tidak dapat lari daripada satu-satu masa yang sangat mencabar-masa dimana semua sumber yang kita miliki diuji.Masa dimana dunia ini kelihatan sangat tidak adil.Masa dimana keyakinan,harga diri,kesabaran,kebolehan kita untuk bertindak di luar kemampuan kita.Sesetengah orang menggunakannya sebagai peluang untuk merubah hidup mereka-dan sebahagian lagi menggunakan situasi tersebut untuk mensabotaj diri sendiri.Di saat-saat seperti inilah yang memerlukan kuasa fokus yang tinggi untuk mencapai impian kita.Situasi seperti inilah yang membezakan diantara seorang pemenang atau pengecut.
Adakah anda pernah mengalami suatu situasi yang anda memang yakin anda tidak akan salah?
Dimana masa tersebut kelihatan tidak akan ada sebarang kesalahan? 

Permulaan langkah untuk menggunakan kuasa fokus ialah mengetahui apa yang anda inginkan.Semua sumber telah tersedia dalam diri anda-minda anda.Tiada gunanya anda memiliki suatu 'alat' yang bernilai sekiranya anda tidak dapat menggunakannya.Sekarang tetapkanlah apa yang anda inginkan.Tiada apa pun yang dapat menhalang anda untuk mencapainya.Tiada manusia yang tidak mampu mencapai impian masing-masing kecuali bagi orang-orang yang tidak memiliki impian yang memberikan inspirasi untuk dicapai.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.Oleh itu tulislah apa yang anda inginkan kerana secara purata seorang manusia akan berfikir sebanyak 60,000 kali dalam masa 24 jam.Dengan menulis,ianya akan membantu anda untuk fokus kepada matlamat anda dan menyisihkan 59,999 fikiran yang menganggu.

  1. Tuliskan apa yang anda mahu.Tuliskan apa yang anda benar-benar mahu.Sering berlaku manusia bercakap mengenai apa yang mereka tidak inginkan.
  2. Jadikannya spesifik.Gunakan 5 deria anda untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang apa yang anda mahukan.Semakin banyak yang anda jelaskan,akan lebih mudahlah untuk minda anda fokus untuk mendapatkan apa yang anda mahukan.
  3. Menciptakan apa yang anda mahukan didalam minda anda terlebih.Minda separa sedar tidak dapat membezakan diantara realiti atau fantasi.Wujudkan keadaan,emosi,suara, dan yang seumpamanya seolah-olah anda telah mencapainya.Ini sebagai pembuktian untuk mengetahui sama ada anda sudah mencapai impian anda atau tidak.
  4. Pastikan apa yang anda mahu dapat anda kawal.Ini bererti ianya tidak bergantung kepada orang lain.Ianya bergantung sepenuhnya kepada anda.
  5. Pastikan apa yang anda mahu boleh terjadi dalam dunia nyata.Adalah mustahil sekiranya anda seorang lelaki dan ingin mencapai impian menjadi seorang isteri solehah.
Komponen-komponen Untuk Menetapkan Matlamat
           Spesifik                   Apa yang anda benar-benar mahu?
   Deria                      Apa yang anda akan lihat?
                                 Apa yang anda akan dengar?
                                 Apa yang akan anda rasa? 
   Keadaan sekarang            Apa yang anda inginkan?
                                            Apa yang berlaku sekarang ini?
                                            Apakah perbezaannya? 

   Kaedah Pembuktian         Bagaimana anda dapat mengetahui impian anda tercapai?

Ini hanyalah sebagai panduan untuk meningkat fokus.Ianya akan dapat membantu anda untuk mengetahui apa yang anda inginkan.Ini hanyalah bahagian pengenalan kepada Kuasa Fokus.

Seperti yang telah ditulis dalam Kuasa Minda,minda sedar terbahagi kepada 6 bahagian.5 bahagian lagi akan dihuraikan pada artikel yang akan datang.




Kuasa Minda

Kuasa Minda


Apakah Minda?

Ada pendapat yang mengatakan bahawa minda dan otak adalah satu entiti yang sama.Ada juga pendapat bahawa minda merupakan satu bentuk organ didalam tubuh manusia.Otak merupakan satu objek yang boleh dilihat oleh mata kasar (selepas pembedahan dibuat) dan ianya boleh dikesan dengan alat-alat perubatan atau dibedah oleh pakar-pakar bedah (neuro).

Minda,adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat,disentuh, atau berbau.Ianya tidak dapat dirawat dengan kaedah-kaedah perubatan terkini.Berbeza dengan otak yang merupakan sebahagian dari organ tubuh manusia.

Sebagai contohnya,ketika kita sedang tidur,minda sedang sibuk melaksanakan tugas-tugasnya.Ianya termasuklah mengawal tempo nafas,denyutan jantung,proses pencernaan,aliran darah, sehinggalah kita bermimpi.Ini adalah untuk menolak pendapat yang mengatakan minda dan otak/organ tubuh adalah sesuatu yang sama.

Minda  merupakan sesuatu yang tidak berbentuk yang berfungsi untuk menerima maklumat dan mentafsirkan sesuatu realiti seperti objek/situasi/keadaan.Oleh kerana ianya tidak berbentuk,secara semulajadinya ianya tidak terhalang oleh sebarang objek fizik.

Ini juga menjelaskan bahawa keistimewaan manusia berbanding dengan haiwan kerana haiwan tidak mempunyai minda dan ianya hanya bertindakbalas terhadap satu objek/keadaan/situasi dengan cara yang sama sahaja sepanjang hayatnya.

Sekiranya anda mengubah cara anda mentafsirkan sesuatu realiti,kehidupan anda juga akan turut berubah.

Hukum Alam

Hukum alam sentiasa bergerak mengikut aturan yang tersendiri sama ada anda menyedarinya atau tidak.Anda boleh memilih untuk hidup mengikut hukum alam ataupun tidak.Ianya sentiasa bergerak tanpa ada sesiapa yang boleh mengubahnya dan sentiasa bergerak tanpa mengira siapapun anda.

Contoh yang mudah ialah hukum graviti.Tanpa mengira siapapun anda,sekiranya anda melompat keluar dari mana-mana bangunan dari tingkat 12,anda akan terjatuh ke bumi.Beginilah contoh bagaimana hukum alam bertindakbalas dalam kehidupan manusia.

Terdapat beberapa Hukum Alam yang mudah untuk kita fahami dan mengimplementasikan dalam kehidupan:

1)Hukum Menanam dan Menuai
   
Anda menuai apa yang anda tanam.Sekiranya minda anda hanya memberikan perhatian kepada kesedihan,kekurangan,kesedihan,kemiskinan,kesengsaraan, tindakan yang anda ambil akan sentiasa menjurus kepada apa yang anda berikan perhatian.

Sekiranya anda sentiasa memberi perhatian kepada kesihatan,kebahagiaan,kekayaan, dan kejayaan,ianya akan diterjemahkan melalui tindakan anda.Jadi,berilah perhatian terhadap apa yang anda inginkan kerana ianya bagaikan benih yang ditanam didalam minda anda.Sekiranya anda menanam pokok rambutan,adalah mustahil pokok durian yang akan tumbuh.

2)Hukum Polariti

Setiap sesuatu yang wujud dialam ini mempunyai pasangan masing-masing.Contohnya seperti ada siang.ada malam.Ada lelaki,ada perempuan.Setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita juga berpasang-pasangan.Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku,pasti ada terdapat kebaikkannya.Ianya bergantung kepada cara kita memandang sesuatu situasi.

3)Hukum Berkembang

Setiap apa yang kita tanam,memerlukan masa untuk menghasilkan buah.Setiap idea,setiap apa yang anda tanam,memerlukan tindakan yang tertentu,dan masa yang sewajarnya sebelum kita dapat menuai hasilnya.

Setiap impian yang anda tanam didalam minda anda memerlukan anda untuk sentiasa kekal fokus,menjaganya,memberikan tenaga,dan akhirnya barulah anda dapat memetik hasilnya.Sebagaimana biji benih yang memerlukan air,baja, dan cahaya matahari,anda juga perlu memberikan tenaga dengan sabar kerana sesuatu idea itu memerlukan masa untuk berhasil.

Orang-orang yang gagal mencapai impian masing-masing adalah kerana mereka kurang sabar untuk memetik hasilnya.Sekiranya apa yang mereka inginkan tidak dicapai dalam masa beberapa hari atau beberapa bulan,mereka akan mengalah.Apabila keadaan ini terjadi,mereka akan mencari orang/situasi untuk disalahkan.Ianya berlaku kerana mereka tidak memahami Hukum Berkembang.

Anda tidak boleh memaksa sesuatu keadaan untuk berubah mengikut kehendak anda.Andaikata anda menanam pokok kelapa,walaupun anda sentiasa berada disebelah anak pokok sepanjang masa,ianya tidak akan membuatkan anak pokok kelapa tersebut berbuah dengan cepat.Ianya memerlukan masa,cahaya, dan air yang secukupnya untuk berkembang.

Apa yang anda perlukan untuk mencapai impian anda ialah anda sentiasa konsisten tentang keputusan yang anda buat dan memberi tenaga dan masa yang sewajarnya.

4)Hukum Getaran

Setiap sesuatu yang terdapat di alam ini mempunyai getaran yang tersendiri.Minda anda juga mempunyai getaran yang tersendiri.Ianya bergetar mengikur apa yang anda fikirkan.Ianya adalah satu hukum yang adil untuk semua orang.

Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan kehidupan anda,anda perlu menetapkan matlamat/impian yang baru kerana sekiranya anda tidak menetapkan matlamat baru,anda akan terlepas peluang yang berada disekeliling anda dan akan tertarik dalam keadaan/situasi yang tidak menyenangkan.

Sekiranya anda masih tidak mencapai apa yang anda inginkan,anda perlulah meningkatkan getaran fikiran anda.Cara untuk meningkatkan getaran fikiran ialah melalui persepsi,keyakinan,emosi, dan tindakan.Ianya akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.

Sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih baik,tingkatkanlah getaran fikiran anda.Berhati-hatilah dengan apa yang anda fikirkan,lihat, dan dengar.Elakkan untuk bercakap mengenai apa yang anda tidak mahu.Elakkan berfikir tentang apa yang anda tidak inginkan.Elakkan bergosip,merungut, dan yang seumpamanya.Anda boleh memilih apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda.

Memahami Kuasa Minda

Setiap manusia normal dilahirkan dengan satu instrumen-minda.Kita tidak dilahirkan dengan sebarang manual bagaimana minda kita berfungsi atau bagaimana untuk menggunakannya.Tanpa pengetahuan mengenai minda,impian seseorang itu tetap tinggal sebagai impian dan akan terperangkap dalam penjara harapan masing-masing.

Memandangkan tujuan blog ini ialah berkaitan hypnosis-diri/self-hypnosis,adalah sewajarnya kita mengetahui 3 komponen minda.

1)Minda Sedar

Ini adalah bahagian minda yang berfikir.Anda boleh memilih apa jua fikiran yang anda inginkan.Di sinilah idea ditetapkan.Maklumat yang diterima oleh minda sedar ialah melalui 5 deria anda iaitu sentuhan,bau,rasa,sentuhan, dan lihat.Anda membuat pilihan melalui minda sedar anda.

Di bahagian ini anda menapis maklumat yang anda fikirkan untuk dihantar kepada minda separa sedar anda.Minda sedar anda terdiri daripada 6 kuasa mental.Sesetengah pihak memanggilnya dengan fakulti otak.Tidak kiralah apa nama yang anda panggil,ianya adalah sebahagian daripada anda dan anda boleh memilih untuk menguatkannya untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

1)Persepsi
   
Ini adalah satu cara anda memandang terhadap seseorang/sesuatu situasi.Anda boleh mengubah persepsi anda untuk memandang sesuatu situasi/keadaan dengan cara yang berbeza.Mungkin anda memandang sesuatu situasi sebagai sesuatu yang teruk manakala orang lain memandangnya sebagai peluang.Anda boleh memutuskan bagaimana satu keadaan menjadi sesuatu yang baik atau teruk.Anda boleh mengubah hidup anda dengan menukar cara anda memandang sesuatu realiti.

Secara metaforanya,sekiranya anda memandang realiti anda selama ini dengan kacamata bewarna merah,anda memandang dunia ini penuh dengan warna merah.Sekiranya anda menukarnya dengan kaca mata hitam,anda akan melihat dunia ini dipenuhi dengan warna hitam.

2)Imaginasi

Imaginasi ialah sesuatu yang terbayang oleh anda didalam minda anda.Tidak kiralah apa yang anda bayangkan,suara apa yang anda dengar atau rasakan dalam minda anda,ianya merupakan imaginasi anda.Setiap manusia mempunyai impian masing-masing.Sekiranya anda seperti orang lain yang normal,imaginasi bermula ketika dari zaman kanak-kanak anda.

3)Fokus

Kebolehan ini membantu anda untuk fokus kepada apa yang anda berikan perhatian.Kebanyakkan orang gagal untuk mencapai impian masing-masing kerana kurangnya fokus.Fokus akan memberikan kekuatan untuk mencapai impian.Daya fokus yang tinggi akan memberikan kekuatan untuk seseorang itu menghadapi apa jua keadaan,situasi, atau keadaan yang mencabar.

4)Memori

Anda memiliki memori yang sempurna.Anda tidak pernah melupakan apa-apa pun.Anda hanya dapat mengingati sesuatu yang anda berikan perhatian.

5)Gerak Hati

Ianya sering disebut sebagai deria ke-6.Apabila berlaku sesuatu keadaan yang sukar,setelah anda mengambil kira semua maklumat,dengarlah gerak hati anda.Ianya tidak pernah menipu diri anda.

Biasanya gerak hati seorang perempuan lebih tinggi dari seorang lelaki.Gerak hati sesorang lelaki bagaikan lampu sebuah kereta pada waktu malam dan gerak hati seorang perempuan bagaikan lampu jalan di sepanjang jalan.Tidak kira sama ada anda seorang lelaki atau perempuan,percayalah kepada gerak hati anda.Ianya boleh dilatih dan dikuatkan.

6)Logik

Semua manusia normal boleh berfikir.Anda mempunyai kebolehan untuk menerima atau menolak apa-apa jua idea/saranan.Logik ialah sesuatu yang anda gunakan untuk mentafsirkan sesuatu realiti.


2)Minda Separa Sedar

Bahagian inilah yang paling mempengaruhi hidup anda.Ianya menjadi pusat kuasa anda.Setiap fikiran yang diterima oleh minda sedar anda akan diterima sepenuhnya oleh minda separa sedar.Ianya tidak mempunyai pilihan untuk menolaknya.

Sekiranya anda memikirkan sesuatu yang negatif,minda separa sedar anda akan menjadikannya sebagai satu realiti dalam kehidupan anda dan begitulah sebaliknya.Ianya akan menterjemahkannya melalui satu instrumen sahaja-badan anda.

3)Tubuh Badan Anda.

Inilah bahagian minda yang terkecil dalam kehidupan anda.Ianya adalah hasil dari minda sedar dan minda separa sedar anda.Ianya tidak pernah menipu.Ianya mengikut sepenuhnya apa yang anda fikirkan.
Ianya membentuk sikap anda.

Sikap dan tindakan akan menghasilkan keputusan (realiti kehidupan anda).

Anda inginkan kehidupan yang lebih baik?Tukarlah sikap anda.
Anda inginkan sikap yang lebih baik?Tukarlah arahan minda sedar anda kepada minda separa sedar.
Bagaimana ingin melakukannya?Tukarlah cara anda berfikir. 




Audio Hypnosis Tarikan Rezeki


"Terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Ir Ezwan kerana memperkenalkan rahsia hipnosis kepada saya. Hanya dalam masa tak sampai 2 minggu saya menerima berita yang sangat menggembirakan saya.Setiap hari saya semakin yakin menjalankan pekerjaan saya sebagai perunding unit amanah. Dalam tak sedar, setiap hari ada rezeki yang datang dalam hidup saya.Terima kasih yang tak terhingga kepada Ir Ezwan,"
Vie Syaryanie


"Sekiranya anda ingin menarik kekayaan melalui audio hypnosis...walaupun anda telah berusaha pelbagai cara pada masa lepas....

“Luangkan masa anda selama 33 minit,dan Ir.Ezwan akan menghypnosis anda untuk menarik kekayaan dan kemewahan--atau Anda tidak perlu membayar walaupun satu sen pun.

"Anda hanya perlu mendengar audio ini hanya sekali setiap hari.Anda akan dibawa melalui proses hypnosis di rumah anda--hanya dengan mendengar sekali sahaja boleh membuatkan kedudukan kewangan Anda Berubah Selama-lamanya...” 
Sukar untuk mempercayainya?Luangkan masa kepada Ir.Ezwan membuktikannya kepada anda.Sekiranya audio Hypnosis Tarikan Rezeki ini tidak mengubah minda anda untuk menarik kekayaan,Ir.Ezwan akan mengembalikan 100% wang anda (ya,wang anda akan dikembalikan--bagaimana ianya mampu membantu anda?) untuk menjawab persoalan ini...
Bayangkan apakah yang akan terjadi sekiranya anda bangun tidur di setiap pagi dan tahu bahawa anda memiliki "master key" untuk menarik kekayaan.Badan anda akan berasa sangat segar dan tenang kerana anda akhirnya mengetahui "mindset" yang betul untuk mencapai kekayaan tanpa batasan.
Hasil terbaik dalam proses hypnosis ini,anda akan mengubah kedudukan kewangan anda dengan cara mengubah minda anda melalui program ini.Akhirnya,anda akan dapat mengawal emosi dan minda separa sedar anda dalam soal kebahagian dan kedudukan kewangan anda.
Untuk mengikuti sesi audio hypnosis ini,anda hanya memerlukan masa selama 33 minit setiap hari untuk terus menguatkan 'mindset kekayaan',ya... hanya 33 minit setiap hari...
Anda lihat,program ini tidak seperti mana-mana program yang anda pernah dengar di mana-mana.

Kenapa?Kerana anda dapat menghantar saranan-saranan untuk menarik kekayaan dan kebahagiaan kepada minda separa sedar anda,anda boleh mendengarnya berkali-kali setiap hari--walaupun ianya hanya mengambil masa selama 33 minit pada setiap sesi-setiap hari--untuk mengubah kedudukan kewangan anda!

Secara faktanya,semasa anda mendengar dan menghayati Audio Hypnosis Tarikan Rezeki ini--anda menggunakan audio ini untuk kebaikkan anda sendiri--anda akan...

-membebaskan konflik dalaman anda berkenaan dengan wang(anda akan terkejut,anda akan bertambah segar setiap kali selepas anda mendengar audio ini!)

-Menarik tidak terkira banyaknya peluang untuk membuat wang(sehingga anda tidak mampu untuk memberhentikannya) 

-Mengubah minda separa sedar anda untuk menarik kekayaan (ianya akan tetap di minda separa sedar anda dan sentiasa berfungsi untuk menarik kekayaan!)

-Mengubah hubungan anda dengan wang(anda tidak tertekan dengan masalah kewangan lagi) 

-Meningkatkan intuisi anda secara drastik (dan anda berhenti menggunakan "minda sedar" dan "ego" apabila berfikir mengenai wang)

-Mengubah segera kepercayaan anda mengenai wang dengan cepatnya.(anda akan mengetahuinya selepas satu saat mengikuti program audio ini)...

...dengan cara baru yang anda tidak pernah bayangkan!

Secara terus-terang,program Audio Hypnosis Menarik Rezeki akan mehilangkan halangan-halangan mental anda untuk mencapai kedudukan kewangan yang anda inginkan-- dan akhirnya anda mampu untuk mencipta kekayaan yang patut anda miliki...
Siapakah Ir. Ezwan?

Ir. Ezwan adalah seorang usahawan dan merupakan Law of Attraction (LOA) Advance Practitioner daripada Global Science Foundation, USA. 

Saya berminat mengkaji teknik dan rahsia kejayaan yang ada sehinggalah saya menemui teknik hipnosis ini yang amat berkesan bukan sahaja untuk diri saya, malah kepada semua orang. Hipnosis ini juga merupakan ‘turbocharge’ kepada teknik Hukum Tarikan. 
Hipnosis ini adalah rahsia saya mendapat pendapatan perniagaan melebihi 7 angka dalam tahun pertama walaupun baru mula berjinak-jinak dalam perniagaan. Syukur Alhamdulillah... Kini, saya bersedia untuk berkongsi rahsia ini kepada anda semua.


Testimonial 1:

"Setelah projek penulisan buku Law of Universal ATTRACT!on (LUA) 
selesai, kini saya ingin fokus sesuatu yang sedikit berbeza, 
iaitu Teknis menarik Kejayaan dengan HIPNOSIS.

Hipnosis adalah antara kaedah yang paling MUDAH dan BERKESAN
dalam memprogramkan minda kita dalam menarik kejayaan dan
kebahagiaan. 
Ia hanya memerlukan kita mendengar audio
sebelum tidur
.


Hanya setelah 3 hari saya menggunakan audio RahsiaHipnosis.com, 
saya dapat rasakan perubahan yang LUAr biasa.  Saya lebih tenang, 
mudah fokus, lebih bertenaga dan mudah bangun tidur.

Yang paling saya suka, ia membantu saya menjaga solat Subuh
berjemaah 
dan bangun awal untuk solat malam!
 
Benarlah "sharing is caring". Terima kepada Tuan Ir Ezwan yang 
telah memperkenalkan saya dengan teknik berkesan ini.  
Terima kasih Allah,alhamdulillah!"


 
Zuhairi Mohd. Nopiah

Penulis buku "Law of Universal ATTRACT!on: Magnet Kebahagiaan"
Master Trainer ATTRACT!ve Learning & Consultancy

Testimonial 2:

"Saya sebelum ni serabut sikit...rasa duit tak pernah cukup...
saya selalu tak puas hati tentang gaji saya...rasa nak marah...
rasa bosan bila memikirkan masalah duit yang tak pernah selesai...
pening...tekanan...benci dengan orang kaya...huhuhu...terukkan...

Sekarang hidup makin teratur...banyak bersyukur...tetiba rasa 
makin banyak duit...sekarang saya boleh pi tempat yang saya suka.
Seronokkan...Boleh bagi mak dengan ayah...Tetiba ada duit...magik!

Rezeki makin bertambah...selalu dapat berita baik...rasa makin 
kurang masalah mai kat saya... Hari2 saya bangun dengan happy!
Saya dah dapat goal saya...sekarang sedang bergerak ke situ...
Saya dalam proses naik gaji...bestnya!"


Sayani Khorim




Apakah dia Subliminal ini?

Subliminal adalah alat yang membantu seseorang memperbaiki diri secara tidak sedar dan tidak memerlukan perhatian serta arahan untuk diikuti.
 Mesej yang disampaikan dalam subliminal tidak dapat didengari secara kasar, tetapi ia sampai terus kepada minda bawah sedar dan membuang halangan dalam hidup anda.
 Ia amat berkesan! Anda juga akan mencapai ketenangan yang maksimum setelah mendengarnya.


Anda mungkin seperti berikut sebelum ini…

                Gagal dan gagal lagi dalam setiap percubaan mendapatkan wang 
                 Kehilangan wang setiap kali anda cuba untuk mencari wang tambahan.     
                Ada banyak hutang yang susah nak bayar.        
                Tidak melakukan sesuatu terhadap peluang yang ada sehingga kini.
          Dan anda boleh mengubah situasi di atas dengan mengetahui rahsia ini…


Selesaikan masalah anda dengan Audio Hypnosis Tarikan Rezeki.Klik di sini.




Adakah anda ingin sertai orang yang menarik wang dengan mudah?

Adakah anda akhirnya mengambil langkah ini untuk menghasilkan kehidupan yang anda inginkan?
Masa anda adalah SEKARANG.
Peluang anda adalah SEKARANG.
Apakah yang anda akan lakukan?
Adakah anda tidak peduli dan terus bersusah-payah dengan wang?
Adakah anda fikir tentangnya dan membazirkan masa anda?
Adakah anda mengambil waktu ini dan menggunakannya untuk mengubah kehidupan kewangan anda selamanya?
Anda TAHU pilihan yang terbaik adalah BERTINDAK SEKARANG dan biarkan kebebasan yang anda impikan!

Apakah Audio Hypnosis Tarikan Rezeki

Ia adalah dalam bentuk audio yang mudah digunakan (boleh disimpan di komputer, telefon bimbit, mp3 player, I-pod, I-Phone, I-pad dan sebagainya) dan ia memberikan anda kelebihan berikut:

  • Ia akan melengkapkan hidup anda dan mengubah hidup anda daripada seorang 
     yang bersusah-payah  untuk mendapatkan rezeki kepada seorang yang menariknya 
                  secara automatik
    .
  • Ia mengaktifkan anda sebagai Elemen Penarik Rezeki.
  • Ia akan menyediakan anda ‘blueprint’ minda wang yang anda tidak ada selama ini.
  •  Ia dapat membuang kepercayaan lama anda tentang rezeki dan kekayaan.
                  Halangan anda terhadap rezeki akan dibuang dan mengakibatkan rezeki datang kepada anda.
  •   Ia dapat menghilangkan keraguan dalam diri anda tentang rezeki dan kekayaan.
  • Rezeki datang tiba-tiba tanpa disangka, dengan izin-Nya.
  • Menjadi lebih positif dalam segala aspek kehidupan.
  • Hidup menjadi lebih tenang dan relax.



(Nota: Perlu diingatkan bahawa semua di atas berlaku dengan izin-Nya.)

Dapatkan Audio Hypnosis Tarikan Rezeki.Klik di sini.

P.S – Teknik ini amat berkesan dan inilah teknik yang Ir.Ezwan gunakan selama ini dalam mencapai keinginan beliau,terutamanya dalam kebebasan kewangan. Tempah Sekarang…

P.P.S – Anda juga di beri peluang untuk membuktikan kaedah audio hypnosis ini tidak dapat membantu anda untuk menarik kekayaan dalam masa 33 hari.…Tempah Di Sini.





Skrip Hypnosis Untuk Berhenti Merokok

Tajuk skrip:Berhenti Merokok
(mengurangkan dan mehilangkan tabiat suka merokok)

Cetusan Ketenangan
(Dibaca dengan suara yang lancar dan lembut-boleh didengar oleh anda sendiri)

"Dalam suasana yang sunyi dan selesa,saya membenarkan suara saya yang tenang dan lembut untuk menenangkan minda dan badan saya.Badan saya secara perlahan-lahan lebih pasif dan semua benda di sekeliling saya bergerak dengan perlahan.Dengan setiap perkataan yang saya baca dan setiap bunyi yang saya sebutkan,saya merasa lebih tenang dan aman.Saat demi saat yang berlalu,minda saya menjadi sejernih permukaan tasik dikawasan pergunungan.

"Seperti minda saya yang jernih,saya menggunakan imaginasi saya untuk mendapat ketenangan yang mendalam ketika saya membaca.Saya membayangkan diri saya duduk diatas kerusi yang selesa di tepi pantai yang indah.Dengan visi saya,saya melihat pasir pantai yang berwarna keemasan disekeliling saya...saya mendengar dengan jelas bunyi ombak yang terhasil ketika menghempas pantai.

""Saya merasa bayu laut menghembus keseluruhan badan saya.Kulit saya terasa hangat kerana pancaran matahari.Cahaya matahari yang terkena pada kulit kepala saya melepaskan segala tekanan yang terdapat di dalam kepala saya.Apa yang saya fikirkan telah hilang dan saya menumpukan perhatian saya terhadap cahaya matahari pada muka saya...pada pipi saya...pada telinga saya dan disekeliling rahang saya.

"Pancaran cahaya matahari mengenai leher saya dan mehangatkan kerongkong saya,menjadikan perkataan-perkataan keluar dengan mudah dan lancar dari mulut saya,mengenai bahu saya dan terasa diurut-urut oleh sinar matahari dan tulang belakang saya berasa sangat tenang.Ketenangan pantai dan kehangatan ombak...menyentuh lengan saya dan seluruh jari saya.

"Saya menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya perlahan-lahan.Saya merasakan ketenangan memenuhi dada saya (tarik nafas dan lepaskannya perlahan-lahan).Bahagian hati saya bersinar-sinar dengan cahaya keemasan ketika saya menarik nafas dan menghembuskannya (tarik nafas sekali lagi)...dan saya merasakan ketenangan dan kedamaian memenuhi ruang perut saya.

"Secara mental saya mengimbas punggung dan pelvis saya....dan membiarkan tekanan atau kebimbangan yang berada didalamnya keluar sepenuhnya bersama dengan kehangatan cahaya matahari yang terpancar.Sekarang saya memfokuskan perhatian kepada betis saya...ianya berkilau-kilau kerana terkena cahaya matahari.Betis saya berada dalam keadaan yang sangat santai.Kaki dan ibu jari saya 'terasa hangat' dan selesa...sekarang berasa hangat dan selesa.

"Seperti saya berjemur dibawah sinaran matahari yang sangat indah,saya membayangkan saya menutup mata saya untuk menghypnosis diri saya.Saya menarik nafas dalam-dalam (tarik nafas 3 kali).Untuk beberapa ketika saya dapat melihat bebola cahaya melintas dengan cahaya yang sangat terang sehingga menyilaukan mata saya.Dan sekarang cahaya tersebut semakin malap dan keadaan menjadi semakin gelap dan membuatkan perhatian saya ke dalam...dalam...menuju ke tengah-tengah minda saya.

"Saya membayangkan saya mendekati sebuah bangunan yang tinggi,besar, dan indah.Saya berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut melalui pintu depan dan tiba di ruang lobi yang mewah.Di dalam bangunan itu terdapat seorang lelaki yang kuat iaitu pengawal keselamatan yang bersenjata untuk menjaga keselamatan dari penceroboh.Pengawal tersebut memandang saya dengan tajam yang menandakan saya ialah pemilik bangunan tersebut.Pengawal tersebut bekerja dengan saya .Saya menganggukkan kepala saya dan melangkah menuju ke arah lif bangunan.

"Bayang saya pada permukaan dinding lif jelas kelihatan.Saya kelihatan sangat tenang dan berkeyakinan tinggi.Saya menekan tombol lif untuk turun ke bawah dan pintu lif terus terbuka.Saya berasa sangat selamat ketika masuk ke dalam lif yang luas dan mewah itu.Saya memandang ke arah butang panel yang menandakan aras tingkat.Saya menekan nombor sepuluh untuk turun ke aras sepuluh bawah tanah.Tombol nombor sepuluh menyala dan pintu lif tertutup.Lif mula turun ke bawah dengar lancar melalui ruang pada struktur bangunan yang dalam dan tinggi...kedengaran bunyi lif yang bergerak.Saya melihat panel nombor pada atas pintu lif yang bernyala sekiranya bertukar aras.Seperti nombor aras yang bertukar...satu persatu...saya merasakan diri saya turun untuk menuju ke tempat yang menenangkan dalam diri saya...jauh dari permukaan.

"Satu...saya melihat ke arah nombor-nombor sebagaimana lif turun ke bawah...saya tenang dengan mendalam bagi setiap nombor.

"Dua...turun ke bawah lagi dari permukaan bangunan ini...lebih dalam dari permukaan.

  "Tiga...apabila berada di nombor sepuluh,saya akan berada pada tahap paling tinggi untuk dihypnosis.

"Empat...saya akan dihypnosis dengan mata yang terbuka...terbuka untuk menerima saranan-saranan yang positif.

"Lima...saya makin menurun...tenang...tanpa usaha.Saya berasa teramat tenang.

"Enam...masih melihat pertukaran nombor di atas pintu lif...satu persatu,sebagaimana lif turun ke bawah.

"Tujuh...makin ke bawah sekarang...terasa aman dan sangat tenteram sekarang.

"Lapan...saya selamat...saya berasa tenang...makin ke bawah...bawah...lebih ke bawah

"Sembilan...saya membenarkan diri saya untuk memulakan sesi hypnosis sambil mata terbuka sekarang.

"Sepuluh...lif perlahan-lahan untuk berhenti.Saya telah tiba.Saya sekarang di hypnosis.

"Apabila pintu terbuka,saya masuk ke dalam ruang pejabat yang selesa.Lampu kekuningan memancar dan kedengaran pintu lif tertutup,bagaikan menyambut kehadiran saya ke dalamnya.Saya ternampak sebuah kerusi yang sangat selesa dan duduk ke atasnya.Saya memandang kepada komputer yang terletak di atas meja.Pada skrin monitor terpapar satu blog yang beralamat hypnosis-diri.blogspot.com.Saya mencapai tetikus dan mula membaca isi kandungan blog itu.Tiba-tiba terpapar tulisan yang mucul dari blog itu dan terus masuk ke dalam minda saya.Inilah tulisan yang terpapar:

"Sekarang anda sedang dihypnosis dengan mata yang terbuka.Minda anda berada pada tahap tertinggi untuk menerima saranan.Anda akan kekal dalam keadaan hypnosis ketika anda membaca skrip saranan untuk mencapai matlamat anda.Minda anda akan menyerap saranan-saranan sepertimana span menyerap air.Anda dengan mudahnya berada dalam hypnosis dengan mata yang terbuka sehingga anda membaca 'Kembali Sedar'.Anda tetap berada dalam keadaan tenang dan fokus ketika anda membaca skrip saranan.

Skrip Saranan

"Saya membuang keinginan dan keperluan untuk merokok.

"Saya bukanlah perokok.Tiada apa-apa kebaikkan untuk menjadi perokok.Merokok merupakan satu tabiat.Ianya adalah pilihan kepada semua orang.Merokok tidak melambangkan apa-apa status.Saya tidak akan menunjukkan saya sebagai seorang perokok lagi.Sama ada saya memilih saya memilih untuk untuk terus merokok atau mehentikan diri saya daripada terus merokok...saya berkuasa untuk membuat pilihan.Saya memiliki kebolehan untuk membuang imej 'perokok' daripada diri saya sekarang.Saya membayangkan terdapat perkataan PEROKOK berwarna kelabu yang comot dipermukaan dahi saya.Sekarang saya membayangkan diri saya sedang membersihkan perkataan tersebut.Sungguh mengejutkan kerana tulisan itu dapat dipadam dengan mudahnya.Dan sekarang perkataan tersebut semakin menhilang.Perkataan itu hilang sepenuhnya dan tidak muncul lagi.Perkataan itu telah hilang sekarang...saya mendapati bahawa rokok tidak dapat mempengaruhi diri saya.Hanya pemikiran saya yang percaya bahawa rokok dapat mempengaruhi diri saya.Dan sekarang saya mengetahui kebenarannya.Saya memiliki kuasa.Saya boleh mengawal diri saya,dan saya boleh menggunakan kuasa tersebut untuk menghentikan saya dari terus merokok sekarang.

"Saya mampu untuk bertenang dan rasa tenteram tanpa memerlukan atau memiliki keinginan untuk merokok.Saya merasa satu perasaan aman sebagai bukan perokok,dan keamanan itu membuatkan saya menjadi tenang.Saya memilih untuk memiliki pernafasan yang bersih dan segar kerana saya telah membuang pengaruh rokok sekarang.Gigi saya menjadi lebih putih...kerana keinginan saya untuk tidak lagi merokok sekarang.Saya merasa lebih sihat dan bersih sekarang...seperti mana saya membayangkan diri saya telah membuang keinginan untuk merokok.Saya akan memiliki lebih banyak wang untuk membeli barang-barang yang berguna sekarang kerana saya telah berhenti membeli rokok.

"Pernafasan saya semakin baik setiap hari kerana saya telah berhenti merokok.Kesihatan saya bertambah baik,memberikan saya semangat untuk terus hidup,memberikan saya kebebasan dan keyakinan.Saya mengawal hidup saya dengan baik dan lebih baik...setelah saya mendapati betapa mudahnya memilih untuk tidak lagi merokok.Hanya perasaan sahaja yang menjadikannya sukar.Sekarang saya mengetahui betapa mudahnya untuk tidak lagi merokok sekarang.Ianya adalah sesuatu yang bagus untuk menjaga kesihatan badan saya dengan sepatutnya.Tunas rasa saya kembali normal dan merasa kelazatan makanan kegemaran saya dengan lebih baik kerana saya tidak lagi merokok sekarang.Hubungan sosial saya bertambah baik dan lebih selesa dengan kenalan saya. 

"Saya meninggalkan tabiat merokok.Saya membayangkan ada satu meja dihadapan saya dengan satu garisan putih di tengah-tengahnya.Pada sebelah kanan garisan itu saya ternampak gambar saya yang sedang tersenyum dan tenang...kelihatan sihat dan sungguh ceria.Ianya adalah gambar saya tanpa merokok.Disebelah garisan kiri terdapat sekotak rokok yang kelihatan kotor dan comot,dan saya boleh untuk membuang tabiat merokok dengan mudahnya sekarang.Saya mengambil gambar yang sihat,imej diri saya yang gembira.Saya memegangnya dan meletakkan ke arah dada saya...dan saya bangun dan mula melangkah meninggalkan meja itu...pergi jauh dari rokok.Saya berpaling ke belakang,dan meja yang diatasnya terdapat rokok itu menjadi mengecil dan semakin mengecil.Saya berasa gembira memegang gambar saya yang sihat dan ceria...gambar saya yang bukan lagi perokok.Saya mendapati saya tidak kehilangan apa-apa pun.Sebaliknya saya mendapat kesihatan,kebebasan,dan keyakinan.Ianya adalah mudah  untuk membuat pilihan.Saya tidak akan kembali lagi kepada tabiat merokok kerana hypnosis membuatkan saya tidak lagi merokok.Saya sekarang bebas.Saya meninggalkan rokok dibelakang saya.

"Saya membayangkan diri saya ke sebuah restoran yang mewah.Penyambut tetamu bertanya,"Merokok atau tidak merokok?".Saya mendengar suara saya dengan bangganya menjawab,"Tidak merokok," dan penyambut tetamu itu membawa saya ke bahagian mewah didalam restoran itu...dimana udaranya segar dan dipenuhi dengan bau makanan yang lazat.Ianya bagus untuk dilayan sebagai bukan perokok.Apabila makanan tiba,saya mendapati bau makanan kegemaran saya jauh lebih sedap setelah saya berhenti merokok.Saya tidak dapat membayangkan bagaimana lazatnya makanan kegemaran saya dan nikmatnya hidup sehinggalah saya berhenti merokok.Ketika saya duduk bersama keluarga dan kawan-kawan di meja makan,saya mendapati saya berasa sangat selesa dan tenang tanpa tangan saya memegang rokok.Saya tidak lagi memerlukan rokok untuk berasa tenang.Saya berasa yakin dengan diri dan personaliti saya...dan saya rasa lebih berkeyakinan tanpa merokok.Setelah menghabiskan makanan saya,saya berasa sangat selesa tanpa sebarang keinginan untuk merokok.

"Saya berasa selesa dan tenang tanpa perlu memegang rokok.Saya mengawal hidup saya,badan saya,dan sikap saya.Sebagai hasil daripada berhenti merokok,keyakinan saya semakin meningkat...dan ini membolehkan saya mengawal tabiat pemakanan saya dan hasilnya saya tidak terlebih makan.Sebaliknya saya makan secara normal,menikmati makanan dalam kuantiti yang sederhana.Setelah berhenti merokok,saya memiliki lebih kebebasan dan mengawal seluruh hidup saya dengan lebih baik berbanding dengan sebelum ini.

"Ianya bagus untuk mengawal seluruh hidup dan sikap saya.Saya berasa tenang dan yakin sepenuhnya terhadap diri saya.Saya boleh berasa ceria dan bersosial tanpa merokok.Saya menggantikan kemahuan untuk merokok dengan menarik nafas dengan mendalam,memenuhkan dada saya dengan udara.Setelah saya menarik nafas dengan mendalam,secara automatiknya saya berasa tenang dan kembali segar.Sekarang saya menyedari saya boleh berasa tenang tanpa perlu untuk merokok.

"Ketika saya melihat orang lain merokok,ianya tidak menganggu saya lansung.Sebaliknya,ia membuatkan saya berasa lebih kuat dan berbangga dengan diri saya.Mereka boleh menghembuskan asap rokok ke arah muka saya,dan ianya membuatkan saya berasa kasihan kepada mereka.Mereka memiliki masalah seperti saya dan tidak boleh menyelesaikannya.Mereka boleh mengajak saya untuk merokok.Dan pada setiap masa saya berkata,"Tidak" untuk merokok.Saya merasa berpuas hati dan keyakinan saya semakin meningkat.

"Saya sekarang tidak lagi merokok.Perkataan itu telah hilang.Rokok tidak dapat mempengaruhi saya.Ianya tidak pernah mempengaruhi saya.Hanya saya yang berfikir sedemikian.Sekarang saya mengetahui kebenarannya.Ianya bagus untuk hidup bebas.Ianya bagus untuk menjadi lebih sihat.Pilihan saya adalah sesuatu yang mudah.Saya memilih untuk tidak lagi merokok dan kekal untuk mendapat lebih kebebasan dan kebahagiaan.

Kembali Sedar

"Saya akan keluar dari hypnosis dengan mengira sampai lima.Apabila saya telah mengira sehingga nombor lima,saya akan sedar sepenuhnya dan kembali seperti biasa.

Satu...mula keluar dari hypnosis.

Dua...mula menyedari keadaan di sekeliling saya...merasakan keadaan yang selamat,puas hati, dan selesa.

Tiga...memandang ke arah hasil yang positif dari sesi hypnosis ini.

Empat...terasa optimis dan sangat segar.

LIMA...LIMA...LIMA...sekarang kembali sedar dan normal sepenuhnya."